Tuesday, October 20, 2015

CHUBU : Nagoya

16 January 2015

Nagoya Station
Nagoya JR station twin tower
   Kami sambung jalan-jalan di underground mall Nagoya station.Memang luas sangat station ni sampai boleh menempatkan pelbagai department stores dan ada beratus-ratus kot lot kedai kat underground ni.

   Pada kami kalau dari segi clothing di sini lagi up to date dan menarik berbanding Osu Kannon tadi.
Banyak kedai yang buat sale time ni...nak habiskan stok winter clothing,tapi kata Dewi kalau bulan 2 lagi drop harganya.

   Anyway time ni pun boleh dapat good bargain jugak,selepas menjenguk sana-sini memang tergoda sungguh nak beli jaket.Aculah berbagai jaket yang agak berkenan,jangan risau tak kena marah pun kalau tak beli.Aunty kedai yang aku singgah  tu sangat helpful and bagi komen mana yang padan atau tak....rasanya intipatinya begitulah,sebab memang tak faham kesemua skrip jepun yang dituturkan.Bila aunty tu try nak explain tentang harga memang blur juga...bila bayar baru faham rupanya harga yg dipamerkan tu tak campur tax lagi.Tapi oklah still berbaloi beli.




   Aku sambung misi nak cari souvenir sementara Azma dan Sal ke department store yang lain,risau ni ada yang belum dapat beli lagi...tapi adapun kedai souvenir kat station ni hanya jual barangan makanan sebagai buah tangan,memang tak retilah nak membelinya.Last-last singgah di convenience store nampak ada souvenir kecik-kecik macam key chain dan fridge magnet...oklah tu dari tak dapat apa-apa.Pukul 7pm kami berkumpul semula dan gerak ke naik subway menuju ke station Arokagawa untuk bertemu Dewi semula

Japananese Dinner

   Ha nilah acara special yang dinanti-nantikan...apalagi kalau bukan makan.Sempena malam last untuk trip kali ni maka kami pun nak berfiesta sikit dengan local dishes.Dewi dan suaminya datang menjemput kami di metro station dan kemudian terus  bertolak ke sebuah restoran Jepun.

   Dengan recommendation dari Dewi dan suaminya maka kami pun order main course ikut selera masing-masing plus dengan satu hidangan besar sushi untuk kami kongsi bersama.Seafood kat sini memang sangat fresh jadi tak jadi masalah nak makan sashimi yang mentah tu...tapi pada aku paling penting kena touch up dengan wasabe,baru terasa kick.Setiap hidangan datang dengan nasi dan miso sup.Miso sup Nagoya agak berbeza dari tempat lain kerana warnanya yang gelap kemerahan,miso sup tempat lain biasanya jernih kekeruhan sikit.

sushi plate & miso sup

shashimi with rice

tempura with rice

Dewi dan suaminya belanja lagi malam tu,aduhai terharu sungguh rasanya.Alhamdulillah bergendang gendut tali kecapi kami malam tu...pulang rumah suka hati.

mentah pun sodapp

fokus..
   Sedih rasanya untuk menelan hakikat trip kali ni dah sampai ke penghujung.Cuti habis bermakna haruslah kembali ke rutin seharian, sambung cari rezeki mudah-mudahan ada kesempatan untuk mengembara lagi.Malam tu tidur agak lewat mengemas beg...jenuh menyusun barang yang dah beranak pinak.

Nagoya- Kuala Lumpur

Kurang 3 jam diulit mimpi,kami dah kena bangkit untuk bersiap pulang.Pukul 5.00am Dewi dan suaminya menghantar kami ke train station kira-kira 20minit dari rumah mereka untuk catch train terawal ke airport.

Kami pun berpamit-pamitan di train station itu,terima kasih tak terhingga buat Dewi sekeluarga kerana sudi meraikan kami sebagai tetamu mereka,walaupun sebentar cuma tapi terasa keakrabannya...sungguh,ukhwah itu indah.

Pukul 6 sudah tiba di airport...masih awal jadi sebelum check in kami ke surau dulu untuk solat.Memang selesa tempatnya,ada booklet pelancongan di central Japan untuk Muslim...banyak info berguna dalamnya,malah ada translation untuk ditunjukkan di kedai-kedai makan tentang restriction kita.

surau di Chubu Airport,Nagoya

booklet Muslim guide

kulit belakang booklet -very useful

   Urusan check in berjalan lancar cuma masa scan beg pegawai tu nak cek knapsack aku,rupanya coffee yang redeem sblum naik shinkansen tu ada dalam beg...lupa betul.Dia suruh je aku minum kat situ,ok jangan membazir...teruskan habiskan masa tu,nasib baik sedap.

   Masa yang panjang membolehkan kami meronda kedai-kedai airport,surprisingly harga souvenir tak jauh beza pun dengan kat luar,malah ada macam-macam choice lagi...wah hajat yang tak sampai di Nagoya station semalam dilunaskan di sini,tambahan dapat pula beli perfume dengan harga yang berbaloi murah,puas hati betul.

   Masa untuk boarding tiba jua,jam 9.35 am pesawat pun berlepas meninggalkan Nagoya.Tak ramai sangat penumpang jadi kami pun beralih seat ambik satu row sorang...masa ni memang letih yang amat,dapat baring di 3 kerusi terus lena tak sedar apa walaupun turbulence agak kuat.

   Begitulah kisahnya perjalanan winter trip ke Jepun kami.Pahit manis semuanya jadi memori indah belaka. 10 hari taklah panjang mana,walaupun nak menukilkan ambik masa 10 bulan...hahaha...tu hanya terpakai untuk blogger yang menyiput seperti aku.Next entri adalah entri finale untuk details itinerari dan budget whole trip.


Sambung


Monday, October 5, 2015

CHUBU:Inuyama Castle & Osu Kannon

16 January 2015

   Hari terakhir untuk jelajah Jepun kami bersiap awal untuk keluar jam 8 pagi.Dewi pula dah bangun seawal 3 pagi untuk menyiapkan bekal bento untuk anak-anaknya sambil menyiapkan sarapan.Turun ke dapur je dah ada macam-macam makanan...nasi goreng,mee goreng,sosej,roti.Kata Dewi memang biasa begitu sebab anak-anaknya punya selera yang berbeza-beza.Apalagi memang seronok kami menjamu selera dengan big breakfast pagi tu.

   Kami pun keluar awal sebagaimana dirancang,sebelum memulakan perjalanan singgah dulu ke tadika untuk menghantar 2 orang anak kecil Dewi ke sana.Dua orang lagi anaknya yang bersekolah rendah dan menengah dah keluar awal pagi lagi.

perjalanan ke Inuyama

Perjalanan ke Inuyama mengambil masa lebih kurang 40minit...sempat tido seround,hehe.Kalau menggunakan public transport boleh naik train Meitetsu line dari Nagoya station ke  Inuyama Yuen station dan kemudian berjalan kaki kira-kira 15 minit.Kami melewati Sanko Inari Shrine dulu sebelum tiba di Inuyama Castle.

Sanko Inari Shrine di kaki bukit

torii gate

menapak ke atas

Inuyama Castle



   Innuyama Castle terletak di atas sebuah bukit yang bersebelahan dengan Kiso River.Castle ni dibina pada tahun 1537 dan merupakan salah satu dari 12 istana di Jepun yang bangunan utamanya merupakan bangunan asal yang masih kekal sehingga ke hari ini.Tiket masuk berharga 550 yen,Dewi insist membayarkan tiket untuk kami semua,alahai segan pulak rasanya.

poster panorama keseluruhan kompleks Inuyama Castle

   Dah dapat tiket kami pun berjalan masuk ke Inuyama castle..Cuaca sangat baik dengan langit biru menjadikan istana yang tersergam megah ni nampak cantik sangat.Sebelum masuk kita snap-snap dulu di luar.






Interior castle ni memang sangat klasik,ada  4 tingkat semuanya dan kena bertabahlah mendaki tangga-tangga kayu yang curam.Kebanyakan ruang kosong je,tak banyak sangat bahan pameran di sini.

mari mendaki


tangga terakhir ke tingkat paling atas

samurai armor

ruang bersidang beralas tatami mat

model struktur istana

  Di tingkat atas kita dibenarkan untuk keluar ke beranda dan boleh pusing keliling untuk menikmati panorama indah Kiso River dan bandar Inuyama.Mujur juga tak ramai pengunjung waktu ni,kalau tak susah juga nak bersesak di beranda sempit tersebut.


halaman depan istana

Kiso River yang tenang

bandar Inuyama
kedai souvenir 

   Selesai melawat castle kami pun beredar meninggalkan Inuyama dan bertolak semula ke Nagoya.Di Nagoya husband Dewi turunkan kami semua di Nagoya station dan dia beredar ke masjid untuk solat Jumaat.Kami berempat menuju ke Takashimaya store,alang-alang Dewi ada bersama mudahlah nak beli snek dan makanan Jepun sebagai buah tangan sebab boleh consult dengan dia dulu.

  Dalam perjalanan ke pasaraya tu kami di sapa oleh dua orang polis Jepun,opps...jangan panik sebab pemeriksaan random macam ni memang perkara biasa.Mereka cuma nak periksa dokumen pengenalan,jadi jangan sesekali lupa bawa pasport atau salinannya bila berjalan ke mana-mana.Dah melepasi "roadblock" tu kami pun menuju ke bahagian basement untuk pergi ke food section Takashimaya.

   Ada banyak juga snek dan makanan Jepun yang boleh dibeli,tanpa bantuan Dewi kami yang buta huruf Jepun ni dah tentulah sukar nak beli apa-apa sebab kebanyakan makanan memang label dalam bahasa tempatan.Tapi tak juga berbelanja banyak sangat sebab harga yang agak mahal.Aku beli sedikit rice crackers,mochi dan green tea di sini.

Osu Kannon

  Petang kami decide untuk berjalan sendiri saja ke Osu Kannon,sebuah shopping district di Nagoya.Selepas Dewi dijemput suaminya kami pun naik subway Tsurumai line dari Nagoya station ke Osu Kannon station.

   Tak susah pun untuk ke Osu Kannon,sampai je keluar ikut Exit 2,jalan terus ke depan dan nampak signage arah kiri untuk ke Osu Kannon.Memang takkan miss sebab arah tu ada Torii gate untuk masuk ke Osu Kannon temple.Sebelah kawasan temple ni dah boleh nampak entrance untuk ke Osu Shopping arcade.

signage Osu Kannon di jejantas-

Osu Kannon temple

merpati jinak di perkarangan temple



Osu Kannon shopping arcades



  Kami berjalan menyusuri arked-arked yang berada dalam kawasan ni,nampaknya Osu Kannon ni lebih merupakan shopping area untuk penduduk tempatan.Kalau ada specific barangan Jepun yang dicari macam barangan elektronik,kraf,anime,j-pop mungkin sesuailah ke sini.

  Tak jumpa apa-apa yang menepati citarasa maka kami plan untuk kembali ke Nagoya station dan nak jalan-jalan di underground shopping yang ada di situ saja.Sebelum beredar kami singgah dulu di sebuah kedai makan yang menjual seafood udon.

   Makcik Jepun owner kedai ni sangat teruja dengan kedatangan kami,bolehlah berbual dengannya sebab dia faham jugalah english sikit-sikit.Senanglah nak explain permintaan kami supaya tidak dicampurkan alcohol atau apa-apa daging dalam udon tersebut.Sambil tunggu order makcik sempat bagi kami guest book untuk coretan kenang-kenangan,ramai juga pelancong yang datang ke kedainya termasuk dari Malaysia.






   Memang sedap makan mee udon dengan prawn tempura kat sini,tapi biasalah tekak cili api aku taklah boleh menerima banyak sangat makanan jepun ni sebab rasanya yang agak bland.Walaupun dah campur cili flakes,mana nak sama dengan makan mee sup dengan sambil cili api kicap ye tak.Anyway berbaloi juga pengalaman makan mee udon di tanah tumpah kelahirannya.Selesai makan kami bergambar dulu dengan owner kedai tu dan mengucapkan selamat tinggal kepadanya.Kami meninggalkan Osu Kannon dan sambung jalan-jalan di Nagoya station,masa agak singkat kerana
malam nanti ada special plan menanti...kisahnya sambung di next entri.



Sambung