Thursday, December 5, 2013

SOUTH KOREA 10 : SEOUL:Changdeokgung

2 April 2013

Pagi  Selasa yang dingin dan hujan lebat di Seoul.
Plan hari ni adalah untuk melawat Changdeokgung Palace dan lookig forward untuk follow Secret Garden tour.Changdeokgung ditutup pada hari Isnin.

Seperti biasa ahjumma menyedikan traditional Korean breakfast yang superb,hari ni kami berkesempatan merasa minum teh beras yang dipanngil sik hye tea.Rasanya menyegarkan macam minum air barli.Mungkin inilah rahsia ahjumma berkulit cantik sebab sentiasa mengamalkan minum teh beras ni.

Hidangan hari ni ....

sik hye tea


Selesai breakfast,kami clearkan bilik untuk check out,sempat aku beri souvenir pada ahjumma salah satu koleksi kerongsang yang dibawa dari Malaysia,beg kami tumpang letak di tingkat bawah sebab Changdeokgung palace tu cuma 10 minit berjalan kaki aje dari hanok,dah selesai nanti baru kami ambik teksi untuk check in ke Namsan 3 hostel pula.

Untuk follow secret garden tour kena book online,tapi kami tak jumpa website untuk booking in English,yang ada cuma in korean language saja,jadi anak ahjumma Joshua tolong book untuk kami semalam.Hari masih hujan,ahjumma pinjamkan payung untuk kami semua.
Sampai di Changdeokgung kami follow english guided tour pukul 10.30am.Mujur istana ni tak sebesar Gyeongbokgung,tambah dengan cuaca macam ni agak tak berapa seronok jugak nak jalan outdoor ke sana ke mari.

Changdeokgung adalah istana kedua dibina pada tahun 1405 di zaman pemerintahan King Taejong pada era Joseon Dynasty. Dipercayai istana ini dibina kerana King Taejong yang merampas takhta selepas membunuh saudara tirinya agak reluctant untuk tinggal di Gyeongbokgung yang menjadi tempat tragedi berdarah itu.Selepas semua istana di Seoul dibakar dan dimusnahkan semasa penaklukan tentera Jepun (1592-1598),runtuhan Gyeongbokgung terbiar dan ditinggalkan sehingga pembinaan dan pemuliharaan semula dilakukan pada tahun 1868,dalam tempoh itu Changdeokgung yang dipulihara pada 1610 menjadi istana utama selama  kira-kira 270 tahun.


Main Gate-Donhwamun Area


Injeongjeon Area-the throne hall

ondol heating system


Nakseonjae complex-King's quarters



Secret Garden of Changdeokgung

Selesai palace tour kami pun follow Secret Garden tour pada pukul 11.30am,mujurla hujan dah beransur reda.
Secret garden adalah taman larangan yang menjadi tempat rekreasi dan bersantai bagi keluarga di raja.Ia adalah tempat untuk mencari ketenangan dan inspirasi,mengarang puisi,jamuan makan,lapangan memanah,memancing,boating,berkebun,menternak ulat sutera dan sebagainya.Natural setting dikekalkan dan dipulihara sebaiknya dengan binaan artificial lanskap diminimumkan.

Heart of Secret Garden-Buyongji &Juhamnu area



Buyongji-rectangular pond

Juhamnu Pavilion-on the high ground

Yeonghwadang Pavilion



Yeongyeongdang-venue to receive foreign envoys & throw parties 



Jondeokjeong Area-last to be added to Secret Garden

Gwallamjeong pavilion at the brim of Gwallamji pond

Seungjaejong pavilion

Jondeokjeong pavilion-hexagonal with double layered roof,built in 1644

Ongnyucheon Area


Ongnyucheon-brook flowing through the deep valley

Cheonguijeong -the only thatch-roofed pavilion



Jalan-jalan di taman





National Natural Monument-Hyangnamu tree (aromatic tree) -around 700 years old

Macam biasa pace tour guide kat sini sangat laju,kami agak ketinggalan di belakang tour group ni sebab sibuk bergambar,tapi memang tak boleh jalan-jalan sembarangan sendiri kat sini,mesti follow tour group. Selesai tour untuk 2 important palace di Seoul..dua pun dah cukup,yang lain tu kalau berminat nak pergi memang tak jauh pun,macam Changgyeonggung palace bersebelahan aje dengan Changdeokgung.
Dalam renyai hujan yang masih belum berhenti kami pun berjalan pulang semula ke Bukchonmaru Hanok,time to say goodbye...huhuhu.

Ahjumma tolong telefonkan cab untuk kami,malangnya jumbo taxi hanya available dlm dua jam lagi,terpaksalah kami agree untuk ambil 2 taxi lagi..itupun kena tunggu lama jugak.Ahjumma bagi cadangan kalau nak husband dia boleh tolong hantar,kereta muat untuk kami berempat dan beg yang bagak-bagak tu.Cuma bagi duit minyak saja sebanyak KRW10000 (lbh kurg rm30) satu kereta,kalau naik teksi memang  lagi mahal.Kami bersetuju dengan offer ahjumma.

Agak jauh juga Namsan 3 guest house di Myeongdong dari kawasan Hanok Village ni,apalagi berkereta jalan yang sibuk melambatkan lagi perjalanan.Tapi kami seronok berbual dengan ahjussi yang juga kelakar dan sporting macam ahjumma.Ahjussi bersungguh-sungguh cuba berbual dengan kami meggunakan Genie talk,app yang boleh auto translate bahasa korean-english...kagum tengok warga emas kat sini ramai yang celik IT.
Akhirnya kami sampai juga ke Namsan 3 Guest house di area Myeongdong yang happening.Ini adalah accomodation terakhir kami untuk perjalanan ini.Gamsahamnida ahjussi....bermulalah episod perjalanan yang baru.

Sambung.......