Tuesday, June 29, 2010

Aku dan Basikal

Aku dan basikal...sarat dengan nostalgia lampau,aku dan basikal pernah menjadi suatu entiti sejoli yang cukup sebati dan mesra.Hampir semua orang punya kenangan dengan basikal...paling tak di usia anak-anak kecil pasti pernah merasa mengayuh basikal.

Kenangan ku dengan basikal pada awalnya bukanlah satu kenangan yang manis...kisah yang begitu sakit untuk dikenang.Ketika usia prasekolah aku gemar membonceng basikal yang ditunggangi oleh abang-abangku.Pada suatu hari yang bersejarah itu,aku seperti biasa dengan penuh riang membonceng di tempat belakang,abang kerap berpesan agar menjarakkan kaki dari rim basikal ketika ianya sedang bergerak.

Namun ketika basikal yang ditunggangi itu begitu laju menuruni bukit di halaman rumah aku terjerit-jerit ketakutan dan tanpa sedar aku merapatkan kaki ke rim basikal,dengan sekelip mata kurasakan kesakitan yang amat dahsyat,rupanya kaki kananku termasuk ke dalam rim yang sedang berputar laju dan cedera,darah mengalir begitu banyak sekali,kerana ayah tiada di rumah pada ketika itu abang edan mak segera mengendongku ke hospital yang kebetulan tidak jauh jaraknya dari rumah...aku lupa apa yang berlaku selanjutnya,yang pastinya parut di bawah pergelangan kaki kananku akibat kecederaan itu kekal selamanya hingga kini.

Bagaimanapun kejadian tersebut tidak pernah membuat ku serik dengan basikal.Aku malah girang sekali tatkala ayah menghadiahi aku dengan sebuah basikal BMX merah ketika aku darjah 1.Kesana ke mari aku menunggang basikal,rumah kawan,kedai,pekan,padang permainan,supermarket malah ke pantai kuredahi bersama basikal kesayanganku itu..sehinggalah aku darjah 6,basikal yang sudah semestinya kecil berbanding tubuhku yang kian membesar tetap setia menemaniku ke mana jua.Sungguh-sungguh aku sayangkan basikal itu yang sentiasa bersamaku di alam sekolah rendah.


BASIKAL PERTAMA


Masuk tingkatan satu aku tidak lagi berpeluang berbasikal kerana melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama.Adikku mengambil alih basikal itu namun entah apa yang terjadi kerana akhirnya basikal tersebut rosak dan tidak lagi berfungsi.Tamatlah kisah aku dan BMX merah itu.
Sehingga ke tingkatan 5 aku tidak lagi punya basikal kerana sepanjang tempoh itu aku lebih banyak menghabiskan masa di asrama berbanding rumah.Sehinggalah saat aku melangkah ke alam matrikulasi,kolej kediaman yang agak jauh dari dewan kuliah membuatkan ayah bertanya sama ada aku ingin bermotor atau berbasikal,terus sahaja aku minta dibelikan basikal kerana aku suka berkayuh lagipun malas rasanya mengambil lesen motor.Suatu hari denga sukacita ayah datang ke kolej kediamanku dan membawakan sebuah basikal biru...warna kesukaanku,cantik sekali...terima kasih ayah..aku benar-benar gembira.

Sekali lagi aku dan basikal menjadi entiti sejoli,penuh setia basikal biru itu membawaku ke mana sahaja dalam kawasan kampus UPM yang sememangnya cukup indah dengan kehijauan yang mengasyikkan.Aku yang selalu terburu-buru ke kelas akan menunggang selaju-lajunya agar tiba tepat waktu,langsung tidak ku pedulikan kain tudungku yang turut sama berkibar ala-ala 'cape' superman setanding kelajuan basikal itu.....syukur basikal itu tak pernah mengecewakanku.


BASIKAL KEDUA

Namun di suatu hari yang kurang bernasib baik,ketika pulang dari kelas,dalam perjalanan melewati dewan canselor aku yang menunggang dengan laju laju tiba-tiba gagal mengawal basikal...terbabas dan serasa badanku melayang bersama basikal itu..dan spontan aku mendapati diriku dan si basikal biru itu sudah berada di dalam longkang...!! Mujur longkang sedalam kira-kira semeter itu kering dan bersih dari sampah sarap,aku yang bingung seketika terkial-kial berusaha menarik basikal ke tepi jalan semula,mujur tidak ramai orang di sekitar kawasan tersebut.

Ada seorang lelaki yang menghampiri dan bertanya keadaanku,aku yang terlalu malu dengan kejadian tersebut hanya tunduk tanpa memandang mukanya dan mengangguk-angguk sambil berkata saya ok beberapa kali dan segera memecut basikalku pergi dari situ.Kerana masih 'shocked' terus sahaja aku menunggang basikal ke pekan berhampiran dan berpusing-pusing tanpa arah tujuan.Sehinggalah fikiran tenang dan kembali menghimpun semangat barulah aku berbasikal pulang ke kolej...teruk aku diketawakan oleh sekalian rakan-rakan sejurus mereka mengetahui cerita tersebut....bencinyaaa!!

Sekali lagi aku harus berpisah dengan basikal yang banyak berjasa itu apabila mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Ireland.Seperti biasa basikal bertukar tuan dan berpindah ke tangan adik-adikku...namun entah seganas mana basikal tersebut dikerjakan mereka,selang setahun pemergianku basikal tersebut tenat dan gagal berfungsi...aku dan basikal kedua pemberian ayah terpisah buat selamanya.....sayu hatiku.

Di Dublin rupanya terdapat juga trend berbasikal di kalangan pelajar malaysia di sana,namun kerana agak mahal untuk membeli basikal baru biasanya pelajar tahun pre klinikal yang hanya perlu menghadiri kuliah di kampus akan membeli basikal dari senior yang sudah masuk ke tahun klinikal dan tidak lagi memerlukan basikal mereka kerana kekerapan menaiki bas untuk ke hospital-hospital sekitar Dublin

Aku juga tidak ketinggalan membeli basikal dari senior yang seingatku berwarna pink/biru semasa tahun kedua di sana,tidaklah cantik sebagaimana basikal pemberian ayah tapi masih cukup baik lagi untuk ke sana ke mari.Kebiasaan berjalan kaki ke kolej yang memerlukan 20 minit dari rumahku kini hanya 5 minit dengan berbasikal.Namun suatu perkara yang paling dibenci ialah betapa tingginya jenayah curi basikal di Dublin ini.Kebiasaannya dicuri oleh anak-anak orang yang homeless dan jobless,mereka ini tinggal di flat-flat yang disediakan oleh kerajaan Ireland dan diberi subsidi elaun bulanan,begitu biasa dan pakarnya mereka kerana mampu mencuri basikal-basikal yang dikunci dengan baik.Pernah sekali basikal itu hilang ketika aku singgah ke kedai buku Clarendon Medical ,namun kerana geram dan sakit hati aku nekad mencari ke flat homeless yang terdekat dan berhasil menemukan basikal itu kembali...syukur.

Kenangan ketika berbasikal di negara 4 musim ini agak berbeza ketika di Malaysia...kala hari agak 'windy' tunggangan jadi begitu mencabar apabila terpaksa melawan arah deruan angin yang kuat,kadangkala terpaksa menyorong saja basikal dalam keadaan terhoyong hayang dek angin yang menggila.Namun ada waktu begitu besar manfaat berbasikal dalam cuaca sejuk kerana dapat memanaskan badan dan cepat sampai ke destinasi,sekurang-kurangnya menyingkatkan tempoh berjalan terketar-ketar dalam kedinginan yang mencucuk sampai ke tulang sum sum.Berbasikal harus dielakkan ketika jalan licin selepas sleet atau kadangkala snow turun di musim winter kerana berisiko mengundang padah.Waktu paling seronok menunggang adalah ketika cuaca nyaman musim spring apatah lagi jika melalui parks yang dipenuhi bunga yang sedang mekar indah.Musim summer juga seronok berbasikal apalagi waktu siangnya yang panjang membolehkan tunggangan lebih dari masa biasa untuk ke sana sini berbanding musim selainnya.

Paling tidak dapat dilupakan adalah kerja gilaku bersama 2 orang lagi housemateku Siti dan Aina pada suatu waktu musim autumn tahun 2000,entah apa anginnya kami yang terikut-ikut teruja dengan kemeriahan sambutan halloween tahun itu (note:don't do this at home...tak baik tau..skrg dah insaf..hehe).Kami pun merancang untuk berbasikal ke rumah seberapa ramai kenalan student malaysia (girls only) sekitar Dublin untuk buat surprise.Apalagi kami berbelanja membeli halloween costume di kedai 2 pound shop(lebih kurang macam kedai 2 ringgit di Malaysia)...topi witch,broom,topeng,kuku hantu,lantern...etc


dalam costume witch

semasa misi berjalan-bersama salah seorang mangsa

Hujung oktober pada hari yang dijanjikan kami bersedia dengan segala kelengkapan..dengan baju seba hitam dan costume yang dibeli kami nekad berbasikal walaupun cuaca agak windy pada malam itu.Bermula dengan ardilaun court,malaysia house,rumah atas kedai pakcik shabnam hinggalah ke rumah no 4 di South Circular kami redahi...tiap rumah kami buzz in...trick or treat... dan kebanyakan mereka terjerit-jerit terkejut apabila membuka pintu melihat 3 tetamu berpakaian witch dengan topeng hantu yang ngeri....hilarious and penuh happening malam itu....kami ketawa terbahak-bahak dengan misi gila yang menjadi.

Kami meredahi malam pulang ke rumah Laurel Lodge dengan penuh cabaran kerana angin yang semakin menggila sampai terbang topi witch yang dipakai.Namun agak menghairankan kerana nampaknya hanya kami yang berkostum ke sana ke mari..bukankah sepatutnya malam ini penuh meriah dengan kebanyakan warga irish keluar meraikan halloween..??Dalam kepayahan mengayuh akhirnya kami tiba jua ke rumah dengan selamat,persoalan terjawab tidak lama kemudian bila menyedari kami sudah silap haribulan..3o Oktober sehari awal dari halloween yang sepatutnya jatuh pada keesokan harinya iaitu 31 Oktober....hm patutlaaaaaa......

Namun jodoh basikal itu denganku tidak panjang..ketika pulang ke malaysia semasa cuti summer basikal itu dicuri lagi ketika teman serumah menggunakannya untuk membeli barang di Tesco Rathmines,aku tidak menuntut apa-apa kerana sedia maklum bukan salahnya kerana basikal itu sememangnya berkunci.

Aku kembali tidak berbasikal... suatu hari aku meminjam basikal roommateku aina untuk ke kolej....basikal aina yang cantik berwarna hitam itu kurantai dengan cermat di tempat letak basikal di hadapan kolej...tempat kereta lalu lalang dan kawasan sibuk pasti selamat fikirku.Malang sekali seusai kuliah petang itu aku tergamam melihat basikal tersebut tiada lagi di situ.Dengan hati yang walang dan penuh rasa bersalah aku melangkah lesu pulang dan mohon kemaafan dari aina dan berjanji menggantikan basikal yang hilang,namun seperti aku dulu aina juga faham situasi tersebut bukan salahku dan redha dengan apa yang berlaku.

Selepas dari itu aku tidak lagi berbasikal di Dublin apatah lagi bila sudah masuk ke tahun klinikal yang lebih banyak bergerak menggunakan bas untuk ke sana ke mari.Basikal terakhir ku beli semasa bekerja si Sandakan Sabah,niat di hati hanya untuk kegunaan riadah,namun basikal second hand yang ku beli walaupun masih cantik tapi tidak dapat kugunakan hanya selepas beberapa kali berbasikal kerana masalah rantai longgar.Kerana tidak sempat menghantar basikal itu untuk dibaiki maka ku biarkan saja ianya tersadai dan dikunci di laman belakang rumah,namun akhirnya basikal malang itu lesap dicuri.

Hingga kini basikal menjadi sebahagian sejarah silamku yang penuh warna warni,mungkin di suatu masa nanti aku akan kembali berbasikal,pastinya bukan lagi sebagai mode of transportation tapi sebagai hobi untuk riadah yang banyak membawa manfaat kepada kesihatan dan kecergasan.

Friday, June 25, 2010

PETUA BONDA....

Kali ni nak share petua kesihatandari bondaku yang tercinta...

Dok dengan mak macam-macam keistimewaannya,satu dari hal yang paling best ialah dapat makan masakan mak,tapi hari ni bukan nak citer pasal mak masak apa tapi amalan minuman kesihatan yang mak rajin sediakan.
Sebelum citer pasal petua nak war-warkan dulu betapa beruntungnya berbudi pada tanah...berkat kerajinan mak ber 'farmville" secara real keliling rumah maka banyaklah hasil tanaman organik dan bebas kimia yang dapat kitaorang nikmati bersama.Antara hasil tanaman mak...kelapa,pisang,pucuk dan ubi kayu,rambutan,betik,delima,limau nipis,limau kasturi,ciku,nangka,pinang,pelbagai jenis sayuran yang ditanam berganti-ganti...sawi,kangkung,kacang panjang,peria,timun,bendi..yang lain macam serai cili api,daun pandan,kunyit,daun kesum,bunga kantan,pegaga,inai,sirih tu memang sentiasa ada supply...dasat betul mak,tu belum campur ternakan ayam kampung dan tanaman flora yang indah dan pelbagai rupa...orkid,bunga raya,bunga kertas,kesidang,kenanga,ros,melur dan macam-macam lagi...bunyi macam luas benar tanah tu ye padahal kecik aje kawasannya.
Mari kita tengok antara hasil yang di harvest dari kebun mak:-






Best kan tengok hasil tanaman dan ternakan sendiri...aku bangga dengan mak dan tumpang gembira sebab selalu dapat merasa sama rezeki yang Allah kurniakan untuk hambaNya yang berusaha.

So berbalik pada petua minuman sihat tadi...ada 3 minuman sihat yang mak buat and galakkan kitaorang untuk amalkan...

1.AIR HALIA

Air halia mak memang best kaw-kaw....mak kata bagus untuk perut,buang angin dan panaskan badan,sagat sesuai kiranya diminum tatkala musim hujan.Rebusan halia tua campur gula anau membuahkan rasa yang begitu nikmat tatkala air yang sedang suam-suam kuku mencecah ke anak tekak..segar dan begitu mesra sekali dengan sistem pencernaan.

Istimewanya halia dalam quran pun di sebutkan ianya antara minuman yang terdapat di syurga..dalam surah al Insan ayat 17 Allah berfirman maksudnya 'Dan mereka di dalam syurga itu diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil (halia)".

Jadi dah tentu besar manfaatnya halia ni ye..memang halia banyak digunakan dalam ramuan ubat-ubatan.Mainly halia bagus untuk membantu sistem pencernaan dan boleh jadi penawar racun seperti bisa ular.Secara tradisinya halia digunakan untuk rawatan kembung perut,muntah,cirit birit,kurang nafsu makan,pening,kebas,batuk,gatal dan juga aplikasi luaran untuk mengurangkan bengkak,lenguh badan dan sebagainya.

So minumlah air halia untuk kesihatan perut anda.....


2.AIR INAI

Ha ni memang jarang la orang buat..biasanya inai pakai nak buat kaler kuku,jari and rambut especially bila nak kawin.Rupanya inai bagus jugak untuk diminum...tapi rasanya alahai..macam mana bau inai yang ditumbuk lumat tu macam tu jugaklah rasanya bila melintasi tekak ni.

Daun inai direbus begitu saja dan diminum bila dah sejuk...payau.Mak kata bagus untuk naikkan seri wajah...menyerlahkan inner shine la kira-kiranya..Inai juga bagus untuk mengurangkan sakit perut dan sebagai penyejuk badan...maka sangat sesuai diminum tatkala cuaca panas.

Pokok inai memang mempunyai nilai perubatan yang tinggi terutama pada daunnya.Air daun inai dikatakan boleh merawat masalah wanita seperti haid berlebihan dan keputihan.Orang India menggunakan air inai sebagai penyegar untuk mengecutkan tisu-tisu badan dan seterusnya mengurangkan pendarahan berlebihan. Mereka juga percaya bahawa dengan berkumur air inai dapat melegakan sakit tekak.

Jadi apa kata lepas ni sambil menepek jari dengan inai bagi tujuan kecantikan kita minum air daun inai untuk kesihatan dalaman sekali.



pokok inai di kebun mak

3.AIR PEGAGA

Suatu hari mak letak satu tupperware plastik bekas nata d coco tu dalam peti ais...dalam tu ada air kaler hijau pekat...ingat air pandan campur inci kaler hijau untuk buat kuih lapis ke,onde2 ke, seri muka ke...sekali adik aku tanya dah minum ke air pegaga dalam peti ais....la minuman rupanya.Sekali tengok ish takut aku nak minum...pekat klorofil nya,nnt tumbuh pokok lak atas kepala...hehe...lawak budak kecik.
Anyway sebab air mak buat memang selalu penuh dengan khasiat aku pun try la jugak....seteguk..dua teguk..gluk,gluk terus abis satu gelas...wow sedapnya...fresh,segar,nyaman....napa la selama ni aku tak tau yang air pegaga ni sedap macam ni...rugi betul.
Mak kata air pegaga untuk sejukkan badan,tambah darah dan kesihatan dalaman.Di India pegaga ni diguna sebagai tonik untuk menguatkan daya ingatan dan mencegah nyanyuk.Dalam perubatan tradisional Cina pulak diguna untuk merawat selsema,penawar racun dan sakit kuning.Orang mengandung yang kurang darah dan tak berapa suka sangat makan sumber zat besi dari haiwan macam hati,kerang,daging dan sebagainya elok makan pegaga banyak-banyak sebab ianya sumber zat besi paling tinggi dari tumbuhan .Secara umumnya khasiat pegaga bolehla disimpulkan seperti berikut:-

  • penawar alahan
  • anti kanser
  • melawaskan air kencing
  • penawar batu karang
  • penawar kencing berdarah
  • penawar ulser
  • merangsang peredaran darah
  • merawat cirit birit
  • menurunkan tekanan darah



kehijauan air pegaga yang penuh khasiat


Jadi memang besar sangatlah manfaat pegaga ni...patut dijadikan menu kat restoran,mesti dapat sambutan,jadi minuman time berbuka puasa pun bagus juga.Bersama-samalah kita manfaatkan khazanah alam untuk kesihatan badan dan hidup yang sejahtera hendaknya...ameen

7 SEBAB SAINTIS PERCAYA ADANYA TUHAN



7 Alasan Mengapa Saintis Percaya Akan Adanya Tuhan

( Diterjemah secara bebas dari laman www.geocities.com/Tokyo/Spa/7220/seven.html)

------------------------------------------------------------------------

Artikel dari Mr. Cressy Morisson, bekas Presiden 'New York Academy Of Sciences' yang pertama kali terbit di dalam Reader's Digest Januari, 1948 ;kemudian dengan sokongan Professor C. A. Couldson, F. R.S. Profesor Matematik di Universiti Oxford ianya telah diterbit semula di dalam Reader's Digest November 1960. Rencana ini membuktikan para saintis mengakui betapa perlunya kehadiran tuhan yang maha Pencipta.


Kita masih lagi berada dalam keheningan subuh zaman saintifik dan setiap peningkatan sinar mentari membawa petunjuk akan keagungan maha pencipta.Setelah 90 tahun sejak Darwin membuat penemuan dengan semangat sains kemanusian dan dengan kepercayaan kepada pengetahuan yang semakin hampir kita dekati menyebabkan kita semakin bertambah yakin dengan adanya tuhan.

Untuk diri saya, saya telah menghitung 7 alasan untuk menyimpulkan kepercayaan saya ini.

1.Pertama,dengan menggunakan hukum matematik kebarangkalian, kita boleh membuktikan bahawa alam ini telah direkabentuk dan dicipta dengan kejuruteraan yang maha bijaksana.
Jika anda ambil 10 keping wang syiling dan tandakan dari 1 hingga 10, kemudian masukkan ke dalam poket anda dan gaulkan syiling2 tersebut.
Sekarang anda cuba anda mengambilnya secara teratur dari no. 1 hingga 10 dan masukkan kembali syiling2 tersebut dan gaulkan mereka kembali.
Secara matematik, kita tahu bahawa kebarangkalian anda untuk mendapatkan syiling bernombor 1 adalah 1 dalam 10, peluang untuk mendapatkan no. 1 dan no. 2 secara berturutan adalah 1 dalam 100 dan peluang untuk mendapatkan 1, 2 dan 3 secara berturutan secara berterusan adala 1 dalam 1000 dan begitulah seterusnya.
Peluang anda untuk mendapatkan no. 1,2,3,4,5,6,7,8,9 dan 10 secara berterusan adalah 1dalam 10 juta kali.

Mengikut kaedah yang sama, terlalu banyak keadaan yang ideal dan optima yang diperlukan di dalam kehidupan di atas bumi ini dan ianya pasti tidak akan wujud jika ianya terjadi dengan sendirinya, Bumi berpusing pada paksinya pada kelajuan 1,000 batu sejam.
Jika ianya berpusing pada kelajuan 100 batu sejam, hari2 dan malam2 bumi akan menjadi 10 kali lebih lama dari sekarang,dan kepanasan matahari akan membakar seluruh tumbuhan pada waktu siang dan pada waktu malam pula, kehidupan yang ada ini akan membeku.

Matahari, sumber kehidupan ini, mempunyai suhu permukaan sebanyak 12,000 darjah Fahrenheit dan dunia ini mempunyai jarak yang optima jika dibandingkan dengan matahari supaya pancaran matahari sekadar cukup untuk memanaskan dan tidak terlalu berlebihan. Jika matahari memancar cahaya dengan kadar sebanyak 50% kurang dari yang ada sekarang, kita akan kebekuan dan jika ianya memancarkan 50% lebih pancaran, kita akan terbakar.


Kecondongan bumi sebanyak 23 darjah memberikan bumi 4 musim, jika bumi tidak condong sebanyak itu, wap dari lautan akan bergerak menuju utara dan selatan dan akan menyebabkan benua2 akan menjadi benua air batu.

Jika bulan yang kita ada sekarang cuma berjarak sejauh 50,000 batu dari bumi dari jarak sebenarnya sekarang, air pasang surut dari lautan akan menjadi terlalu besar di mana dalam 2 kali sehari, seluruh benua di bumi akan ditenggelami air dan gunung ganang pun akan terhakis sama sekali.

Jika lapisan teras bumi menjadi 10 kaki lebih tebal dari yang ada sekarang, ianya akan menyebabkan tiada lagi oksigen yang akan wujud di mana semua kehidupan akan mati.

Jika lautan menjadi beberapa kaki lebih dalam dari yang ada sekarang, karbon dioksida dan oksigen akan terlarut semuanya di dalam lautan dan akan menyebabkan tiada tumbuhan lagi akan wujud.

Jika atmosfera kita menjadi semakin tipis, sebahagian dari meteor akan terbakar di angkasa dan di bumi sebanyak berjuta2 kali dalam sehari dan akan mengenai bumi dan menyebabkan kebakaran di mana-mana jua .

Disebabkan alasan-alasan di atas, tidak ada kemungkinan satu dalam berjuta-juta pun bahawa kehidupan di atas planet bumi ini terjadi secara kebetulan.

2.Kedua. Keadaan kehidupan itu sendiri untuk menyempurnakan tujuan kehidupan itu sendiri adalah manifestasi akan kewujudan yang Maha Bijaksana. Kehidupan itu sendiri, tiada manusia yang benar2 mengerti tentang pengertiannya. Ianya tidak mempunyai berat atau dimensi, tetapi ianya mempunyai kekuatan dan daya: akar yang hidup akan memecahkan batu.

Kehidupan telah menguasai air, daratan dan udara, telah menguasai elemen dan telah membentuk dan melarutkan elemen dan membuat perubahan kepada kombinasi mereka.

Kehidupan, pencipta yang telah membentuk semua kehidupan yang ada,artis yang merekabentuk setiap daunan untuk setiap pohonan dan mewarnakan setiap bunga yang ada.

Kehidupan adalah ibarat pemuzik dan membuat setiap burung mempunyai lagu2 cinta mereka sendiri, serangga akan memanggil sesama mereka dalam nada beraneka mereka sendiri.

Kehidupan adalah ahli kimia yang agung, memberi rasa kepada setiap buah-buahan dan rempah ratus, dan memberi bauan kepada mawar dan bunga-bungaan lainnya, merubah air dan asid karbonik menjadi gula dan kayu dan dengan membuat demikian,menghasilkan oksigen agar setiap haiwan dapat hidup benafas.
Awas, setiap tumpahan protoplasma yang hampir tidak kelihatan, lutsinar dan berbentuk seperti agar2 mampu bergerak dan mandapatkan tenaga dari cahaya matahari .Kehidupan satu sel ini menyimpan mikro-organisma kehidupan itu sendiri dan mempunyai tenaga untuk mengagih-agihkan kehidupan kepada setiap benda bernyawa amat berkuasa tetapi telalu kecil. Kuasa pada setiap tumpahannya adalah lebih besar dari tumbuhan, haiwan dan manusia itu sendiri, kerana setiap kehidupan adalah bermula darinya.
Alam semula jadi tidak dapat mencipta kehidupan: batu-batuan yang panas dan kemasinan laut tidak dapat memenuhi keperluan kehidupan.

Tetapi,siapakah yang telah mengujudkan kehidupan itu sendiri?

Ketiga: Kebijaksanaan haiwan itu sendiri telah menyuarakan akan keagungan Maha Pencipta yang memasukkan naluri kedalam haiwan.

Ikan Salmon menghabiskan beberapa tahun usianya di dalam lautan, akhirnya akan kembali kepada asal usul sungainya: akan berenang untuk kembali kepada sungai dan habitat di mana ia telah dilahirkan. Apakah yang menyebabkan mereka kembali ke tempat asal mereka dengan begitu tepat sekali?

Jika anda mengubah ikan tersebut kepada habitat lain, ikan ini akan mengetahui bahawa dia telah tersalah haluan dan akan berusaha sekali lagi untuk berenang menentang harus untuk menghabiskan destinasinya dengan lebih tepat lagi.

Adalah lebih sukar lagi untuk menyelesaikan misteri kehidupan belut.Makhluk ajaib ini
berhijrah apabila mencapai umur matang dari setiap kolam dan sungai di mana-mana merata dunia - dari Eropah akan menyeberangi beribu-ribu batu lautan - semuanya akan berkumpul pada lubuk yang dalam berdekatan laut Bermuda.
Di sana mereka akan mengawan dan mati. Anak2 belut tanpa pengetahuan yang kita tahu kecuali hidup liar dalam lautan, walau bagaimanapun akan mengetahui jalan pulang mereka bukan sahaja persisiran pantai di mana ibu bapa mereka berasal bahkan sampai kepada setiap sungai atau kolam kecil di mana mereka berasal - menyebabkan setiap bahagian air akan sentiasa didiami oleh belut.
Tiada belut Amerika yang ditangkap di Eropah dan begitu juga sebaliknya. Alam semulajadi juga telah melengahkan kematangan belut Eropah selama setahun atau lebih untuk menghabiskan jarak perjalanannya yang lebih panjang. Dari manakah asalnya deria pengemudian mereka ini?


Keempat : manusia mempunyai lebih lagi dari naluri kehaiwanan - keupayaan untuk berlogika.
Tiada haiwan yang berkebolehan untuk mengira dari 1 hingga 10 atau untuk memahami pengertian nombor-nombor itu. Di mana naluri ini adalah seumpama nota tunggal kepada seruling, indah tetapi terhad, otak manusia mempunyai kesemua nota-nota untuk semua peralatan dalam sebuah orkestra. Tidak perlu untuk menerangkan lebih lanjut tentang alasan yang keempat ini, terima kasih kepada manusia, logika ini menyebabkan manusia seperti manusia yang ada sekarang yang menerima secebis atau sedikit cetusan dari kebijaksanaan universal yang Maha Bijaksana.

Kelima: Kewujudan semua benda bernyawa adalah hasil dari fenomena yang diketahui pada masa ini dan tidak pada masa Darwin - keajaiban gen.

Terlalu penting bagi gen yang bertanggungjawab terhadap semua manusia hidup di dalam dunia ini jika dikumpulkan di dalam suatu tempat,ruangan yang akan diambil oleh mereka tidak akan lebih dari ruangan yang diambil oleh satu jari manusia. Namun begitu, mikroskopik gen ini dan yang sebangsa dengannya kromosom, tinggal di dalam setiap sel hidup dan merupakan kunci kepada semua ciri-ciri manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Satu ruangan jari manusia adalah ruangan yang kecil untuk memenuhi kesemua ciri-ciri manusia seramai dua billion orang. Walau bagaimanapun, fakta ini tidak boleh dipersoalkan lagi. Lantas bagaimanakah gen ini mengunci ciri-ciri warisan manusia dari berbagai peringkat generasi manusia dan mengekalkan psikologi setiap individu di dalam suatu ruangan yang agak kecil?.

Di sini evolusi benar-benar bermula dari satu sel yang entitinya mewarisi dan membawa gen-gen. Bagaimana beberapa juta atom, terkunci sebagai mkiroskopik lampau, boleh menguasai dunia dan ianya merupakan contoh ciri-ciri yang berasal dari Kebijaksanaan Maha Agung - hipotesis dari mana lagikah yang mampu membuat ciptaan yang sedemikian rupa?

Keenam: Melalui ciri-ciri ekonomikal, kita terpaksa mengakui bahawa hanya dengan kebijaksanaan yang tidak terbatas telah melihat dan menyediakan satu sistem pengurusan sumber yang maha bijaksana.

Beberapa tahun lampau satu spesis kaktus telah ditanam di Australia sebagai pagar-pagar penghalang. Oleh kerana tidak mempunyai serangga pemusuh di Australia, pokok-pokok kaktus ini kemudiannya membiak dengan kadar yang amat tinggi sehinggakan tumbuhan ini telah memenuhi kawasan sepanjang dan sebesar England, menghalau inhabitan ke Bandar-bandar dan perkampungan, dan memusnahkan ladang-ladang.
Sebagai usaha perlindungan, pakar tumbuhan dan serangga telah menjumpai sejenis serangga yang hanya semata-mata memakan pokok kaktus ini.Ianya membiak secara bebas dan tidak mempunya musuh di Australia. Serangga ini kemudiannya menguasai tumbuhan ini dan bahaya kemaraan pohonan kaktus telah berjaya dikawal hanya dengan menggunakan serangga mampu untuk mengawal pohonan kaktus untuk selamanya.
Ciri-ciri kawal dan periksa (check and balance) telah lama wujud pada alam maya ini. Mengapakah tidak ada serangga yang pantas memakan menguasai dunia ini? Ini adalah kerana meraka tidak memempunyai paru-paru seperti yang ada pada manusia,mereka bernafas melalui tiub-tiub pernafasan. Bila serangga bertambah besar, tiub-tiub pernafasan mereka tidak membesar dengan nisbah pembesaran tumbuh mereka. Oleh kerana itu, tidak pernah ada serangga yang mempunyai tubuh yang besar dimana had-had pembesaran ini telah mengekang mereka semuanya di dalam kawalan. Jika ciri-ciri pengawalan ini tidak tersedia, manusia tidak akan wujud,bayangkan kita bertemu dengan serangga yang sebesar singa!

Ketujuh: Kenyataan manusia menerima konsep kepercayaan kepada tuhan itu sendiri adalah bukti yang paling unik.

Konsep ketuhanan terhasil dari tahap-tahap manusia itu sendiri, tahap yang dipanggil sebagai pemikiran. Dengan kekuatan daya ini, manusia dan hanya manusia mampu untuk mencari bukti perkara-perkara yang ghaib. Kekuatan ini telah mengungkap segala rahsia: sesungguhnya manusia adalah sesempurna penciptaannya maka pemikiran telah menjadi kenyataan kerohanian.
Pemikiran mampu mengesan bukti-bukti penciptaan dan tujuan penciptaan yang hakiki dan Tuhan adalah segala-galanya dan Tuhan tidak pernah lebih dekat melainkan dengan jiwa manusia itu sendiri. Perkara ini adalah benar dari segi saintifiknya dan juga dari segi pemikiran yang mengungkap keagungan Tuhan dan ciptaannya.


Wallahua'lam

ENGLISH IS A WEIRD LANGUAGE


English is a Weird Language

Lets face it
English is a weird language.
There is no egg in the eggplant
No ham in the hamburger
And neither pine nor apple in the pineapple.
English muffins were not invented in England
French fries were not invented in France.

We sometimes take English for granted
But if we examine its paradoxes we find that
Quicksand takes you down slowly
Boxing rings are square
And a guinea pig is neither from Guinea
Nor is it a pig.

If writers write, how come fingers don't fing.
If the plural of tooth is teeth.
Shouldn't the plural of phone booth be phone beeth
If the teacher taught,
Why didn't the preacher praught.

If a vegetarian eats vegetables
What the heck does a humanitarian eat!?
Why do people recite at a play
Yet play at a recital?
Park on driveways and
Drive on parkways

You have to marvel at the unique lunacy
Of a language where a house can burn up as
It burns down
And in which you fill in a form
By filling it out
And a bell is only heard once it goes!

English was invented by people, not computers
And it reflects the creativity of the human race
(Which of course isn't a race at all)

That is why
When the stars are out they are visible
But when the lights are out they are invisible
And why it is that when I wind up my watch
It starts
But when I wind up this poem
It ends.

Wednesday, June 16, 2010

CERITA AIRPORT


Setiap orang yang dah pernah fly mesti ada pengalaman tersendiri kat airport yang seronok untuk dikenang,paling tak mesti pengalaman first time naik plane terpahat kemas di sanubari....excited,debar2,cuak and semuanya berkumpul menjadi satu paduan perasaan yang indah untukdikenang.

Macam tu jugaklah dengan aku,bila dah tersurat dapat peluang belajar ke luar negara di situlah bermulanya segala kenangan pahit manis berkaitan airport nih..daripada travel dalam satu gerombolan besar student JPA yang seangkatan sampailah travel sorang-sorang semuanya dah pernah aku rasa.Ada beberapa insiden yang berkaitan airport nak kuabadikan dalam blog ni...

Sebelum berhikayat kita layan gambar-gambar kenangan di airport dulu.....




First time nak berangkat ke Dublin











First time nak pergi jauh dari family tercinta...huwaaaa....






First time naik flight-journey to Dublin via London


penat bangat...after 13 hours flight,transit at heathrow airport before boarding on connecting flight to Dublin




going back to Dublin 98-first departure via KLIA





INSIDEN 1
Kisah ni takda kaitan pun dengan naik kapal terbang..ni berlaku masa zaman aku kecik-kecik dulu lingkungan umur 8 tahun gitu.Masa tu kami sekeluarga ramai-ramai ke lapangan antarabangsa Subang sebab nak antar Bangah yang nak pergi belajar ke US.
Dah memang perangai budak kecik yang gayat tegok escalator,aku dengan sorang lagi sepupu perempuan dok main turun naik escalator tu sampailah kitaorang penat.Bila dah penat mulalah tekak rasa haus..aku pun pergi kat bangah and ngecek duit kat dia sebab nak beli air.Kalau tak silap bangah bagi 2 ringgit.Aku dengan riang rianya pergi kat cafe airport tu dengan sepupu tadi dan order 2 fresh oren tanpa bertanya pun berapa harganya.
Sudahnya bila nak bayar terkejut badak kitaorang sebab harganya adalah lebih kurang sepuluh ringgit..mana nak dicekau lagi 8 ringgit nih?aku dah cuak and berdebar-debar...rasa nak nangis pun ada.
Tetiba dengan takdir Tuhan adalah seorang hamba Allah,lelaki dalam umur 30an kot yang menyapa kitaorang dan tolong bayarkan harga air tu..bersyukurnya ada orang baik hati macam ni,kitaorang tersengih-sengih gembira and ucap banyak-banyak terima kasih,dia hanya senyum dan cakap doakan yang baik-baik untuk dia..sampai sekarang budinya ku kenang,mudah-mudahan Allah murahkan rezeki dan bahagiakan hidup dia dunia akhirat.

INSIDEN 2
Insiden ni berlaku masa tahun keempat aku belajar di Ireland.Pulang cuti summer tahun 2001,masa nak balik ke Dublin ada parents classmate aku nak kirim barang untuk anaknya yang tak pulang ke Malaysia tahun tu...katanya dah arrange dengan kawan abangnya yang kerja di counter check in MAS tu supaya boleh lepaskan barang yang memang lebih dari limit yang sepatutnya dibawa.Aku pun rasa lega sebab barang aku sendiri memang dah banyak and berat.

Tiba hari nak berangkat semula ke Dublin aku pun dah standby di airport tunggu parents kawan aku ni datang bawak barang.Tak lama kemudian mereka pun tibalah...tu diaaaa barang yang nak dibawa merupakan satu kotak barang yang memang sangat besar macam kotak tv 21 inci...bukan kotak tv LCD eh tapi kotak tv old fashion yang memang bagak tu.Tak menghairankan sebab kawan aku ni dah berkeluarga jadi dah tentulah macam-macam yang nak dikirim.

Namun masalah timbul sebab kelibat kawan abangnya yang bekerja di kaunter check in tu tak kelihatan...family kawan aku ni pun dah naik risau sebab waktu check in dah nak abis...kalau check in dengan orang lain gerenti tak lepas.Dalam pada menunggu tu kawan abangnya tak jugak muncul-muncul...rupanya memang dia tak kerja hari tu...hampeh,kesian kat family kawan aku ni yang dah siapkan macam-macam barang untuk anaknya.

Dalam pada tu ada staff MAS kat kaunter yang dah tunggu aku check in dari tadi..aku dah bagitau dia nak tunggu family kawan bawak barang untuk anaknya.Masa kitaorang dah termangu-mangu sebab orang yang diharapkan takda tu staff tu panggil aku check in sebab takut lewat.Dia nampak kiriman kotak besar tu dan sambil senyum dia kata takpa dia cuba tolong.Bila timbang memang sah terlebih-lebih limit dari sepatutnya,muka parents kawan aku tu pun memang nampak hampa sangat and kata takpalah kalau tak lepas diorang bawak balik kotak tu.
Dengan rahmat Allah,staff tu pun dengan senang hati kata takpa dia upgrade seat aku ke business class so boleh bawak barang lebih.Wah tak terkata riangnya hati aku masa tu..dahla semua barang lepas siap dapat dok kat business class lagi.Aku pun ucapkan terima kasih yang tak terhingga pada dua orang staff yang sangat baik hati tu.Dia kata nanti dah graduate nanti jadila doktor panel untuk MAS..aku senyum gembira dan sekali lagi berterima kasih banyak-banyak pada mereka.

Memang best sungguh perjalanan dari KL-London untuk kali tu..semua berjalan lancar kecuali bila kat immigration di Dublin Airport aku yang lurus bendul ni jawab tak pasti apa yang ada dalam kotak tu sebab tu kiriman untuk kawan bila ditanya dek pegawai kastam.Bila dah bagi jawapan merbahaya macam tu terpaksa la dia bukak kotak tu untuk tengok apa yang ada.Gelabah jugak aku,takut ada barang yang dirampas or kena buang,check punya check adalah diorang jumpa serai la,cili ke apa aku tak ingatlah tapi barang-barang untuk masakan melayu ni...mujur masa tu ada senior aku yang tolong 'cong' apa yang patut.Alhamdulillah semua barang selamat dan dia nasihatkan lain kali bawak barang yang kita tahu apa contentnya...memang betul sangat tu.

Jadi kepada staff MAS dua orang tu,jasamu ku kenang ..terima kasih kerana menyumbang kenangan indah di airport yang pastinya terpahat kemas dalam memoriku sepanjang hayat.

INSIDEN 3
Dah 2 kejadian best kat airport aku cerita....tapi dah fitrah hidup ni ada manis ada pahit.Kali ni aku nak cerita kenangan pahit pulak...tang ni memang buat aku sayu sangat dan buat aku insaf kita ni insan kerdil dan hina...apalagi seorang pelajar yang tak berduit sangat macam aku nih,kadang dalam certain situation terpaksa pasrah dan tawakkal mengharap pertolongan Allah.

Kisahnya macam ni...kejadian berlaku masa aku nak back for good ke malaysia.Dah ditakdirkan aku berseorangan dalam perjalanan ni sebab aku gatal-gatal stay lama sikit kat sana lepas exam.Kawan yang seangkatan yang nak berkhidmat kat malaysia semuanya dah balik dulu.

Sebab kan aku ni dah lebih 6 tahun dok sana,maka ramai kawan-kawan,senior junior mengiringi aku kat airport Dublin tu..sedihnya nak berpisah dengan teman seperjuangan dan mengucapkan selamat tinggal pada bumi yang merakamkan suka duka dalam kembara ilmuku jauh dari tanahair tercinta.Alhamdulillah ramai rakan-rakan yang menghadiahi aku cenderahati perpisahan sebagai tanda kenangan sebelum aku berangkat masuk ke departure hall.Terima kasih sahabatku semua..penuh tanganku membawa hand luggage yang berupa sebuah beg tarik dan pelbagai hadiah yang diterima.

Tiada masalah timbul di Dublin Airport..aku selamat berlepas dari Dublin ke London dengan pesawat British Midland.Sampai di Heathrow Airport aku bergegas ke kaunter MAS untuk check in bagi menaiki pesawat MAS ke Kuala Lumpur.Kebiasaannya tidaklah susah bagi penumpang yang menaiki connecting flight kerana baggage akan terus dipindahkan ke flight seterusnya dan hanya perlu check in untuk pengesahan seat dan mendapatkan boarding pass sahaja.

Masalah timbul kerana Heathrow airport mula menguatkuasakan peraturan seorang penumpang hanya boleh membawa tidak lebih dari 2 hand lunggage yang tidak melebihi 5kg sahaja.Aku yang tidak tahu menahu tentang peraturan tersebut mengalami masalah bila membawa terlalu banyak hand luggage.Staff di kaunter check in enggan mendaftarkan namaku dan meminta aku bjumpa dengan officer yang menguruskan perihal bagasi supaya sebahagian hand luggage ku di pindah masuk ke bahagian bagasi.

Aku pun ke kaunter khas yang diarahkan,seorang lelaki melayu lingkungan umur 40an bertugas pada masa itu.Dia menerangkan mengikut peraturan terkini aku tidak dibenarkan membawa terlalu banyak hand luggage dan sebahagian barangan tersebut perlu dimasukkan sebagai bagasi.Malangnya bagasiku yang sedia ada sudah melebihi timbangan berat yang sepatutnya dan pegawai tersebut enggan menambah bagasi sedia ada kecuali jika aku sanggup membayar lebihan bagasi tersebut.

Aku terangkan padanya mana mungkin aku mampu membayar lebihan bagasi tersebut kerana aku hanya seorang pelajar yang akan pulang terus ke Malaysia dan situasi tersebut tidak kuduga berlaku kerana tiada sebarang masalah kualami semasa di Dublin.Dalam keadaan transit sebegini mana mungkin barang-barang ini dapat ku tinggalkan..tiada siapa yang boleh kuhubungi di sini untuk membantu..lainlah keadaannya jika di Dublin,aku pasti boleh menghubungi rakan untuk menyimpan dahulu barangan yang tidak dapat dibawa bersama.Pegawai tersebut enggan menerima penjelasanku dan meminta aku cari penyelesaian contohnya menghantar barang melalui perkhidmatan courier..mukanya yang tegas dan masam itu sudah cukup menggambarkan betapa dia tidak peduli apa pun masalahku.

Aku berlalu dengan hati yang rawan dan akal buntu...perlahan aku berjalan menghampiri kaunter perkhidmatan courier yang disediakan,lama aku merenung senarai harga di papan tanda yang dipamerkan...berapa puluh pound sterling yang perlu ku bayar untuk lebihan bagasi ini???Termanggu-manggu aku di situ mengenangkan duit yang hanya ada beberapa euro dalam dompet,realitinya memang aku aku tidak mampu menggunakan alternatif ini.

Sebuah keluarga prihatin yang kelihatannya seperti dari bangsa pakistan atau gujerat nampaknya amat bersimpati dengan kesulitan yang kualami,lantas mereka menawarkan untuk menjaga sebahagian barangan ku dan meminta aku ke kaunter check in semula dengan kuantiti hand luggage seperti yang ditetapkan.Aku berjaya mendapatkan boarding pass dan mengambil semula barangan ku daripada keluarga yang baik hati itu.Aku pun berlalu memasuki departure hall,semasa pemeriksaan imigresen pegawai kastam yang bertugas mengingatkan aku tentang jumlah barangan hand luggage yang ku bawa mungkin menimbulkan masalah di boarding gate nanti..lantas ku terangkan masalah yang dialami dan aku benar-benar tiada pilihan,warga inggeris tersebut hanya tersenyum dan berkata kalau begitu cubalah mudah-mudahan aku bernasib baik.Aku mengucapkan terima kasih dan terharu dengan sifat timbangrasa yang ditunjukkan.

Dalam perjalanan menuju ke boarding gate hatiku benar-benar resah..bagaimana kalau aku dihalang menaiki pesawat?Untuk berpatah semula ke Ireland adalah tidak mungkin kerana alien permitku sudah tamat tempoh..apalah pilihan yang aku ada...dalam keadaan panik dan terdesak aku menyapa satu pasangan warga Malaysia yang bakal menaiki pesawat sama..mereka nampaknya berlenggang tanpa apa-apa hand luggage.Ku terangkan masalah yang dialami dan kemungkinan aku bakal berdepan kesulitan di boarding gate nanti..aku memohon kiranya mereka dapat membantu membawakan sebahagian baranganku,dan mereka boleh memeriksa dahulu barangan tersebut andainya ragu-ragu dengan ceritaku.Namun aku benar-benar hampa kerana lelaki tersebut hanya berkata we'll see...riak muka pasangan tersebut nyata keberatan dan tidak sudi membantu .

Aku hanya mampu pasrah dan tawakkal..seperti yang diduga aku mengalami masalah di boarding gate kerana hand luggage yang berlebihan,tanpa ku duga pegawai lelaki bermuka masam tadi datang ke situ dan memarahi aku..katanya aku menipu dan sepatutnya datang berjumpa kembali dengannya..aku hanya diam termangu-mangu memikirkan kewajaran kata-katanya.Dia memutuskan aku tidak dibenarkan menaiki flight tersebut dan bagasi ku akan dikeluarkan....sampainya hatiiii.....hanya kerana masalah sebegini.Walaupun tahu aku salah tapi apa pilihan yang ada...seandainya hal ini berlaku di Dublin pasti berbeza...tapi di kota yang asing ini,sekadar transit sementara mana mungkin barang ku tinggalkan begitu sahaja..apalagi sebahagiannya adalah kenangan berharga dari rakan-rakanku semua.

Aku terdiam dan terduduk sementara menanti bagasi ku di keluarkan...dalam pada itu barulah pasangan yang ku pinta pertolongan tadi datang menghampiriku dan bertanya kepada pegawai tersebut kiranya mereka boleh membawa sebahagian barangan ku....sayang semuanya sudah terlambat,pastinya permintaan sedemikian tidak dibenarkan.Perlahan aku hanya mengucapkan terima kasih kerana cuba untuk membantu walaupun bukan pada waktu yang tepat..thanks for nothing lah lebih kurang.Dalam pada itu aku sempat berfikir apa yang harus dilakukan..pertamanya aku harus menelefon keluarga memaklumkan masalah yang berlaku,kedua aku mungkin stuck di London ini dan terpaksa mencari kerja di airport ini...sebagai cleaner barangkali untuk mengumpul dana buat membeli tiket flight yang baru....apalah malangnya nasibku.

Tidak lama kemudian sang pegawai melayu bermuka masam tadi datang menghampiriku...mana hand luggage awak yang paling besar?Beri pada saya untuk dimasukkan ke ruang bagasi...aku terpinga-pinga tidak mengerti...dia menyambung kata,kali ini saya tolong awak,awak boleh naik flight malam ni....Ya Allah ingin sekali aku sujud syukur padaNya di situ juga,pertolongan Allah datang pada saat tak di duga.Dengan suara menggeletar dan penuh keharuan aku berkata..terima kasih atas pertolongan encik,saya minta maaf kerana bertemu dalam keadaan sebegini,saya harap suatu hari nanti kita akan berjumpa dalam keadaan yang lebih baik...terima kasih,terima kasih banyak-banyak..kataku sambil berlalu masuk ke dalam flight.Terlintas juga di fikiran entah-entah pegawai tersebut terpaksa membantu,mungkin sahaja dia menerima arahan dari pihak yang lebih superior untuk berbuat demikian demi mengelakkan flight delay...tapi apa pun alasannya itu sudah tidak penting bagiku.Syukur aku tidak terkandas di tanah Britain ini.

Perasaanku tak menentu..sedih,sayu,haru,terkejut lega semuanya beradun menjadi satu.Perjalanan penuh trauma yang tak mungkin kulupakan,terasa seakan serik sekali menaiki penerbangan MAS,namun perasaan tersebut masih mampu dikikis mengenangkan pengalaman manis dan hospitality yang kuterima dalam siri penerbangan sebelumnya..despite kenangan pahit itu aku masih lagi pelanggan yang setia.

Moralnya patuhilah peraturan untuk memudahkan segala urusan....hehehe..

Namun dalam dedikasi menjalankan tugas dan bertegas dengan peraturan yang diguna pakai ada ketika dalam situasi tertentu budi bicara dan timbang rasa lebih tinggi nilainya dalam urusan sesama insan.Apalagi dalam perkhidmatan kepada pelanggan ,kadang-kadang sedikit pertolongan dan secebis budi yang dihulurkan begitu mudah dilupakan oleh yang memberi tapi akan dikenang seumur hidup oleh yang menerima,begitu bernasnya maksud pantun lama...hutang emas boleh dibayar,hutang budi dibawa mati.





Kenangan terakhir di Dublin Airport...sebelum tragedi sayu di Heathrow....isk..isk...








MAS fokker 50 aircraft served most Sabah and Sarawak airports
Kat airport Kota Kinabalu,sekarang ni semua fokker MAS ni dah rest in peace...tukar aircraft generation lain




Friday, June 11, 2010

Di sebalik adat itu..............

Baru-baru ni adikku selamat bertunang...tahniah viniyamey.Barula tercelik mata sikit tentang amalan adat-adat dalam bab-bab macam ni,maklumla takda pengalaman.Last family buat kerja kawin pun dah lebih 11 tahun lepas.

Mula-mula family tunang adik tu datang merisik..bawak cincin tanya,bila dah cnfirm jadik maka tarikh meminang and bertunang pun ditetapkan la pada 5 jun yang lepas.

As aku tinggal dengan mak maka kenala jadi supir and escort mak jalan-jalan jemput orang-orang yang berkenaan..kalau di negeri sembilan ni kena jemput buapak who is our ketua 'perut' yang akan bertindak sebagai jurucakap masa majlis meminang tu nanti.Untuk pengetahuan dalam adat pepatih ni buapak adala orang yang mengetuai sesebuah PERUT.PERUT ni pulak adalah kumpulan yang berasal daripada nenek atau moyang perempuan yang sama..ahli-ahli dalam satu perut ni yang jugak dipanggil anak buah akan choose sorang buapak yang berfungsi menguruskan istiadat keramaian especially bab nikah kawin and menyelenggara soal pembahagian harta pusaka.

Masa menjemput mak bawak bujam..bujam ni adalah sejenis bekas berbentuk sumpit yang dibuat dari mengkuang dan digunakan untuk diisi dengan sirih pinang.Bujam tu dibalut dengan kain..mak hulurkan bujam pada yang nak diundang dan akan nyatakan hajat menjemput ke majlis.Secara adatnya bujam adalah simbol perantara,ia dibawak masa mengundang seseorang ke majlis dan jika sirih dimakan menandakan undangan diterima.Tapi sekarang orang dah tak makan sirih,jadi bujam ni dibawak sekadar syarat ajelah dan hanya perlu masa mengundang orang-orang tertentu aje especially masa jemput ketua-ketua adat contohnya macam buapak tadi.

Masa majlis nak berlangsung disebabkan buapak akan datang maka kena sediakan tempat yang special sikitlah sebagai tanda menghormati ketua perut.Kat tempat yang bakal diduduki buapak dipasang lelangit kat siling atas and sebahagian dinding keliling ruang tamu tu dicover dengan kain paras bawah tingkap.Kebiasaannya orang gunakan kain batik lepas tapi mak lagi suka guna kain satin kosong..nampak elegant sikit kot..hehe.


Rombongan lelaki datang dengan membawa 9 dulang hantaran...yang terpenting adala tepak sirih...rupanya ada falsafah ye disebalik pemberian tepak sirih ni masa upacara perkahwinan..mesti ramai tak tau ni termasukla diri aku sendiri.Tepak sirih ni adalah bekas sirih pinang.Yang dibawa rombongan sebelah keluarga lelaki merupakan bekas baldu merah bertekat benang emas.Dalamnya ada sirih pinang,sedikit beras dan duit bernilai 5 suku..iaitu lima ringgit dan dua puluh lima sen.




Bahan-bahan yang terdapat dalam sirih pinang pulak adalah terdiri dari sirih,gambir,pinang,cengkih dan tembakau.Menurut orang-orang tua simboliknya sirih tu melambangkan sifat merendah diri dan memuliakan orang lain sedang diri sendiri bersifat pemberi.Pinang melambangkan keturunan orang yang baik,tinggi darjat serta jujur.Kapur untuk hati yang bersih.Gambir pula untuk kecekalan hati dan tembakau melambangkan ketabahan dan bersedia berkorban dalam segala hal.

Hantaran dari keluarga kitaorang pula ada 13 dulang..sepatutnya dibalas 11 je tapi sebab ada extra gift dari mak-mak sedara yang murah hati jadi terlebih skit la.Penghulu or kepala hantaran ni merupakan sirih junjung.Simboliknya ia menggambarkan asam garam rumahtangga yang penuh suka duka dengan pelbagai pengalaman pahit manis yang bakal ditempuhi..macam-macam rasa seperti juga apa yang terdapat dalam gubahan sirih junjung tersebut.

Macam tula serba sedikit pengetahuan pasal adat yang ku perolehi hasil keterlibatan dengan majlis tunang adikku ini.Banyak lagi yang kurang di mengerti terutamanya adat-adat yang diamalkan dari negeri lain,sudah tertentu ada sedikit perbezaan di sana sini.Nampaknya kami sekeluarga semua ada homework untuk mengkaji adat rombongan pihak lelaki yang berasal dari perak..misalnya simbolik pemberian beras beserta duit 5 suku tersebut masih lagi kurang difahami.

Apapun tahniah again untuk adikku,selamat menempuh alam pertunangan dan semoga selamat sampai jodohnya next year dan kekal bahagia selamanya di dunia dan akhirat....ameen

Wednesday, June 2, 2010

FUNNY THINGS???



Here is a list of funny things.. but I bet you won't be laughing

Something to think about...

Funny how a $20 bill looks so big when you take it to Mosque, but so small when you take it to the market.

Funny how long it takes to do Zikr for an hour, but how quickly a team plays 60 minutes of basketball.

Funny how long a couple of hours spent at Mosque are, but how short they are when watching a movie.

Funny how we can't think of anything to say when we pray, but don't
have difficulty thinking of things to talk about to a friend.

Funny how we get thrilled when a baseball game goes into extra innings, but
we complain when a "Tarahvi" during Ramadhan is longer than the regular time.

Funny how hard it is to read a Para in the Quran, but how easy it is to read 100 pages of a best selling novel.

Funny how people want to get a front seat at any game or concert, but scramble to get a back row at mosque so that scramble out.

Funny how we need 2 or 3 weeks advance notice to fit a Mosque event into our schedule, but can adjust our schedule for other events at the last moment.

Funny how hard it is for people learn a simple Preaching well enough to tell others, but how simple it is for the same people to understand and repeat gossip.

Funny how we believe what the newspaper says, but question what the Quran says.

Funny how everyone wants to go to heaven provided they do not have to believe, or to think, or to say, or do anything.

Funny how you can send a thousand 'jokes' through e-mail and they spread like wildfire, but when you start sending messages regarding the Lord,people think twice about sharing.

FUNNY, ISN'T IT?
Are you laughing?
Are you thinking?
Spread the Word and give thanks to ALLAH for HE is Merciful.