Friday, September 30, 2016

CHASING AUTUMN 12:Trip to Naejangsan National Park I

Tuesday 3rd November 2015

Journey to Jeongeup

   Kami plan nak day trip ke Naejangsan yang terletak di daerah Jeongeup.Pagi tu masa ke dapur untuk breakfast ada wife owner di dapur,kami cuba tanya dia kat mana nak ambil bas ke Jeongeup,ahjumma memang tak dapat nak berkomunikasi banyak sebab English yang terhad,maka dia pun menyebut tourist info sambil tangan menunjuk ke satu arah.Ok kami fahamlah dia memang tak dapat terangkan dan bagi cadangan kami ke tourist info untuk maklumat lanjut.

   Oleh sebab area ni memang tourist attraction maka senang jela nak cari tourist info,lebih kurang 10 minit berjalan kami pun tiba di situ.Ada masalah yang sama juga sebab staf di situ English sangat minimal,bagaimanapun mereka menelefon rakan sekerja yang fasih berbahasa English untuk membantu kami.Akhirnya berjaya juga dapat apa yang diperlukan setelah memperolehi maklumat menerusi telefon dan mendapatkan map dari tourist info tersebut.

   Dari tourist info tadi kami berjalan lebih kurang 15 minit untuk ke bus stop dan menunggu bas 5-2 atau 79 untuk ke Intercity Bus Terminal.Agak lama juga sekitar 20 minit menunggu barulah nampak kelibat bas no 79.Dari bus stop ni mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk ke stesen bas yang berkenaan.

menunggu bas dari Jeonju Hanok Village bus stop ke intercity bus terminal

    Sampai di stesen bas kami pun beli tiket  ke Jeongeup yang berharga KRW4300,bas bertolak dalam 10 minit.Kekerapan bas memang tinggi,rasanya setiap setengah jam ada bas ke sana.Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam,sampai di terminal bas kami mengikut je crowd menuju ke arah kiri stesen dan menunggu di 1st bus stop.

Jeongeup Intercity Bus terminal

keluar arah pintu utama terminal bas

berjalan arah kiri dari terminal bas ke bus stop untuk ke Naejangsan

   Bas ke Naejangsan nombor 171 akan lalu di situ.Agak panjang queue...semuanya berjemaah nak ke tempat yang sama.Agak lama juga menanti bas tak muncul lagi,dalam pada tu ada juga teksi berhenti dan menawarkan harga KRW8000 untuk ke Naejangsan,kalau dalam kumpulan 3 atau 4 orang memang berbaloi naik teksi.Tapi ada juga yang datang berkumpulan terus setia menunggu bas.


Bus stop ke Naejangsan berhadapan kedai Tony PC Zone


para penunggu bas 171

baru muncul kelibat bas yang dinanti

   Bas 171 tiba setelah 30minit menunggu,seperti yang dijangka bas memang padat,tempat duduk memang dah penuh sebab stop pertama bas ni ialah di train station.Jadi terpaksa la berdiri macam dalam tin sardin sepanjang 40 minit perjalanan.Tambang bas ialah KRW1400.Kalau mahu selesa adalah disyorkan ambil teksi sahaja ke Naejangsan.

padat!

Naejangsan National Park

   Naejangsan ialah pergunungan yang terletak di wilayah Jeolla-do,sangat popular terutamanya di kalangan penduduk tempatan kerana ia merupakan spot terbaik untuk menyaksikan keindahan autumn foliage.'Naejang' bermakna many secrets,tak tahulah rahsia apa yang disimpannya.Nejangsan ni banyak peaks dan yang tertinggi adalah Sinseonbong peak 763m.Kalau rajin bolehlah hiking untuk lebih menghayati keindahan alam di sini.

   Musim luruh membawa kemeriahan yang luar biasa di Naejangsan,ramai orang berbondong-bondong ke sini.Bas berhenti di kawasan seakan pekan mini,ada deretan kedai-kedai yang menjual cenderamata dan produk-produk tempatan,berbagai restoran,gerai-gerai,motel,pusat karaoke...suasananya semacam ada pesta.

pekan mini di Naejangsan National Park

perlu berjalan ke arah entrance park

deretan gerai dengan pelbagai produk tempatan
 
   Dari sini perlu berjalan sekitar 10 minit untuk ke entrance,admission ialah KRW3000,ada info centre untuk dapatkan map dan maklumat tentang park ni.Ada shuttle bus masuk ke dalam tapi staf tu cadangkan kami berjalan kaki saja masuk untuk menikmati autum foliage sepanjang perjalanan.


memburu autumn foliage

Misi bermula-Short walking path course:Info center-->Woohwajeong Lake (2.3km)

jauh lagi....

   Dari entrance nak ke pitstop pertama iaitu Woohwajeong Lake jaraknya ialah 2.3km,agak jauh tapi dengan pemandangan indah sepanjang laluan tersebut memang tak terasa penatnya.Umat manusia memang ramai walaupun bukan hujung minggu,masing-masing nampak sangat ceria dan bahagia menikmati keindahan yang disajikan musim luruh di sini.

Nature Love Road

autumn in my heart....





Woohwajeong Lake

   Puas berjalan di bawah teduhan pokok-pokok yang meriah dengan warna-warna daun luruh,setelah 2.3km yang mengambil masa lebih setengah jam kerana teruja bergambar sana sini kami pun tiba ke salah satu landmark terpenting Naejangsan park iaitu Woohwajeong lake yang terdapat binaan pagoda di tengahnya.Ambil masa sikit nak bergambar di sini sebab kena tunggu turn untuk dapatkan spot menarik memandangkan orang sangat ramai.


Woohwajeong Lake





    Dari sini kami menuju ke cable car station yang tidak jauh dari situ,seperti dijangka barisan sangat panjang,dari luar stesen hinggalah ke tangga,mampukah kami menunggu untuk naik kereta kabel itu?sambung cerita di part 2......

Sambung