Thursday, March 26, 2015

KANSAI:Kyoto-Karasuma Nanajo & Fushimi Inari Shrine


11 January 2015

Villa Court Karasuma Nanajo

   Kami tiba di Kyoto Station lebih kurang pukul 1pm,sebelum keluar kami singgah ke tourist info untuk dapatkan pamplet dan jugak map bas serta train.Masih blur dengan orientation station Kyoto yang sangat besar ni kami keluar ikut Hachijo(South) exit sebab nampak signboard taxi kat situ.

  Bila tiba turn nak naik teksi aku pun hulurkan map accomodation kami Villa Court Karasuma Nanajo pada driver tu.Dia pun telek-telek map,kami teragak-agak nak cakap sebab takut dia tak paham,rupanya pakcik boleh speaking English.Bila dia dah tau destinasi kami katanya tak payah naik teksi,boleh jalan kaki je ke sana.Pakcik suruh kami masuk semula station dan keluar ikut Karasuma (North) exit,dari situ dia pun terangkan direction ikut map tu.

  Oklah pakcik,kami tau tempat tu within walking distance,tapi sebenarnya malas nak jalan dengan luggage berat ni.Tapi since pakcik teksi tu dah reject kami maka turutkan ajelah suggestion dia.Belah north exit pun ada taxi stop jugak tapi kami malas dah nak tanya.

   Bayaran accomodation kena settlekan sebulan sebelum tarikh check in untuk secure booking.Kami dapat harga RM363 per pax untuk 4malam,memang berbaloi rasanya.Bila dah terima payment mereka akan e-mail details tentang proses check in dan juga map.Map yang diberi memang clear,tak susah pun nak cari.Jalan pun rata je,takdalah kena mendaki ke apa,so still oklah berjalan dengan beg troli tu,dalam 15minit macam tu dah sampai.



  Villa court ni konsepnya ialah apartment style accomodation,jadi everything ada dalam unit yang kita sewa tu.Masa sampai tu ada sorang lelaki yang jaga kat kaunter reception..waktu check in ialah pukul 4pm,jadi time tu kami settlekan dulu registration,kunci pun diberi.Kami drop luggage di situ,bangunan tiga tingkat ni takda lif,tangga pun agak steep,syukurlah abang kaunter tu kata nnt dia akan tolong angkat dan letakkan beg-beg kami ke dalam bilik.

entrance
 Ini gambar-gambar dalam apartment tu,boleh kata serba lengkap,cuma kalau nak guna dryer untuk baju kena ke tingkat bawah dan dikenakan sedikit bayaran,tapi kami tak guna pun sebab lepas basuh ada tempat sidai di bilik,boleh kering dengan kepanasan heater bilik.Dapur pulak takda kelengkapan masak,hanya disediakan whistling kettle dan paper cup.Aku ada bawa periuk kecik,kira dah cukup sebab kami memang takda masak beria-ia pun.Setakat panaskan lauk instant je.Bilik air dan toilet asing,dekat bathroom ada bath tab dan juga ada screen monitor kecik kalau nak tengok tv sambil berendam.

buka pintu nampak ruang ni dulu

ruang bilik
3 katil
almari
                                           
kitchen
idea menarik paip untuk refill tank terletak diluar,boleh basuh tangan sekali
ada skrin monitor kecik kalau nak tengok tv
 laundry area

Fushimi Inari Shrine

   Kami pun mulakan langkah menjelajah Kyoto,white holiday  dah abis so kita start pulak colourful journey,first destination ke tempat yang vibrant warnanya mana lagi kalau bukan Fushimi Inari shrine yang terkenal dengan deretan torii gate berwarna oren tu.Mudah saja dengan JR Pass boleh naik JR Nara line dan berhenti di Inari station,5minit je dari Kyoto station,exit terus nampak shrine ni depan mata.Temple ni dibuka setiap hari dan sepanjang masa dan tiada admission fee.

keluar JR Inari station terus nampak torii gate
popular site!


Romon gate untuk entrance ke shrine diderma oleh pembesar terkenal Toyotomi Hideyoshi pada rahun 1589

plak kayu untuk tulis wishes
kertas omikuji fortune-kalau good luck simpan bawak balik,bad luck gantung kat sini

purification water-penganut shinto  membasuh tangan di sini sebelum masuk shrine
pengunjung bertali arus
  Dalam kepercayaan Shinto,Inari adalah Dewa kepada beras,sake dan prosperity,Fushimi adalah nama tempat tersebut,Fushimi Inari shrine mula dibina pada tahun 711 dan merupakan headquarters kepada 40 000 Inari shrine yang terdapat di serata Jepun.Terdapat 5 shrine dalam kompleks yang luas ini.

  Terdapat lebih kurang 10 000  torii (shrine gates) di sini,deretan gate ini tersusun di hiking trail menuju ke puncak Mount Inari setinggi 233 meter.Lebih kurang 2-3 jam masa diperlukan untuk mendaki dan turun.Torii gate ini didermakan oleh company atau mana-mana individu sebagai menzahirkan kesyukuran mereka atas kekayaan yang diperolehi.Kos untuk torii yang kecik  around 400 000 yen,yang besar-besar tu memang juta-juta la harga dia.

small size torii

medium size

inscription di torii adalah maklumat nama dan alamat penderma

berjalan di bawah torii
Tak jauh pun kami jalan,selepas melalui Senbon torii (dua row torii yang selari )...rasa terperap dan agak lemas di laluan ni,sebab orang ramai dan torii tu rendah dan rapat,kami belok ke arah kiri dan lalu torii yang agak besar untuk laluan berpatah balik ke belakang.Dekat sini ada masa-masa orang kurang maka dapatlah bergambar dengan selesa.

Senbon torii pathway





Masa berjalan di sini ada nampak banyak statue serigala,haiwan ini dikatakan messenger kepada Dewa Inari,ada objek yang digigit dimulut serigala tersebut dan ianya simbolik kepada kunci kepuk padi.

Kitsune (fox )statues

Selesai lawatan torii gate,sekarang kena cari tempat nak solat.Pergi ke toilet depan nampaknya sesak pula dengan orang,takda pilihan lain kami berpatah balik hala ke Senbon torii tadi,tapi tak melalui gate tu,kami lalu di luar...ada kawasan lapang dan ada longgokan kayu agaknya lebihan dari pembuatan torii di sini.Hujung kawasan ni ada toilet dan tak ramai orang,dah berwuduk di situ kami pun solat di tepi timbunan kayu tadi.

kawasan timbunan kayu
  Usai solat kami pun beredar dari situ,kali ni kami tak naik JR train,sebaliknya berjalan belok kanan dari arah shrine mengikut tanda arah Fushimi Inari station,Keihan line.Jalan ke arah station ni agak sibuk dan meriah,banyak kedai-kedai souvenir di kiri-kanan jalan.Ternampak restoran kecil yang menjual grilled unagi...dalam kelaparan ni belut tu nampak menyelerakan sungguh.Tapi kami tak singgah sebab nak ke Gion,ada cultural show yang kami nak tengok petang ni.Lebih kurang 10minit berjalan sampai ke train station Keihan line,dari sini kami ke Gion station,tambang tiket ialah 210yen.

sesak!

laluan ke train station 

train station Keihan line

to next destination

Sambung

Friday, March 13, 2015

FROZEN JAPAN : Sayonara Takayama

10 January 2015

Heianraku Restaurant

Sekembalinya dari Shirakawago Tour....

Sampai di Takayama lebih kurang 5.10pm,bas berhenti betul-betul depan kedai souvenir.Turun bas terus masuk situ,saja je nak tengok-tengok.Tiba-tiba Ayumi datang hantar muffler aku yang tertinggal.Alamak malu betul,padahal dia dah berapa kali remind suruh cek jangan ada barang yang cicir.Tak perasan sebab muffler tu jatuh celah kerusi.Azma dah tercicir beanie hat kesayangannya dalam JR train masa nak ke Takayama haritu.Berjalan winter ni memang banyak aksesori clothing yang  biasanya kita akan buka masa dalam kenderaan atau bangunan,jadi cek dengan teliti,kalau tak jenuh asyik kena beli semula.

Perut dah berkeroncong minta diisi,kami bercadang nak makan di restoran  Heianraku yang menyediakan vegetarian menu dan mendapat high rating di Tripadvisor.Kami bertanya direction pada Ayumi.Tak jauh pun berjalan,lebih kurang 5 minit dari JR station,lokasinya terletak bertentangan dengan Kokubunji temple.

Teragak-agak juga kami menjengah sebab nampak macam tutup...tapi restorannya memang buka,cuma entrance macam tersorok sebab ada kain rentang kat situ dan pintu masuknya tertutup. Bahagian dalam restoran terlindung dari pandangan luar.Restoran ni cosy and kecik je,tak banyak seating,mujur masih awal maka dapatlah kami duduk di meja makan Jepun yang ada dua je kat situ..tempat duduk selebihnya adalah countertop seating yang mengadap ke kitchen.

 Owner restoran ni ialah sepasang suami isteri dengan dibantu oleh anak perempuan mereka.Pasangan ni sangat warm dan friendly.Isterinya Naoko boleh cakap English dan melayan semua pelanggan dengan mesra sekali,hospitality memang tip top.Vegetarian menu di sini nampak sedap-sedap jugak,kebanyakannya adalah berasaskan tofu.Sebelum hidangan tiba kami diberi appetizer  kentang bakar yang disaluti teriyaki sos dan juga potongan radish yang segar.Makanan sampai...aku dan Sal pilih menu teriyaki tofu with rice dan Azma pilih fried noodle.Alhamdulillah memang lazat hidangannya,harga pun berpatutan,750 yen per meal.


tofu teriyaki


vegetarian fried noodle




Selesai makan pun ada pencuci mulut,boleh pilih nak sweets atau buah mandarin.Masa kami makan pelanggan makin ramai,ada juga yang tak dapat masuk sebab seat dah penuh.Jadi bila dah selesai kami pun cepat-cepatlah bangun dan beredar,sambil tu sempatlah sembang-sembang dan bergambar dengan Naoko yang mengiring kami sehingga ke luar restoran.Kenyang,puas hati dan highly recommended.

bersama Naoko di hadapan Heianraku Restaurant

  Malam masih muda,jadi kami pun jalan-jalan dulu,kalau ada kedai souvenir atau kedai pakaian yang masih bukak kami singgah tengok-tengok.By pukul 8pm kebanyakan kedai dah tutup,keadaan pun makin menyepi.Dah puas meronda kami pun pulang semula ke hostel,aku dan Azma tak masuk terus...duduk sekejap kat luar menikmati snowfall sambil rakam dengan handphone.Tak pernah jemu tengok suasana macam ni,lagipun ni malam terakhir di Takayama.Journey kami ke snowy area dah tamat...entah bila lagi dapat bersonata musim salju begini.Kami pun berehatlah kala malam semakin melabuhkan tirainya..........zzzzz

pukul 8 kedai dah tutup


layan snowfall

11 January 2015

Journey to Kyoto

   Tiba masa untuk meninggalkan daerah pergunungan Hida,kembara kami masih panjang lagi,hari ni kami akan berangkat untuk menjelajah Kansai region pula.Seperti biasa awal pagi sarapan dengan bekalan makanan yang masih ada.Roti cicah kari ayam,sambal bilis dan cili tuna dah rasa cukup mengenyangkan.
   Destinasi hari ni adalah ke Kyoto.Macam biasa untuk long journey kami akan ke ticket office untuk book seat.Memang akan terus diberi tiket reserved seat untuk kedua-dua train iaitu dari Takayama ke Nagoya dan dari Nagoya ke Kyoto.
   JR Wide view Hida Limited express train ke Nagoya bertolak pukul 9.38am,train ni bercermin luas untuk membolehkan penumpang melihat panorama yang cantik di luar.Kami pun melamun tengok pemandangan salji yang memutih ambil melayan perasaan masing-masing...sayonara snowy Takayama.





   Selepas beberapa ketika kami pun terlelap.Entah di station mana tiba-tiba ramai yang naik hingga hampir penuh gerabak tu,Azma leka berbual dengan pelancong wanita  Korea yang duduk disebelahnya.Siap offer coklat pada kami,dari pengalaman rasanya  Korean lebih ramah dan friendly.Orang Jepun mereka agak reserved tapi akan jadi mesra bila kita dah approach dia...tak taula betul tak,personal opinion saja.

  Pukul 12 tengahari kami pun tiba di Nagoya,train ke Kyoto pukul 12.19,jadi takda masa nak meronda-ronda,kami terus je ke platform shinkansen untuk ke Kyoto.Excited nak naik bullet train Japan ni,jarak dari Nagoya ke Kyoto lebih kurang 107km,perjalanan dengan shinkansen Hikari mengambil masa lebih kurang 50minit.JR Pass tak cover untuk shinkansen terlaju Nozomi yang mengambil masa 36minit.Okla untuk jarak yang tak berapa nak jauh taklah terasa sangat beza Nozomi dengan Hikari atau Kodama.

shinkansen dah tiba
   Masa kami sampai ke platform,shinkansen Nozomi tiba,pastikan betul-betul timing dan train yang kita naiki adalah tepat sebab sela masa dengan train selepasnya tak jauh beza,train pun hanya berhenti sekejap je.Selang beberapa minit Hikari pulak tiba,kami pun segera naik dan bermulalah kembara ke Kansai pula.

Sambung





Saturday, March 7, 2015

FROZEN JAPAN : Shirakawago

10 January 2015

Journey to Shirakawago

     Kami dah book online untuk J-Hop tour ke Shirakawago petang ni.Bas akan bertolak pukul 1.20pm.Seawal pukul 1pm kami dah berada di perkarangan JR station,staff dari J-Hop dah ada di situ,5minit kemudian J-Hop tour bus pun tiba.Bayaran untuk tour dibayar semasa nak naik bas,harga ialah JPY4000/pax,klau stay di J-Hoppers Guesthouse Takayama boleh dapat diskaun JPY500.

  Boleh juga gunakan bas biasa untuk ke Shirakawago.Tiket Nohi bas berharga JPY4300 return boleh dibeli di station bas Takayama,agak mahal sedikit dari tiket tour bas tapi kelebihannya boleh pergi dan spend masa ikut kesesuaian diri sendiri.

   Ada ramai jugak pelancong dari pelbagai negara yang join tour petang ni,pukul 1.20pm bas pun bertolak dan singgah di sebuah hotel untuk pick up guest dari situ.Tour guide kami ialah seorang Japenese lady bernama Ayumi.Dalam perjalanan kami di beri peta Shirakawa village dan Ayumi pun bagi briefing tentang tempat tersebut.Dahulu perjalanan dari Takayama ke Shirakawago mengambil masa hampir 2 jam.Dengan pembukaan highway yang baru travel time reduce kepada 50minit saja.

Banyak sangat merentas terowong dalam perjalanan ke Shirakawa,persekitaran memang indah dengan pemandangan gunung-ganang yang memutih.Ada satu tempat ni di tepi lereng bukit Ayumi suruh kami pandang ke belah kanan dan spot rusa-rusa berkeliaran di situ.

Ayumi juga memperkenalkan kami pada patung Sarubobo yang dibawanya.Sarubobo bermaksud monkey baby dan merupakan mascot untuk Hida region.Patung ini asalnya berwarna merah dan tidak bermuka,macam seram pun ada juga bila tengok doll ni.Asalnya ia dibuat oleh ibu untuk anak perempuannya sebagai azimat untuk good marriage dan good children,dan juga sebagai hadiah dari nenek untuk cucu perempuan.Sekarang dah ada warna macam-macam dengan simbolik hajat tertentu macam pink untuk luck in love,hijau untuk health,kuning untuk duit dan sebagainya.

taklimat daripada Ayumi
patung sarubobo

jalan ke Shirakawago
  SHIRAKAWAGO

   Shirakawago (White River Old district) adalah  kampung tradisional Jepun yang terletak di lembah sungai Shogawa di kaki gunung Haku dan merupakan kawasan pedalaman di bahagian barat laut Gifu prefecture.96% kawasan tersebut merupakan pergunungan dan hutan dan hanya 4% kawasan penempatan dengan populasi sekitar 2000 orang sahaja.Pada tahun 1995 ia diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Unesco,tarikan utama ke sini adalah 114 buah rumah traditional farmhouse yang berusia ratusan tahun,ada yang menjangkau lebih 250tahun.



     Shirakawago terkenal dengan senibina unik dipanggil gassho-zukuri merujuk kepada 'prayer hands-construction' iaitu bumbung berbentuk segitiga curam yang diperbuat daripada jerami itu dikatakan menyerupai prayer hands dalam agama Buddha.Ia direka sedemikian rupa untuk bertahan dalam cuaca ekstrem winter dan memudahkan salji tebal jatuh dari bumbung tersebut.

    Kata Ayumi bumbung jerami tu perlu ditukar lebih kurang 30-40 tahun sekali,dan kosnya sangatlah mahal,around USD200 000. Owner akan dapat 75% funding daripada kerajaan tapi still banyak jugak baki yang nak kena top up.Kerja untuk pertukaran bumbung tu dilakukan secara gotong royong oleh penduduk setempat,tiada paku digunakan dalam pembinaan bumbung gassho ini.

    Kami sampai ke Shirakawago pada jam 2.15pm,salji sangat tebal  dan masih terus turun dengan lebat ketika ini.Masa 2 jam diperuntukkan untuk melawat perkampungan ini,by 4.15pm kami kena berada dalam bas semula.Biasanya tour ni merangkap sekali dengan visit ke Shiroyama viewpoint untuk melihat keseluruhan Ogimachi village dari atas bukit,tapi dalam keadaan snow tebal bas-bas pelancongan memang tak dapat naik ke sana.Laluan mendaki untuk pejalan kaki pun ditutup atas faktor keselamatan.Ada shuttle khas disediakan bagi pengunjung yang berhajat nak ke viewpoint dan dikenakan bayaran sikit,tapi kata Ayumi kalau nak ke viewpoint mungkin makan masa lebih kurang 40minit sebab queue mungkin panjang,jadi kami pun tak naiklah ke sana,nanti tak sempat pulak nak ronda village tu.

OGIMACHI VILLAGE

    Perkampungan Ogimachi adalah penempatan terbesar dengan 59 rumah gassho-zukuri terdapat di sini.Bas berhenti di kawasan parkir bertentangan dengan Ogimachi,dari situ kena jalan sikit menyeberangi jambatan pejalan kaki yang merentasi Shogawa River.Di sini ada muzium dan juga kedai souvenir.Tapi kami tak singgah pun  dan terus menuju jambatan,di sini kami terpegun..Subhanallah,sambil menarik nafas panjang,menghirup udara bersih dan segar kami memerhatikan arus sungai yang jernih kehijauan bersama putihnya salji yang menyelimuti alam.Pemandangan luar biasa sebegini menyebabkan kami seperti berada di alam fantasi...terasa seperti berjalan dalam lukisan yang cukup indah...entah kenapa soundtrack drama That Winter the Wind Blows asyik berkumandang dalam kepala.

lukisan alam
sungai jernih kehijauan






jambatan ke Ogimachi village
Shirakawago telah mula didiami semasa penghujung zaman Jomon lagi,penempatan di sini kian bertambah disebabkan perkembangan industri penternakan ulat sutera dan pengeluaran benangnya.Selain itu industri pembuatan Japanese paper dari daun Mulberry dan juga pengeluaran calcium nitrate untuk pembuatan gunpowder menjadi aktiviti ekonomi yang penting pada zaman dahulu,ini kerana hasil pertanian agak kurang memandangkan tanah rata tidak banyak disebabkan kedudukannya di kawasan pergunungan.




WADA HOUSE

   Kebanyakan dari farmhouse ini kini menjadi muzium,restoran atau minshuku(homestay).Wada House adalah rumah tertua dan paling besar dibina sekitar tahun 1800.Wada family adalah orang kaya dan menjadi pemimpin masyarakat pada masa dulu,kini rumah ini dibuka sebagai muzium,bayaran masuk ialah 300yen.Kami hanya bergambar di luar,view sangat awesome semasa snow tebal begini.


Wada House
   KANDA HOUSE

   Ayumi rekemen Kanda House untuk dilawati,katanya boleh minum free green tea sambil explore keseluruhan rumah.Kami pun singgah situ,admission fee 300yen.Rumah ini dibina pada pertengahan Edo period oleh Wada Yaemon,anak lelaki kedua keluarga Wada.Asalnya tapak rumah ini ada sawah padi yang bersambung dengan shrine.Jadi beliau pun ubah family name kepada Kanda yang bermaksud 'Divine Rice Field'.Rumah ini mengambil masa 10 tahun untuk dibina.

  Ada 4 tingkat dan nak naik ke atas kena hati-hati sebab tangganya sangat curam.Tingkat bawah sangat luas dengan pelbagai ruang seperti ruang keluarga,ruang tamu,bilik-bilik tidur,dapur,bilik melukis,Buddhist altar dan sebagainya.Ada banyak barangan yang digunakan dalam aktiviti seharian dipamerkan di tingkat 1 dan 2.Tingkat 3 dan 4 cuma ruang sempit,seperti kebiasaan rumah gassho ukuri yang lain,tingkat paling atas digunakan untuk penternakan ulat sutera.

   Boleh nampak view sebahagian besar perkampungan Ogimachi dari tingkap di tingkat atas.Selesai tour kesemua tingkat rumah tersebut kami pun duduk sekejap sambil minum green tea di tingkat bawah,self service ambik sendiri je teh tu dari water dispenser yang disediakan

Kanda House

pond kecil depan Kanda House

Ruang keluarga/makan (oe) dengan irori (sunken hearth) untuk memanaskan rumah dan memasak


second floor-pameran folk art objects

farming tools

barang kegunaan harian
view Ogimachi dari tingkat atas



free ocha (green tea)
Selepas Kanda House kami berjalan saja sekitar Shirakawago,dalam keadaan salji tebal pergerakan agak lambat,sekejap sahaja dah menjangkau 2 jam di sini.Kami singgah  ke beberapa kedai souvenir,harga standard je semua.Takda apa sangat pun yang dibeli.

deep snow



deretan kedai



Tiba masa untuk meninggalkan lembah salji ni,sekejap saja masa berlalu,belum lengkap sebenarnya penjelajahan kami di sini,mungkin kalau ada rezeki suatu hari nanti nak kembali ke sini dan merasai pengalaman bermalam di minshuku pula.

snow semakin lebat dan cuaca makin berkabus




Sayonara Shirakawago


Sambung