Tuesday, April 28, 2015

KANSAI : Nara

12 January 2015

Welcome to Nara

   Pukul 1 lebih kami tiba di JR Nara station,cuaca di sini lebih sejuk berbanding Osaka tadi.Sebelum keluar kami singgah di tourist info dulu.Staff sangat helpful dan menerangkan pada kami attraction pada peta yang diberinya.Ada option naik bas tapi katanya lebih bagus kalau jalan kaki saja.

JR Nara Station

tangga comel di JR Nara

  Seperti Kyoto dan Osaka,Nara merupakan bandar yang banyak menyimpan banyak  warisan sejarah juga.Nara yang dahulu dikenali sebagai Heijokyo merupakan capital of Jepun dari tahun 710 hingga ke 784 .Beberapa historical sites telah didaftarkan  di bawah UNESCO World's Heritage List sebagai Historical Monuments of Ancient Nara.

  Tetapi tarikan utama kami  ke sini adalah disebabkan nak sangat tengok rusa jinak yang sangat sinonim dengan Nara ni.Jadi kami pun mulakan langkah menjelajah,suasana agak meriah di sini dengan pemandangan gadis-gadis Jepun 20an memakai kimono yang sangat cantik berjalan berkumpulan di sana-sini.




NARA PARK

  Wujud sejak 1880 lagi,Nara Park yang seluas 4km  timur ke barat dan 2km selatan ke utara ini terletak di tengah bandar Nara dan menempatkan banyak attractions,antaranya ialah Kohfukuji Temple,Todaiji temple,Nara National Museum,Kasuga Taisha shrine,gardens dan yang paling unik sekali terdapat lebih 1200 rusa yang bebas berkeliaran.Kekuatan dan stamina kaki sangat-sangatlah diperlukan ketika menjelajah Nara Park ni.


Kohfukuji Temple

  Persinggahan pertama kami setelah lebih kurang 20 minit berjalan ialah Kohfukuji temple, sebuah ancient Buddhist temple yang dibina pada awal kurun ke 8 oleh keluarga aristokrat yang dominan pada masa tersebut iaitu Fujiwara clan.Di sini terletaknya pagoda 5 tingkat yang menjadi landmark dan simbol kepada Nara City.Pagoda ni pernah terbakar sebanyak 6 kali,kali terakhir ianya dibina semula ialah kira-kira 500 tahun lalu.

The Five Storied Pagoda


The Northern Octagonal Hall

Eastern Golden Hall di hujung kiri dan yang berpagar hijau adalah tapak reconstruction untuk Central Golden Hall

  Ada banyak national dan cultural treasures dipamerkan di muzium Kohuhokan dalam kawasan temple ni...tapi kami tak singgah pun,just jalan di perkarangan je sambil ambik gambar.Di tengah kawasan ni ada bangunan macam gudang yang bertutup.Rupanya itu adalah Central Golden Hall yang sedang dalam proses reconstruction mengikut bentuk dan saiz yang asal dan dijangka siap pada tahun 2018,bangunan ini musnah dalam kebakaran pada tahun 1717.

  Dari Kohfukuji tadi kami berjalan ke depan lagi...dari sini dah start nampak rusa-rusa berkeliaran.Di sana sini ada penjual yang menjual deer crackers...kalau berhasrat dikerumuni rusa bolehla beli makanan ni.Kami tak beli pun,just approach dengan tangan kosong je,Alhamdulillah jinak-jinak semuanya dan takda yang bertindak agresif.Cuma bila takda makanan tu rusa ni takdala berminat sangat nak dekat dengan kita lama-lama.






  Mengikut legendanya apabila Kasuga Taisha dibina sebagai family shrine untuk Fujiwaras,nereka menjemput Dewa dari Kashima shrine,dan Dewa ini dikatakan datang dengan menunggang rusa putih.Sejak dari itu rusa menjadi haiwan yang dilindungi dan dihormati sebagai utusan suci oleh penduduk tempatan.Tempat ini telah menjadi habitat rusa seawal kurun ke 12 dan dianggap sebagai simbol of luck..Hal ini telah dinukilkan oleh Fujiwara Kanezane dalam diarinya :-

On our way to the shrine, many deer appeared in the morning darkness. This is a sign from the gods and a good omen. People say that when one encounters deer, he or she should get out of the carriage and bow to them.- (dipetik dari thedodo.com)

  Pada zaman dahulu membunuh rusa yang dianggap suci ini merupakan jenayah berat dan boleh dihukum mati.Selepas perang dunia kedua rusa tidak lagi dianggap sacred sebaliknya diisytiharkan sebagai national treasure dan terus dilindungi.

  Memang leka bermesra dengan rusa-rusa ni,dikatakan ianya pandai menundukkan kepala jika kita menunduk kepala padanya,tapi masa tu kami tak tau,jadi takdalah test pula.Semakin menghampiri area Todaiji temple semakin banyak kumpulan rusa berkeliaran,mungkin kerana kawasan ni tempat tumpuan dan padat dengan pengunjung.




jalan ke Todaiji Temple

ubi rebus

bersiar-siar dengan lanca

Todaiji Temple

  Padat dengan pengunjung,deretan kedai dan hawker stall dan rusa berkeliaran menjadikan kawasan Todaiji temple ni sangat meriah.





dikerumuni rusa bila diberi shika-senbei (deer crackers)

  Todaiji temple dibina pada tahun 752 sebagai pusat untuk semua Buddhist temple di Japan.Institusi ini menjadi sangat kuat dan berpengaruh hingga menyebabkan ibu negara Jepun di Nara dipindahkan ke Nagaoka pada tahun 784 untuk mengurangkan pengaruh temple pada pentadbiran kerajaan.

  Todaiji temple ni sangat famous dengan Vairocana statue yang lebih dikenali sebagai Daibutsu (great Buddha) iaitu patung Buddha yang sangat besar dengan ketinggian berukuran 15 meter terletak di dalam Daibutsuden hall iaitu dewan utama yang diperbuat dari kayu.Walaupun saiz yang ada sekarang sebenarnya hanya 2/3 yang asal,dewan ini tetap menjadi wooden hall yang terbesar di dunia.Dewan ni dibina semula pada tahun 1692,yang original dah musnah dalam kebakaran akibat perang.

  Kami berjalan hingga ke Naidamon gate iaitu entrance ke Todaiji temple.Dari sini masing-masing dah malas nak berjalan masuk ke dalam,kaki pun dah lenguh..takpala tak penting kot nak tengok statue tu.Cukupla sampai di sini saja,kami pun patah balik ke belakang.

Di depan Naidamon Gate


di perkarangan Todaiji temple

  Dalam pada kami berjalan tiba-tiba kami disapa oleh 3 warga Jepun,kelihatan seperti krew station tv kerana salah seorang dari mereka membawa broadcast camcorder.Yang perempuan menegur kami dalam English.Mereka dari salah satu station tv di Jepun dan nak interview kami tentang topik gastronomy...ahh kalau bab makanan dah tentu saja kami setuju...angguk laju-laju.

  Krew lagi 2 orang yang lelaki pun bertanya soalan pada kami dalam Japanese dan yang perempuan tu jadi interpreter.Soalan berkisar tentang makanan Jepun yang pernah kami cuba.Mujur juga kami pernah makan luar masa di Takayama dan ada beli street food di Kyoto,jadi adalah  modal nak bercakap dan tunjukkan gambar.Kami pun terangkan secara ringkas konsep makanan halal dan makanan yang boleh diambil sebagai muslim tourist di Jepun...harapnya diorang fahamlah apa yang cuba kami sampaikan.


sesi interview 
  Selesai interview pendek tersebut kami pun teruskan berjalan.Singgah sebentar di deer enclosure,tak jauh pun kami jalan.Bila malam mungkin syok jalan dalam ni sebab ada winter illumination.

dalam area deer enclosure

awas rusa melintas


sayonara deer

  Kami pun berjalan semula menghala ke JR station.Dalam perjalanan kami singgah sebentar di kedai souvenir,aku beli key chain deer yang comel di sini.Kemudian kami masuk ke kedai buah dan beli strawberi,limau dan epal.Di sini juga ada seorang photojournalist dari Singapore menegur kami,dia sedang usung beg tarik,katanya tersilap jalan nak ke hotel.kami berbual sebentar dan sempat bergambar bersama.



  Akhirnya kembali semula ke JR Nara...sebelum naik train kami solat dulu.Lama juga cari port akhirnya kami solat di kawasan parking basikal...kawasan tersebut agak sunyi.Lepas solat tiba-tiba Sal baru sedar yang jam tangannya tertinggal di toilet...rasanya dah ada 20minit jugak lepas kami keluar dari situ.Pergi cek semula,Alhamdulillah rezeki,jamnya masih ada di situ.

  Tiba masa untuk kembali ke Kyoto...perut sudah bergendang minta diisi...soalnya mahu ke mana ya,sambung misi cari makan dalam next entri.


Sambung

Thursday, April 16, 2015

KANSAI :Osaka -Museum of House and Living

12 January 2015

OSAKA-Tenjinbashi

   Untuk maksimakan penggunaaan JR Pass yang tinggal dua hari je lagi ni maka hari ni kami akan berjalan keluar dari Kyoto.Destinasi pertama hari ni ialah ke Osaka,oleh kerana masa tak mengizinkan untuk ronda bandaraya Osaka yang besar tu maka kami just nak tuju Museum of House and Living semata-mata nak berkimono di situ.
Route train kami dengan menggunakan JR Pass adalah seperti berikut:

Kyoto st --> Osaka st -30mins (JR Kyoto line)
Osaka st --> Tenma st -3mins (Osaka loop line-outer loop)

   Lebih mudah kalau menggunakan Osaka subway sebenarnya, Tenjinbashisuji Roku (6)-chome station (exit 3/exit 8) sangat dekat dengan muzium ni.Boleh reach station ni menggunakan Tanimachi atau Sakaisuji line.

   Lebih kurang 9.20 am kami dah berada di  JR Tenma station,dekat sini agak tricky sebab keluar station ada banyak jalan,untuk kepastian kami tanya pada staff di station tersebut.Bila dah keluar ke jalan besar  kami menghala ke kanan dan menyusuri kaki lima bangunan kedai di situ.

Tenjinbashisuji-jalan menghala ke muzium dari Tenma station

    Keadaan sekitar agak lengang dan kebanyakan kedai tutup atau belum buka sebab hari ni public holiday,setiap tahun pada hari Isnin kedua dalam bulan Januari merupakan cuti Coming of Age Day...hari meraikan mereka yang dah atau bakal mencapai umur 20 tahun dari 2 April tahun lepas sehingga 1 April tahun ni.Jadi boleh tengoklah ramai yang dress up,especially yang perempuan mereka pakai kimono cantik-cantik untuk attend official ceremony yang menandakan mereka dengan rasminya dah melangkah ke alam kedewasaan.Lepas majlis tu  biasanya diorang akan berparti sesama sendiri.

   Dalam 15minit berjalan kami dah sampai ke hujung jalan ,kat sini ada simpang empat yang besar,tangga untuk turun ke subway Tenjinbashisuji roku-chome station (exit 8) dan juga McDonald di penghujung blok ni,belok kanan dan nampak entrance ke Tenjinbashisuji shopping arcade 6-chome,sebelah arcade ni ada macam bangunan ofis,di sinilah terletaknya destinasi yang kami tuju.


simpang 4 di hujung jalan

imej dr google street view-pandangan depan bangunan yg ada McD,shopping arcade 6-chome dan muzium

Osaka Museum of House and Living

Untuk ke museum ni kena naik lif ke tingkat 8.Dibuka pada pukul 10am-5pm.Muzium ni biasanya tutup pada hari Selasa dan hari Isnin ketiga setiap bulan,ada juga hari lain ditutup bergantung pada national holiday jatuh hari apa,jadi kena check kat website untuk keterangan lanjut dan boleh rujuk tourist info juga.

Admission fee ialah 600yen untuk adult,kalau guna Osaka Unlimited pass masuk adalah percuma.Ada mesin untuk beli tiket masuk,mudah je cara menggunakannya.Beg kena simpan di locker yang disediakan,jangan lupa bawa duit 200yen masuk dalam kalau nak bergambar pakai  kimono.

Muzium ni kecil je,ada 3 tingkat,most visitors akan pergi tingkat 9,di sinilah letaknya lokasi setting old Osaka town yang dikenali sebaga Naniwa di zaman Edo (pertengahan kurun ke 19).Di sini jugalah tempatnya untuk sewa kimono tu,200yen untuk setengah jam.

Kami bergegas naik escalator,kena cepat sebab nanti queue panjang,tapi ternaik sampai tingkat 10,di sini adalah tingkat observatory untuk lihat Edo period town tu dari tingkat atas.Turun semula ke tingkat 9,dah ramai juga yang menunggu giliran untuk sewa kimono ni.Ada locker untuk simpan jaket,tiket 200yen pula beli di mesin yang disediakan,nanti akan keluar kertas dengan nombor giliran.Dah dapat tiket tu beri pada staff yang bertugas untuk register, kemudian duduk di bangku tunggu giliran.Walaupun ramai tapi taklah lama sangat menunggu  sebab sistematik dan staff bekerja dengan pantas.

Sambil menunggu ada staf yang akan datang untuk beri stokin dan juga terompah,jadi siap-siaplah pakai sementara tunggu turn untuk pakai kimono...stokin tu memang diberi terus,so bolehla simpan buat kenangan.

ruang menunggu,tiket di beli di mesin berwarna putih
   Makin lama makin ramai yang datang,tambahan pulak hari ni public holiday..giliran pun tiba.Dari time duduk tadi dah target kimono mana satu nak pilih,tapi jangan tinggi sangat harapan sebab kita hanya akan diberi pilihan kimono ikut size dan ketinggian badan.Kimono yang di spot tadi tak sepadan pulak dengan ketinggian,jadi pilih jelah apa yang ada kan.Staf akan tolong kita pakai kimono,selesai tu boleh pilih tas tangan comel yang sepadan.

   Masa untuk jalan-jalan dan berposing-posing,ada special light effect dalam tempat ni untuk menjadikan suasana macam malam atau siang.Jangan tunggu lama-lama kalau spot yang kita nak tu ramai orang,masa setengah jam tu kenalah guna sebaik mungkin kan,banyak je tempat boleh bergambar.Actually menarik jugak bila ramai-ramai dalam tu berjalan dengan kimono,dah macam beraya pulak rasanya.










   Selesai sesi  berkimono kami pun turun semula ke tingkat 8.Di level ni bertema new Osaka,jadi pameran kat sini adalah berkisar pada panorama dan kehidupan semasa era Meji dan era pasca perang.Ada juga barang-barang made in Japan yang biasa kita tengok macam mesin jahit,periuk nasi,tv,iron dan sebagainya.


jenama mesin jahit favourite ibuku




Tenjinbashisuji Shotengai (Shopping street)

Shopping street di Tenjinbashi adalah yang terawal wujud di Osaka.Deretan kedai di Osaka Tenmangu area dah ada since Meiji era (1868-1912) kemudian terus berkembang dari utara ke selatan sehingga mencapai kira-kira 600 buah kedai sepanjang 2.6km,terpanjang di Jepun.Ada 7 blok semuanya,kalau larat nak explore sepanjang street ni bolehlah bermula dari area 1-chome berhampiran dengan Tenmangu shrine dan kemudian teruskan sampai hujung blok 7-chome.

Kami memang tak sempatlah nak explore sangat shotengai ni,sekadar sempat berjalan dalam arcade di blok 6-chome dan 5-chome,iaitu laluan ke arah JR Tenma.Macam-macam kedai ada,aku masuk ke kedai 100yen,sambil tu Azma dan Sal ke kedai jaket.Dah beli beberapa barang yang berkenan di kedai tu aku pun keluar,nampaknya Azma pun dah berjaya grab jaket yang cun,harga lingkungan rm200...murah dan berbaloi,apalagi terus pakai dan jaket lama simpan dalam plastik.




Ikut hati nak juga masuk lagi kedai-kedai lain belek apa yang ada,tapi masa tak mengizinkan,kami nak ke Nara pula lepas ni.Sekadar browse rambang ajelah sambil-sambil berjalan.Tiba di JR Tenma kami pun ke Osaka station semula dan dari situ ambil train untuk ke Nara.


Sambung

Sunday, April 5, 2015

KANSAI:Kyoto-Gion Corner

11 January 2015

GION

   Perjalanan dari Fushimi Inari station ke Gion Shijo station -Keihan main line mengambil masa lebih kurang 8minit saja.Tiba di Gion shijo station,exit je station kami dah berada di area Shijo street.

   Sangat happening area ni,dari exit tadi kami gerak ke arah kanan,menyusuri kaki lima deretan kedai dan mencari Hanamikoji street,sambil tu ternampak kawasan macam pasar malam,kami singgah jap beli Taiyaki-sejenis kuih berbentuk ikan berintikan kacang merah,sangat sedap makan panas-panas apalagi perut memang tengah kelaparan.Beberapa meter ke depan sikit kami belok kanan bila dah berjumpa dengan Hanamikoji street.

Hanamikoji street

Gion at night



machiya building
 
    Gion adalah Geisha district yang paling popular di Kyoto dan Hanamikoji street adalah tempat tumpuan,deretan machiya house (bangunan kayu  klasik) adalah tarikan utama di sini.Kebanyakan machiya ini dijadikan restaurant fine dining yang menghidangkan Kyoto style kaiseki ryori,cuisine ni sangat ekslusif dan mahal tentunya..the ultimate in Japanese fine dining katanya,sejarah Kyoto yang pernah menjadi ibu negara Jepun lebih kurang 1200 tahun lamanya menyebabkan terciptanya multi-course haute cuisine  yang sofistikated,dahulunya dihidangkan untuk bangsawan...kiranya inilah sajian istana di zaman silam.Teringat pula cerita Jewel in the palace,begitulah agaknya mereka sediakan juadah imperial court ini,sangat teliti dan punya seni yang tersendiri.






   Selain restoran,ada banyak Ochaya (tea house) ...di sinilah tempat geiko dan maiko bekerja sebagai entertainer kepada guest yang berkunjung ke situ.Bukan sebarang orang boleh masuk,ochaya yang high class hanya terima trusted customer...kiranya hanya untuk ekslusif member sahaja,harganya per evening dengan geisha ni paling rendah pun dah berbelas ribu ringgit.Ada juga ochaya bagi regular tourist,sessi dengan geisha bolehlah book melalui agent,ni pun kos dia 2-3 ribu jugak,ada juga yang murah dalam lingkungan ratus gitu.

   Kalau nak tengok juga geisha dengan kos yang lagi murah boleh try pergi cultural show,kos range dalam rm60-120 gitu...tapi tak masuklah ochaya kan.Kalau taknak keluar kos apa-apa dan still nak tengok geisha bolehlah hang around Gion district ni,petang-petang pukul 5 ke atas boleh spot geisha yang nak pergi keja ke ochaya.Nak tangkap gambar memang payah sebab geisha ni jalan laju-laju.Nak ambik gambar pun kenalah ada respect juga,kalau act macam paparazzi memanglah diorang tak berkenan kan.Masa jalan sini dalam 5.30pm memang ada nampaklah geisha lalu,tapi kami takdalah ambik gambar  sebab  nak pergi tengok cultural show.

CULTURAL SHOW

   Cultural show daripada Kyoto Traditional Musical Art Foundation ni kebiasaannya diadakan setiap hari pada pukul 6 dan 7pm tetapi pada musim winter dari 1 Disember hingga minggu kedua bulan Mac show hanya diadakan hujung minggu  sahaja iaitu Jumaat hingga Ahad,bertempat di Yasaka Hall,Gion Corner.Tak perlu booking tempat,boleh datang je sebelum pukul 6 atau 7pm dan beli tiket sebelum masuk.Kebiasaanya harga tiket ialah JPY3150,tapi dari bulan Februari hingga July ada diskaun dan tiket berharga JPY2500.

  Gion corner terletak di sebelah kiri hujung Hanamikoji street ni,bersebelahan dengan Kennin-ji temple.Ramai juga pelancong yang datang,bila dewan dah ready kita kena beratur untuk masuk,bayar admission fee dan diberikan pamplet English.Dewannya agak besar dan sangat selesa,kami mengambil tempat di row yang kedua...biar dekat dengan pentas.

Kennin-ji temple

bangunan Gion Corner


Yasaka Hall
   Pukul 6pm program pun bermula,setiap acara ada briefing dalam English...3 acara dijalankan serentak,di sebelah kanan dewan ada stage mini untuk Chado (tea ceremony),2 orang volunteer dipelawa untuk menyertai acara ini,tapi sebab kami berada di sebelah kiri dewan jadi tak berapa nampak acara kat mini stage tu...jadi kami fokus acara  atas pentas jelah diorang tunjuk Flower arrangement (Kado) sambil tu ada 2 orang lagi aunty dok main Koto (japanese harp).

Chado-serving matcha(green tea) is an art and a spritual discipline

Kado-flower arrangement

Koto-Japanese harp

   Selesai acara-acara di atas menyusul pula persembahan Gagaku (court music),sekumpulan pemuzik memainkan alat-alat muzik tradisional dan seorang penari bertopeng mempersembahkan tarian klasik.Gagaku berasal dari Cina di zaman Tang Dynasty,bagaimanapun ianya pupus di China selepas kejatuhan dinasti tersebut,sebaliknya terus berkembang di kalangan bangsawan dan golongan atasan di Jepun terutamanya di era Heian (kurun 9-12).Persembahan ni agak boring jugalah sebab kami tak paham cerita di sebaliknya,ditambah pulak dengan muzik klasik yang bagai mendodoi mata...mujur sekejap aje.

Gagaku
   Selepas Gagaku ada persembahan sketsa Kyogen (ancient comic play)....persembahan ni agak menarik dan kelakar juga,walaupun sepenuhnya dalam bahasa Jepun tapi kita boleh faham sebab dalam pamplet yang diberikan terdapat skripnya yang diterjemah dalam English .


Kyogen-comic play

   Persembahan terakhir ialah Kyomai (Kyoto style dance) yang dipersembahkan oleh seorang maiko,tarian ini wujud sejak kurun ke 177 dan berkembang di era Tokugawa.Enjoy tengok persembahan maiko ni.Selepas tarian daripada maiko berakhir ada demo untuk pemakaian kimono,2 orang volunteer dijemput ke pentas.

Kyomai by maiko

  Kebiasaannya ada satu lagi persembahan iaitu Bunraku (puppet play)...sinopsis persembahan ni agak menarik tapi persembahan ni tiada time winter,so diorang gantikan dengan sesi bergambar bersama maiko...ok jugaklah kan,tak perlu rebut-rebut sebab semua orang akan dapat peluang bergambar dan staff di situ akan tolong ambikkan.



   Selesai cultural show kami singgah dulu di pasar malam...nak cari kot ada unagi bakar kat situ,tapi hampa je sebab takda.Last-last kami beli takoyaki octopus untuk buat lauk makan malam ni.Dah puas meronda kami pun nak pulang semula ke Kyoto station,sebab tak study route bas kami naik je  train Keihan main line,cadangnya stop di Tofukuji dan di situ transfer ke JR line untuk ke Kyoto station,tapi tersilap pulak naik train limited express yang tak berhenti di Tofukuji...terlajak banyak station jugak,mujur tak terus sampai Osaka.Akhirnya setelah berjaya berpatah balik dan sampai ke Kyoto station kami pun pulanglah berjalan kaki ke Karasuma Nanajo...habis pengembaraan hari yang kelima,masa untuk berehat....zzzz.

Kyoto tower at night



Sambung