Friday, January 29, 2016

CHASING AUTUMN 4-Bujeon Market & Gamcheon Culture Village

Thursday 29 Oct 2015

Nopo Express Bus Terminal

   Hari kedua di Busan,sementara bersiap  aku merendam pek nasi goreng instant dalam termos air panas yang dibawa AJ,kami bersarapan di bilik saja,memang tiada cafe atau ruang makan di hotel ni.Selesai makan kami pun check out.

   8.30am kami gerak ke Choryang station,beli 1 day pass metro yang berharga KRW4500.Dari sini tak perlu tukar train,stay saja di Line 1 hingga ke stesen terakhir sebelah hujung sana iaitu Nopo station.

Perjalanan mengambil masa 45minit.Bangunan Nopo Express Bus Terminal bersambung dengan bangunan stesen subway,jadi keluar je dari palang exit tu  terus ikut signboard arah ke kiri untuk ke terminal bas.

   Kami cari locker dulu untuk simpan beg,satu locker besar berharga KRW3000.Selesai simpan beg dan bawa barangan yang diperlukan kami pun menuju ke kaunter tiket untuk membeli tiket bas ke Sokcho malam ini.Kami pilih bas pukul 10.40pm dengan tiket berharga KRW46000,untuk perjalanan lebih kurang 7jam+ aku menjangka kami akan sampai di Sokcho sekitar 5.30am.

Bujeon Market

   Lega bila dah dapat tiket untuk malam ni.Selesai di situ kami pun naik semula subway dan berhenti di stesen Bujeon.Aku berhajat nak ke Bujeon Market,nak cari kedai Goraesa Co yang terkenal dengan eomuk (fish cake croquettes ).Hanya 100 ketul sahaja dibuat setiap hari,memang cepat je sold out,kalau teringin kenalah datang awal ke sini.

   Berpandukan direction yang diperolehi di internet kami kena keluar exit 9,tapi puas mencari sigboard yang ditunjukkan hanya sampai exit 8 saja.Kami keluar exit 8 dan nampak ada Twosome Place Cafe,singgah sebentar di situ dan duduk sekejap menikmati minuman panas.Tanya pada staff di situ katanya memang ada exit 9,tapi sebab language barrier maka tak dapat nak diterangkannya dengan lebih detail.


mengopi dulu

   Turun semula ke subway dan kami nampak arah ke Bujeon Market keluar ikut exit 1.Sebab kami keluar exit yang berbeza dari direction yang diberikan maka aku pun tak pasti dah arah nak mencari Goraesa Co tu.Jadi kami ronda saja tengok suasana di market tu.Dah jalan-jalan kami turun semula ke subway station.


Bujeon Market,Busan

musim buah persimmon(pisang kaki)

inside Bujeon Market

   Sempat singgah ke underground shopping centre.Aku nak cari kasut baru sebab kaki ni rasa begitu terseksa dengan kasut yang baru dibeli di Malaysia hari tu,kasut yang dipakai  terasa keras mencengkam dan tak sesuai digunakan untuk muka bumi Korea yang berbukit dan banyak tangga ni.First kedai kami singgah aku dah nampak yang berkenan,bila try rasa selesa yang amat,terus pakai yang baru,murah je beli boot harga KRW25000.

Gamcheon Culture Village 


Gamcheon Culture Village,Busan

   Destinasi seterusnya ialah ke Gamcheon Culture Village,tak lengkap lawatan ke Busan kalau tak jejak sini.Asalnya adalah penempatan setinggan yang dibina selepas Korean War pada tahun 1950an di kawasan berbukit.Bermula dari tahun 2009 sehingga 2012 kerajaan tempatan  melancarkan berbagai projek pembaikan,pemuliharaan dan seni untuk menjadikan penempatan ini sebagai arts n culture hub.Ternyata projek-projek tersebut berjaya menjadikannya destinasi pelancongan yang unik dan menarik dan digelar juga dengan nama Santorini of Korea atau Lego Village.

Direction kami ke sana seperti berikut:

Subway   Bujeon station--> Toseong station  #exit 6
Dari exit 6 belok arah kanan dan jalan sampai hujung,kemudian belok lagi ke kanan dan jalan terus arah Busan Cancer Centre yang terletak di sebelah kanan.
Tunggu  bas 2 atau 2-2 di bus stop depan hospital tersebut.
Kalau ramai rasanya lebih kos efektif naik teksi.

   Boleh gunakan T-money untuk bayar tambang,first time guna semula kad T money kami yang dibeli tahun 2013 dulu,mujur masih ok dan banyak juga baki yang ada dalamnya,harga tambang ialah KRW1200.Perjalanan lebih kurang 15minit,agak ngeri juga sebab driver bawak laju di lereng-lereng bukit menghala ke Gamcheon.


Becoming One Photo Zone

Welcome to Gamcheon-dong
   Turun dari bas kami ke 1st lookout point  dulu,jalan depan sikit je dari tempat turun bas tadi.Dah bergambar di situ jalan patah ke belakang semula dan masuk di lorong yang ada deretan kedai.
Kami singgah di bangunan tourist info untuk beli  English map yang berharga KRW2000...memang amat berguna sebagai panduan masa jalan-jalan kat sini,staf di situ menerangkan laluan yang patut kita ambil,elok ikut route ni sebab nanti takdalah sesat barat dan membazir tenaga.


masuk ke lorong entrance


Bangunan tourist info warna kelabu dengan signboard biru

menerangkan tour course

   Banyak info dalam map tu,termasuk makna segala artworks yang ada kat Gamcheon ni,kalau rajin boleh lengkapkan misi Housing Project Tour,ada sembilan tempat yang kita boleh singgah dan cop kat ruangan dalam map tu,2 dari 9 tempat tu iaitu di Haneul Maru dan Community centre kita akan boleh dapatkan poskad percuma juga.

   Berbekalkan peta di tangan kami pun mula menjelajah,memang banyak aktiviti pendakian kat sini,tapi tak rasa penat pun sebab santai saja dan banyak stop sana sini untuk bergambar.Paling menarik pada aku ialah di Haneul Maru rooftop.View dari sini memang sangat cantik,nampak keseluruhan Gamcheon Village ,sebahagian bandar dan pelabuhan di Busan.


mendaki tangga sempit ke bumbung Haneul Maru 

view from Haneul Maru rooftop


Rooftop view of Yongdusan and downtown,Busan Harbor and Gamcheon Harbor

dapat poskad free di Haneul Maru

   Kami singgah di Kevin shop,sebuah gerai menjual ring holder untuk handphone ..dekat sini aku seronok sangat sebab dapat ring holder warna gold berbentuk aeroplane,harga sebenar ialah KRW15 000 tapi dia jual hanya 10k sahaja sebab ada slight scratch,halus sangat defect tu,almost tak nampak pun sebenarnya.

Kevin shop

ring holder for mobile phone

    Gamcheon ni memang padat dengan hasil seni,yang cantik,yang pelik,yang simple semua ada.Umumnya berkisar pada mesej kebebasan,perpaduan dan keharmonian.Ada juga dinding disediakan khas untuk pengunjung menulis mesej keamanan.Tapi macam-macam benda yang tak berkaitan pun tertulis kat situ,ikut kreativiti masing-masing.


Gamcheon artwork

House of Peace-Room of Plates/Moon Room
   Jenuh juga penduduk kat sini angkut barang,kot nak beli perabot ke,barang letrik ke,even barang dapur yang berat-berat tu memang bertabahlah banyak-banyak,mungkin kena gotong royong ramai-ramai,bukan senang nak lalu di celah-celah laluan yang sempit sambil mendaki tangga pula.Sebab tu ada tangga yang dinamakan Stairs to See  Stars sebab tangga yang tinggi dan curam ni boleh menyebabkan pening dan pitam nak-nak kalau mendaki sambil bawak barangan berat.Boleh cuba untuk pembuktian,kami memang skip la...sayang kaki,panjang lagi perjalanan nanti.

Tree of Hope-arrows represent life's orientation and future visions

lorong sempit


148 anak tangga curam di celahan sempit antara bangunan


boleh cuba mendaki 148 mata tangga ni untuk rasa berpinar sampai nampak bintang-bintang 


mural comel di parking lot

   Alhamdulillah berjaya menamatkan tour course,hampir 2 jam juga masa diperuntukkan untuk pusing keliling Gamcheon ni,disebabkan kawasan ni berbukit dan banyak tangga curam,memang penting pakai kasut yang selesa di sini.



Famous Photo zone spot with characters from Little Prince and Desert Fox movie

Book Cafe-Traces

Our Village Gamcheon-many houses which look similar but are different resemble people and we can feel sense of unity within diversity


bored ahjumma

last stop-Community Center

   Selesai meronda kami pun beredar,kami tak naik bas yang sama macam tadi sebaliknya menuju ke perhentian bas no 17,tempat ni bukan bas stop sebaliknya macam kawasan lapang yang dijadikan terminal bas 17.Staff di tourist info tu yang bagitau tentang terminal ni bila dia tanya kami nak ke mana selepas Gamcheon. Bas no 17 ni lalu di Nampo,kami hendak ke situ untuk ambil bas ke Taejongdae pula.Memang tak perlu menunggu pun sebab bas 17 sentiasa ada banyak di situ.Tambang pun sama macam datang tadi iaitu KRW1200.Lega dapat duduk dalam bas dan meluruskan urat kaki yang dah mula tegang,kami pun meninggalkan perkampungan Gamcheon yang berwarna warni itu...Anyeong.

Sambung



Wednesday, January 20, 2016

CHASING AUTUMN 3-Nite at Busan

28 October 2015

Misi Gagal JJCM

   Plan malam ni sebenarnya nak pergi express bus terminal di Nopo station untuk book tiket ke Sokcho malam esok,maklumlah takut jugak kalau lambat beli tiba-tiba dah sold out ke memang kacau bilau plan dibuatnya.Tapi sebab terminal Nopo ni jauh kami bertanya dulu pada receptionist hotel.Bagusnya diorang terus contact office bus terminal tu untuk tolong tanya,tapi sayangnya tak berangkat.Then staff tu cadangkan pergi je sana pagi-pagi esok,tak perlu pergi malam ni.Fikir-fikir ok jugak cadangan tu,memang malas pun nak pergi malam ni sebab jauh,lebih kurang 40minit naik subway nak ke sana.

   Oleh kerana dah cancel plan ke sana maka kami bercadang nak pergi makan dulu sebelum ronda-ronda tepi pantai.Ada terbaca website Visit Korea tentang sebuah Muslim Friendly restaurant Sokssiwonhan Daegutang yang menyediakan sup ikan cod,ikut artikel tu kena turun di station Jangsan exit 7.Kami pun follow je direction tu,dari Choryang ke Soemyeon,tukar ke Line 2 dan pergi ke stesen Jangsan yang terletak di hujung-hujung line 2.Jauh perjalanan,dekat 45 minit baru sampai.

dipetik dari website www.visitkorea.com

   Dah keluar exit 7 Jangsan station tu kami plan ambik teksi je ke restaurant tu,tapi driver taxi pulak cakap restoran ni area Haeundae,better ambik subway ke Haeundae station...pulak dah,Oklah...turun balik subway pegi Haeundae pulak.Dah keluar dari stesen Haeundae pergi lagi cari teksi,kena reject jugak sebab katanya restoran tu tak jauh dari subway,jalan kaki je.Teksi kat Korea or Jepun ni kadang pelik sikit,kalau dekat dan tempat tu boleh jalan kaki memang dia tak mau hantar,nak merayu rasanya tolonglah hantar walaupun dekat sebab kami memang tak tau nak cari..tak reti pulak nak cakap macam mana,sudahnya pasrah ajelah.

   Pernah terbaca blog yang bagi direction ke situ,tapi tak berapa detail.Nak browse time tu takda internet pulak..dasar kedekut taknak sewa wifi...konon nak survive unplugged.Maka ikutkan ajelah kaki melangkah ke mana.

    Ok dah ronda-ronda tapi memang blur ke mana hala kami pun mengalah,ada juga nampak seafood restaurant tapi ada serve pork juga,jadi angkat bendera putih,misi gagal ...mintak tolong dengan Bang Brahim jelah nanti.Jadi teruskan dengan jalan-jalan tepi pantai.

area Haeundae

lintas jalan di sini dan berjalan arah Haeundae Beach

    Hasil carian lepas balik hotel rupanya restoran tu terletak berhampiran pelabuhan di Mipo lane,bangunan menghadap laut sederet dengan Navi Hotel.Dari Haeundae station exit 3 atau 5.Tu jelah info yang dapat,simpan untuk rujukan sendiri kot terpergi Busan lagi nanti.

Haeundae Beach

   Kami pun berjalan arah pantai Haeundae yang sangat popular kat Busan ni.Malam pun meriah area sini,ramai juga yang bersantai tepi pantai.Ada yang buat street performance..orang main muzik,nyanyi...happening  je.Nightscape di pantai ni memang sangat cantik,limpahan cahaya bangunan,pantai yang bersih,ombak yang memukul pantai,desir angin yang sejuk nyaman berteman bulan di langit..lama jugak kami bersantai dan layan blues situ.

Nightscape Haeundae Beach,Busan



Haeundae Beach,Busan

Haeundae Beach

ombak manja memukul pantai

street performance

layan lagu jiwang

persembahan mantap-berpotensi jadi artis K-pop

   Kami beredar dari pantai,sebelum naik subway  singgah kedai jap beli minuman favourite kat sini,banana uyu plus kimchi buat tambah lauk makan nanti.


Gwangan Bridge

   Naik subway dari Haeudae ke Gwangan station,sekejap je dah sampai,dari subway ni ambil exit 5 untuk ke Gwangalli beach.Masa ni dah agak lengang,lepas exit tu kami jalan straight je ikut arah signboard tapi lepas tu tak nampak dah direction arah ke mana.Nak bertanya takda pulak yang lalu dekat dengan kami.Kami pun cuba je belok simpang ke kiri dekat dengan sebuah petrol pump.Nampak sorang adik perempuan,tanya dia arah ke pantai ni,ok memang betul,cuma kena jalan beberapa blok bangunan..dalam 10minit nampaklah beach dan Gwangan bridge di  hujung jalan tu.

   Kat tepi pantai masih ada juga orang bersantai-santai jalan ambik angin malam.Tapi kami taklah bsantai sangat,laju je bergambar sebab takut nanti tak sempat kejar last train sebab agak jauh nak balik nanti.

Gwangan Bridge

Gwangan Bridge

bridge tema purple malam ni

   Gwangan bridge atau dikenali juga sebagai Diamond Bridge sepanjang 7.4km ni adalah salah satu mercu tanda di Busan,bila malam cantik sebab dilengkapi ribuan lampu LED yang artistik.Khabarnya warna lampu jambatan ni berubah setiap hari dan setiap musim.Ada light show selama 15 minit pada pukul 8 dan 10pm untuk hari Ahad-Khamis dan pukul 8pm,9pm dan 10pm hari Jumaat dan Sabtu.Masa datang ni kami tak tau pun tentang light show ni.

  Di samping Gwangan bridge tu,di pantai ni jugak ada sesuatu yang unik.Ada pancaran spotlight ke arah pantainya berbentuk tulisan  dalam English dan juga Hangul.Ada kata-kata puitis dan quote yang dipancarkan,kreatif sungguh diorang ni.Lebih kurang setengah jam kami pun beredar dari situ,kembali ke Gwangan station untuk ke Soemyeon station dan tukar ke line 2 untuk ke Choryang station.

Gwangalli Beach



metro yang lengang

    Late dinner malam ni...mujur Bang Brahim ada,kami mengisi perut yang lapar dengan nasi segera biryani kambing beserta sambal bilis yang dibekalkan oleh emakku dan kimchi yang dibeli tadi,Alhamdulillah perut kenyang,pukul 2 lebih barulah mata melabuhkan tirai.End of Day 1.

Sambung



Saturday, January 9, 2016

CHASING AUTUMN 2 :Fly to Busan

Kuhadirkan sebuah tanya untukmu...
Harus berapa lama...
aku menunggumu...
aku menunggumu...

  Barangkali lagu Peterpan itu yang sering berkumandang di benak sahabatku AJ..muak menyeru agar aku menyambung cerita kembara yang tertanggguh sekian lama.Jampi serapah rakan blogger Siti Yang Menaip agar blog ini kembali bangkit dari koma juga akhirnya menunjukkkan tindak balas,itupun setelah dua kali diperasapkan...hehehe,terima kasih teman-teman,terharu dengan motivasi yang diberikan.
   Penghujung 2015 menyaksikan pertarungan antara aku dan masa,lelah mencari sela lapang yang berharga,namun syukur Alhamdulillah buat Maha Pencipta kerana menjadikan hidup ini penuh warna,setahun berlalu dengan 1001 lagi cerita dan pengalaman .....,lembaran tahun baru bermula,semakin singkat usia  di dunia,azam ini cuma satu...meraikan kehidupan dan terus menjelajah menikmati sisi indah bumi Tuhan,moga yang manis dan baik-baik menanti kita di hadapan,Selamat Datang 2016!!

Sambung kisah pemburuan autumn di Korea...

28 OCTOBER 2015    

KL-BUSAN

    Pagi lepas subuh kami bertolak ke KLIA2,tiba lebih kurang 6.45am,flight pukul 8.30am..agak ramai juga orang di airport,queue untuk baggage drop pun agak panjang.Elok je kami tengah nak beratur tu ada announcement kaunter untuk express check in dan baggage drop dibuka untuk flight ke beberapa destinasi termasuk ke Busan.Apalagi cepat-cepat tuju ke kaunter yang baru nak buka tu dan jadi orang first kat situ.Dah timbang beg alamak combine 2 beg kami dah terlebih 3kg,banyak sangat stok makanan agaknya,cepat-cepat keluarkan backpack dalam luggage dan sumbat barang dalam tu,selamat tak kena tambahan bayaran.

  Settle urusan di situ teruslah masuk untuk tuju ke boarding gate...macam biasa menapaklah sejauh-jauh alam dalam airport  tu.Alhamdulillah perjalanan lancar dan lepas 6 jam teruja sangat melihat langit Busan yang membiru,jauh dari jerebu yang melemaskan.

Welcome to Busan

Light Rail Transit

    Tiba di Gimpo Aiport kena turun flight pakai tangga,lepas tu kita akan dibawa ke main terminal building dengan shuttle bus.Masa dalam bas kami berkenalan dengan Ms Y yang bekerja di KTO Plaza K.L...nak ke konsert pertandingan K-Pop,ada group dari Malaysia yang jadi peserta katanya.Urusan imigresen memang agak mudah,yang lama cuma masa menunggu beg.
Dah keluar ke departure gate kenalan baru kami yang memang dah jadi pengunjung regular negara ni  tadi menunjukkan arah ke stesen Light transit train.Keluar dari airport dan belok arah kanan.Kami berpisah haluan di situ.

Gimhae International Airport,Busan

   Masa berborak tadi dengan Ms Y tadi kami bercerita plan kami malam esok nak naik night bus ke Sokcho.Katanya kami boleh book tiket di Intercity Bus Terminal yang terletak di Sassang.Sebenarnya ikut research dan plan kena pergi ke Nopo Express Bus terminal.Tapi kalau boleh beli di Sassang memang lagi baiklah sebab terminal tu lagi dekat.

    Keluar aiport kami pun lintas jalan dan belok arah kanan,stesen Light Rail Transit terletak dihujung jalan tu,tak jauh pun.Beli tiket yang berupa macam coin plastic  kat vending machine.Harga ialah KRW1300.Last stop train ni ialah di Sassang station,dari station ni boleh transfer ke subway line 2.

melintas dari airport di seberang sana ke seberang sini untuk ke train station

dah lintas..nampak building train station di hujung belah kanan

beli coin ticket ni di vending machine

menunggu Light Rail Transit train
Misi Tergempar

   Cuma selang 3 stesen sahaja dari Gimhae Aiport ke Sassang station(line purple).Sepatutnya dari sini kami terus ambil subway untuk ke hotel, tapi atas saranan Ms Y tadi kami pun keluar dulu cari Intercity bus terminal di Sassang tu,hajatnya nak terus beli tiket untuk naik bas malam esok ke Sokcho.Namun kami agak hilang arah..penat mengusung beg,yang dicari tak jumpa.Kami singgah di sebuah farmasi dan AJ bertanya pada ahjussi kedai,siap terangkan yang kami nak beli tiket ke Sokcho.Ahjussi beria explain dengan kertas supaya beli tiket di Nopo Express bus terminal,di intercity terminal tiada bas ke Sokcho katanya.Oh jadi betullah plan asal kami,mungkin Ms Y keliru dengan maklumat yang diberikan,misi gagal..bermakna stick sajalah pada plan asal.

   Kembali ke Sassang station tadi kami pun mengikut arah untuk transfer ke subway line 2 yang berwarna hijau.Kita boleh gunakan kad prepaid T-money di Busan,bagaimanapun kami memilih 1 Day pass yang berharga KRW4500.Kalau plan banyak nak turun naik subway option ni lebih menjimatkan sebab unlimited ride untuk sehari.Tiket beli di vending machine,mujur masa tukar duit haritu dapat banyak duit kecil  KRW1000,rupanya machine ni tak terima duit besar,hanya syiling dan note 1000 saja boleh guna.

Busan subway map yang simple dan mudah nak hadam.



Sassang subway station

   Naik subway dari Sassang station ke Soemyeon station,di sini kami tukar ke line  1 warna oren menghala ke Choryang station.Di Choryang station kami keluar exit 2 untuk cari The  BS Hotel.Bermula cabaran sebab exit 2 hanya tangga...apalagi rasakan azab berangkut  beg kat situ...mencungap ambik nafas bila sampai atas.AJ bnasib baik ada adik perempuan Korea membantu.

exit 2 Choryang station
The BS Hotel,Busan

   The BS hotel ni tak jauh dari Choryang station,takda specific direction diberi oleh pihak hotel,jadi pandai-pandai sendiri cari dengan google map.Kami ikut adress dan masuk lorong kiri yang kedua lepas exit subway tadi,nombor jalan dah betul Cuma tak nampak lagi hotel,slow-slow cari akhirnya nampak dah bangunannya.Rupanya  betul-betul lepas exit tadi patutnya terus masuk first lorong kiri,2 minit je kot jalan,hotel tu terletak belah kanan.

keluar exit 2  terus belok 1st junction ke kiri untuk ke BS Hotel
  Proses check in sangat pantas,bagitau je nama dan receptionist terus bagi kunci bilik,takda minta dokumen apa-apa pun.Di tepi lif ada diletakkan water dispenser,microwave dan juga coffee machine...nak minum kopi kena beli dari machine ni.

bangunan BS Hotel

water dispenser,coffee machine dan microwave di tepi lif

standard room

ruang sempit tapi facilities semua ada

bathroom/toilet
  Bilik kami di tingkat 5 dan  tak jauh dari lif,kecik je biliknya tapi cukup selesa untuk kami berdua.Basic facilities semua ada,wifi pun laju.Lega rasanya dapat baring meluruskan badan, selesaikan apa yang patut,dah siap solat semua kami pun bersiap untuk jalan-jalan malam ni.

Sambung