Harus berapa lama...
aku menunggumu...
aku menunggumu...
Barangkali lagu Peterpan itu yang sering berkumandang di benak sahabatku AJ..muak menyeru agar aku menyambung cerita kembara yang tertanggguh sekian lama.Jampi serapah rakan blogger Siti Yang Menaip agar blog ini kembali bangkit dari koma juga akhirnya menunjukkkan tindak balas,itupun setelah dua kali diperasapkan...hehehe,terima kasih teman-teman,terharu dengan motivasi yang diberikan.
Penghujung 2015 menyaksikan pertarungan antara aku dan masa,lelah mencari sela lapang yang berharga,namun syukur Alhamdulillah buat Maha Pencipta kerana menjadikan hidup ini penuh warna,setahun berlalu dengan 1001 lagi cerita dan pengalaman .....,lembaran tahun baru bermula,semakin singkat usia di dunia,azam ini cuma satu...meraikan kehidupan dan terus menjelajah menikmati sisi indah bumi Tuhan,moga yang manis dan baik-baik menanti kita di hadapan,Selamat Datang 2016!!
Sambung kisah pemburuan autumn di Korea...
28 OCTOBER 2015
KL-BUSAN
Pagi lepas subuh kami bertolak ke KLIA2,tiba lebih kurang 6.45am,flight pukul 8.30am..agak ramai juga orang di airport,queue untuk baggage drop pun agak panjang.Elok je kami tengah nak beratur tu ada announcement kaunter untuk express check in dan baggage drop dibuka untuk flight ke beberapa destinasi termasuk ke Busan.Apalagi cepat-cepat tuju ke kaunter yang baru nak buka tu dan jadi orang first kat situ.Dah timbang beg alamak combine 2 beg kami dah terlebih 3kg,banyak sangat stok makanan agaknya,cepat-cepat keluarkan backpack dalam luggage dan sumbat barang dalam tu,selamat tak kena tambahan bayaran.
Settle urusan di situ teruslah masuk untuk tuju ke boarding gate...macam biasa menapaklah sejauh-jauh alam dalam airport tu.Alhamdulillah perjalanan lancar dan lepas 6 jam teruja sangat melihat langit Busan yang membiru,jauh dari jerebu yang melemaskan.
Welcome to Busan |
Tiba di Gimpo Aiport kena turun flight pakai tangga,lepas tu kita akan dibawa ke main terminal building dengan shuttle bus.Masa dalam bas kami berkenalan dengan Ms Y yang bekerja di KTO Plaza K.L...nak ke konsert pertandingan K-Pop,ada group dari Malaysia yang jadi peserta katanya.Urusan imigresen memang agak mudah,yang lama cuma masa menunggu beg.
Dah keluar ke departure gate kenalan baru kami yang memang dah jadi pengunjung regular negara ni tadi menunjukkan arah ke stesen Light transit train.Keluar dari airport dan belok arah kanan.Kami berpisah haluan di situ.
Gimhae International Airport,Busan |
Masa berborak tadi dengan Ms Y tadi kami bercerita plan kami malam esok nak naik night bus ke Sokcho.Katanya kami boleh book tiket di Intercity Bus Terminal yang terletak di Sassang.Sebenarnya ikut research dan plan kena pergi ke Nopo Express Bus terminal.Tapi kalau boleh beli di Sassang memang lagi baiklah sebab terminal tu lagi dekat.
Keluar aiport kami pun lintas jalan dan belok arah kanan,stesen Light Rail Transit terletak dihujung jalan tu,tak jauh pun.Beli tiket yang berupa macam coin plastic kat vending machine.Harga ialah KRW1300.Last stop train ni ialah di Sassang station,dari station ni boleh transfer ke subway line 2.
melintas dari airport di seberang sana ke seberang sini untuk ke train station |
dah lintas..nampak building train station di hujung belah kanan |
beli coin ticket ni di vending machine
menunggu Light Rail Transit train |
Cuma selang 3 stesen sahaja dari Gimhae Aiport ke Sassang station(line purple).Sepatutnya dari sini kami terus ambil subway untuk ke hotel, tapi atas saranan Ms Y tadi kami pun keluar dulu cari Intercity bus terminal di Sassang tu,hajatnya nak terus beli tiket untuk naik bas malam esok ke Sokcho.Namun kami agak hilang arah..penat mengusung beg,yang dicari tak jumpa.Kami singgah di sebuah farmasi dan AJ bertanya pada ahjussi kedai,siap terangkan yang kami nak beli tiket ke Sokcho.Ahjussi beria explain dengan kertas supaya beli tiket di Nopo Express bus terminal,di intercity terminal tiada bas ke Sokcho katanya.Oh jadi betullah plan asal kami,mungkin Ms Y keliru dengan maklumat yang diberikan,misi gagal..bermakna stick sajalah pada plan asal.
Kembali ke Sassang station tadi kami pun mengikut arah untuk transfer ke subway line 2 yang berwarna hijau.Kita boleh gunakan kad prepaid T-money di Busan,bagaimanapun kami memilih 1 Day pass yang berharga KRW4500.Kalau plan banyak nak turun naik subway option ni lebih menjimatkan sebab unlimited ride untuk sehari.Tiket beli di vending machine,mujur masa tukar duit haritu dapat banyak duit kecil KRW1000,rupanya machine ni tak terima duit besar,hanya syiling dan note 1000 saja boleh guna.
Busan subway map yang simple dan mudah nak hadam. |
Sassang subway station |
Naik subway dari Sassang station ke Soemyeon station,di sini kami tukar ke line 1 warna oren menghala ke Choryang station.Di Choryang station kami keluar exit 2 untuk cari The BS Hotel.Bermula cabaran sebab exit 2 hanya tangga...apalagi rasakan azab berangkut beg kat situ...mencungap ambik nafas bila sampai atas.AJ bnasib baik ada adik perempuan Korea membantu.
exit 2 Choryang station |
The BS hotel ni tak jauh dari Choryang station,takda specific direction diberi oleh pihak hotel,jadi pandai-pandai sendiri cari dengan google map.Kami ikut adress dan masuk lorong kiri yang kedua lepas exit subway tadi,nombor jalan dah betul Cuma tak nampak lagi hotel,slow-slow cari akhirnya nampak dah bangunannya.Rupanya betul-betul lepas exit tadi patutnya terus masuk first lorong kiri,2 minit je kot jalan,hotel tu terletak belah kanan.
keluar exit 2 terus belok 1st junction ke kiri untuk ke BS Hotel |
bangunan BS Hotel |
water dispenser,coffee machine dan microwave di tepi lif |
standard room |
ruang sempit tapi facilities semua ada |
bathroom/toilet |
Sambung
oohh..ke Busan..misi daun merah kuning..
ReplyDeletebeli one day pass lg jimat, boleh save t-money..
yup...ni tmpat pertama jejak tapi tak banyak sangat autumn foliage di Busan,kena mengembara ke tempat lain,memang jimat guna day pass tu sbb asyik turun naik subway je
DeleteSalam Ayda,
ReplyDeleteBerapa rate per night di hotel ini ya ?
Salam Kak Nori,
DeleteMasa ni rate dia lbh kurang RM164/nite..saya book thru expedia time ada offer
ada lift!!!! best aahh hotel ni
ReplyDeletebest kan...lepas ni mmg nak book accomodation yg ada lif,tak larat dah angkott beg berat naik tangga,kategori remaja purba dahhh...
Delete