Friday, June 2, 2017

COLOURS OF INDIA 4-Kashmir: Sonamarg

Monday 18 April 2016

Photoshoot di Dal Lake

    Sarapan pagi dihidangkan pukul 8,di houseboat ni memang kita akan makan serentak bersama housemates yang lain setiap waktu makan sebab makanan akan dihidangkan bila semua dah ready.Jadi kesempatan ini kami gunakan untuk berkenalan dan beramah mesra dengan kawan-kawan yang lain.Ada juga kalangan ahli rombongan dari  houseboat lain yang bersiar-siar sekitar Dal Lake dengan menaiki shikara di awal pagi.

morning Dal Lake!

suasana pagi

menu sarapan

   Alhamdulillah cuaca baik dan cerah hari ni,jam 8.30am fotografer dah tiba,memang dia pegang pada janji kami.Mengambil iktibar insiden semalam kami pun deal dulu dengan dia supaya bagi pilih gambar yang berkenan sahaja.Fotografer setuju dan kami pun bersegera take turn bergambar sebab pukul 9am trip hari ini akan bermula.Shim dan JM tak jadi pula bergambar,bimbang kelewatan agaknya.

sesi fotografi


     Senang je pakai baju kashmiri ni,bajunya besar...sarung saja dan pakai topinya di kepala,naik atas shikara dan fotografer akan ajar cara nak posing.Memang pantas diorang ni buat kerja..kami tertanya jadi ke gambar yang diambil dalam keadaan agak tergesa-gesa begitu...tapi hasilnya memang superb,highly recommended untuk sesiapa yang teringin nak bergambar begini.Gambar yang dah siap dihantar ke houseboat keesokan harinya.

antara hasil photoshoot

Srinagar-Sonamarg


   Pukul 9am semua ahli rombongan dah bersedia dalam bas masing-masing,di tepi jeti pun ada banyak penjual yang menjual pelbagai barangan,sebelum bas bergerak mereka akan naik dan promot produk masing-masing.Harganya boleh dapat lebih murah berbanding dengan penjual yang datang ke houseboat,cuma waktu macam ni kita tak berapa banyak masa..kalau nampak yang berkenan grab saja cepat-cepat.


menyeberang ke jeti

    Kami mulakan perjalanan ke Sonamarg pagi ni.Srinagar agak sibuk dan kadangkala agak lama juga bas stucked di jalan yang sempit dan sesak.Hon memang semestinya meriah berkumandang sana sini.Seronok juga buat aktiviti people watching dari atas bas..macam-macam gaya,kerenah dan rupa paras menarik Kashmiris yang boleh dilihat di sini.


pagi di sekitar Srinagar


kereta kuda masih digunakan untuk pengangkutan
penempatan orang susah yang hanya tinggal di dalam khemah

   Perjalanan mengambil masa 2 jam setengah,half way kami berhenti seketika di sebuah hentian yang ada kedai makan dan toilet.Facility memang sederhana sangat...redha jelah dengan apa yang ada.Sebab ramai yang nak ke toilet yang hanya ada 2 tu,maka aku dan SW ke tepi sungai Sindh dan bergambar dulu..cantik kawasan ni,udara pun segar dan dingin saja.Cuma airnya keruh kesan hujan lebat semalam,kalau jernih menghijau mesti lagi terserlah keindahannya.

Sungai Sindh di hentian rehat



    Tiba-tiba aku tengok ada beberapa ahli rombongan kami yang sibuk bergambar dengan ahli group lain dari Malaysia yang turut singgah di situ...oh rupanya ada Ustaz Muhammad Abdullah Al Amin,yang selalu keluar di TV dan radio IKIM tu,mereka pun menuju ke Sonamarg seperti kami.

   Perjalanan di sambung semula,dah tak lama dalam sejam perjalanan.Namun tiba-tiba semua van berhenti tepi jalan agak lama,tertanya-tanya kami apa masalahnya,rupanya van A ada problem bateri...jadi sementara tunggu masalah tu selesai kami turun dan jalan-jalan bergambar di kawasan perkampungan orang Kashmir ni.


Sonamarg

   Lebih kurang setengah jam kemudian problem solved dan kami teruskan perjalanan..semakin hampir ke kawasan Sonamarg makin luas mata kami menghayati pemandangan di luar,tak berhenti snap sini sana..sangat cantik & mengasyikkan.Dalam pada tu kadang berdebar  juga dengan pemanduan bayya driver bas ni...agak agresif memotong dan laju di selekoh-selekoh tajam,sampai terjerit ngeri juga kadang tu,kesian juga orang yang dok belakang,terhentak-hentak dibuatnya.Alhamdulillah selamat tiba...Subhanallah memang terpegun kami tengok keindahan memukau persis berada di Switzerland.

pemandangan indah menuju ke Sonamarg




    Sonamarg bermaksud 'Meadow of Gold' dan  berada pada ketinggian 2800 meter dari aras laut.Lembah alpine ini terletak di tebing Sungai Sindh,menelusuri daerah ini kita disajikan pemandangan indah gunung ganang yang dilitupi salji,glaciers,air terjun,sungai yang jernih hijau,tasik,lembah dan padang rumput yang subur...sejuk mata memandang,ibarat syurga dunia cuma pembangunannya agak jauh ketinggalan disebabkan pergolakan yang berpanjangan,kalau tak dah pasti Kashmir jadi tempat pelancongan yang setanding dengan negara maju seperti di Eropah.



pergunungan ala Swiss


glaciers




    Tiada penempatan kekal di sini kerana pada musim sejuk penduduknya harus berpindah disebabkan salji tebal yang mencecah ke bumbung rumah,jalan pun ditutup kerana risiko runtuhan salji di sana sini.

   Zoji La Pass iaitu laluan di banjaran Himalaya yang menghubungkan Lembah Kashmir dan Ladakh terletak hanya 9km dari Sonamarg.Laluan ni merupakan jalan raya yang kedua tertinggi di dunia iaitu  3528 dari aras laut.Kalau feeling adventurous bolehlah try road trip dari Srinagar ke Ladakh  melalui jalan ni yang biasanya dibuka dari Jun-November..menarik sekali untuk dipertimbangkan.

Thajiwas Glacier

    Rombongan kami ke Thajiwas Glacier yang merupakan tarikan utama di Sonamarg ni.Berada pada altitude 3000 meter,dikelilingi banjaran Himalaya dan dilitupi salji sepanjang tahun.Banyak scene dalam filem Bajrangi Bhaijan yang shoot di sini dan kawasan sekitar Sonamarg,bagi yang dah pernah tengok cerita tu scene last tu dibuat di base Thajiwas glacier nilah,melibatkan pelakon dan 7000 extras,hebat betul effort untuk pembikinan filem Bollywood...memang berbaloi untuk ditonton.

Thajiwas Glacier base

suasana sibuk dengan ketibaan pelancong 

jeep untuk pengangkutan pelancong

   Untuk naik ke atas kita boleh pilih sama ada nak menaiki pony atau jeep.Naik pony nampak fun dan santai,tapi agak tak sesuai kalau masa terhad sebab ambil masa lama juga untuk 4km ride mendaki bukit.Akhirnya tour leader putuskan kami sewa jeep saja,lebih cepat dan kami akan dibawa pada aras yang lebih tinggi berbanding kalau menaiki pony.

   Agak memeningkan kepala nak deal dengan transportation kat sini,berebut-rebut dan riuh masing-masing menawarkan perkhidmatan sebab kenderaan persendirian memang tak dibenarkan naik.Berhati-hati dan ambil tahulah range harga yang sepatutnya supaya tidak diambil kesempatan.


tempat sewaan boot

   Sebelum naik jeep,ramai antara kami yang nak ke tandas,memandangkan banyak yang rosak maka terpaksalah beratur lama juga.Pembangunan prasarana dan kebersihan di sini agak menyedihkan ,tak setara dengan gahnya panorama sekeliling.Aku jadi penunggu beg sementara orang lain beratur,kemudian datang guide kami Mr Farouq,resah nampaknya dia sebab kami ambil masa yang lama di situ.Lalu di ajaknya aku dan beberapa orang yang masih menunggu giliran untuk ke hotel berhampiran dan menumpang tandas di situ.Lepas tu kami sewa boot getah,walaupun condition boot tu macam kasut orang nak pergi ladang tapi terpaksalah pakai juga untuk mengelakkan kebasahan kasut dan seluar.


rombongan Ustaz Muhammad menaiki pony

pelancong yang berkuda

    Kami pun berkumpul semula,setiap jeep boleh memuatkan 8 orang...gang housemates kami yang berenam dah sepakat nak naik van yang sama,tambah 2 lagi kak Zah dan Kak Jem yang sporting tu.Dah ready semua jeep pun gerak mendaki Thajiwas glacier.Lagi tinggi lagi awesome pemandangan,rasa macam dalam expedisi national geographic pulak.


aras pertama-ramai pelancong bertumpu di sini



     Melewati  aras yang pertama nampaknya ramai orang berada di situ..yang menaiki pony pun biasanya akan berhenti di sini saja,boleh main snow sledge juga dengan sedikit bayaran dan tips pada penariknya.Tapi Leez dah bagitau kami akan main sledge di Gulmarg,jadi tak perlulah main di sini.Jeep kami terus naik lagi ke atas..pemandangan lebih cantik malah lebih privacy sebab tak ramai orang di situ.Turun jeep saja apalagi masing-masing cukup teruja,gang kami berenam laju-laju mendaki bukit cari spot yang menarik nak bergambar,puas tour leader panggil balik ke bawah utuk group foto..hehe,sabor jela Leez ya.

sampai ke aras kedua-lebih privacy




embrace your inner child

    Tak puas rasanya menikmati alam indah di sini,tak lama dalam sejam kemudian Mr Farouq dah memanggil-manggil kami untuk turun semula,alahai berat betul kaki nak melangkah pergi.Walaupun dan melewati pukul 3 tapi  seronok punya pasal memang tak terasa lapar pun.Apa pun kenalah akur dengan jadual trip kan,kena tinggal nanti meraung pulak kat situ.Kalau banyak masa bolehlah minta driver jeep bawak ke spot menarik lain seperti fish pond atau tasik.

group photo sebelum beredar

    Kami pun turun semula ke base dengan menaiki jeep yang sama.Dari situ kami menaiki coaster mengikut group masing-masing dan bergerak meninggalkan Thajiwas Glacier untuk ke lokasi makan tengahari.


Sambung

4 comments:

  1. Kalau dapat naik pony ride tu lagi seronok kan. Yang dalam gambaq orang yg naik pony tu group lain ker ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Plan asal mmg naik pony,tp tak cukup masa pulak...haah yang naik pony tu group ustaz muhammad,tp sampai ke 1st level je,yg ke 2nd level semua yg naik pakai jeep

      Delete
  2. Menarik.
    Teringin nak ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. please do...mmg berbaloi,ada keunikan tersendiri

      Delete