Tuesday, December 30, 2014

PERTH HOLIDAY 10 :Caversham Wildlife Park

Sunday 31 August 2014

Hari Kemerdekaan Negara yang ke 57
Hari terakhir juga ke sini,sepatutnya plan hari ni just shopping dan bersantai-santai di Kings Park
Tapi disebabkan program yang banyak tergendala maka terpaksa ubah plan,kami sambung rent kereta lagi untuk hari ni.Bagi memudahkan urusan kami pilih Budget Car Rental,sebab boleh pick up kereta di central Perth dan return di airport.

Kebetulan office Budget Car Rental sangat dekat dengan Rendevzous hotel ni,just 5 minit jalan kaki.On the way ke office kami perasan jalan besar St Georges Terrace ditutup pada lalu lintas sebab ada event marathon.


Main street St Georges terrace yang ditutup pada lalulintas

Urusan di Budget Car Rental berjalan lancar,sangat pantas dan tak memerlukan bond.Insurans extra pun kami tak ambil....tawakkal ajelah sebab rent sekejap.Selesai pick up kereta tiba-tiba baru teringat t-shirt yang nak ditukar saiz tertinggal pula.Kalau tak kerana jalan yang ditutup kami plan nak angkut terus semua beg baru jalan,dah terhalang macam ni aku pun just jalan kaki untuk ambil barang yang tertinggal.
Masa nak lintas jalan besar marathon tu dah start...peserta punya ramai,mula-mula ingat nak tunggu sampai habis tapi macam lama sangat pulak,dahla banyak program hari ni,aku tengok ada je orang meredah crowd tu untuk seberang jalan.Leceh sikit sebab kita macam akan menghalang laluan,tapi nak taknak terpaksa jugaklah aku mencelah,mujur dapat elak berlaga dengan peserta marathon tu.

Budget Car Rental di 960 Hay Street

Hyundai Accent
Bila dah selamat sampai semula ke kereta kami pun mulakan perjalanan...nak ke Fremantle dulu.Aral melintang pulak,sebab rupanya kebanyakan main road semua tutup untuk bagi laluan pada marathon tadi.Yang bengangnya diorang ni main tutup jalan tapi tak prepare laluan alternatif untuk kereta yang nak lalu,jadi banyaklah kereta stranded sana sini.Mereka tutup jalan sepanjang event berlangsung,jadi nampak gaya sampai tengahari lah baru line clear agaknya.

Berpusing-pusing kami mencari jalan keluar...tapi nampak gaya semua laluan ke arah beach ditutup sempena event tu.Jadi setelah fail semua attempt untuk menuju arah Fremantle,maka terpaksalah tukar haluan ke arah Caversham Wildlife Park.Sabar ajelah...

CAVERSHAM WILDLIFE PARK

Alhamdulillah jalan ke arah Whiteman Park tak terhalang,kami tiba di Caversham Wildlife yang terletak dalam Whiteman Park di Lord Street, Bassendean lebih kurang 10.30am.
Park ni dibuka jam 9am-5.30pm setiap hari kecuali Krismas,entrance fee ialah AUD25.




Dah dapat tiket kami pun mulalah explore kawasan ni.Time tu farm show dah start tapi kami malas nak pegi, dah pernah tengok di Gold Coast,lebih kurang je rasanya.Sebab kena kejar masa jadi kenalah fokus yang penting-penting aje.

Tempat pertama kami spend ialah di kawasan kanggaroo.Kanggaroo kebanyakannya macam dah kenyang jadi ia tak heran sangatlah dengan makanan yang dihulurkan.Makanan kanggaroo ada disediakan di situ jadi boleh ambil saja untuk feed kanggaroo sambil bergambar-gambar.

Kanggaroo sini aku tengok macam agak kurang bersih berbanding masa di Gold Coast dulu,yang nampak macam berpenyakit pun ada.Tapi  takdalah menghalang kami untuk beramah mesra dengannya.Cuma kesian je sebab macam kurang terjaga.Uniknya kat sini ada kanggaroo albino yang berwarna putih.So marilah layan gambar sang kanggaroo ni semua.







Habis sesi dengan kanggaroo pukul  kami ke pergi ke homestead arena untuk sesi Meet the Wombat &Friends yang bermula 11am.Kat sini kita berpeluang bergambar dengan beberapa haiwan yang unik dan rare.Orang ramai juga tapi jangan risau sebab memang berpeluang ambil gambar dengan selesa,just beratur dan ikut turn,tak perlu berebut-rebut.



Wombat

Golden Brushtail Possum



Spotted-tailed Quoll

Gang-gang cockatoo

Pink galah

11.30am ada Keeper talks untuk Dingo & Fox,just dengar cerita penjaga tentang haiwan ni depan sangkar.Tak lama dalam 15mins je sesi tu.


Dingo

Sambung lagi dengan Meet The Koalas..morning session adalah antara 10am-1pm,penjaganya ada di situ dan akan bercerita serba ringkas sambil kita bergambar dengan koala.Koala selalunya memang tidur je,tapi Alhamdulillah time kami datang ni koala-koala tu tengah aktif dan dapat pulak bergambar dengan koala yang pandang ke kamera....sangat adorable.Koala ni fussy eaters so penjaganya dok remind pengunjung jangan pegang daun-daun eucalypts tu sebab nanti koala tu tknak makan daun yang dah tersentuh oleh tangan kita.



Habis jumpa koala lepas tu kami just jalan-jalan tengok haiwan-haiwan yang berada dalam sangkar.

Wallaby


Perentie-Australia's largest lizard (2.4m)

Ada interaktif Molly's farmyard,sesuai nak beramah mesra dengan farm animals tapi kami tak pergilah memandangkan dah tengahari,nanti tak sempat nak catch semua agenda hari ni.

Cafe di sini ada sediakan pek halal food,kami just beli kudapan ringan je untuk alas perut dan beredar untuk ke destinasi seterusnya.


Sambung



Wednesday, December 3, 2014

PERTH HOLIDAY 9 : Shopping at Fremantle

Saturday 30 August 2014

Kami kembali semula ke arah CAT bus stop 17 tadi,kali ni kami berjalan saja menyusuri Cliff street sambil bergambar berlatarbelakangkan bangunan-bangunan klasik di Fremantle ni,rasanya area pejabat sebab lengang je,dah rasa macam dalam kawasan set Universal Studio pulak.








E SHED MARKET,VICTORIA QUAY

Di penghujung Cliff street ada roundabout dan dari situ boleh nampak bangunan E-Shed Market yang terletak di Victoria Quay, popular dengan souvenir murah.Plan selanjutnya nak ke Fremantle Prison,tapi prison ni terletak agak jauh,Sal cadangkan alang-alang dah lalu baik singgah je dulu ke E-Shed Market ni,maka kami pun menangguhkan hajat ke prison dan terus saja berjalan menghala ke market tersebut.




Waktu ni dah pukul 12 tengahari...ada dua kedai souvenir besar kat sini iaitu Megabes dan Aussin,tauke Megabes ialah Chinese Singaporean Mr Simon dan Aussin dimiliki oleh pasangan dari Indonesia.Masa ni kedua-dua kedai ada staff perempuan dari Malaysia,mereka ke sini mengikut husband yang sambung study so sambil-sambil tu part time kerja di situ.E Shed ni hanya dibuka dari Jumaat hingga Ahad sahaja pukul 9am-5pm.

Apalagi dah terbentang depan mata segala macam souvenir...ternyata harga kat sini memang murah,jauh lagi murah berbanding masa di Gold Coast dulu,jadi bolehla shopping lebih sikit untuk bagi kat family dan kawan-kawan.Kena round dua-dua kedai untuk compare barang dan price.Aussin lebih banyak barang dan pilihan sebab shoplot dia lebih banyak.





Megabes pulak hospitality dia memang terbaik,Mr Simon,anaknya  Teo dan kakak Malaysian yang melayan kami sangat friendly dan helpful.Masa shopping kat Megabes kami boleh letak beg kat kaunter dan shopping dengan selesa,selesai shopping pun mereka simpankan barang yang di beli dan boleh datang ambik bila-bila sebelum market tutup.






Megabes ni ada satu lagi branch di Fremantle market yang dijaga oleh wife Mr Simon,menurut Teo price memang lebih mahal di Fremantle Market berbanding E shed.Hari selain Jumaat hingga Sabtu perniagaan  dibuka di warehouse mereka sendiri di Malaga.Boleh call kalau nak bershopping ke sana,lebih banyak barang dan boleh dapat further diskaun.Menariknya mereka willing to open even after office hours dan malam,jadi kata Teo next time kalau ke Perth,siang boleh jalan-jalan g attraction,malam bolehlah shopping kat gudang diorang.Kalau berminat bolehla hubungi mereka di nombor dan alamat berikut :-





Bukan main leka shopping...skejap Megabes,skejap Aussin pastu ke Megabes balik sambil layan borak -borak dah 3 jam kami sangkut kat situ,kakak di Megabes tu tunjukkan ada ruang yang boleh kami solat di koridor kecik antara Megabes dan kedai sebelahnya.by the time settle solat dan minum sekejap dah dekat pukul 4,kami cancel ajelah pegi prison tu sebab beg plastik dah berbundut-bundut,jadi kami decide nak  ke Fremantle market pulak sementara belum tutup.


ruang koridor yang digunakan untuk solat

suasana lengang di ruang makan

Kami beredar dan tunggu CAT bus,kawan aku ada berkirim belikan Fremantle chocolate,bertanya pada Teo tadi katanya dia tak tahu mana kedainya.Masa naik CAT bus kami ternampak kedai Fremantle chocolate yang berada pada sisi tepi building di persimpangan antara Market street (laluan Blue Cat) dan Cantontment street ,selesai masalah,kalau tak nampak tadi jenuh juga nak mencari dalam waktu suntuk ni.

FREMANTLE MARKET

Kami turun di Fremantle Market dulu,di sini suasana memang sangat happening berbanding E Shed tadi.
Betapa teguhnya binaan Fremantle Market ni,bayangkan dari zaman orang pakai kuda sampailah kenderaan moden yang ada hari ni,bangunan Victorian yang bersejarah ni tersergam menyimpan jutaan cerita.
Mula dibina pada tahun 1897 dan siap pada 1902.Bangunan ini beserta beberapa bangunan bersejarah lain sekitarnya seperti Sail & Anchor Hotel,Norfolk Hotel,The Warders Cottages dan Scots Church tersenarai dalam Commonwealth Heritage List.


di depan building Fremantle Market



Market ni padat dengan 150  gerai yang menjual bermacam barangan,ada kedai souvenir,krafts,muzik,makanan,kekacang,buah-buahan dan sayur-sayuran,cafe etc...pengunjung pun ramai.Tak lama sangat di sini,kami hanya singgah beli strawberi dan jugak ke gerai kekacang untuk beli Macadamian nuts..ada yg biasa,roasted,salted,honey,dan pelbagai kekacang lain lagi.Harga untuk Macadamian nuts memang agak murah di sini.






Selesai membeli di situ kami pun beredar untuk ke kedai Fremantle Chocolate...sambil jalan sambil bergambar-gambar sekitar area Market street ni.






FREMANTLE CHOCOLATE

Agak jenuh jugak berjalan kaki dengan muatan yang penuh kat tangan,jarak yang dekat pun rasa macam jauh.Finally sampai juga ke kedai tu,mujur tak tutup lagi.
Excitednya kami bila yang menjaga kedai tu Malaysian...jadi dia pun terangkan pada kami yang chocolate ni kebanyakannya halal.Ada certificate yang mengesahkan status halal bahan yang digunakan termasuklah gelatin.
Yang tak halal cuma beberapa jenis coklat yang ada alcohol atau tiramisu.Selain dari tu bolehla makan tanpa was-was.
Lama juga kami spend time kat situ,harga agak mahal sperti Margaret River Chocolate juga tapi berbaloi dengan rasanya.Kalau berminat bolehlah datang try coklat kat sini.Alamat penuhnya :-

Fremantle Chocolate
5/7 Cantonment Street
Fremantle
freochoc.com.au
(08) 94334331

Fremantle Chocolate


Coklat plum tu paling best..rugi beli satu je
 Selesai membeli coklat kami pun beredar,dah 6 lebih pun..kedai tu tutup pukul 5.30pm,sabar je sis tu menunggu kami yang lama membelek-belek coklat kat situ.

Back to Perth

Kami pun berjalan ke train station yang beberapa meter je jaraknya,service masih lagi terganggu jadi kena naik shuttle untuk ke North Fremantle station...depan aku seorang wanita schizo naik dan kemudian sibuk tekan loceng nak turun,mula-mula driver buat tak tahu je sebab bas tu just untuk angkut penumpang train ,tapi bila wanita tu dah start maki-maki and buat bising maka driver pun berhenti dan minta wanita tu beredar,dia pun turun sambil meneruskan makian...fuuh..havoc sekejap.

Sampai di Perth dah dekat pukul 8..perkhidmatan CAT bas dah tamat,kami pun berjalan saja dulu ,nak ambil bas biasa tak pasti nombor berapa,dalam pada tu berkira-kira nak ambil teksi..tapi nak cari makanan,sambil tu gigih jugak jalan dengan kaki yang dah lenguh dan muatan tangan yang penuh,adalah lalu kedai kebab tapi macam tak menarik...last-last 20mins jalan sampailah ke hotel,cadangnya nak letak barang dan keluar balikla beli roti or apa-apa makanan ,tapi kepenatan melampau menyebabkan terbatal lah hasrat tu.

Malam tu kami pun sibuklah packing barang...esok dah last day kat sini.Tengok ada jugak size t shirt yang salah,esok kami nak rent kereta semula dan repeat Fremantle untuk ke prison,jadi bolehla singgah E Shed tukar size t-shirt tu.Selesai berkemas kami pun berehatlah untuk malam last di Perth.

isi dalam bundut

kekacang dan coklat
Esok memang banyak juga nak cover memandangkan banyak plan yang tergendala sejak semalam,kami memang berharap sangat-sangat mudah-mudahan esok cuaca baik,kita merancang Allah juga menentukan...ada juga rupanya aral yang tak dijangka berlaku,kisahnya dalam  entri selanjutnya.


Sambung