Tuesday, December 30, 2014

PERTH HOLIDAY 10 :Caversham Wildlife Park

Sunday 31 August 2014

Hari Kemerdekaan Negara yang ke 57
Hari terakhir juga ke sini,sepatutnya plan hari ni just shopping dan bersantai-santai di Kings Park
Tapi disebabkan program yang banyak tergendala maka terpaksa ubah plan,kami sambung rent kereta lagi untuk hari ni.Bagi memudahkan urusan kami pilih Budget Car Rental,sebab boleh pick up kereta di central Perth dan return di airport.

Kebetulan office Budget Car Rental sangat dekat dengan Rendevzous hotel ni,just 5 minit jalan kaki.On the way ke office kami perasan jalan besar St Georges Terrace ditutup pada lalu lintas sebab ada event marathon.


Main street St Georges terrace yang ditutup pada lalulintas

Urusan di Budget Car Rental berjalan lancar,sangat pantas dan tak memerlukan bond.Insurans extra pun kami tak ambil....tawakkal ajelah sebab rent sekejap.Selesai pick up kereta tiba-tiba baru teringat t-shirt yang nak ditukar saiz tertinggal pula.Kalau tak kerana jalan yang ditutup kami plan nak angkut terus semua beg baru jalan,dah terhalang macam ni aku pun just jalan kaki untuk ambil barang yang tertinggal.
Masa nak lintas jalan besar marathon tu dah start...peserta punya ramai,mula-mula ingat nak tunggu sampai habis tapi macam lama sangat pulak,dahla banyak program hari ni,aku tengok ada je orang meredah crowd tu untuk seberang jalan.Leceh sikit sebab kita macam akan menghalang laluan,tapi nak taknak terpaksa jugaklah aku mencelah,mujur dapat elak berlaga dengan peserta marathon tu.

Budget Car Rental di 960 Hay Street

Hyundai Accent
Bila dah selamat sampai semula ke kereta kami pun mulakan perjalanan...nak ke Fremantle dulu.Aral melintang pulak,sebab rupanya kebanyakan main road semua tutup untuk bagi laluan pada marathon tadi.Yang bengangnya diorang ni main tutup jalan tapi tak prepare laluan alternatif untuk kereta yang nak lalu,jadi banyaklah kereta stranded sana sini.Mereka tutup jalan sepanjang event berlangsung,jadi nampak gaya sampai tengahari lah baru line clear agaknya.

Berpusing-pusing kami mencari jalan keluar...tapi nampak gaya semua laluan ke arah beach ditutup sempena event tu.Jadi setelah fail semua attempt untuk menuju arah Fremantle,maka terpaksalah tukar haluan ke arah Caversham Wildlife Park.Sabar ajelah...

CAVERSHAM WILDLIFE PARK

Alhamdulillah jalan ke arah Whiteman Park tak terhalang,kami tiba di Caversham Wildlife yang terletak dalam Whiteman Park di Lord Street, Bassendean lebih kurang 10.30am.
Park ni dibuka jam 9am-5.30pm setiap hari kecuali Krismas,entrance fee ialah AUD25.




Dah dapat tiket kami pun mulalah explore kawasan ni.Time tu farm show dah start tapi kami malas nak pegi, dah pernah tengok di Gold Coast,lebih kurang je rasanya.Sebab kena kejar masa jadi kenalah fokus yang penting-penting aje.

Tempat pertama kami spend ialah di kawasan kanggaroo.Kanggaroo kebanyakannya macam dah kenyang jadi ia tak heran sangatlah dengan makanan yang dihulurkan.Makanan kanggaroo ada disediakan di situ jadi boleh ambil saja untuk feed kanggaroo sambil bergambar-gambar.

Kanggaroo sini aku tengok macam agak kurang bersih berbanding masa di Gold Coast dulu,yang nampak macam berpenyakit pun ada.Tapi  takdalah menghalang kami untuk beramah mesra dengannya.Cuma kesian je sebab macam kurang terjaga.Uniknya kat sini ada kanggaroo albino yang berwarna putih.So marilah layan gambar sang kanggaroo ni semua.







Habis sesi dengan kanggaroo pukul  kami ke pergi ke homestead arena untuk sesi Meet the Wombat &Friends yang bermula 11am.Kat sini kita berpeluang bergambar dengan beberapa haiwan yang unik dan rare.Orang ramai juga tapi jangan risau sebab memang berpeluang ambil gambar dengan selesa,just beratur dan ikut turn,tak perlu berebut-rebut.



Wombat

Golden Brushtail Possum



Spotted-tailed Quoll

Gang-gang cockatoo

Pink galah

11.30am ada Keeper talks untuk Dingo & Fox,just dengar cerita penjaga tentang haiwan ni depan sangkar.Tak lama dalam 15mins je sesi tu.


Dingo

Sambung lagi dengan Meet The Koalas..morning session adalah antara 10am-1pm,penjaganya ada di situ dan akan bercerita serba ringkas sambil kita bergambar dengan koala.Koala selalunya memang tidur je,tapi Alhamdulillah time kami datang ni koala-koala tu tengah aktif dan dapat pulak bergambar dengan koala yang pandang ke kamera....sangat adorable.Koala ni fussy eaters so penjaganya dok remind pengunjung jangan pegang daun-daun eucalypts tu sebab nanti koala tu tknak makan daun yang dah tersentuh oleh tangan kita.



Habis jumpa koala lepas tu kami just jalan-jalan tengok haiwan-haiwan yang berada dalam sangkar.

Wallaby


Perentie-Australia's largest lizard (2.4m)

Ada interaktif Molly's farmyard,sesuai nak beramah mesra dengan farm animals tapi kami tak pergilah memandangkan dah tengahari,nanti tak sempat nak catch semua agenda hari ni.

Cafe di sini ada sediakan pek halal food,kami just beli kudapan ringan je untuk alas perut dan beredar untuk ke destinasi seterusnya.


Sambung



5 comments:

  1. Salam. Nak tanya pasal car rental di company Budget tue.
    Dia bagi option rent kereta di Perth CBD dan boleh pulang di Perth Aiport eh?
    Ke ada kena caj extra camtu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Faten,

      haah tu memang terpulang pada kita,kalau book di website Budget ada option return tmpat yang sama atau location berbeza,rasanya takda extra charge sebab dalam Perth jugak.

      Delete
  2. salam. nk tanya pasal car rental tu guna cash or credit card? and nk tnya pendapat, elok kita booking online or book masa dh sampai perth? harga online dgn book masa kat sana byk beza tk?

    ReplyDelete
  3. salam. nk tanya pasal car rental tu guna cash or credit card? and nk tnya pendapat, elok kita booking online or book masa dh sampai perth? harga online dgn book masa kat sana byk beza tk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Yana,

      car rental tu untuk book online mmg kena pakai credit card,rasanya untuk local car rental company macam aries ni better book online sebab kalau walk in takut kereta yang kita nak tak available,tapi kalau bukan peak season ok kot,tak pasti pulak rate online dengan walk in beza ke tak.Kalau nak senang book di sana better pergi car rental yg kat airport,memang biasanya kereta available sebab banyak company dan boleh bayar cash terus,cuma rate biasanya jauh lagi mahal

      Delete