Pages

Monday, October 5, 2015

CHUBU:Inuyama Castle & Osu Kannon

16 January 2015

   Hari terakhir untuk jelajah Jepun kami bersiap awal untuk keluar jam 8 pagi.Dewi pula dah bangun seawal 3 pagi untuk menyiapkan bekal bento untuk anak-anaknya sambil menyiapkan sarapan.Turun ke dapur je dah ada macam-macam makanan...nasi goreng,mee goreng,sosej,roti.Kata Dewi memang biasa begitu sebab anak-anaknya punya selera yang berbeza-beza.Apalagi memang seronok kami menjamu selera dengan big breakfast pagi tu.

   Kami pun keluar awal sebagaimana dirancang,sebelum memulakan perjalanan singgah dulu ke tadika untuk menghantar 2 orang anak kecil Dewi ke sana.Dua orang lagi anaknya yang bersekolah rendah dan menengah dah keluar awal pagi lagi.

perjalanan ke Inuyama

Perjalanan ke Inuyama mengambil masa lebih kurang 40minit...sempat tido seround,hehe.Kalau menggunakan public transport boleh naik train Meitetsu line dari Nagoya station ke  Inuyama Yuen station dan kemudian berjalan kaki kira-kira 15 minit.Kami melewati Sanko Inari Shrine dulu sebelum tiba di Inuyama Castle.

Sanko Inari Shrine di kaki bukit

torii gate

menapak ke atas

Inuyama Castle



   Innuyama Castle terletak di atas sebuah bukit yang bersebelahan dengan Kiso River.Castle ni dibina pada tahun 1537 dan merupakan salah satu dari 12 istana di Jepun yang bangunan utamanya merupakan bangunan asal yang masih kekal sehingga ke hari ini.Tiket masuk berharga 550 yen,Dewi insist membayarkan tiket untuk kami semua,alahai segan pulak rasanya.

poster panorama keseluruhan kompleks Inuyama Castle

   Dah dapat tiket kami pun berjalan masuk ke Inuyama castle..Cuaca sangat baik dengan langit biru menjadikan istana yang tersergam megah ni nampak cantik sangat.Sebelum masuk kita snap-snap dulu di luar.






Interior castle ni memang sangat klasik,ada  4 tingkat semuanya dan kena bertabahlah mendaki tangga-tangga kayu yang curam.Kebanyakan ruang kosong je,tak banyak sangat bahan pameran di sini.

mari mendaki


tangga terakhir ke tingkat paling atas

samurai armor

ruang bersidang beralas tatami mat

model struktur istana

  Di tingkat atas kita dibenarkan untuk keluar ke beranda dan boleh pusing keliling untuk menikmati panorama indah Kiso River dan bandar Inuyama.Mujur juga tak ramai pengunjung waktu ni,kalau tak susah juga nak bersesak di beranda sempit tersebut.


halaman depan istana

Kiso River yang tenang

bandar Inuyama
kedai souvenir 

   Selesai melawat castle kami pun beredar meninggalkan Inuyama dan bertolak semula ke Nagoya.Di Nagoya husband Dewi turunkan kami semua di Nagoya station dan dia beredar ke masjid untuk solat Jumaat.Kami berempat menuju ke Takashimaya store,alang-alang Dewi ada bersama mudahlah nak beli snek dan makanan Jepun sebagai buah tangan sebab boleh consult dengan dia dulu.

  Dalam perjalanan ke pasaraya tu kami di sapa oleh dua orang polis Jepun,opps...jangan panik sebab pemeriksaan random macam ni memang perkara biasa.Mereka cuma nak periksa dokumen pengenalan,jadi jangan sesekali lupa bawa pasport atau salinannya bila berjalan ke mana-mana.Dah melepasi "roadblock" tu kami pun menuju ke bahagian basement untuk pergi ke food section Takashimaya.

   Ada banyak juga snek dan makanan Jepun yang boleh dibeli,tanpa bantuan Dewi kami yang buta huruf Jepun ni dah tentulah sukar nak beli apa-apa sebab kebanyakan makanan memang label dalam bahasa tempatan.Tapi tak juga berbelanja banyak sangat sebab harga yang agak mahal.Aku beli sedikit rice crackers,mochi dan green tea di sini.

Osu Kannon

  Petang kami decide untuk berjalan sendiri saja ke Osu Kannon,sebuah shopping district di Nagoya.Selepas Dewi dijemput suaminya kami pun naik subway Tsurumai line dari Nagoya station ke Osu Kannon station.

   Tak susah pun untuk ke Osu Kannon,sampai je keluar ikut Exit 2,jalan terus ke depan dan nampak signage arah kiri untuk ke Osu Kannon.Memang takkan miss sebab arah tu ada Torii gate untuk masuk ke Osu Kannon temple.Sebelah kawasan temple ni dah boleh nampak entrance untuk ke Osu Shopping arcade.

signage Osu Kannon di jejantas-

Osu Kannon temple

merpati jinak di perkarangan temple



Osu Kannon shopping arcades



  Kami berjalan menyusuri arked-arked yang berada dalam kawasan ni,nampaknya Osu Kannon ni lebih merupakan shopping area untuk penduduk tempatan.Kalau ada specific barangan Jepun yang dicari macam barangan elektronik,kraf,anime,j-pop mungkin sesuailah ke sini.

  Tak jumpa apa-apa yang menepati citarasa maka kami plan untuk kembali ke Nagoya station dan nak jalan-jalan di underground shopping yang ada di situ saja.Sebelum beredar kami singgah dulu di sebuah kedai makan yang menjual seafood udon.

   Makcik Jepun owner kedai ni sangat teruja dengan kedatangan kami,bolehlah berbual dengannya sebab dia faham jugalah english sikit-sikit.Senanglah nak explain permintaan kami supaya tidak dicampurkan alcohol atau apa-apa daging dalam udon tersebut.Sambil tunggu order makcik sempat bagi kami guest book untuk coretan kenang-kenangan,ramai juga pelancong yang datang ke kedainya termasuk dari Malaysia.






   Memang sedap makan mee udon dengan prawn tempura kat sini,tapi biasalah tekak cili api aku taklah boleh menerima banyak sangat makanan jepun ni sebab rasanya yang agak bland.Walaupun dah campur cili flakes,mana nak sama dengan makan mee sup dengan sambil cili api kicap ye tak.Anyway berbaloi juga pengalaman makan mee udon di tanah tumpah kelahirannya.Selesai makan kami bergambar dulu dengan owner kedai tu dan mengucapkan selamat tinggal kepadanya.Kami meninggalkan Osu Kannon dan sambung jalan-jalan di Nagoya station,masa agak singkat kerana
malam nanti ada special plan menanti...kisahnya sambung di next entri.



Sambung

4 comments:

  1. mee udon tu kalau campur cili kicap mesti sedap..hihi...cantik view Inuyama Castle..langit biru..

    AirAsia dah cancel flight ke Nagoya..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...bole try tu kt sini,or next time g jepun bwk sambil kicap siap-siap...sure terangkat..
      Alhamdulillah..cuaca baik,langit pun cantik....wish langit msia yg berjerebu kmbali biru secepatnya..isk,isk...
      oh dah cancel...kurang sambutan agaknya,lebih ramai prefer Osaka,anyway new route ke Sapporo tu best juga

      Delete
  2. Japan ni di kebanyakan tempat mana2 pi mesti jumpa castle. Di Nagano dulu pun antara attraction utama ialah Matsumoto Castle, tapi tak sempatlah pulak nak pi. Yang best nya dorang beri pulak masuk kat castle nih, mungkin kerana orang2 Jepun bangga dgn sejarah lama depa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak...mana pergi mesti ada castle,inuyama ni unik sikitlah sebab antara yg ori,yg best castle diorang ni selalunya letak kat kawasan yang cantik,kalau pergi time spring or autumn mmg cun sangatla...

      Delete