Sunday, April 5, 2015

KANSAI:Kyoto-Gion Corner

11 January 2015

GION

   Perjalanan dari Fushimi Inari station ke Gion Shijo station -Keihan main line mengambil masa lebih kurang 8minit saja.Tiba di Gion shijo station,exit je station kami dah berada di area Shijo street.

   Sangat happening area ni,dari exit tadi kami gerak ke arah kanan,menyusuri kaki lima deretan kedai dan mencari Hanamikoji street,sambil tu ternampak kawasan macam pasar malam,kami singgah jap beli Taiyaki-sejenis kuih berbentuk ikan berintikan kacang merah,sangat sedap makan panas-panas apalagi perut memang tengah kelaparan.Beberapa meter ke depan sikit kami belok kanan bila dah berjumpa dengan Hanamikoji street.

Hanamikoji street

Gion at night



machiya building
 
    Gion adalah Geisha district yang paling popular di Kyoto dan Hanamikoji street adalah tempat tumpuan,deretan machiya house (bangunan kayu  klasik) adalah tarikan utama di sini.Kebanyakan machiya ini dijadikan restaurant fine dining yang menghidangkan Kyoto style kaiseki ryori,cuisine ni sangat ekslusif dan mahal tentunya..the ultimate in Japanese fine dining katanya,sejarah Kyoto yang pernah menjadi ibu negara Jepun lebih kurang 1200 tahun lamanya menyebabkan terciptanya multi-course haute cuisine  yang sofistikated,dahulunya dihidangkan untuk bangsawan...kiranya inilah sajian istana di zaman silam.Teringat pula cerita Jewel in the palace,begitulah agaknya mereka sediakan juadah imperial court ini,sangat teliti dan punya seni yang tersendiri.






   Selain restoran,ada banyak Ochaya (tea house) ...di sinilah tempat geiko dan maiko bekerja sebagai entertainer kepada guest yang berkunjung ke situ.Bukan sebarang orang boleh masuk,ochaya yang high class hanya terima trusted customer...kiranya hanya untuk ekslusif member sahaja,harganya per evening dengan geisha ni paling rendah pun dah berbelas ribu ringgit.Ada juga ochaya bagi regular tourist,sessi dengan geisha bolehlah book melalui agent,ni pun kos dia 2-3 ribu jugak,ada juga yang murah dalam lingkungan ratus gitu.

   Kalau nak tengok juga geisha dengan kos yang lagi murah boleh try pergi cultural show,kos range dalam rm60-120 gitu...tapi tak masuklah ochaya kan.Kalau taknak keluar kos apa-apa dan still nak tengok geisha bolehlah hang around Gion district ni,petang-petang pukul 5 ke atas boleh spot geisha yang nak pergi keja ke ochaya.Nak tangkap gambar memang payah sebab geisha ni jalan laju-laju.Nak ambik gambar pun kenalah ada respect juga,kalau act macam paparazzi memanglah diorang tak berkenan kan.Masa jalan sini dalam 5.30pm memang ada nampaklah geisha lalu,tapi kami takdalah ambik gambar  sebab  nak pergi tengok cultural show.

CULTURAL SHOW

   Cultural show daripada Kyoto Traditional Musical Art Foundation ni kebiasaannya diadakan setiap hari pada pukul 6 dan 7pm tetapi pada musim winter dari 1 Disember hingga minggu kedua bulan Mac show hanya diadakan hujung minggu  sahaja iaitu Jumaat hingga Ahad,bertempat di Yasaka Hall,Gion Corner.Tak perlu booking tempat,boleh datang je sebelum pukul 6 atau 7pm dan beli tiket sebelum masuk.Kebiasaanya harga tiket ialah JPY3150,tapi dari bulan Februari hingga July ada diskaun dan tiket berharga JPY2500.

  Gion corner terletak di sebelah kiri hujung Hanamikoji street ni,bersebelahan dengan Kennin-ji temple.Ramai juga pelancong yang datang,bila dewan dah ready kita kena beratur untuk masuk,bayar admission fee dan diberikan pamplet English.Dewannya agak besar dan sangat selesa,kami mengambil tempat di row yang kedua...biar dekat dengan pentas.

Kennin-ji temple

bangunan Gion Corner


Yasaka Hall
   Pukul 6pm program pun bermula,setiap acara ada briefing dalam English...3 acara dijalankan serentak,di sebelah kanan dewan ada stage mini untuk Chado (tea ceremony),2 orang volunteer dipelawa untuk menyertai acara ini,tapi sebab kami berada di sebelah kiri dewan jadi tak berapa nampak acara kat mini stage tu...jadi kami fokus acara  atas pentas jelah diorang tunjuk Flower arrangement (Kado) sambil tu ada 2 orang lagi aunty dok main Koto (japanese harp).

Chado-serving matcha(green tea) is an art and a spritual discipline

Kado-flower arrangement

Koto-Japanese harp

   Selesai acara-acara di atas menyusul pula persembahan Gagaku (court music),sekumpulan pemuzik memainkan alat-alat muzik tradisional dan seorang penari bertopeng mempersembahkan tarian klasik.Gagaku berasal dari Cina di zaman Tang Dynasty,bagaimanapun ianya pupus di China selepas kejatuhan dinasti tersebut,sebaliknya terus berkembang di kalangan bangsawan dan golongan atasan di Jepun terutamanya di era Heian (kurun 9-12).Persembahan ni agak boring jugalah sebab kami tak paham cerita di sebaliknya,ditambah pulak dengan muzik klasik yang bagai mendodoi mata...mujur sekejap aje.

Gagaku
   Selepas Gagaku ada persembahan sketsa Kyogen (ancient comic play)....persembahan ni agak menarik dan kelakar juga,walaupun sepenuhnya dalam bahasa Jepun tapi kita boleh faham sebab dalam pamplet yang diberikan terdapat skripnya yang diterjemah dalam English .


Kyogen-comic play

   Persembahan terakhir ialah Kyomai (Kyoto style dance) yang dipersembahkan oleh seorang maiko,tarian ini wujud sejak kurun ke 177 dan berkembang di era Tokugawa.Enjoy tengok persembahan maiko ni.Selepas tarian daripada maiko berakhir ada demo untuk pemakaian kimono,2 orang volunteer dijemput ke pentas.

Kyomai by maiko

  Kebiasaannya ada satu lagi persembahan iaitu Bunraku (puppet play)...sinopsis persembahan ni agak menarik tapi persembahan ni tiada time winter,so diorang gantikan dengan sesi bergambar bersama maiko...ok jugaklah kan,tak perlu rebut-rebut sebab semua orang akan dapat peluang bergambar dan staff di situ akan tolong ambikkan.



   Selesai cultural show kami singgah dulu di pasar malam...nak cari kot ada unagi bakar kat situ,tapi hampa je sebab takda.Last-last kami beli takoyaki octopus untuk buat lauk makan malam ni.Dah puas meronda kami pun nak pulang semula ke Kyoto station,sebab tak study route bas kami naik je  train Keihan main line,cadangnya stop di Tofukuji dan di situ transfer ke JR line untuk ke Kyoto station,tapi tersilap pulak naik train limited express yang tak berhenti di Tofukuji...terlajak banyak station jugak,mujur tak terus sampai Osaka.Akhirnya setelah berjaya berpatah balik dan sampai ke Kyoto station kami pun pulanglah berjalan kaki ke Karasuma Nanajo...habis pengembaraan hari yang kelima,masa untuk berehat....zzzz.

Kyoto tower at night



Sambung

12 comments:

  1. menarik cultural show ni...kyogen nampak ceria je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Enjoy jugak show ni tambahan dapat duduk santai n relax lepas kaki dah lenguh berjalan,kyogen tu mmg meriah..aksi n memek muka diorang memang kelakar.

      Delete
  2. Kawasan sekitar Gion tu macam guesthouse semasa akak stay di Yamanouchi, Nagano, rumah2 feysen lama yang berderet sepanjang jalan.
    Bila Ayda nak pi Hokkaido? akak plan nak pi maybe Autumn 2016 atau Winter 2017 - ni kali nak pi tempat2 lain pulak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka tengok machiya ni kan...sgt japanese,next time nak tryla jugak dok ryokan mcm tmpat akak stay tu,saya target nak pergi time spring pulak...tapi tak taula bila,may be 2017...insyaAllah.

      Delete
  3. kaknoor jenjalan dan singgah follow sini..
    bestnye dapat tengok show ni, anak sedara akak ada belajar kat Jepun mana tau suatu hari boleh sampai sini, kalau ada rezeki lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tima kasih kak noor singgah n follow sini...nnt kta kunjung mengunjung ya
      memang best travel n tengok culture tempat orang kan...untung kak noor ada anak buah tu..senang nak bjalan,kena cepat-cepat grab tiket Japan tu :-D

      Delete
    2. terimakasih sudi singgah blog kaknoor yg tak seberapa sngt pun tu ya Ayda..
      insya allah kalau ada rezeki mmg nak pergi jugak Japan ni hehe

      Delete
    3. apalah sangat blog siput saya ni banding dengan blog otai macam kak noor,syok baca blog akak...tak dapat menjamu selera,mjamu mata pun seronok :-D

      Delete
  4. sewaktu di gion ajak kwan tgk show bila tgk harga tiket terus x jadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang agak expensive jugak untuk 1 jam punya show...tak pergi pun ok je,saya lagi suka join guided tour untuk tau sejarah tempat ni...tapi tkda kesempatan nak join time ni,so chill2 hilangkan lenguh tengok stage show pun kira oraiit gak la

      Delete
  5. huwaaaa.. misi menjejak geisha rupanya..
    tak kuasalah nak bayar ribu raban semata2 nak tengok geisha hahaha..
    semput kejung dada kat situ gak.. tengok culture show macam ni okay jugak..
    berbaloi dah kan.. harga pun berpatutan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah stakat tgok show camtu kira orait dah...takdanya nak spend mahal-mahal tengok geisha in private...tak reti pun nak appreciate arts diorang,kalau datang masa April tengok annual cherry blossom dances pun ok gak,where geisha ni beramai-ramai buat performance untuk public everyday,tiket pun tak mahal sangat.

      Delete