Ramadhan bakal berlalu pergi..mudah-mudahan diberi kesempatan lagi untuk bertemu bulan barakah ni di tahun depan,moga kita antara orang-orang yg diberi rahmat dan keampunan serta mampu beristiqamah dengan kebaikan di setiap tarikan nafas selama kita berada di muka bumi ini
Istimewanya ramadhan yang terkandung berbagai hikmah.Hikmah Ramadhan dari konteks ibadah,konsep empati pada golongan miskin dan memerlukan dan faedah kesihatan mungkin perkara yang sering dibincangkan serta sedia kita maklumi,namun ada perkara tertentu yang kadang-kadang lupa untuk direnungkan...untuk diri yang sering lalai dan penuh kelemahan ini saya coretkan my 2 cents thoughts untuk ingatan dan perkongsian bersama mudah-mudahan mendatangkan manfaat.
Sedari kecil kita dididik dengan seribu satu nilai murni dan etika kehidupan untuk menjadi orang cemerlang tapi praktikalnya datang dalam universiti kehidupan di sebuah bulan bernama Ramadhan..tarbiah intensif selama sebulan,momentum untuk menjadi success muslim telah berada dalam diri,tinggal untuk konsisten meneruskan sifat murni tadi.Saban tahun ramadhan hadir ibarat kursus motivasi dan bina diri yang wajib diikuti bagi memantapkan kualiti diri.
Bukan sahaja aspek ibadah..solat,puasa,baca quran,sedekah...dan jugak akhlak...jaga tertib dan tingkahlaku,jauhi mengumpat,jauhi perbuatan lagha dan sia-sia tapi jugak disiplin diri dalam pengurusan masa...betapa dlm ramadhan kita begitu punctual..punctual imsak supaya tak terbatal puasa jika melewati subuh,punctual untuk berbuka..tepat azan dilaungkan kita segera makan,punctual ke masjid agar tak lewat utk berterawih..pendek kata pengurusan masa yang tepat dan cekap ni membolehkan hari-hari dalam ramadhan ni berlalu dengan cukup tersusun dan penuh dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah.Tanpa penghayatan pada konsep ini susah betul nampaknya nak sebatikan sifat ini dalam segala urusan harian walau saban tahun kita dilatih agar menepati dan menghormati masa.
Begitu jugak sifat sabar...berkat dilatih dari kecil kita mampu bersabar menahan lapar dahaga..tapi sesabar itukah kita dlm kehidupan?marah,melenting,merungut,merengus,mencarut,bertengkar,bergaduh..amalan biasa bila hilangnya kesabaran.Kan tak elok rupanya ...
Puasa dan kejujuran ibarat irama dan lagu yang tak dapat dipisahkan.Hanya yang jujur sahaja mampu melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna,tanpa kejujuran jadilah ia seorang manusia hipokrit yang menipu dan merugikan dirinya sendiri.Maka jujurlah kita dalam segala aspek kehidupan kerana tanpa nilai ini sudah pasti kita menjadi orang berdosa dan hidup jauh dari rahmat dan keberkatan.Kerana tak jujurlah orang menipu,menindas,merasuah,mencuri,curang dan mampu melakukan seribu satu dosa yang membinasakan.Jujurlah walau pada sekecil-kecil perkara kerana integriti,maruah dan kepercayaan didasari dengan nilai nan satu ini.
Bulan ini juga masanya untuk merapatkan ukhuwwah...hati pasti sayu kalau terpaksa berbuka seorang diri,waktu inilah sesebuah family biasanya berkesempatan berkumpul dan makan tiap waktu sahur dan buka bersama,tambah seronok di kesempatan hujung minggu pulang pula ke kampung untuk berbuka dengan orang tua,adik beradik dan saudara mara yang lain.Tak cukup dengan keluarga,majlis berbuka dengan rakan taulan dari yg sepejabat,se universiti,sekolah..lama dan baru juga diatur... silaturrahim terjalin utuh hasil dari inisiatif untuk makan berjemaah tiap kali waktu berbuka tiba.
Alangkah indah andai tiap kualiti dan nilai yang terbentuk diterjemah dan diserap dlam kehidupan sehari-hari.Keindahan Islam akan terpancar dan terus menyerlah jika tiap umatnya tanpa jemu mengimarahkan masjid dan surau-surau,tampil penuh tertib dan berakhlak jauh dari barah sosial yang membelenggu,terampil sebagai insan produktif dengan disiplin pengurusan masa dan menepati waktu,dipercayai kerana integriti dan jati diri yang tinggi,menjadi insan prihatin yang ringan tangan untuk bersedekah dan saling membantu dan wujud menjadi masyarakat yang ampuh dengan sifat prihatin, nilai kemanusiaan dan kasih sayang yang tinggi.
Momentum pembinaan insan yang terbina dalam ramadhan ini merupakan suatu tenaga yang dijana dan perlu dialirkan sepanjang arus kehidupan untuk menghasilkan output yang berkualiti dan berdaya maju.Andai tenaga yang ada membeku dan tidak digunakan akhirnya ia hilang daya dan gagal memberi impak positif yang diharapkan...terlantar lemahlah momentum tadi sehingga menjadi wasted energy sehingga waktu recharge semula tiba jika berkesempatan pada ramadhan yang seterusnya.Tepuk dada tanya iman....moga tidak terus-terusan lalai dan tidur di dunia sehingga sedar dan terjaganya hanya pabila sudah berpindah ke alam barzakh....nauzubillah