Pages

Tuesday, October 20, 2015

CHUBU : Nagoya

16 January 2015

Nagoya Station
Nagoya JR station twin tower
   Kami sambung jalan-jalan di underground mall Nagoya station.Memang luas sangat station ni sampai boleh menempatkan pelbagai department stores dan ada beratus-ratus kot lot kedai kat underground ni.

   Pada kami kalau dari segi clothing di sini lagi up to date dan menarik berbanding Osu Kannon tadi.
Banyak kedai yang buat sale time ni...nak habiskan stok winter clothing,tapi kata Dewi kalau bulan 2 lagi drop harganya.

   Anyway time ni pun boleh dapat good bargain jugak,selepas menjenguk sana-sini memang tergoda sungguh nak beli jaket.Aculah berbagai jaket yang agak berkenan,jangan risau tak kena marah pun kalau tak beli.Aunty kedai yang aku singgah  tu sangat helpful and bagi komen mana yang padan atau tak....rasanya intipatinya begitulah,sebab memang tak faham kesemua skrip jepun yang dituturkan.Bila aunty tu try nak explain tentang harga memang blur juga...bila bayar baru faham rupanya harga yg dipamerkan tu tak campur tax lagi.Tapi oklah still berbaloi beli.




   Aku sambung misi nak cari souvenir sementara Azma dan Sal ke department store yang lain,risau ni ada yang belum dapat beli lagi...tapi adapun kedai souvenir kat station ni hanya jual barangan makanan sebagai buah tangan,memang tak retilah nak membelinya.Last-last singgah di convenience store nampak ada souvenir kecik-kecik macam key chain dan fridge magnet...oklah tu dari tak dapat apa-apa.Pukul 7pm kami berkumpul semula dan gerak ke naik subway menuju ke station Arokagawa untuk bertemu Dewi semula

Japananese Dinner

   Ha nilah acara special yang dinanti-nantikan...apalagi kalau bukan makan.Sempena malam last untuk trip kali ni maka kami pun nak berfiesta sikit dengan local dishes.Dewi dan suaminya datang menjemput kami di metro station dan kemudian terus  bertolak ke sebuah restoran Jepun.

   Dengan recommendation dari Dewi dan suaminya maka kami pun order main course ikut selera masing-masing plus dengan satu hidangan besar sushi untuk kami kongsi bersama.Seafood kat sini memang sangat fresh jadi tak jadi masalah nak makan sashimi yang mentah tu...tapi pada aku paling penting kena touch up dengan wasabe,baru terasa kick.Setiap hidangan datang dengan nasi dan miso sup.Miso sup Nagoya agak berbeza dari tempat lain kerana warnanya yang gelap kemerahan,miso sup tempat lain biasanya jernih kekeruhan sikit.

sushi plate & miso sup

shashimi with rice

tempura with rice

Dewi dan suaminya belanja lagi malam tu,aduhai terharu sungguh rasanya.Alhamdulillah bergendang gendut tali kecapi kami malam tu...pulang rumah suka hati.

mentah pun sodapp

fokus..
   Sedih rasanya untuk menelan hakikat trip kali ni dah sampai ke penghujung.Cuti habis bermakna haruslah kembali ke rutin seharian, sambung cari rezeki mudah-mudahan ada kesempatan untuk mengembara lagi.Malam tu tidur agak lewat mengemas beg...jenuh menyusun barang yang dah beranak pinak.

Nagoya- Kuala Lumpur

Kurang 3 jam diulit mimpi,kami dah kena bangkit untuk bersiap pulang.Pukul 5.00am Dewi dan suaminya menghantar kami ke train station kira-kira 20minit dari rumah mereka untuk catch train terawal ke airport.

Kami pun berpamit-pamitan di train station itu,terima kasih tak terhingga buat Dewi sekeluarga kerana sudi meraikan kami sebagai tetamu mereka,walaupun sebentar cuma tapi terasa keakrabannya...sungguh,ukhwah itu indah.

Pukul 6 sudah tiba di airport...masih awal jadi sebelum check in kami ke surau dulu untuk solat.Memang selesa tempatnya,ada booklet pelancongan di central Japan untuk Muslim...banyak info berguna dalamnya,malah ada translation untuk ditunjukkan di kedai-kedai makan tentang restriction kita.

surau di Chubu Airport,Nagoya

booklet Muslim guide

kulit belakang booklet -very useful

   Urusan check in berjalan lancar cuma masa scan beg pegawai tu nak cek knapsack aku,rupanya coffee yang redeem sblum naik shinkansen tu ada dalam beg...lupa betul.Dia suruh je aku minum kat situ,ok jangan membazir...teruskan habiskan masa tu,nasib baik sedap.

   Masa yang panjang membolehkan kami meronda kedai-kedai airport,surprisingly harga souvenir tak jauh beza pun dengan kat luar,malah ada macam-macam choice lagi...wah hajat yang tak sampai di Nagoya station semalam dilunaskan di sini,tambahan dapat pula beli perfume dengan harga yang berbaloi murah,puas hati betul.

   Masa untuk boarding tiba jua,jam 9.35 am pesawat pun berlepas meninggalkan Nagoya.Tak ramai sangat penumpang jadi kami pun beralih seat ambik satu row sorang...masa ni memang letih yang amat,dapat baring di 3 kerusi terus lena tak sedar apa walaupun turbulence agak kuat.

   Begitulah kisahnya perjalanan winter trip ke Jepun kami.Pahit manis semuanya jadi memori indah belaka. 10 hari taklah panjang mana,walaupun nak menukilkan ambik masa 10 bulan...hahaha...tu hanya terpakai untuk blogger yang menyiput seperti aku.Next entri adalah entri finale untuk details itinerari dan budget whole trip.


Sambung


4 comments:

  1. Akak dengaq berita yg latest bahawa Air Asia dah confirm utk menghidupkan semula flight dari Kuala Lumpur ke Nagoya. Bukan itu saja dorang juga jadikan Nagoya sebagai satu hub yg akan menghubung flight ke Sapporo, Sendai dan Taipei.

    Yang paling interesting ialah Sendai. Tempat ini juga dikenali sebagai City of Trees. Tak mau cakap banyak2, boleh ajer tenguk contoh di sini : http://www.sentabi.jp/en/event/pageant.html
    Gambaq2 ini adalah dlm musim winter. Tapi pada musim spt Autumn atau Spring, Sendai juga teramat2 cantik kerana banyak pokok2 yg bertukaq warna.

    Dengaq katanya Air Asia akan mulakan flight ke Nagoya pada Spirng 2016. So kalau teringin nak tenguk Sendai Pageant of Starlight boleh pi antara pertengahan bulan December 2016 sehingga hujung April 2017. Sendai nih jugak berhampiran dgn Yamagata salah satu tempat yg akak miss utk pi semasa bulan February baru2 nih... so maybe boleh lah consider kan hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh nak resume balik route Nagoya...woww kak Nori thanks for info,meriahnya winter kt Sendai tu,bsusun dah attractions nak cover kt Jepun ni...mcm banyak kali kena ulang trip p sana ya,tapi right now sakit jugaklah dgn currency xchange ...harapnya soon improve balik,dapat rate mcm masa pergi awal tahun hari tu taklah sakit sangat poket dibuatnya

      Delete
  2. saya pun ada jumpa group muslimah Indonesia di Nagoya Mosque..baik2 mereka..ya, betul..ukhwah itu indah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. komuniti mereka agak ramai di sana kan...bgus diorang ni,aktif dengan aktiviti pengajian agama di hujung minggu,seronok tengok Islam semakin berkembang di Jepun

      Delete