Thursday, July 24, 2014

BUKITTINGGI TRIP 4 : Pondok Flora,Tasik Singkarak & Bordir


Wednesday 23 October 2013

RESTORAN PONDOK FLORA

Restoran ini terletak di daerah Batu Sangkar juga,sepanjang perjalanan pemandangan memang indah dengan hamparan relung-relung sawah yang terbentang luas dan pokok-pokok kelapa yang melambai-lambai.

Restoran ini menjadi tumpuan pelancong yang berkunjung ke daerah ini,menu ikan bakar memang terkenal di sini kerana ikan tersebut diambil fresh dari kolam sekeliling restoran.Dengan lanskap sawah dan kehijauan alam yang mendamaikan terasa nikmat sungguh menjamu selera di sini.Seperti biasa menu masakan padang dihidangkan beserta dengan ikan bakar,kalau rasa tak cukup bolehlah mintak tambah lagi.Total kami makan di sini ialah 245000rupiah (~rm65).














Perjalanan diteruskan menuju ke tasik Singkarak...sepanjang perjalanan memang sejuk mata memandang alam yang menghijau..









TASIK SINGKARAK

Tasik yang seluas lebih 1000 hektar ini merupakan tasik yang terhasil dari kawah gunung berapi dan letaknya antara dua daerah iaitu Solok dan Tanah Datar.Ia adalah tasik kedua terbesar di Indonesia selepas Danau Toba.
Kenderaan kami meyusuri tepian tasik ...luas terbentang dan berombak airnya,di pekan kecil Singkarak ada gerai-gerai kecil di tepi jalan yang menjual ikan bilis hasil tasik singkarak.Kemudian Am berhenti di sebuah kedai makan,di bahagian belakang kedai ini kami bersantai-santai seketika  menikmati pemandangan  dan angin segar tasik Singkarak.Ada bot yang menawarkan perkhidmatan untuk meronda tasik,namun kami menolak dan sekadar bergambar-gambar sahaja di situ.
Sebelum balik ternampak pula ikan bilis tasik yang ada di jual di kedai tu,aku pun beli sikit 200g je nak try,mahal juga harganya lebih kurang rm30/kg.Kalau beli di gerai-gerai yang banyak tadi mungkin harganya lebih murah.









BIKA TALAGO

Kami singgah di kedai kuih Bika Talago,kuih tradisional minang ni dibuat daripada tepung beras,parutan kelapa dan gula dan kemudian dibakar,kalau tak silap mereka menggunakan batang pokok kayu manis sebagai kayu bakarnya.Kuih ni memang sedap dimakan masa panas-panas,tapi tak boleh banyak sangat sebab ia cepat mengenyangkan.Ada perasa plain dan pisang...dua-dua sedap.




Aktiviti seterusnya hari ni adalah lawatan ke kedai kain...a.k.a bershopping,memang agenda wajib dalam trip-trip ke Indonesia apalagi di sini memang terkenal dengan kain-kain sulam berkualiti yang boleh didapati pada harga yang sangat berpatutan.

OKE BORDIR

Tak banyak kain yang menarik perhatianku di sini,tapi setelah berpusing-pusing beberapa kali tewas juga dengan sepasang kain sulam purple yang berharga IDR250 000 (rm68)






ok sambung kedai lain...

LINDUANG BULAN

Di sini macam teruja sangat pulak nak membeli sebab banyak pilihan dengan harga yang murah.
Maka misi memilih pun agak mengambil masa sebab susah nak buat pilihan...cantik-cantik semuanya.Mana yang berkirim semua ku belikan di sini.






Harga telekung pun boleh tahan murahnya,kalau nak beli buat souvenir pun memang sesuai sangat sebab harga yang berpatutan.


Selamatlah membeli berpasang-pasang juga kain ela sulam dan juga telekung di sini.
Total berhabis kat sini lebih kurang rm350 untuk 7 pasang kain ela dan rm116 untuk 4 psg telekung..okla tu kan,murah sangat berbanding Malaysia.Lega dah settle untuk yang berkirim beli.

Kami solat di musolla yang terletak di luar kedai Linduang Bulan ni,hari pun dan nak beransur senja maka  terus menuju ke kedai makan di pekan Bukittinggi,senang balik hotel nanti terus rehat saja.


RESTORAN WONG SEMARANG


Ni last stop untuk hari ni,untuk makanan kami order nasi ayam penyet dan mihun sup.. rasanya biasa sahaja,tapi jus buah memang sedap sangat,puas hati sangat menikmati jus kuini yang pekat dan juga jus terung firus/belanda yang masam manis.Murah je makan kat sini,total lebih kurang rm30 je.


jus kuini

terung firus

Selesai dinner,Am pun hantar kami pulang ke hotel...masa untuk rehat...zzzzzzzzzzz.


Sambung






Thursday, July 3, 2014

BUKITTINGGI TRIP 3 :Tabek Patah & Batusangkar

Wednesday 23 October 2013

Hari kedua di Bukittinggi
Seawal lebih kurang 4.45am dah masuk Subuh di sini,azan kedengaran berkumandang dari surau berhampiran...6.30am hari dah start cerah.
Pukul 7.30am kami  turun breakfast sambil tunggu baju digosok oleh staff housekeeping.
Tempat makan adalah open space berhampiran dengan bilik..syok jugak makan sambil layan suasana sekeliling yang menghijau.Cuma pilihan makanan agak terhad,mujur juga di sini kami boleh menjamu selera sepanjang hari di mana sahaja nanti.







Pukul 8.30am Am dah sampai untuk ambil kami mulakan trip hari ni.

SULAMAN HAJAH ROSMA,KG BASO

Hjh Rosma merupakan seorang guru sulaman yang terkenal di sini,sulaman beliau dikatakan memang halus dan bermutu tinggi,tak hairanlah kalau harga sulaman di sini kebanyakannya memang mahal berbanding tempat lain.Di sini ada bengkel sulaman untuk yang mengikuti  kelas Hjh Rosma.Tapi masa kami datang ni pelajarnya sedang bercuti,jadi bengkel tu kosong sahaja.
Macam biasa tengok sana sini,last-last beli juga tudung sulam yang berharga lebih kurang rm25 dan kain ela 4m lebih kurang rm110.
Sebelum beredar sempat kami bergambar dengan Hjh Rosma yang sedang berehat di balconi kedainya.








KILANG KOPI KINIKO,TABEK PATAH

Destinasi kedua hari ni ialah di Tabek Patah,kami berhenti di kilang kopi Kiniko,sebuah perusahhan kecil desa.
Ada dua bangunan di sini,satu bangunan kilang memproses kopi...serbuk kopi yang siap diproses terus dibungkus di sini.






Bangunan kedua ialah kedai yang menjual kopi Kiniko dan berbagai produk makanan tempatan lain macam pisang salai,pelbagai jenis kerepek,sagun dll.







Di bahagian belakang kedai ni ada Warung kopi Kiniko, open space untuk lepak-lepak sambil minum kopi dan pisang salai free yang disediakan.Jangan lepaskan peluang ni sebab memang sangat nikmat menghirup kopi fresh sambil makan pisang salai panas berlatarbelakangkan alam semulajadi yang menghijau.Selain kopi ada juga teh daun mulberi dan juga teh daun kopi yang dimasak di dalam tempayan atau dipanggil kawa.Asalnya mereka minum teh daun kopi ni ialah sebab dahulukala Belanda kata pada penduduk tempatan daunnya lebih berkhasiat dan elok diminum, hasil biji kopi yang dah tentu lebih sedap itu pula diambil dan dieksport...ini menurut cerita daripada Am.
Minuman teh kawa ni lebih sedap kalau dituang dalam tempurung dan kacau dengan batang cinnamon yang disediakan..Memang strategi promosi yang bagus  sebab lepas tu memang kitaorang sakan memborong kopi,pisang salai dan juga batang kayu manis untuk dibawa pulang.






pemandangan belakang warung kopi


Perjalanan diteruskan ke Batusangkar untuk ke Istano Basa Pagaruyung.
Batusangkar adalah ibu kota untuk wilayah Tanah Datar.Sepanjang perjalanan kami melewati kawasan Batu Prasasti (Bersurat)Adityawarman.Adityawarman adalah seorang pangeran Majapahit dan  dipercayai telah menubuhkan kerajaan Pagar Ruyung,Makam Raja Pagaruyung menempatkan 13 makam,Rumah Adat dan Istana Silindung Bulan yang merupakan istana kediaman keluarga Raja Pagaruyung.Istana yang sudah berulangkali terbakar ini kini dalam proses pembangunan semula.




Sebatang pokok kelapa yang batangnya bengkak bengkok menarik perhatian kami.Kata Am pokok tersebut jadi begitu selepas gempa bumi melanda Sumatera Barat pada tahun 2007.



ISTANO BASA PAGARUYUNG






Istana ini dibangunkan pada 1976 merupakan replika kepada Istano Raja Alam Minangkabau yang musnah dibakar Belanda pada tahun 1804.Istana ini diukir dengan indah dengan 60 jenis ukiran yang melambangkan falsafah dan kebudayaan Minang.Istana tiga tingkat ini didirikan dengan 72 tiang dan atap yang diperbuat dari 26 tan atap ijuk (palm fibers)


tiang senget bertujuan untuk menahan gempa



bahagian belakang istana



Istana ini mengalami kerosakan yang teruk selepas terbakar pada tahun 2007 akibat panahan petir.Proses renovasi dan pemuliharaan yang memakan belanja lebih 20 billion rupiah ini sudah hampir lengkap pada waktu lawatan kami ini namun bahagian dalam bangunan masih belum dibuka untuk orang awam.Jadi dapat bergambar di bahagian luar sajalah.Di sini juga ada disediakan baju tradisional Minangkabau untuk disewa,kalau tak silap rate di sini lebih murah berbanding di muzium budaya semalam.








Selesai lawatan ke istana kami meneruskan perjalanan,perut pun dah lapar maka next pit stop adalah lunch ke restoran di tengah sawah.


Sambung