Friday, September 12, 2014

PERTH HOLIDAY 2 - Perth CBD

Tuesday,26 August 2014

CHECK IN

Berpagi-pagian ke KLIA,6.45am kami dah ready untuk check in.Flight dijadual berlepas pukul 9.30am nanti.
Kena check in &print boarding pass dekat mesin yang disediakan dulu lepas tu baru g kaunter untuk baggage drop.
Okla pagi-pagi ni tak ramai sangat orang,mesin tu pun mudah untuk digunakan,tapi bila dah tiba time nak print tak boleh pulak,kena g customer service counter.
Kaunternya dekat -dekat situ jugak..tak boleh print sebab ETA..mungkin sebab data tu tak integrate lagi dengan pasport kami,so bila dah settle kami pun dapat boarding pass dan pergi balik kat kaunter baggage drop tadi.
Macam biasa masa nak pergi memang tak berat mana,dengan MAS boleh bawa up to 30kg,berat beg kami masing-masing tak lebih 15kg pun...tunggu tengok masa balik nanti berat camna pulak.Kami memang tak bawak makanan apa-apa,aku just bawak periuk kecil kalau-kalau nak rebus spagheti ke telur ke nanti.

Settle semua,masa banyak lagi..kami turun dulu ke tingkat 2 untuk breakfast kat food garden,harga agak reasonable kat sini,aku makan roti sardin and teh tarik.Sal pulak makan pau kacang merah je,nak save space perut makan dalam flight nanti katanya.


DEPARTURE

Tepat jam 9.30am flight pun dah ready nak berlepas,taklah ramai sangat orang,banyak jugak kerusi kosong lagi.Bila dah take off Sal pun cari port kosong kat row tengah yang 4 seat tu.Syok kalau nak tidur baring bagai.Dalam sejam perjalanan makanan pun dihidangkan,ada nasi lemak dan chicken lasagne,aku pilih lasagne dan memang no regret...sedapp sangat,Alhamdulillah.




Lepas makan tidur-tidur sekejap sambil layan-layan tengok drama,malas nak tengok movie.Bila isi kad custom declaration tu rasa lega sebab semua tick dekat No aje...tulah sebabnya kami malas  nak bawak apa-apa kalau pegi Australia ni.Tiba-tiba Sal teringat dia ada bawak inhaler,so taknak ambik risk tick ajelaha dekat medication tu.Aku pun baca balik item yang kena declare,tetiba teringat pulak ada sudu and chopstick kayu la pulak dalam beg...aduii kena declare jugakla ni bawah wooden articles...haiishh..leceh betul.

Rasa sekejap je 5 jam...sebelum mendarat sempat kami solat dulu jama' zuhur &asar,ada space dan sejadah disediakan,so bolehla solat dengan sempurna atas flight tu.Boleh je nak tunggu kalau nak solat di airport tapi risau pulak kami kalau sangkut  lama kat immigration nanti.




ARRIVAL

Selamat mendarat 2.40pm,Alhamdulillah,airport pun lengang je,tak lama lepas kami sampai flight dari Singapore pun tiba juga,mujurlah kami memang dah sprint ke depan dan jadi orang yang awal jugak untuk pemeriksaan immigration.

Semua urusan smooth  je,sebab ada barang yang declare so kenalah lalu kat bahagian pemeriksaan barangan tu,time aku pegawai kastamnya seorang wanita arab,dia just belek-belek sudu kayu tu briefly dan kemudian kami pun dah boleh keluar...fuh syukur semuanya mudah dan pantas.

Tercangak-cangak mencari kaunter untuk beli tiket shuttle bus Connect,seorang lelaki veteran yang berpakaian kemas berkot kuning menyapa kami dan menawarkan bantuan,setelah bertanya hotel mana yang kami nak pergi pakcik tersebut dengan detailnya menerangkan pada kami cara nak ke sana dengan public bus je,katanya naik saja  bas free untuk ke Domestic Airport,dari sana naik public bus Transperth nombor 37 atau 40 dengan tambang AUD4.4.Bagitau driver kami nak turun di depan National Concert Hall,dari situ seberang jalan dan kemudian jalan mendaki sikit sampailah ke All Suites Perth di Victoria Avenue tu....crystal clear gitu directionnya.Kami ucap berbanyak terima kasih dan terus naik bas free terminal transfer yang kebetulan memang dah ada depan airport tu.






Kami sangka pakcik tu memang officer yang bertugas di airport,lepas tu baru tau rupanya mereka yang berkot kuning ni adalah volunteer yang dipanggil 'Gold Coats'.Ni description tentang group mereka yang aku petik dari website Perth Airport:

Perth Airport has a dedicated group of volunteer Ambassadors who deliver exemplary customer service in all terminals and reflect the warm welcoming nature of Western Australians. ‘Gold Coats’ (named for the gold jackets they wear) offer friendly, accurate and up-to-date assistance, aiming to leave a lasting positive impression on all airport users.

Impressive kan,tambahan pula mereka ni kebanyakan dari golongan warga emas...salute!!


CENTRAL PERTH

Cuaca sangat cantik,langit cerah dan membiru.Tak ramai pun orang dalam shuttle bus ke Domestic Aiport tu.Dalam 15 minit sampai,kami pun turun dan tunggu di bus stop yang ada bertulis Transperth.


Untuk kepastian Sal bertanya ke makcik Gold Coat yang ada je berlegar-legar kat situ,dengan senang hati dia menerangkan dengan detail route bus yang akan kami naik nanti.




Sambil menunggu bas kami pun bergambar-gambar kat situ,lebih kurang 10min kemudian bas pun sampai,bayar kat driver AUD4.40 sorang,dapat berjimat banyak kat situ sebab kalau naik shuttle Connect tu tambangnya AUD15.Ni cheapest cara nak ke central Perth,tapi kalau luggage banyak memang payah lah,setakat beg troli sorang satu dan backpack kira ok,lagipun bas taklah ramai orang pun,mungkin sebab bukan peak hours.


shuttle Connect yang tak jadi naik

bas dah sampai


Ada tempat letak beg disediakan,tapi limited space,sebab dah ada bag besar orang lain kat situ kami pun kenala bawak sekali beg troli tu kat tempat duduk,ada priority seat macam bench panjang tu,lagi senang kalau duduk kat situ dengan beg-beg ni,tapi kami takut pulak nak pilih seat tu,tapi tengok orang tempatan selamba je duduk je kat situ,tapi kalau ada yang memerlukan macam warga emas,OKU or pregnant woman memang kena bangunlah.

Dalam perjalanan entah mengapa tergamit pula nostalgia di Dublin dulu,ada similarity suasana kat sini dengan di sana....suasana dalam bas,pemandangan,bangunan...tak serupa tapi ada certain part yang macam nak sama.

Dalam setengah jam kami pun tiba di central Perth,driver pun bagitau bila dah nak sampai stop yang kami nak turun.
5 min berjalan sampailah kami ke All Suites Perth di Victoria Avenue pada pukul 4pm,check in sekejap je,semua payment dah settle through Agoda,cuma mereka ambil security deposit AUD200,kalau takda tambahan bayaran apa-apa masa check out ambik balik deposit,kami pakai cash untuk bayaran tu.
Kami dapat bilik di tingkat tiga,studio room dengan kitchennete lengkap (microwave,stove,oven,toaster,kettle) ,washing machine dan free  wifi.

pemandangan dari bilik hotel

depan hotel


studio room

kitchennete
washing machine+dryer


Lepas baring-baring dan regang-regangkan kaki,pukul 5 kami pun keluar semula nak menjelajah area sekitar sambil cari makan dan beli groceries.

Kami menyusuri Hay street,satu blok di belakangnya adalah Murray street,di tengah Murray street ni ada satu dataran pedestrian walk dipanggil Forrest Place  yang menghubungkan Murray street dan Perth train station di Wellington street.
Di dataran ni terletaknya heritage building yang menempatkan Commonwwealth Bank dan General Post Office.Ada bangku untuk lepak-lepak dan di tengahnya ada floor fountains,cantik bila kena biasan strobe light yang berwarna warni.


bangunan Forrest Chase Mall





GPO di Forrest Place






floor fountains




Perth Train Station



Sambil stroll sambil cari kedai makan,kami lalu di kaki lima blok kedai antara Hay & Murray street,ada beberapa fast food di situ termasuk Kebabbque yang halal dan decide makan kat situ.Kami order Gozleme chicken satu dan beef satu..sedap,tapi portion dia memang banyak,ada lebih sikit aku pun tapau bawak balik.





Kemudian kami singgah Woolworth pulak untuk beli stok makanan,susu,orange juice,air mineral,roti,tuna,spagheti,salmon dalam tin,sos spagheti,mushroom,coklat dan buah-buahan.Ada kaunter self checkout di sini,tapi kami pergi kaunter biasa je,total barangan kami lebih kurang AUD46.Kami pun berjalan pulang sambil menggalas backpack yang sarat dan mengendong plastik barangan yang dibeli tadi.

self checkout


Kebanyakan kedai dah tutup time ni,hanya kedai-kedai makan dan pub yang beroperasi.Ada juga golongan gelandangan di sana sini,jalan ke arah hotel kami memang semakin lengang dan sepi.Ada juga yang memandang kami dengan senyum yang mencurigakan...kecut juga perut, kami mempercepatkan langkah supaya segera sampai.Walaupun tempat ni generally safe tapi orang jahat tetap ada di mana-mana,perlu sentiasa berwaspada.

Perth underground Murray Street




Begitulah hari pertama percutian kami berlalu.Tiba masanya untuk berehat...road trip bakal bermula esok hari..........zzzzzz


Sambung


Thursday, September 11, 2014

PERTH HOLIDAY 1 : Persediaan Pre Journey







Tengah tahun 2014...
Membuak keinginan nak travel lagi...dah beli tiket untuk trip Januari 2015,tapi tak tertanggung nak menunggu sebegitu lamanya.

Asyik menjengah-jengah tiket Australian Adventure dari MAS...apa pun kisah sedih dan tragedi yang melanda hati ni tetap tegar menyokong penerbangan kebanggaaan Malaysia ni..hospitality MAS memang terbaik,masa study dulu memang MAS ajelah pilihan utama,tak pernah naik airline lain,sebab itu untuk perjalanan yang jauh seboleh mungkin aku  akan cari tiket offer dari MAS...insyaAllah every cloud has a silver lining.

So setelah bincang dengan travel buddies...sorang je dapat join,kami pun selamatlah menempah tiket penerbangan ke Perth dari 26 Ogos-1 Sept 2014.

Diringkaskan cerita,persediaan ke Perth seperti berikut :-

1.FLIGHT 
  Return tiket MAS -1k,book online masa promo Australian Adventure

2.ETA

 Electronic Travel Authority-visa untuk short term stay bagi pelancong atau urusan business.
 Dapat info bole buat online dengan travel agent dari blog Jari Manis di SINI........(tqvm JM :D).
 Buat ETA dengan Ms Intan lebih kurang 2 minggu sebelum terbang,memang prompt respons,dengan  servis caj rm20 per ETA,just e mail beliau (eta.australia@yahoo.com).
 Visa ni valid untuk 1 year travel period dengan 3 bulan maksimum period untuk stay per visit.

3.ACCOMODATION

Macam biasa jadi pengunjung setia tripadvisor untuk survey accomodation.
Kami nak  cari accomodation yang selesa sikit untuk rest lepas penat memandu,toilet nak dlm bilik senang ada privacy dan yang ada kitchennette so boleh prepare simple meal sendiri.

Apartment memang berbaloi kalau ramai,at least 4 orang dah boleh jimat untuk share apartment atau homestay,tapi sbb berdua je kenalah cari bilik studio hotel.

Kami dapat info ada malaysian sewakan homestay kat sana dengan rate yang jauh lagi murah berbanding hotel,tapi sebab nak sewa kereta untuk 3 hari je dan tak boleh imagine lagi keadaan sana maka kami decide untuk stay luar Perth masa ada kereta dan area central (CBD) masa takda kereta supaya senang dapatkan public transport.

Kalau terus terjah book je memang harga hotel agak overpriced kat Perth ni...standard hotel biasa-biasa 3 star pun boleh cecah  lebih rm3-400+/room,without breakfast lak tu.
Kena ada strategi sebab ada masa-masa time offer harga bilik 4 star yang rm5ratus ke atas semalam boleh jd 200-3ratus je,favourite booking website aku ialah Agoda.
Rate weekend biasa ada promo,jadi setelah memburu best rate untuk berminggu-minggu,maka berjaya jugak dapatkan  accomodation pada harga yang agak reasonable.

Maka accomodation yang kami berjaya booked adalah :

26.8.14  All Suites Perth-bilik studio dengan kitchenette/laundry
27.8.14  Quest Mandurah - bilik studio dgn kitchenette/laundry
28.8.14  The Clifton &Grittleton Motel,Bunbury-standard room +microwave
29-31.8.14  Rendezvous Studio Hotel,Perth- standard room

4.CAR RENTAL

Oleh sebab banyak tempat yang kami nak pergi adalah luar Perth,maka option terbaik lagi menjimatkan adalah self drive dengan kereta sewa.

Aku cari kereta kecil je sebab kami berdua,Malaysian ramai yang sewa dengan Bayswater atau Aries car rental...kedainya berdepan je kat Adelaide Terrace di central Perth.Rate kat sini memang murah tapi insurans tak komprehensif,ada option untuk bayar extra so boleh kurangkan liability in case kalau ada accident or damage,tapi still banyak aspek yang tak cover contoh macam tayar or glass damage.

Dah calculate semua dapat quotation Aries murah sikit dari Bayswater..ni bila dah add xtra cover,caj lesen luar dan additional driver.GPS tak ambik sebab ada Garmin sendiri,semua sekali untuk sewa Nissan Micra AUD163.40 untuk 3 hari.

Jumpa satu company Ace Car Rental yang ada komprehensif cover mcm ni ..

ACE SMART CHOICE (LIABILITY $0 / BOND $0)
  • Zero Liability in the event of accident.
  • Personal Accident & Personal Effects Cover Included
  • Zero Liability on Tyre & Glass Damage
  • Zero Liability on Hail Damage
  • Free Additional Driver
Menarik pakej insurans sebab memang fully covered,cuma locationnya bukan central CBD,tapi ada free shuttle servis yg boleh pick up dari Perth airport atau hotel area CBD...beza dengan Aries 10 dollar je,quotation is 173.57 utk 3 hari kereta Hyundai Getz,tapi akhirnya book jugak yang kat Aries sebab senang nak pergi pick up kereta,dekat dengan hotel kami duduk,takpala tawakkal..mudah-mudahan selamat semuanya.

5.GPS

Alang-alang ada Garmin GPS sendiri maka nak save la sikit takyah sewa,lagipun dah lama Garmin tu dok bertapa je tak dipakai .So dok browse cari cara macam mana nak download map Australia.
Beli dari official Garmin site memang tak maula sebab memang mahal melampau.

So setelah berhari-hari gak mengkaji dan try and error,Alhamdulillah  akhirnya berjaya jugakla download free Australia map yang compatible dengan Garmin dari openstreetmap.Nampak macam ok,harap-harap  berfungsila dengan baik masa di Perth nanti.

6.MONEY CHANGER

Ni agenda wajib sebelum travel,jangan sesekali tukar duit di airport atau masa dah sampai sana,rugi besar.
Setelah survey sini sana,rate terbaik adalah di Money Master Midvalley..tapi memandangkan tak berbaloi dengan kos nak pergi sana berbanding di Seremban,maka aku decide untuk tukar di Terminal One Seremban,rate dia agak bagus jugak.
Alhamdulillah rezeki kami rate makin turun bila dah dekat nak pergi,so member aku Sal tukar di Money Master tu dapat rate AUD1=RM2.98,dan aku tukar di money changer Harta Julang di ground floor Terminal One dapat rate RM2.999...okla tu kan.

Untuk trip ni kami akan cover North &South WA plus Perth and attractions sekitarnya.

Hari ditunggu tiba jua....maka bermula chapter kembara ke Western Australia pula.




Sambung..........

Friday, September 5, 2014

BUKITTINGGI FINALE:Sianok Canyon,Lobang Jepang & Padang

Friday 25 October 2013

Hari terakhir di Bukittingi,malam ni kami akan bermalam di Padang sebelum pulang pagi-pagi esok.
Pagi ni sebelum check out dari Campago Resort Hotel kami bergambar-gambar dulu,gambar dah dimasukkan dalam entri sebelum ini.Macam biasa ibu-ibu kami menunggu sahaja di dalam kereta.
Dah setel semua,dengan kereta yang padat dan sendat dengan muatan dan beg-beg yang dah beranak pinak tu kami meninggalkan resort dan memulakan perjalanan hari ini.

SANJAI UMMI AUFA HAKIM

Am bawa kami ke kedai kerepek Ummi Aufa Hakim,kat sini tambah le lagi muatan dlm keta yg dh overload tu,nmpk menarik belako kerepek sanjai (ubi kayu)yg ada,kerepek ubi kayu ni digoreng dan dibungkus di situ juga.
Selain tu adalah kerepek lain macam bayam,keledek dan beberapa makanan ringan Minang yang lain. Hanya aku dan Sal je yang turun dan  beli beberapa bungkus kerepek kat sini. Diorang siap ada packaging dlm box untuk mudahkan customer bwk untuk travel.
Macam mana pun aku lebih prefer rasa kerepek ubi pedas malaysia...lagi terasa cilinya.









TAMAN WISATA PANAROMA & LOBANG JEPANG




Entrance fee adalah IDR3000,Di taman ni kita boleh menyaksikan panorama Ngarai Sianok yang merupakan lembah curam dengan kedalaman 100m dan sepanjang 15km.Ngarai ni menjadi pemisah pulau Sumatera menjadi 2 bahagian yang memanjang dan dipanggil Patahan Semangko.
Sungai Sianok mengalir di lembah menghijau ni,macam-macam flora dan fauna ada di lembah subur ni termasuklah bunga rafflesia...tapi dari taman ni hanya nampak lembah menghijau jelah.Ada menara tinjau kalau nak lihat pemandangan dari tempat lebih tinggi.





Kat taman ni ada banyak monyet-monyet berkeliaran,agak ngeri jugak takut-takut dia tetiba melompat kat kita sebab meriah sungguh mereka bergayut di pokok-pokok yang ada,tapi insyaAllah monyet  tak kacau orang,janji jangan kacau dema sudah.




Ada deretan gerai souvenir,jadi kalau tak sempat memborong di pasar atas bolehlah top up kat sini.Memang sempat juga bershopping tambah apa yang patut.





Di sini jugak terletaknya entrance Lubang Jepang








Merupakan terowong yang dibina oleh tentera Jepun untuk tujuan pertahanan tentera pada tahun 1942 pada masa Perang Dunia ke 2 dan Perang Asia Timur Raya.Kebanyakan pekerjanya adalah buruh paksa yang dibawa dari Jawa,mereka dipaksa untuk membina terowong sepanjang 1.47km ini dengan kedalaman 40-50m dalam tempoh masa yang begitu singkat dan menyebabkan kehilangan banyak nyawa.

Kini menjadi tempat tumpuan pelancong,kepada yang berminat untuk meneroka terowong ni bolehlah berbuat demikian dengan bayaran sebanyak IDR8000,kami memang tak berhajat nak mengeluarkan peluh pagi ni,cukuplah sekadar bergambar di pintu masuk sahaja.

PASAR ATAS & JAM GADANG

Sebelum bertolak ke Padang kami singgah semula ke Pasar Atas,bertujuan nak menukar saiz t-shirt yang di beli semalam,sambil tu bergambar sekejap di depan Jam Gadang sebab cuaca cantik hari ni.


Selesai urusan di Pasar Atas kami pun bergerak meninggalkan Bukittingi menuju ke Padang.



RUMAH MAKAN PAK DATUK

Restoran yang popular di kalangan pelancong ini terletak di Padang Panjang,masakan Padang di sini memang sedap dan banyak choice,interior pun sangat selesa sarat dengan ciri Minang.







Selesai menjamu selera kami pun meneruskan perjalanan ke Padang

Sampai di pekan Padang trafik agak sibuk memandangkan waktu orang balik kerja,kami tak turun ke mana-mana,just sightseeing dari kereta tengok pekan Padang,jambatan Siti Nurbaya,Chinatown,pemandangan pantai dengan lautan hindi yang terbentang luas.Dah round lebih kurang sekeliling pekan kami pun menuju ke hotel.

Masjid baru Padang yang masih dalam pembinaan

Jambatan Siti Nurbaya

Laut Hindi


DAIMA HOTEL,PADANG


gambar ehsan google

Daima Hotel terletak di tengah bandar,hotel yang agak baru ini(dibina pada 2009)mempunyai interior yang moden,kemas dan bersih.
Kadar bilik adalah IDR400000(RM108)semalam,satu bilik kami ambil tambahan tilam yang di caj IDR195000 (RM52),bilik agak sempit,jadi bila dah tambah satu tilam antara dua katil jadi tak banyak sangat free space yang tinggal, oklah untuk semalaman,kalau berhari-hari tak syok jugak bilik sempit macam tu,payah nak bergerak.

Lepas maghrib kami pun keluar semula untuk dinner,macam biasa ibuku once dah setel down rehat-rehat macam tu memang beliau malas nak keluar lagi,jadi kami berempat saja yang pergi.Nak pergi makan seafood malam ni.


PONDOK MAKAN PALANTA MINANG

Am bawa kami ke restoran Palanta Minang,terletak dipinggir laut,sebab malam maka tak nampaklah laut yang terbentang di belakang restoran ni,cuma boleh dengar ombak jelah.
Kami memilih dulu fresh seafood untuk di masak...ikan bakar,ketam dan udang masak sambal,masakan ni datang complementary dengan beberapa side dish mcm ulam,kerepek belinjau,sambal hijau.Memang superb makan fresh seafood kat sini,sangat puas hati,Alhamdulillah.




Balik hotel,kami pun siap-siaplah packing malam tu sebab esok pagi-pagi dah kena bertolak ke airport.
Sarapan disediakan seawal 6am,jadi pagi tu sempatlah kami breakfast dulu sebelum check out.
8.30am pesawat Air Asia yang kami naiki terbang meninggalkan bumi Minang dan berakhirlah percutian kami untuk kali ini,rasa seronok sangat sebab hajat nak bawa bonda melancong ke Bukittingi tercapai jua.

Till next trip....


The End