Chasing autumn trip tahun ni kami revisit South
Korea pada 28 Oct-6 Nov 2015,kali kedua selepas spring trip
2013.Negara sama tapi kebanyakan tempat
lawatan adalah berbeza.Kami berdua saja sebab BFF sorang lagi baru balik dari
Makkah,join team petugas haji tahun ni.
Kami mendarat di Busan,jadi dari situ kami berkelana ke 4 penjuru South Korea...BUSAN-SOKCHO-SEOUL-JEONJU/JEONGEUP-BUSAN.
Yongdusan Park,Busan |
Seoraksan National Park,Sokcho |
The Garden of Morning Calm,Gapyeong |
Naejangsan National Park,Jeongeup |
Hanok Village,Jeonju |
Budget
kali ni memang melonjak berganda,nak menangis rate KRW1000=RM3.84,berbanding
RM2.8 dua tahun lepas.Sebab cita-cita tinggi nak jugak menjejak segenap tempat yang dirancang maka
untuk jimat kos kami menggunakan bas
untuk semua perjalanan jarak jauh.Alhamdulillah semua berjalan lancar,trip
dengan bas pun sangat selesa dan kebanyakan trip dapat direct express jadi
memang cepatlah sampai ke destinasi.
Persediaan macam biasa,flight dah book seawal bulan Februari sebab nak dapatkan best date ke sana.Harga ke Busan lebih murah
berbanding Seoul,dapat base fare RM443,tapi memandangkan kami ni memang suka
add itu ini maka final fare jadi RM776.50.
Accomodation pun dah settle awal-awal,Cuma bila dah
detailkan itinerari aku ubah beberapa
tempat sebab lebih strategik dan sesuai dengan perjalanan kami.Untuk
accomodation aku lebih suka gunakan Expedia sebab selalunya rate lebih murah
dan payment akan dibayar terus masa
book,jadi tak perlu pening-pening nak asingkan duit bayar accomodation kat
sana...semua dah setel dari sini.No problem kalau cancel awal booking tu sebab bayaran akan
dipulangkan semula kecuali dinyatakan ada cancellation fee.Jadi kena cek
T&C baik-baik...tapi kebanyakannya memang boleh refund.
Bekal makan kali ni kami bawak nasi instant Brahim’s,sambal bilis,rendang,kari ayam dan tuna dalam tin.Selain tu makanan ringan macam
biskut sangatlah berguna time emergency lapar melanda.
Untuk transport jarak jauh oleh kerana semua trip naik bas memang tak perlu nak booking awal,boleh beli walk
in saja,insyaAllah tiket sentiasa available.Yang kena tahu ialah kat terminal
mana nak ambik bas,sebab kebanyakan bandar memang akan ada 2 terminal,satu
express bas terminal dan satu lagi intercity bas terminal.Kadang boleh ambil
dari mana-mana terminal,kadang tu salah satu.Tak berapa nak faham sangat sistem
dia,lebih baik confirm kan dengan orang
tempatan.Kalau di Seoul pulak lagi banyak bas terminal dan each terminal
ada cover area tersendiri.Jadi kena pastikan dulu area kita nak pergi covered
by terminal apa.
Transport untuk jalan-jalan dalam city bagi Busan dan
Seoul memang sangat mudah sebab ada subway,walaupun ada area yang jauh sikit kena naik bas.Kami guna je kad T-money
yang beli masa trip 2 tahun lepas..Alhamdulillah takda masalah nak guna sama ada di Busan
atau Seoul.Kalau dah biasa dengan sistem subway di Seoul maka subway di Busan
adalah 10x ganda mudahnya.
Untuk area Sokcho,Jeonju dan Jeongeup public transport
ialah bas atau teksi.Walaupun takda subway tapi kedua-dua pengangkutan bas dan
teksi adalah sangat efficient.Teksi pun taklah mahal sangat,malah kalau
berempat lebih kos efektif naik teksi berbanding bas.Tapi sebab berdua tak
bolehlah naik teksi kerap sangat kan,jadi act like local and hop sajalah atas
bas,kalau nak turun last stop senang hati kami,kalau tengah memang ada gundah
sikit sebab kena alert sebab takda announcement in English.
Details itinerary hanya dapat aku siapkan seminggu
sebelum berangkat,walaupun dah lama book flight tapi sebab beberapa halangan dan kesibukan urusan dunia yang lain
maka dah last minit baru dapat siapkan.Seboleh mungkin segala maklumat
berkaitan aku compile sebaik mungkin supaya smooth perjalanan kami,tapi dalam
pada tu biasalah ada juga tersengguk
sana sini,Alhamdulillah masih berjalan lancar dan misi kami tercapai....walaupun
sangat mencabar stamina tapi pengembaraan ini sangat berbaloi.
Begitulah adanya overview trip kali ni....insyaAllah
perlahan-lahan akan dikisahkan ceritanya nanti.
Sambung
repeat Korea in autumn...cantik view..
ReplyDeleteantara best season kan...memang tak puas tgok view autumn,asyik yg amat,,,
Deleteview Autumn di Korea memang sangat ohsem dan rate Won mmg semakin mencekik darah..mgkin thn depan leh cecah RM4.00..adoii!!! teruk lah nanti
ReplyDeletememang membuai jiwa dibuatnya...tapi rate KRW memang kejam...sakiittnya tu di poket...aduiii
DeleteAyda..total damage utk 10 hari berapa habis hari tu?
ReplyDeleteTotal damage ya..hmm kalau kira yang compulsory expenses-flight +accomodation+transport+admission/cable car=RM2300,kalau campur sekali meal yang makan luar lebih kurang rm2700
Deletemurah!!!!
Deletepuas hati kan jalan sendiri...berbaloi
DeleteAyda,..harga subway di Seoul masih lagi 1,050won sekali touch or dah naik harga ke 1,150won
ReplyDeletenaikk lagii..kalau kat Seoul 1250 dah skrg ni...
Deletenampaknya perlu repeat lagi lah Autumn sbb terigin nak pegi Naejangsan Park, Morning GLory Calm dan Taebak San..cantik view on peak Autumn..aduhai..berangan lagi..Won mahal skrg huhuh
ReplyDeleteRepeat je...no regret,berbaloi sangat...rasanya Korea walaupun naik kira boleh tahan lagilah budget ke sana,kalau Jepun mmg semput sikitlah rasanya
Deleteehehehe aaaaik.. ni memang geng kampung kat Korea ni.. nak repeat jeee eh..
Deleteceq ni sekali pun dok sampai lagi..
CT...pegi dulu sekali pastu baru decide nak repeat ke tak? ;p MESTI nak REPEAT punya hehehe
DeleteAwatnya ceq Siti tak sampai lagi...ish jangan tunggu lama2 nanti won naik lagi seksa,try jejak skali...stuju 200% dgn sis JM... lepas tu nak merepeat je tiap musim :-D
Deleteok.. kalau nak repeat bleh ajak la eh orang2 kampung ekot sama =)
Deletebestnyaaaa... otem memang cantik.. dedaun lawa..
ReplyDeleteehehe cepat2 lagi hapdet.. nak baca ni tak sabar..
ha sangat la membuai jiwa layan dedaun kekaler nih...cepat update yg payah tu...gear rendah sokmo,heheh...
DeleteAmboi, sakan bercuti ... ke Korea pulak ya. Kalau dapat cuti panjang mmg syok berjalan dan explore satu2 tempat without any rush. Akak nih nak kena tunggu public holiday yg sederet tu yg susah sket nak pi mana2.
ReplyDeleteHihi..sesekali je kak,time travel le nak cuti lelama,kalau tak weekend ja off.Tu yg skali pegi nak cover banyak tempat,penat sikit tapi memang puas hati jalan explore sendiri ni.Next year banyak cuti sederet..panjangla langkah kak Nori nanti :-)
DeleteCT singgah lagi ni.. mana sambungan ? fuuuh fuuuuh..
ReplyDeletedah CT jampi supaya rajin ehehe..
alolo sweetnya ct tolong jampi...hihihi,thanks so much,hjg thun ni sgt eventful,semput marathon mencari masa,tpaksa retire jap as blogger or blog reader..i'll be back soooon :-D
Deletewoooo ye ke ok ok tape take ur time =)
Deletehaaaa tengok ni CT dataaaang lagi =P
ReplyDeletealamak jampi tak menjadi ke.. fuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuh nah panjang2..
alamak 2x dah perasap,takleh jadi,kena bangkit..thanks a million dear...ok slow-slow nak recover,ambik nafas untuk mula story,nanti nak g terjah blog ct,banyak nak recce pasal melbun ni :-D
DeleteSelalu book guna Agoda/Booking.com je setakat ni reliable la jugak, hehe ingat nak try Expedia. Refund dia tuh immediate eh kalau kita cancel?
ReplyDeleteBolehla try expedia...setakat ni mmg selalu dapat best rate kat situ,refund tu tk ingat timing dia,tp mmg cepat,rasanya within 24hrs akan dpt balik
Delete