Monday, January 16, 2012

Journey to Bandung 2-Shopping

Khamis 15 December 2011 (HAPPY BDAY MAK!!)

Pagi ni ada technical visit ke Klinik Methadone di Hospital Dr.Hasan Sadikin.Lepas breakfast split dengan memberku Azma,aku kenalah join d tour group and azma akan join family aku yang akan memulakan factory outlet shopping pagi ni.Elok je nak naik bas baru aku perasan benda wajib ada untuk hari tu i.e handphone tertinggal la pulak kat bilik,nak taknak terpaksa la berlari naik balik ke bilik g ambik,kalau tak camna plak nak contact family aku nanti.kul 9.15 gerak meninggalkan hotel,tak jauh pun hospital tu,dalam jammed2 jalan Bandung 15mins dah sampai.
So agenda biasa untuk teknikal visit...berkumpul kat bilik seminar dengar taklimat pasal hospital,pasal klinik methadone,soal jawab lebih kurang dan kemudian melawat klinik methadone yang agak sempit di situ.Dalam pukul 11 lebih dah abis sesi lawatan and tour group bergerak ke Jalan Setiabudi untuk agenda makan dan shopping2 di factory outlet.





Tour group singgah ke Restoran Sederhana (masakan Padang) untuk lunch..food so-so lah,yang sedap ialah jus buah...sangat pekat dan terasa keaslian jusnya..aku order jus avocado yang jugak dikenali sebagai jus alpukat...memang terbaik jus kat sini.




Selesai makan aku pun parted from d tour group...lepas ni sampai waktu balik nanti memang free & easy,so dapatlah aku meneruskan kembara Bandung ni dengan family pulak.They all dah tunggu kat Factory Outlet Rumah Mode just   few blocks je dari restoran tu,masa sampai tercari-carila jugak,rupanya diorang tengah bersantai-santai buat urutan reflexology kaki kat situ,dalam pada berpusing-pusing cari spa kaki yang agak tersorok tu mujurlah mak yang dah selesai berurut nampak aku.So yang lain lama lagi sebab baru je start berurut,aku pusing2 dulu FO tu,tp takda apa yang berkenan nak beli pun,target aku nak shopping kat Pasar Baru yang lebih interesting dan kena dengan selera shopping orang melayu.












Selesai diorang berurut aku pun ajak ke Pasar Baru...kena rush sebab Pasar Baru ni bukak siang je sampai pukul 5pm.Nampak gaya macam tak sempat je nak explore sebab waktu yang suntuk sangat.Esok dah budget untuk tour ke luar kota Bandung.So dah bergambar lebih kurang kat Rumah Mode kami bergerak ke jalan Besar untuk naik angkotan which is van yang dijadikan public transport utama kat Bandung ni,tambang memang fix tak kira berapa jauh,sekali naik cost Rp3000...lebih kurang RM1 duit kita.Jauh jugak dari Rumah Mode ke Pasar Baru,tambahan pulak jalan Bandung ni memang 24jam macet manjang,sampai area Pasar Baru kena jalan lagi dalam 10min baru sampai,kesian mak mesti sakit lutut dan kaki dia.




Sampai Pasar Baru dah 3 lebih...owh kenala explore dengan expressnya..tapi masuk dalam terkedu jap....pergh rambang mata,kata azma kat tingkat atas2 lagi menarik...dalam pada tu sempat jugakla aku sambar 1 telekung bunga2 purple yang harga dia Rp140000.Jalan-jalan tengok kat sini memang banyak sangat fabrik kain ela bersulam..sesuai nak buat jubah atau baju kurung,tp just tengok-tengok dan mula bergerak ke tingkat-tingkat seterusnya.
Sekali lagi tersangkut di gerai jual telekung..mata dah tertancap pada 1 telekung sulam soft pink yg di display...dengan kerawang2 yang cantik dan fabrik lembut,datang dengan pelbagai warna...biru,hijau,coklat,purple etc.Mula-mula nak ambik warna soft green...lembut dan tenang ...tapi mata ni tetap ditarik-tarik pada yang pink tadi...last2 ambik juga yang pink tu plus dengan 1 lagi telekung yang ceria berbunga merah untuk bagi gift pada adik aku.

Masa dah ke pukul 4 lebih...less than 1 hour nak ttup dah tempat ni...nak kena cepat2 ke  kedai yang jual kain ela pulak,dalam pada tu sangkut lagi kat gerai yang jual t-shirt untuk souvenir....kain memang berkualiti,tak sama macam yang jual2 tepi jalan tapi harga sama..pergh apa lagi sakan pulak memborong t-shirt kat situ,dalam pada pilih2 design dan size yang sesuai...hm jam dah ke pukul 5..apa harapan nak shopping kain ela ni,dalam hati dah bkira-kira esok mcm mana pun kena spend time lagi kat sini.

Kami dah nak bergerak turun pakai lif bila aku yang masih ralat tak dapat shopping kain ela tergerak hati nak turun pakai tangga,mana tau ada lagi kedai2 kain yang bukak.Ternyata niat murni aku tak sia-sia sebab memang ada kedai2 yang ttup lambat sikit.Singgah di kedai yang jual kain ela bersulam...hm sempatla sambar 3 pasang.Bergerak ke kedai sebelahnya pulak..kali ni jual kain ela bercorak yang memang sesuai nak untuk buat baju kurung.Tauke dia bangsa India...pandaila pulak dia menyorong-nyorong segala macam jenis kain yang entah kenapa nampak cantik belaka.Tambah excited bila dengar harga yang kaw-kaw murah...lebih kurang 50-70% less dari harga kat Malaysia...apalagi memang sakan memborong,last-last kedai tu je aku dah beli sampai 6 pasang!...fuuh memang tak boleh tahan godaan.Sudahnya aku rasa dah macam tauke kain la pulak.Ni shopping express dah macam ni punya belanja..kalau explore semua floor tak taula berapa guni barang aku beli.Lalu-lalang kat kedai yang jual kain lace fuuh macam penuh glitter mata ni...bersilau2..nasib baik takda agenda nak cari baju pengantin...may be next time la kot..hehe..



















Turun ke pintu utama orang lain semua dah tunggu aku sambil duduk-duduk kat tangga...hm mentang2la diorang dah shopping semalam...tp takpa at least tercapai gak agenda aku nak shopping kain ela kat sini walaupun tak sempat nak explore habis-habisan..tanda nak kena datang lagi lah tuuuu.....




Kami charter je 1 van angkot untuk antar direct ke hotel Kenangan tempat family aku stay.







Malam tu kami nak keluar dinner...nak raikan birthday mak yang ke 64 hari ni.Setelah bertanya recommendation pada orang kaunter hotel tu kami pun naik angkot menuju ke restoran apa ntah namanya.Katanya sate di sini sedap.Bila sampai restoran tu nampak macam biasa and cikai je...takpalah mungkin memang makanan dia sedap kot,kalau tak takkan orang tu rekemen ye tak.


Bila dah order ttiba pekerja tu datang balik dan kata ais lemon tea kosong...kami pun tepinga-pinga...memangla kosong takkan letak susu pulak kot,berulangkali dia kata kosong dan kami terangguk-anguk mengiakan tapi dia tetap bdiri kat situ.Last2 kami agak dia nak tanya air tu letak ais ke tidak kot..and adik aku pun cakapla nak yang panas,dia pun sebut air asam jeruk ke..ha yolah dik,hantam sajalah....lepas tu kami tergelak-gelak jugak sebab dah jadi macam ayam dengan itik.Last2 air lemon tea tak sampai tapi dibaginya pulak jus oren..hm lantaklah...

Kami pun order nasi dengan lauk gulai kambing,tempe,sayur plus sate daging dan ayam.......hmm memang jangkaan meleset,taste makanan dia memang agak cikai ,yang sedap cuma jus buah aje.Sate pun bukan dibakar atas bara tapi atas dapur gas..sate reheat agaknya.Terpaksala telan apa adanya...kecewa betul sebab jadi tak special la dinner untuk celebrate bday mak ni.....frust..!!









 Habis makan kami pun split..azma dan aku ambik angkot utk ke hotel Aston,family and d gang ambik angkot lain untuk balik ke hotel Kenangan.Sampai di kawasan hotel kami jalan2 dulu sekitar jalan cihampelas tu yang jugak terkenal sebagi street yang banyak jual barangan jeans.Tapi kedai2 semua dah tutup...yang bukak pun  cuma kedai souvenir yang jual bermacam jenis snacks tempatan..aku pun belilah kerepek tempe yang berbagai perasa...masin,manis,original,pedas,asam jeruk,bersama dengan pisang salai dan kerepek pisang salai goreng salut tepung...memang sedap.

Balik ke hotel kami bergambar-gambar sekejap di lobi dan bilik sebelum beradu untuk malam keduanya....tak sabar untuk journey ke volcano mountain esok.............zzzzzzzzzzzzzz


bersambung...........

Friday, January 13, 2012

Journey to Bandung 1-Welcome to Bandung

Welcome to Bandung


Yihaaa,tahun dpt trip g Bandung plak,aku jangkakan lebih menarik dari Bali sbb dengarnya Bandung ni mmg tempat shopping yang famous.Tapi kali ni my brother tak join d trip so aku invite adik and member untuk follow g Bandung.Tak sangka pulak atas suggestion adik aku mak pun excited nak join sekali...wah d more d merrier...seronok2.Tapi kitaorang terpaksa pegi asing sebab company trip ni charge kaw2 mahal kalau kita nak bwak teman lain,jadi betterlah arrange je sendiri untuk save duit yang lebih bermanfaat digunakan untuk shopping di Bandung nanti...hehhe

Family n kawan aku depart sehari awal sblum aku, aku hanya dapat details untuk trip g Bandung beberapa hari je sebelum departure.Yang tak bestnya nama aku dalam second group yang departure time nya pkul 3.30pm berbanding 1st group yg depart seawal 6.30am...hmm satu hari dh membazir kat situ,flight balik pulak dapat yang awal 8.30am berbanding 1st group td yg dapat flight balik lewat sikit pukul 12pm which kebetulan sama pulak dengan family aku..........huhuu...tak aciii...!!so hari pegi n balik dah wasted...nak ku tukar mmg tak berbaloi sebab kali ni kena naik air asia sbb MAS takda direct g Bandung.Air Asia tau2 jelah everything suma charge,nak tukar time pun kena charge rm100 + dgn beza harga tiket time booking dengan harga time hari yang nak ditukar which definitely tersangat mahal boleh cecah ratusan ringgit..tpaksala jugaklah aku travel asing dari family n kawan aku...huhuuu....


So selasa 13 disember..keja separuh hari n petang tu btolak ke LCCT untuk antar family n kawanku.Malamnya tidur kat rumah Ateh aku di Nilai,rabu tengahari kakteh hantar aku lak ke airport untuk depart...hmm boring tul sorang2 gini,ada 2 jam before departure,aku pun ke hulu hilir dok ukur lantai LCCT tu,hmmm patut take off 3.30pm tp 3.30 jugakla baru nak dipanggil boarding..ish2...pkul 4.15 barula terasa plane tu gerak..aduii...lmbat le smpai cmni.2 jam berlalu dan flight dh masuk ke ruang udara Bandung...yay..time utk landing..tp tetiba kapten announce flight tak dpt landing sebab cuaca buruk..(hujan tersangat lebat and landasan pulak agak pendek so takut flight terlajak klau landing jugak-lebih kirang gitu explanation yang aku dengar dari siapa tah) and kena berlegar2 dulu kt atas ni...what??estimated 10-15min but sudahnya dekat sejam la jugak lepak2 buang masa kt tengah langit tu siap diiringi dengan gegaran bila plane tu langgar2 awan....

Alhamdulillah akhirnya setelah semua penumpang restless berada dlm flight dekat 4 jam (delay take off dekat sejam+2jam journey + delay landing 1 jam)..maka berjaya jugakla menjejak kaki ke destinasi.Nak turun pulak kena naik shuttle bus ke terminal yang sejengkal tu disebabkan hujan yang lebat tak hengat menyambut kedatangan kitaorang nih...rupanya airport dia kecik aje,mcm aiport negeri kat msia,immigration kaunter pun ada 2 je...hmm sekian lama jugaklah menunggu...dah nak kluar,ada lagi baggage check,entah kenapa kastam tu berminat pulak nak check beg aku,kunci mangga yg kecik tu pulak entah ke mana,last2 dengan teknik tersendiri kastam tu unzipped baggage aku...hm lantak ko lah,rajin sangat nak tengok baju yang bertimbun2 dalam tu,nsib baik aku susun kemas and kastam pompuan yang cek,so takla segan sangat.
Makanya setelah berjaya melalui segala macam hurdle kami pun bergeraklah dengan bas pariwisata (pelancong) meninggalkan airport dan meredah ke'macetan' (jammed) jalan kt Bandung ni...tak berminat pun nak tengok sekeliling sbb dah gelap and hujan lebat.Aku sibuk sms adik aku n inform ketibaan aku yang sangat lewat ni..huhu.jelesnya sebab harini diorang dah sakan bershopping kat Pasar Baru.

Rombongan kami di bawa terus ke Restoran Sangkuriang untuk dinner....interior restoran ni agak menarik..ala-ala traditional gitu,tp memang kebosanan la sebab aku takda gang... mujurla masakan Sunda ni sedap,paling best sup ikan dia..apalagi makan time hujan2 macam ni.







Selesai dinner kami pun dibawa ke hotel Aston Tropicana di Jalan Cihampelas...kunci bilik dh siap bagi masa atas bas lagi..hotel ni memang nice,walaupun mcm dah lama tapi interior dia agak cosy.Tak lama lepas tu member aku sampai ditemani adik aku n kawan dia,member aku akan stay dengan aku kat situ,yang lain stay kat Hotel Kenangan...lebih kurang 15min dari situ. Hmmm barulah excited dah ada teman.So nothing much untuk 1st day....dalam kebisingan dari bunyi kelab malam entah kat hotel tu ke or kawasan berhampiran mata ni tetaplah terlena untuk pertama kalinya di bumi Bandung.











bersambung..........