Sunday, May 3, 2015

KANSAI : Rose Cafe Kyoto

12 January 2015

Entri khas jalan-jalan cari makan...

Halal Restaurant : Rose Cafe Kyoto

  Dari JR Nara kami ambil rapid train ke Kyoto station,perjalanan mengambil masa kurang sejam.Kami dah decide malam ni nak ke restoran halal Rose Cafe di area Kawaramachi.Restoran ni juga berhampiran dengan Islamic Cultural Center,masjid Kyoto terletak dalam building Islamic center tersebut.

  Dari web research train station yang paling hampir dengan restoran ini ialah Jingu Marutamachi (Keihan Line),6 minit berjalan dari station ni ke Rose Cafe.
Kami pun dok study map subway dan local train di Kyoto station mencari arahnya nak ke Jingu Marutamachi ni,tapi tak jumpa...punyala hairan mana ghaibnya station ni tak wujud pulak kat map di Kyoto station tu,ada map yang lebih detail tapi kami tak faham sebab dalam bahasa Jepun...silap juga sebab map Kyoto train/subway versi English tertinggal di guest house.

  Nak tahu apa silapnya....ha tulah padahnya study tak abis,masa gather info aku terlepas pandang yang Jingu Marutamachi ni dalam laluan Keihan line yang track nya tak lalu Kyoto station.Sepatutnya dari Nara tadi kami stop di Tofukuji station dan transfer ke Keihan line dan dari situ baru boleh reach Jingu Marutamachi.

  Jadi masa tu kami gamble jelah dari Kyoto station tu ambil subway Karasuma line dan stop di station Marutamachi...dekat-dekat bunyi dengan Jingu marutamachi dengan harapan takla jauh sangat nak ke restoran tu dari situ.Tambang ialah 260 yen....tiba di station Marutamachi kami ambil teksi saja untuk ke Rose Cafe,mujur ada print alamat dalam japanese...jadi memudahkan pakcik teksi tu untuk mencari.Rasanya lebih kurang 10minit jugak naik teksi,tambang ialah 750yen.

Rose Cafe Kyoto




  Akhirnya tiba jua ke destinasi yang diidamkan,mujur juga takda pelanggan lain masa ni,jadi ada harapan dapat makanan cepat.Restoran ni agak cosy dan selesa,dibuka dari pukul 11 pagi hingga 9 malam.Menu pun nampak menyelerakan.Seorang staf perempuan jepun datang mengambil pesanan.Setelah dekat seminggu tak makan ayam dan daging melainkan yang instant jadi kami semua pakat order beef dan chicken meal...seafood memang tak pandang.

  Tak lama menunggu hidangan yang dipesan tiba...Chicken kebab plate untuk Azma,Iskender kebab serve with tomato and yogurt untuk Sal dan stewed beef and vegetables untuk aku.Sedap,puas hati dan berbaloi.Meal Azma chicken doner tu nampak simple tapi seriously paling sedap sebab flavour chicken tu memang superb...tu tengok gambar dia sampai nak menangis sebab terharu dapat makan ayam di Jepun dan sedap sangat..eheh,sori AJ,gurau je...takdala sampai gitu,kebetulan je rupa camtu.

Etli karnibahar-stewed beef with vegetables



Iskender-kebab serve with tomato sauce and yogurt 



Tazuk doner-chicken kebab plate
Alhamdulillah syukur....isk,isk...

  Habis makan masa nak membayar ownernya ada depan kaunter.Kami berbual seketika dengan tauke tu...seorang Turkish man,dah lama juga dia bermaustautin di Jepun dan buka restoran ni.Selesai membayar dia tunjukkan kami bus stop beberapa langkah je dari restoran tu.Katanya lebih mudah naik bas untuk ke situ.


restaurant owner

  Oleh sebab dah malam jadi kami takdalah plan nak ke Kyoto mosque yang berhampiran dengan restoran ni...sure dah tutup masa ni.Jadi kami pun terus tunggu bas untuk balik ke guest house.Tak lama menunggu bas 205 ke Kyoto station pun sampai,tambang memang flat rate 230 yen sekali naik tak kira jarak dekat atau jauh.

  Untuk yang berhajat nak ke restoran ni bolehla pilih bas sebagai transport yang paling convenient untuk ke sini.

No bas yang lalu di hadapan restoran : 5,17 ,205
Nama bus stop : Kojinguchi

tambang  bas JPY230 


audio annoucement dan paparan skrin untuk setiap stop

  Jangan risau sebab dalam bas memang ada announcement untuk setiap stop..jadi tak jadi masalah untuk kenalpasti bus stop ni.

  Berlalu hari ke 6 kami di Jepun...banyak lagi destinasi untuk hari-hari yang masih berbaki..sambung lagi di next entri.


Sambung

10 comments:

  1. samalah kita..bila dapat makan proper, halal food kat Jepun ni, rasa bersyukur sangat...foods kat Rose Cafe memang sedap2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann.....lebih mensyukuri nikmat jadinya,tambah pulak makan bila lapar...memang worth sangat pegi sini.

      Delete
  2. ahaksss...sampai sebak ye leh mkn makanan halal di kyoto...alhamdulillah msia syuga makanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi...drama je tu,itula kan travel ni mengajar kita banyak benda...selain kagum dengan tempat orang ia juga buat kita sangat menghargai apa yang ada di negara sendiri

      Delete
  3. Ayda, lebih kurang berapa semua belanja makan kat Rose Cafe nih ? Di Japan nih kalau sekali sekala nak makan kat luaq tu okay lagi, kalau hari2 mau parah dibuatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak...mmg nak kena beringat beli makanan kt jepun...street food pun boleh tahan mahal gak...memang nipis poket kalau hari-hari makan luar.Kat rose cafe ni okla jugak total kami makan bertiga ni JPY2335..lbh kurang rm23 sorang...

      Delete
  4. napeee nasi dia sejemput je =O
    kalo CT tu banyak tu tak cukup hahaha..

    ReplyDelete
  5. nmpak je sikit tu CT..ok je sbb nasi tu macam pulut sikit teksturnya.nak kenyang smpai perut gendang gendut tu mmg takla,kira sedang-sedang elokla filling nya...hihi

    ReplyDelete
  6. ALHAMDULILLAH.. ADA ANNOUNCEMENT YEA DALAM BUS.. SO TAK SESAT LER DIBUATNYA KAN... GOOD INFO..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah biasanya mmg ada announcement in English,so boleh naik bas dengan penuh keyakinan :D

      Delete