Thursday, April 16, 2015

KANSAI :Osaka -Museum of House and Living

12 January 2015

OSAKA-Tenjinbashi

   Untuk maksimakan penggunaaan JR Pass yang tinggal dua hari je lagi ni maka hari ni kami akan berjalan keluar dari Kyoto.Destinasi pertama hari ni ialah ke Osaka,oleh kerana masa tak mengizinkan untuk ronda bandaraya Osaka yang besar tu maka kami just nak tuju Museum of House and Living semata-mata nak berkimono di situ.
Route train kami dengan menggunakan JR Pass adalah seperti berikut:

Kyoto st --> Osaka st -30mins (JR Kyoto line)
Osaka st --> Tenma st -3mins (Osaka loop line-outer loop)

   Lebih mudah kalau menggunakan Osaka subway sebenarnya, Tenjinbashisuji Roku (6)-chome station (exit 3/exit 8) sangat dekat dengan muzium ni.Boleh reach station ni menggunakan Tanimachi atau Sakaisuji line.

   Lebih kurang 9.20 am kami dah berada di  JR Tenma station,dekat sini agak tricky sebab keluar station ada banyak jalan,untuk kepastian kami tanya pada staff di station tersebut.Bila dah keluar ke jalan besar  kami menghala ke kanan dan menyusuri kaki lima bangunan kedai di situ.

Tenjinbashisuji-jalan menghala ke muzium dari Tenma station

    Keadaan sekitar agak lengang dan kebanyakan kedai tutup atau belum buka sebab hari ni public holiday,setiap tahun pada hari Isnin kedua dalam bulan Januari merupakan cuti Coming of Age Day...hari meraikan mereka yang dah atau bakal mencapai umur 20 tahun dari 2 April tahun lepas sehingga 1 April tahun ni.Jadi boleh tengoklah ramai yang dress up,especially yang perempuan mereka pakai kimono cantik-cantik untuk attend official ceremony yang menandakan mereka dengan rasminya dah melangkah ke alam kedewasaan.Lepas majlis tu  biasanya diorang akan berparti sesama sendiri.

   Dalam 15minit berjalan kami dah sampai ke hujung jalan ,kat sini ada simpang empat yang besar,tangga untuk turun ke subway Tenjinbashisuji roku-chome station (exit 8) dan juga McDonald di penghujung blok ni,belok kanan dan nampak entrance ke Tenjinbashisuji shopping arcade 6-chome,sebelah arcade ni ada macam bangunan ofis,di sinilah terletaknya destinasi yang kami tuju.


simpang 4 di hujung jalan

imej dr google street view-pandangan depan bangunan yg ada McD,shopping arcade 6-chome dan muzium

Osaka Museum of House and Living

Untuk ke museum ni kena naik lif ke tingkat 8.Dibuka pada pukul 10am-5pm.Muzium ni biasanya tutup pada hari Selasa dan hari Isnin ketiga setiap bulan,ada juga hari lain ditutup bergantung pada national holiday jatuh hari apa,jadi kena check kat website untuk keterangan lanjut dan boleh rujuk tourist info juga.

Admission fee ialah 600yen untuk adult,kalau guna Osaka Unlimited pass masuk adalah percuma.Ada mesin untuk beli tiket masuk,mudah je cara menggunakannya.Beg kena simpan di locker yang disediakan,jangan lupa bawa duit 200yen masuk dalam kalau nak bergambar pakai  kimono.

Muzium ni kecil je,ada 3 tingkat,most visitors akan pergi tingkat 9,di sinilah letaknya lokasi setting old Osaka town yang dikenali sebaga Naniwa di zaman Edo (pertengahan kurun ke 19).Di sini jugalah tempatnya untuk sewa kimono tu,200yen untuk setengah jam.

Kami bergegas naik escalator,kena cepat sebab nanti queue panjang,tapi ternaik sampai tingkat 10,di sini adalah tingkat observatory untuk lihat Edo period town tu dari tingkat atas.Turun semula ke tingkat 9,dah ramai juga yang menunggu giliran untuk sewa kimono ni.Ada locker untuk simpan jaket,tiket 200yen pula beli di mesin yang disediakan,nanti akan keluar kertas dengan nombor giliran.Dah dapat tiket tu beri pada staff yang bertugas untuk register, kemudian duduk di bangku tunggu giliran.Walaupun ramai tapi taklah lama sangat menunggu  sebab sistematik dan staff bekerja dengan pantas.

Sambil menunggu ada staf yang akan datang untuk beri stokin dan juga terompah,jadi siap-siaplah pakai sementara tunggu turn untuk pakai kimono...stokin tu memang diberi terus,so bolehla simpan buat kenangan.

ruang menunggu,tiket di beli di mesin berwarna putih
   Makin lama makin ramai yang datang,tambahan pulak hari ni public holiday..giliran pun tiba.Dari time duduk tadi dah target kimono mana satu nak pilih,tapi jangan tinggi sangat harapan sebab kita hanya akan diberi pilihan kimono ikut size dan ketinggian badan.Kimono yang di spot tadi tak sepadan pulak dengan ketinggian,jadi pilih jelah apa yang ada kan.Staf akan tolong kita pakai kimono,selesai tu boleh pilih tas tangan comel yang sepadan.

   Masa untuk jalan-jalan dan berposing-posing,ada special light effect dalam tempat ni untuk menjadikan suasana macam malam atau siang.Jangan tunggu lama-lama kalau spot yang kita nak tu ramai orang,masa setengah jam tu kenalah guna sebaik mungkin kan,banyak je tempat boleh bergambar.Actually menarik jugak bila ramai-ramai dalam tu berjalan dengan kimono,dah macam beraya pulak rasanya.










   Selesai sesi  berkimono kami pun turun semula ke tingkat 8.Di level ni bertema new Osaka,jadi pameran kat sini adalah berkisar pada panorama dan kehidupan semasa era Meji dan era pasca perang.Ada juga barang-barang made in Japan yang biasa kita tengok macam mesin jahit,periuk nasi,tv,iron dan sebagainya.


jenama mesin jahit favourite ibuku




Tenjinbashisuji Shotengai (Shopping street)

Shopping street di Tenjinbashi adalah yang terawal wujud di Osaka.Deretan kedai di Osaka Tenmangu area dah ada since Meiji era (1868-1912) kemudian terus berkembang dari utara ke selatan sehingga mencapai kira-kira 600 buah kedai sepanjang 2.6km,terpanjang di Jepun.Ada 7 blok semuanya,kalau larat nak explore sepanjang street ni bolehlah bermula dari area 1-chome berhampiran dengan Tenmangu shrine dan kemudian teruskan sampai hujung blok 7-chome.

Kami memang tak sempatlah nak explore sangat shotengai ni,sekadar sempat berjalan dalam arcade di blok 6-chome dan 5-chome,iaitu laluan ke arah JR Tenma.Macam-macam kedai ada,aku masuk ke kedai 100yen,sambil tu Azma dan Sal ke kedai jaket.Dah beli beberapa barang yang berkenan di kedai tu aku pun keluar,nampaknya Azma pun dah berjaya grab jaket yang cun,harga lingkungan rm200...murah dan berbaloi,apalagi terus pakai dan jaket lama simpan dalam plastik.




Ikut hati nak juga masuk lagi kedai-kedai lain belek apa yang ada,tapi masa tak mengizinkan,kami nak ke Nara pula lepas ni.Sekadar browse rambang ajelah sambil-sambil berjalan.Tiba di JR Tenma kami pun ke Osaka station semula dan dari situ ambil train untuk ke Nara.


Sambung

10 comments:

  1. wah..sgt sesuai..melawat muzium sambil pakai kimono..kembali ke zmn Edo..kalau ada samurai, ninja..lg best..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok,perasan ala-ala muslimah jepun,hihi...abang samurai dan ninja jumpa esoknya di Toie studio,tapi tak mampu la pulak berkimono kat situ..

      Delete
  2. Amboii best nyer boleh bergaya dgn kimono, mcm akak di Shibu Onsen aritu. Teringin sangat nak pakai yakuta dan overcoat sambil jalan2 bagi perasan mcm orang Jepun haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nilah rate paling murah kami jumpa,tempat lain semua mahal,memang syokla walaupun kejap ja,tempat macam shibu onsen tu mmg ssuai sangat la berkimono,cuma time winter jenuh la pulak nak menahan sejuk kan,hihi

      Delete
  3. orang kurus mulus lawa lah pakai kimono kan tapi kalau orang pendek demuk ni tak tau lah apa nak jadi kan, tapi nak jugak amik gambar pakai kimono hheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pn tkda le kurus mulus kak...bantai je pakai,tgok kak noor elok slim n comey je..sesuai la tu berkimono kalau ke japan :-)

      Delete
  4. bestnya ada peluang pakai kimono..jgn lupa last part nanti kongsi budget eh...nk pegi semua tempat yg Ayda dah pegi ni menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni la tempat paling murah jumpa ..tapi takla grand sangat kimono dia..okla kan stakat nak merasa...

      Bole no problem nnt sy detailkan budget ke sana..

      Delete
  5. hehehe comelnyaaa berkimono.. kalo CT pun nak jugakla kena pakai kinomo dah sampai Jepun..
    huurm bila nak sampai ni tah.. belum terbuka pintu hati nak ke Jepun..
    tapi tngk entries kawan2 cem seronok jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. one fine day pergilah sana...tiket pun banyak promo,memang syok menghayati culture diorang ni...fefeeling local..skali pergi mmg tak puas rasanya

      Delete