Friday, May 15, 2015

Kansai : Kyoto- Kinkakuji Temple (The Golden Pavillion)

13 January 2015

  Genap seminggu winter trip di Jepun,sambung penjelajahan di Kyoto hari ni.Macam biasa kami breakfast di guest house saja,dapur yang sedia ada dalam unit yang disewa memang memudahkan kerja,tinggal beli roti atau instant rice untuk dimakan bersama bekal lauk yang ada.

Destinasi pertama hari ni adalah ke Kinkakuji Temple.Ada banyak option transport untuk ke sini :-

1.Bas-Kyoto city bus : 101 atau 205 dari Kyoto station    40minit   230 yen
2.Subway + Teksi/Bas : Karasuma line (Kitaoji station) 15 mins  260 yen +
                                       Teksi  10 mins  1000-1200 yen  @
                                       Bas no 101/102/204/205  10mins  230yen

Oleh sebab nak mengoptimakan penggunaan JR Pass yang berakhir hari ni maka kami pilih option yang berbeza sikit..route kami ialah dengan menggunakan :-

3.JR train + bas
Kyoto st------>Enmachi station (JR Sagano line) -8mins
Enmachi st----->Kinkakuji Temple  - Bus no 204/205 -10mins    230yen

  Option ni agak pantas juga...sebaik keluar dari Enmachi station terus menyeberang jalan dan kemudian jalan menghala ke kanan arah jalan besar.Bila sampai hujung melewati corner kaki lima tu terus nampak bas stop sebelah kiri.Tunggu bas untuk ke Kinkakuji temple di sini,walaupun pagi-pagi ni memang bas penuh sesak jangan risau sebab kekerapan bas tinggi,sekejap je bas lain pulak tiba.Bila dah turun dari bas kena jalan sikit ke dalam untuk sampai ke Kinkakuji temple.

Kinkakuji Temple (The Golden Pavillion)

  Kinkakuji  adalah Zen Buddhist temple yang terletak di utara Kyoto.Nama rasmi temple ini ialah Rokuonji tapi lebih dikenali sebagai Kinkakuji (Golden Pavillion) disebabkan tingkat kedua dan ketiganya yang disaluti gold foil.Terdapat golden phoenix ornament di bumbung temple ini.Maka bangunan yang sangat mahal ni tak bolehla dimasuki...hanya untuk dipandang saja.



  Asalnya temple ini ialah villa yang dinamakan Kitayama-den yang dimiliki oleh seorang shogun bernama Ashikaga Yoshimitsu semasa Muromachi period.Selaras dengan wasiat Yoshimitsu villa tersebut dijadikan temple selepas kematian beliau pada tahun 1408.Pada tahun 1994 temple ini telah didaftarkan sebagai World Cultural Heritage site.Bangunan temple ni sebenarnya dah banyak kali terbakar,kali terakhir ianya dibina semula adalah pada tahun 1955.

  Mula-mula sampai kena beli tiket dulu di kaunter dengan harga 400 yen.Nah sebesar-besar tiket diberi.Kemudian sebelum masuk ke gate utama staf akan cek tiket tu dan beri pamplet...keseluruhan area ni agak luas juga.Bersesuaian dengan konsep Zen yang menekankan meditasi kawasan ini memang sangat harmoni dengan nature.

admission ticket


first gate

  Fokus utama area ni memang golden pavillion dan pond di depannya...masa kami datang ni ramai jugalah orang tapi still boleh bergambar dengan selesa.Kena time yang berbondong-bondong umat rasanya payah juga nak dapat port yang ideal dan mengelak orang lain masuk dlm frame kita.

Kinkakuji (The Golden Pavillion ) and Kyo-chi (mirror pond)





Abbot's chamber


Japanese strolling garden
  Selesai bergambar-gambar depan temple tu kami pun teruskan berjalan,ingat nak patah balik je keluar tapi jalannya sehala je.Sememangnya pond garden direka untuk strolling,lanskap yang tipikal untuk Muromachi period...maka bertabah jelah ikut route yang boleh tahan jauh tu untuk keluar,ada daki-daki tangga jugak tapi tak tinggi mana....memang syok kalau jalan santai-santai menghayati suara alam kat sini cuma kami memang nak kena bersegera sebab banyak tempat nak cover hari ni.

  Keluar saja dari Kinkakuji plan asal ialah ambil route yang sama macam tadi iaitu naik semula bas ke JR Enmachi station dan dari situ naik train ke Uzumasa station.Dari Uzumasa jalan kaki sahaja untuk ke Toie Kyoto Studio park.Entah macam mana terpandang bus stop depan temple tu,kami perhatikan route  bas 59 yang lalu kat situ last stop dia berhampiran area Uzumasa.Dengan harapan untuk memudahkan lagi perjalanan maka kami pun ambil bas yang lalu situ.

Sesat!

  Setelah turun bas agak terpinga-pinga juga...kami singgah beli barang di sebuah farmasi dan bertanya pada staf di situ.Tapi direction agak kurang menyakinkan sebab dia pun nampak tak berapa pasti.Kami pun terus ke jalan besar dan belok ke arah kanan...setelah agak lama menyusuri jalan tu rasa macam tak nampak bayang lagi destinasi yang dicari.Kami bertanya pada seorang pak guard di sebuah bangunan office,katanya kami dah silap jalan..kena patah balik belakang lebih kurang 20 minit berjalan,belok simpang kanan untuk ke Uzumasa station.

  Dekat 20 minit jalan kami tak pasti simpang mana nak masuk sebab tak nampak apa-apa sign board yang menunjukkan arah Uzumasa station atau Toei studio.Maka bertanya lagi kepada seorang wanita yang tengah berjalan,bersungguh-sungguh dia menggunakan GPS di handphone untuk mencari arah dan try explain pada kami.Dengan kefahaman yang lebih kurang kami pun try follow direction yang diberikan,agak confusing sebab jalan tu banyak lorong dan simpang,nampak pula seorang  delivery woman yang tengah menunggang motor dengan perlahan,kami agak mesti dia expert jalan kat sini lalu menyapa dan bertanya padanya..syukurlah kali ni memang clear direction yang diberikan...tempat tu tak jauh sebenarnya tapi memang agak payah nak cari sebab kena pusing dan agak ke dalam sikit.

  Ada sejam jugak masa terbuang dek kesesatan,moralnya janganlah tetiba tukar plan kalau tak berapa pasti,niat asal nak jimatkan masa dah jadi acara walkathon hilang arah....winter ni masa siang amat berharga,Alhamdulillah misi berjaya juga,next entri la pulak sambung cerita tentang Toei Kyoto Studio Park.


Sambung



Sunday, May 3, 2015

KANSAI : Rose Cafe Kyoto

12 January 2015

Entri khas jalan-jalan cari makan...

Halal Restaurant : Rose Cafe Kyoto

  Dari JR Nara kami ambil rapid train ke Kyoto station,perjalanan mengambil masa kurang sejam.Kami dah decide malam ni nak ke restoran halal Rose Cafe di area Kawaramachi.Restoran ni juga berhampiran dengan Islamic Cultural Center,masjid Kyoto terletak dalam building Islamic center tersebut.

  Dari web research train station yang paling hampir dengan restoran ini ialah Jingu Marutamachi (Keihan Line),6 minit berjalan dari station ni ke Rose Cafe.
Kami pun dok study map subway dan local train di Kyoto station mencari arahnya nak ke Jingu Marutamachi ni,tapi tak jumpa...punyala hairan mana ghaibnya station ni tak wujud pulak kat map di Kyoto station tu,ada map yang lebih detail tapi kami tak faham sebab dalam bahasa Jepun...silap juga sebab map Kyoto train/subway versi English tertinggal di guest house.

  Nak tahu apa silapnya....ha tulah padahnya study tak abis,masa gather info aku terlepas pandang yang Jingu Marutamachi ni dalam laluan Keihan line yang track nya tak lalu Kyoto station.Sepatutnya dari Nara tadi kami stop di Tofukuji station dan transfer ke Keihan line dan dari situ baru boleh reach Jingu Marutamachi.

  Jadi masa tu kami gamble jelah dari Kyoto station tu ambil subway Karasuma line dan stop di station Marutamachi...dekat-dekat bunyi dengan Jingu marutamachi dengan harapan takla jauh sangat nak ke restoran tu dari situ.Tambang ialah 260 yen....tiba di station Marutamachi kami ambil teksi saja untuk ke Rose Cafe,mujur ada print alamat dalam japanese...jadi memudahkan pakcik teksi tu untuk mencari.Rasanya lebih kurang 10minit jugak naik teksi,tambang ialah 750yen.

Rose Cafe Kyoto




  Akhirnya tiba jua ke destinasi yang diidamkan,mujur juga takda pelanggan lain masa ni,jadi ada harapan dapat makanan cepat.Restoran ni agak cosy dan selesa,dibuka dari pukul 11 pagi hingga 9 malam.Menu pun nampak menyelerakan.Seorang staf perempuan jepun datang mengambil pesanan.Setelah dekat seminggu tak makan ayam dan daging melainkan yang instant jadi kami semua pakat order beef dan chicken meal...seafood memang tak pandang.

  Tak lama menunggu hidangan yang dipesan tiba...Chicken kebab plate untuk Azma,Iskender kebab serve with tomato and yogurt untuk Sal dan stewed beef and vegetables untuk aku.Sedap,puas hati dan berbaloi.Meal Azma chicken doner tu nampak simple tapi seriously paling sedap sebab flavour chicken tu memang superb...tu tengok gambar dia sampai nak menangis sebab terharu dapat makan ayam di Jepun dan sedap sangat..eheh,sori AJ,gurau je...takdala sampai gitu,kebetulan je rupa camtu.

Etli karnibahar-stewed beef with vegetables



Iskender-kebab serve with tomato sauce and yogurt 



Tazuk doner-chicken kebab plate
Alhamdulillah syukur....isk,isk...

  Habis makan masa nak membayar ownernya ada depan kaunter.Kami berbual seketika dengan tauke tu...seorang Turkish man,dah lama juga dia bermaustautin di Jepun dan buka restoran ni.Selesai membayar dia tunjukkan kami bus stop beberapa langkah je dari restoran tu.Katanya lebih mudah naik bas untuk ke situ.


restaurant owner

  Oleh sebab dah malam jadi kami takdalah plan nak ke Kyoto mosque yang berhampiran dengan restoran ni...sure dah tutup masa ni.Jadi kami pun terus tunggu bas untuk balik ke guest house.Tak lama menunggu bas 205 ke Kyoto station pun sampai,tambang memang flat rate 230 yen sekali naik tak kira jarak dekat atau jauh.

  Untuk yang berhajat nak ke restoran ni bolehla pilih bas sebagai transport yang paling convenient untuk ke sini.

No bas yang lalu di hadapan restoran : 5,17 ,205
Nama bus stop : Kojinguchi

tambang  bas JPY230 


audio annoucement dan paparan skrin untuk setiap stop

  Jangan risau sebab dalam bas memang ada announcement untuk setiap stop..jadi tak jadi masalah untuk kenalpasti bus stop ni.

  Berlalu hari ke 6 kami di Jepun...banyak lagi destinasi untuk hari-hari yang masih berbaki..sambung lagi di next entri.


Sambung