Friday, April 28, 2017

Edisi Khas:Fly with Malindo Air

Cerita tentang Malindo Air





Sebagai traveller yang rajin ke negara luar bab mencari tiket kapal terbang merupakan agenda utama sebelum merangka itinerari untuk ke mana-mana.Dah dapat tiket wallah senyum lebar sebab dah terbayang betapa seronoknya perjalanan mengembara ke destinasi yang dituju.
Tapi biasa la bila sebut je kapal terbang kebanyakan orang akan beranggapan kosnya mesti tinggi.Tapi tak semua yang mahal tau, ada je yang murah dan yang paling penting kena la rajin cari kat Mr Google tuh! Sini aku nak war-warkan, kalau nak naik kapal terbang better pilih Malindo Air sebab tiket penerbangan yang ditawarkan sangat berpatutan dan yang paling penting mampu untuk semua orang beli.
Pengalaman pertama aku naik Malindo ialah masa travel ke India tahun lepas.Malindo Air ni best sangat korang! Tak terungkap la cite dia..hahaha..First impression aku terhadap Malindo Air adalah sangat baik setakat ini yela start from check-in kat kaunter sehinggalah tamat penerbangan proses dan servis yang diberikan perghh sangat cepat dan tip top! Semua ahli rombongan masa tu sangat berpuas hati dapat fly dengan Malindo ke New Delhi.


rombongan ke India

family Angah ke HCM

Pengalaman lain pula dari family abangku sendiri..aku cerita sebab tiket aku yang belikan masa diorang decide nak follow trip aku ke Ho Chi Minh,walaupun dah tak lama dari tarikh nak fly tapi still boleh dapat harga yang berpatutan..jeles tau sebab tiket tu lagi murah dari yang aku beli,dapat rm289 return inclusive luggage 30kg plak tu!Sakanla diorang shopping kat Vietnam tu.Takpalah dah rezeki Angah aku,mereka pun puji best naik Malindo and masa balik dapat naik aircraft baru..bau kedai lagiii..ish,ish jeles to d maxx!
Selain itu aircraft Malindo Air ni pon boleh tahan lawanya..haha boleh la korang post kat Instagram ke Facebook ke tunjuk sikit interior dia al maklum tak kira brapa banyak kali naik flight mesti teruja sangat kan especially masa departure tu! Now aku nak cerita pulak servis dan kemudahan yang terdapat dalam Malindo Air ni. Masuk je dalam flight perghh kagum aku yela mana tak nya cantik sangat susunan seat dengan leg room yang luas dan yang penting kemas dan selesa,sesuai sangat untuk penerbangan jarak dekat mahupun jarak jauh.


bantal dan selimut disediakan untuk perjalanan jarak jauh

Setiap satu tempat duduk akan ada screen ala-ala tv kecik tu so kalau bosan boleh la tengok rancangan yang ditayangkan,dengar lagu atau main game.Cuma kena bawa earphone sendiri tau kalau nak tengok yela nanti terganggu pulak penumpang yang lain. Aku sempat la tengok movie dan sitcom sebab duration penerbangan ke New Delhi 5.5 jam,agak lama tapi tak sempat rasa bosan pun.


Selain itu, dalam flight ni pon tersedia usb port,mana la tau battery phone dah habis boleh la charge terus..canggih kan! Malindo Air pun dah makin maju selangkah dimana kita pon boleh guna Wifi while flying. Line memang penuh so tak payah la korang risau xde line ke ape ke sebab line wifi yang disediakan memang sangat tip top! Duduk lama ni biasa la tangan pon merayau jer nak selongkar apa yang ada haha! Macam-macam ada tau seperti majalah, brochures dan catalogue. For those yang berminat nak beli buah tangan dan snacks tu korang boleh la pilih, macam-macam ada Bukan tu sahaja, menu makanan yang ada pun menarik belaka..kalau boleh semua aku nak order..hahaa tapi biasa la karang habis pulak wang ringgit kalau ikut nafsu ni!



biryani meal semasa ke Delhi


Another best thing adalah, kita akan dapat snack free walaupun hanyalah dua keping cookies dan air minuman tapi better dari tak dapat apa-apa kan.Angah aku cakap diorang dapat muffin dan air untuk flight ke HCM.Masa pergi Delhi kami semua pun ingat dapat snack ringan,sakan la pergi breakfast yang heavy sikit masa kat KLIA pagi tu,tapi rupanya kami dapat makan nasi biryani,sedap pulak tu..memang kenyang dibuatnya.

selamat tiba ke New Delhi

Alhamdulillah landing sangat la smooth dan semuanya selamat. Aku rasa macam dah jatuh cinta dengan Malindo Air ni! Harapnya akan bertambahlah destinasi dengan Malindo ni..pasti jadi pilihan utama. Yela servis and fasiliti yang ada memang sangat memuaskan! So korang tunggu apa lagi! Search jer Malindo Air online booking sebelum tiket habis! Nanti korang menyesal..,go travel,bersantai dan bergembiralah dalam atau luar negara,...have a safe journey u ollss!

Thursday, April 20, 2017

COLOURS OF INDIA 3-Kashmir :Srinagar

17 April 2016

New Delhi-Srinagar

   Pagi lepas sarapan semua ahli rombongan pun naik bas dan bertolak ke domestic airport.Sampai airport bermulalah prosedur yang sangat renyah.Seawal masuk pintu airport lagi dah kena beratur tunggu giliran sebab hanya yang ada tiket flight je dibenarkan masuk.Akur jelah kan,dah undang-undang macam tu..demi faktor keselamatan jugak.

  Jadi sebaiknya walaupun naik domestic flight pastikan  tiba at least 2 jam awal dan bawa E-ticket print siap-siap.Untuk group kami Leez dah prepare semua,bila nama dipanggil officer akan cek paspot untuk pengesahan dan baru dibenarkan masuk.Dah masuk dalam beratur lagi untuk urusan check in pula,sempat bergambar bagai sementara menunggu tu.


ahli rombongan riang ria bergambar di Delhi airport sementara menunggu check in

   Bagi sesiapa yang dah setel check in terus menuju ke departure gate,kena lalu pemeriksaan kastam pula.Kat sini semua orang akan di scan badan untuk detect metal object.Untuk perempuan kena masuk ruang kecil yang bertutup.Rasa macam bahaya pula sebab selalunya beg jalan dulu kat scan machine dan kita kena tunggu giliran untuk scan.Kalau group besar dan ada kawan ok sikit sebab yang dah selesai boleh tengokkan beg..kalau sorang tawakkal jela barang selamat.

   Selesai semua urusan,kami pun naik shuttle bus ke area berlepas,flight Indigo air dah menunggu.Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam setengah.Sempat tidur seround,dah nak sampai semua orang semakin excited,mana taknya..dari atas flight lagi dah nampak keindahan Kashmir dengan puncak gunung ganang dilitupi salji.



boarding flight ke Kashmir


Srinagar,Kashmir


Banjaran dan snow capped mountains di bumi Kashmir



   Srinagar merupakan bandar terbesar di negeri Jammu&Kashmir dan ia merupakan ibu negeri pada musim panas.Waktu winter pula capital berpindah ke Jammu. Walaupun keadaan stabil pada ketika itu di Srinagar,kawalan keselamatan adalah ketat,askar bersenjata boleh dilihat di mana-mana.


tiba di Srinagar International Airport

   Masa kami sampai hujan turun dengan lebatnya,maka ada delay sedikit menunggu airport transfer ke tempat penginapan.Di sini kami dipecahkan kepada 3 kumpulan iaitu group A,B,C untuk menaiki 3 van berbeza,kami akan kekal dalam group yang sama sepanjang trip di Kashmir ini.


Ahli group B seramai 12 orang

   Bila transport dah ready dan porter-porter di airport dah tolong masukkan beg kami pun berlarian meredah hujan ke van masing-masing.Dalam setengah jam kami tiba  ke jeti no 13 di pinggir tasik Dal.Dari sini kena naik water taxi atau perahu kecil yang dikenali sebagai shikara untuk pergi ke penginapan houseboat di tengah tasik tersebut.Kalut jugalah nak menguruskan group yang besar dengan keadaan hujan sebegini.Setiap shikara membawa 3 orang,tak perlu risau kebasahan sebab perahunya berbumbung.Beg-beg kami pula diangkut dengan shikara berasingan.

deretan shikara(water taxi) di tepi jeti

hujan lebat di Srinagar semasa hari ketibaan



Houseboat,Dal Lake


Houseboat Continental 

   Ada 6 houseboat yang telah ditempah untuk penginapan kami.Aku dan SW akan duduk bersama 4 lagi ahli rombongan yang lain.Seronok dapat tahu rupanya JM,Yan,Shim dan rakannya M yang akan menginap di houseboat yang sama dengan kami.

   Ada 3 bilik di houseboat yang bernama Continental ini,jadi semuanya duduk sebilik berdua dengan rakan travel masing-masing.Tak lama lepas check in lunch pun dah ready.Houseboat ni ada penjaganya,semua hal berkaitan penginapan ni diuruskan oleh beliau.Oleh sebab guardian kami ni nampak agak berumur maka kami panggil uncle saja.Bila lunch dah ready kami semua pun dipanggil untuk lunch...sedap sangat menjamu selera dengan hidangan panas dalam kedinginan hujan hari ni.

houseboat interior

masing-masing cewi ambik gambar makanan

Kashmiri cuisine

   Di houseboat ni kita kena bersedia dengan kedatangan berbagai seller.macam-macam barangan yang kan dipromosikan.Tengahari tu ada fotografer datang mempromosi pakej bergambar dengan baju kashmiri sambil naik shikara..menarik juga tapi kami minta mereka datang pagi esoknya memandangkan cuaca mendung dan hujan masih turun renyai-renyai,tambahan pula kami pun nak bersiap keluar untuk menyertai aturcara trip yang selanjutnya.

promo photoshoot dengan baju Kashmiri berlatarbelakangkan Dal Lake

hujan mula reda,bersedia untuk menjelajah Srinagar


Indira Ghandi Memorial Tulip Garden

   Petang tu kami dibawa ke ladang tulip,sebenarnya ladang ni dah ditutup sebab tahun ni tulip mekar awal,kira dah habis musim sekarang.Namun tour guide kami yang bernama Mr Farooq gigih merayu kat penjaga ladang tu supaya benarkan group kami masuk sekejap untuk melihat saki baki tulip yang ada...lama juga proses nego,agak kebasahan dek hujan aku dan SW kembali atas bas..kami tak kisah sangat kalau tak dapat masuk,sebab dah pernah ke taman tulip masa di Perth,masa tu hujan juga..dah nasib..kami,tulip dan hujan berpisah tiada.



hanya sebaris tulip yang tinggal...huhuhu...

  Tak lama duduk atas bas kami dipanggil semula..dah boleh masuk ke dalam,oklah kita redah je hujan tengok apa yang ada,sayang sekali hanya sebaris aje tulip mekar yang tinggal..sendu jugalah menengoknya,kalau penuh satu ladang mau guling-guling hindustan dah kat situ.Tapi takpalah kita feeling2 Kajol  bergambar dalam hujan.

Carpet Factory

   Destinasi seterusnya ialah ke kilang carpet...bukan carpet biasa-biasa tapi handmade.Karpet buatan tangan ni dibuat dari pure wool atau pure silk,atau mix kedua-duanya.Makan bulan nak siapkan sehelai,lepas bagi penerangan dan demo pembuatan karpet tauke kedai pun promote karpet yang dah siap untuk dijual,ada yang bersaiz kecil juga untuk dibuat sejadah...harga memang woww,high end maklumlah bukan sekadar karpet biasa...mahal bukan sahaja sebab material yang diguna tapi jugak sebab nilai seninya.Tapi kata orang masih jauh lebih murah berbanding karpet handmade di Turki.Ada beberapa ahli rombongan yang beli termasuk SW juga..aku tengok jelah, rasa tak sanggup pula letak barang mahal untuk dipijak dilantai..taste aku karpet murah Nilai 3 je..hehe.




silky smooth

    Kemudian gerak lagi ke destinasi selanjutnya,sebelum tu bas berhenti sekejap di kawasan kedai-kedai sebab ada yang beli simcard.Ada gerai jual buah-buahan dan gorengan panas...ramailah ahli rombongan berkerumun di situ.Aku dan SW pula menemankan Yan ke sebuah farmasi,matanya dah mula berair dan merah sejak tengahari tadi.Selesai beli ubat kami pun join d crowd dan beli buah limau serta delima.


roti gergasi...


Heritage Garden Mughal Nishat



   Destinasi seterusnya ke Heritage Garden Mughal Nishat,sebuah taman bertingkat tinggalan kerajaan Mughal yang dibina pada 1633 oleh Asif Khan,seorang menteri kerajaan Moghul yang juga merupakan bapa kepada Mumtaz Mahal merangkap bapa mertua Sultan Shah Jahan.Memang cantik taman yang menghadap tasik Dal dan berlatarkan gunung Zabarwan.


pemandangan Dal Lake di hadapan taman

gunung Zabarwan di bahagian belakang taman









bunga yang baru berkembang mekar

    Boleh juga bergambar dengan pakaian Kashmiri di sini,ramai jugalah ahli rombongan yang ambil gambar di situ.Ada sedikit kekecohan berlaku sebab fotografer demand bayaran untuk semua foto yang diambil tanpa bagi peluang untuk customer pilih dulu mana yang berkenan.Mujur juga kami dah decide nak shoot nanti,jadi pengajaran jugak insiden tu,lepas ni sebelum setuju apa-apa deal kena bagi clear term &condition so diorang  tak ambil kesempatan.

   Dengan bantuan Mr Farooq hal gambar tu pun dapat diselesaikan.Kami pun beredar ke sebuah kedai textile untuk sesi bershopping.Ada yang teruja sampai berebut-rebut beli shawl dan alas meja yang dijual murah,ada yang browse around,ada yang duduk-duduk saja....terpulang pada preference masing-masing.Masa ni mood shopping aku belum bersemi lagi sebab masih di awal trip...jadi tengok pun lebih kurang sebab banyak lagi sesi shopping ni nanti.Aku beli kekacang untuk kudapan di sebuah kedai kecil yang bersambung dengan kedai textile tadi.

tour leader dan ahli rombongan dengan aktiviti masing-masing

banyak pilihan kurti yang cantik-cantik di Kashmir

   Selesai program hari ni,kami pun dibawa pulang ke houseboat masing-masing dengan menaiki shikara dari jeti.Uncle dah menunggu dengan setia,pukul 9pm kami pun bersantap dengan hidangan biryani kari kambing,memang mantap rasanya.

saudagar permata


   Lepas makan ada peniaga datang ke houseboat,ni memang perkara biasa di sini.Malam tu ada peniaga jewelleries yang datang.Kami tengok-tengok sahaja,takda yang minat nak beli sebab kebetulan semua yang kat situ bukan jenis pengumpul aksesori.Hampa penjual tu...tapi sekurang-kurangnya ahli houseboat yang lain ramai juga yang membeli.Penjual dah beredar kami pun masuk ke bilik untuk beradu...dingin betul malam ni kesan hujan sepanjang siang tadi.Sebab bukan musim winter tiada heater yang dipasang cuma ada elektrik blanket,tarik je selimut memang terus berhibernasi sampai ke pagi.


Sambung