Pages

Friday, May 15, 2015

Kansai : Kyoto- Kinkakuji Temple (The Golden Pavillion)

13 January 2015

  Genap seminggu winter trip di Jepun,sambung penjelajahan di Kyoto hari ni.Macam biasa kami breakfast di guest house saja,dapur yang sedia ada dalam unit yang disewa memang memudahkan kerja,tinggal beli roti atau instant rice untuk dimakan bersama bekal lauk yang ada.

Destinasi pertama hari ni adalah ke Kinkakuji Temple.Ada banyak option transport untuk ke sini :-

1.Bas-Kyoto city bus : 101 atau 205 dari Kyoto station    40minit   230 yen
2.Subway + Teksi/Bas : Karasuma line (Kitaoji station) 15 mins  260 yen +
                                       Teksi  10 mins  1000-1200 yen  @
                                       Bas no 101/102/204/205  10mins  230yen

Oleh sebab nak mengoptimakan penggunaan JR Pass yang berakhir hari ni maka kami pilih option yang berbeza sikit..route kami ialah dengan menggunakan :-

3.JR train + bas
Kyoto st------>Enmachi station (JR Sagano line) -8mins
Enmachi st----->Kinkakuji Temple  - Bus no 204/205 -10mins    230yen

  Option ni agak pantas juga...sebaik keluar dari Enmachi station terus menyeberang jalan dan kemudian jalan menghala ke kanan arah jalan besar.Bila sampai hujung melewati corner kaki lima tu terus nampak bas stop sebelah kiri.Tunggu bas untuk ke Kinkakuji temple di sini,walaupun pagi-pagi ni memang bas penuh sesak jangan risau sebab kekerapan bas tinggi,sekejap je bas lain pulak tiba.Bila dah turun dari bas kena jalan sikit ke dalam untuk sampai ke Kinkakuji temple.

Kinkakuji Temple (The Golden Pavillion)

  Kinkakuji  adalah Zen Buddhist temple yang terletak di utara Kyoto.Nama rasmi temple ini ialah Rokuonji tapi lebih dikenali sebagai Kinkakuji (Golden Pavillion) disebabkan tingkat kedua dan ketiganya yang disaluti gold foil.Terdapat golden phoenix ornament di bumbung temple ini.Maka bangunan yang sangat mahal ni tak bolehla dimasuki...hanya untuk dipandang saja.



  Asalnya temple ini ialah villa yang dinamakan Kitayama-den yang dimiliki oleh seorang shogun bernama Ashikaga Yoshimitsu semasa Muromachi period.Selaras dengan wasiat Yoshimitsu villa tersebut dijadikan temple selepas kematian beliau pada tahun 1408.Pada tahun 1994 temple ini telah didaftarkan sebagai World Cultural Heritage site.Bangunan temple ni sebenarnya dah banyak kali terbakar,kali terakhir ianya dibina semula adalah pada tahun 1955.

  Mula-mula sampai kena beli tiket dulu di kaunter dengan harga 400 yen.Nah sebesar-besar tiket diberi.Kemudian sebelum masuk ke gate utama staf akan cek tiket tu dan beri pamplet...keseluruhan area ni agak luas juga.Bersesuaian dengan konsep Zen yang menekankan meditasi kawasan ini memang sangat harmoni dengan nature.

admission ticket


first gate

  Fokus utama area ni memang golden pavillion dan pond di depannya...masa kami datang ni ramai jugalah orang tapi still boleh bergambar dengan selesa.Kena time yang berbondong-bondong umat rasanya payah juga nak dapat port yang ideal dan mengelak orang lain masuk dlm frame kita.

Kinkakuji (The Golden Pavillion ) and Kyo-chi (mirror pond)





Abbot's chamber


Japanese strolling garden
  Selesai bergambar-gambar depan temple tu kami pun teruskan berjalan,ingat nak patah balik je keluar tapi jalannya sehala je.Sememangnya pond garden direka untuk strolling,lanskap yang tipikal untuk Muromachi period...maka bertabah jelah ikut route yang boleh tahan jauh tu untuk keluar,ada daki-daki tangga jugak tapi tak tinggi mana....memang syok kalau jalan santai-santai menghayati suara alam kat sini cuma kami memang nak kena bersegera sebab banyak tempat nak cover hari ni.

  Keluar saja dari Kinkakuji plan asal ialah ambil route yang sama macam tadi iaitu naik semula bas ke JR Enmachi station dan dari situ naik train ke Uzumasa station.Dari Uzumasa jalan kaki sahaja untuk ke Toie Kyoto Studio park.Entah macam mana terpandang bus stop depan temple tu,kami perhatikan route  bas 59 yang lalu kat situ last stop dia berhampiran area Uzumasa.Dengan harapan untuk memudahkan lagi perjalanan maka kami pun ambil bas yang lalu situ.

Sesat!

  Setelah turun bas agak terpinga-pinga juga...kami singgah beli barang di sebuah farmasi dan bertanya pada staf di situ.Tapi direction agak kurang menyakinkan sebab dia pun nampak tak berapa pasti.Kami pun terus ke jalan besar dan belok ke arah kanan...setelah agak lama menyusuri jalan tu rasa macam tak nampak bayang lagi destinasi yang dicari.Kami bertanya pada seorang pak guard di sebuah bangunan office,katanya kami dah silap jalan..kena patah balik belakang lebih kurang 20 minit berjalan,belok simpang kanan untuk ke Uzumasa station.

  Dekat 20 minit jalan kami tak pasti simpang mana nak masuk sebab tak nampak apa-apa sign board yang menunjukkan arah Uzumasa station atau Toei studio.Maka bertanya lagi kepada seorang wanita yang tengah berjalan,bersungguh-sungguh dia menggunakan GPS di handphone untuk mencari arah dan try explain pada kami.Dengan kefahaman yang lebih kurang kami pun try follow direction yang diberikan,agak confusing sebab jalan tu banyak lorong dan simpang,nampak pula seorang  delivery woman yang tengah menunggang motor dengan perlahan,kami agak mesti dia expert jalan kat sini lalu menyapa dan bertanya padanya..syukurlah kali ni memang clear direction yang diberikan...tempat tu tak jauh sebenarnya tapi memang agak payah nak cari sebab kena pusing dan agak ke dalam sikit.

  Ada sejam jugak masa terbuang dek kesesatan,moralnya janganlah tetiba tukar plan kalau tak berapa pasti,niat asal nak jimatkan masa dah jadi acara walkathon hilang arah....winter ni masa siang amat berharga,Alhamdulillah misi berjaya juga,next entri la pulak sambung cerita tentang Toei Kyoto Studio Park.


Sambung



14 comments:

  1. walkathon waktu winter best jg sebab sejuk..hehe..tapi masa pulak byk terbuang..memang tak sangka Toei Studio tu lokasinya dekat sangat dgn kwsn perumahan...

    ReplyDelete
  2. hehe memang bila sejuk tak terasa jauhnya berjalan..takpalah pengalaman kan...betul tak sangka juga lokasinya macam tu...tapi memang convenient sebab dekat dengan train station

    ReplyDelete
  3. Best nyer jenjalan di Jepun.. Kinkakuji Temple di Kyoto.. cantik betul rugi hari tu tak singgah huhuhu :D
    Salam kenal.. thanks follow my blog :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Time Traveller,

      Jepun banyak tempat best kan,sekali pergi memang tak puas...kena repeat la nampaknya tu..

      thanks juga singgah n follow blog ni :-D

      Delete
  4. kenapa pokok dia still berdaun ? kalo winter bukan semua togel ke? hahha..
    bestnyaa.. cantik la setiap ceruk pun cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula yg bestnya winter kat Jepun...view memang takdala sendu aje....masih hijau di mana-mana,matahari pun biasanya memancar dengan langit membiru walaupun kat tempat yang ada deep snow...perfect!

      Delete
  5. Akak kalau pi negara orang nih bab sesat nih memang gerenti berlaku punya. Masa di Hong Kong dulu nak cari hotel pada hal kalau tenguk map tempat tu tak jauh tapi dok mencari tak jumpa2 pun. Masa di Tokyo baru2 nih, nak cari Oak Hotel dekat sejam lebih berpusing2 tak jumpa2, belek map dalam ipad, tunjuk map pada beberapa orang, dorang pun tak tau.
    Tapi apa pun jangan cepat risau, enjoy those moments. Keluarkan camera and snap away. Nanti bila balik dan kenang2jan balik benda2 nih semua akan buat kita ketawa sendirian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak Nori...travel kat tempat yang ada language barrier ni mcm kemestian pulak sesat,slalu terpedaya gak dengan map yang kadang nampak macam dekat or senang...mula-mula confident je nak aci redah, tapi bila actual street banyak simpang and lorong time tula gelabah...hihi...tapi mmg pengalaman bharga la kan,kelakar bila dikenang-kenang time nak communicate dengan local...ayam itik tapi insyaAllah bole survive :-)

      Delete
  6. arghh...Golden Pavilion mest masuk dalam list kepada sesiap yg pergi..mudah je rupanya nk ke sana..lebih jimat jika ada JR Pass...frust hari x sempat ke sini...niat nk repeat tu ada tapi ...perlu lebih tekum menabung..autumn season mesti lagi lawa kat sini kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. temple ni memang unik,Kyoto ni memang best nak gi mana-mana attraction mmang mudah...sy pun mmg rasa nak repeat lagi...tak taula bila,jepun banyak sgt tempat best....autumn semestinya cun tapi tengok gbr time snow pun superb jugak...sangat awesome warna golden tu dengan salji memutih,syg takda snow time ni...

      Delete
  7. erdapat golden phoenix ornament di bumbung temple ini.Maka bangunan yang sangat mahal ni tak bolehla dimasuki...hanya untuk dipandang saja. <--- agak-agak siapa yg boleh masuk dan apa yg ada kat dalam tu kan..tempat ibadah lah kan..ke Temple ni just ada display temple je..tatapan org ramai..mmg cantik tul warna keemasan...bagi sis JM lah..kalau letak warna lain mesti biasa je kan :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak taulah ada tak special guest yang bole masuk ...rasanya sami dia dengan orang maintenance jela kot,sy pernah tengok gambar interior temple ni...tak ingat kat site mana,mainly memang banyak patung buddha je n statue owner asal dia yang ada dalam tu,betul yang uniknya warnanya tu...dengan ada reflection dalam pond memang setting cantik sangat...

      Delete
  8. kalau bab sesat mmg x boleh nak elak..tapi ia pengalaman yg best...paling best alau partner tak gelabah dan x meroyan..sama2 cari jalan...jadi nya ada direction yg betul tak utk ke sana yg Ayda boleh kongsi

    ReplyDelete
    Replies
    1. lumrah la kan tu...sesama agree route yang dipilih so sesama jugakla cari jalan yang benar kalau sesat..hihi,detail direction dah lupa tapi yang pastinya dekat sangat dengan station JR Uzumasa,nnt saya cter next entry.

      Delete