Pages

Friday, April 28, 2017

Edisi Khas:Fly with Malindo Air

Cerita tentang Malindo Air





Sebagai traveller yang rajin ke negara luar bab mencari tiket kapal terbang merupakan agenda utama sebelum merangka itinerari untuk ke mana-mana.Dah dapat tiket wallah senyum lebar sebab dah terbayang betapa seronoknya perjalanan mengembara ke destinasi yang dituju.
Tapi biasa la bila sebut je kapal terbang kebanyakan orang akan beranggapan kosnya mesti tinggi.Tapi tak semua yang mahal tau, ada je yang murah dan yang paling penting kena la rajin cari kat Mr Google tuh! Sini aku nak war-warkan, kalau nak naik kapal terbang better pilih Malindo Air sebab tiket penerbangan yang ditawarkan sangat berpatutan dan yang paling penting mampu untuk semua orang beli.
Pengalaman pertama aku naik Malindo ialah masa travel ke India tahun lepas.Malindo Air ni best sangat korang! Tak terungkap la cite dia..hahaha..First impression aku terhadap Malindo Air adalah sangat baik setakat ini yela start from check-in kat kaunter sehinggalah tamat penerbangan proses dan servis yang diberikan perghh sangat cepat dan tip top! Semua ahli rombongan masa tu sangat berpuas hati dapat fly dengan Malindo ke New Delhi.


rombongan ke India

family Angah ke HCM

Pengalaman lain pula dari family abangku sendiri..aku cerita sebab tiket aku yang belikan masa diorang decide nak follow trip aku ke Ho Chi Minh,walaupun dah tak lama dari tarikh nak fly tapi still boleh dapat harga yang berpatutan..jeles tau sebab tiket tu lagi murah dari yang aku beli,dapat rm289 return inclusive luggage 30kg plak tu!Sakanla diorang shopping kat Vietnam tu.Takpalah dah rezeki Angah aku,mereka pun puji best naik Malindo and masa balik dapat naik aircraft baru..bau kedai lagiii..ish,ish jeles to d maxx!
Selain itu aircraft Malindo Air ni pon boleh tahan lawanya..haha boleh la korang post kat Instagram ke Facebook ke tunjuk sikit interior dia al maklum tak kira brapa banyak kali naik flight mesti teruja sangat kan especially masa departure tu! Now aku nak cerita pulak servis dan kemudahan yang terdapat dalam Malindo Air ni. Masuk je dalam flight perghh kagum aku yela mana tak nya cantik sangat susunan seat dengan leg room yang luas dan yang penting kemas dan selesa,sesuai sangat untuk penerbangan jarak dekat mahupun jarak jauh.


bantal dan selimut disediakan untuk perjalanan jarak jauh

Setiap satu tempat duduk akan ada screen ala-ala tv kecik tu so kalau bosan boleh la tengok rancangan yang ditayangkan,dengar lagu atau main game.Cuma kena bawa earphone sendiri tau kalau nak tengok yela nanti terganggu pulak penumpang yang lain. Aku sempat la tengok movie dan sitcom sebab duration penerbangan ke New Delhi 5.5 jam,agak lama tapi tak sempat rasa bosan pun.


Selain itu, dalam flight ni pon tersedia usb port,mana la tau battery phone dah habis boleh la charge terus..canggih kan! Malindo Air pun dah makin maju selangkah dimana kita pon boleh guna Wifi while flying. Line memang penuh so tak payah la korang risau xde line ke ape ke sebab line wifi yang disediakan memang sangat tip top! Duduk lama ni biasa la tangan pon merayau jer nak selongkar apa yang ada haha! Macam-macam ada tau seperti majalah, brochures dan catalogue. For those yang berminat nak beli buah tangan dan snacks tu korang boleh la pilih, macam-macam ada Bukan tu sahaja, menu makanan yang ada pun menarik belaka..kalau boleh semua aku nak order..hahaa tapi biasa la karang habis pulak wang ringgit kalau ikut nafsu ni!



biryani meal semasa ke Delhi


Another best thing adalah, kita akan dapat snack free walaupun hanyalah dua keping cookies dan air minuman tapi better dari tak dapat apa-apa kan.Angah aku cakap diorang dapat muffin dan air untuk flight ke HCM.Masa pergi Delhi kami semua pun ingat dapat snack ringan,sakan la pergi breakfast yang heavy sikit masa kat KLIA pagi tu,tapi rupanya kami dapat makan nasi biryani,sedap pulak tu..memang kenyang dibuatnya.

selamat tiba ke New Delhi

Alhamdulillah landing sangat la smooth dan semuanya selamat. Aku rasa macam dah jatuh cinta dengan Malindo Air ni! Harapnya akan bertambahlah destinasi dengan Malindo ni..pasti jadi pilihan utama. Yela servis and fasiliti yang ada memang sangat memuaskan! So korang tunggu apa lagi! Search jer Malindo Air online booking sebelum tiket habis! Nanti korang menyesal..,go travel,bersantai dan bergembiralah dalam atau luar negara,...have a safe journey u ollss!

18 comments:

  1. colour nasi beriani tu cantik laaa...

    ReplyDelete
  2. Akak ada gak tenguk2 tiket Malindo Air ke Taiwan, harga mmg attractive.
    Tapi Malindo Air ini kalau local flight memadang ajer delay. Baru ni naik masa
    bulan 2 KUL-PEN delay 45 min, sebelum tu pun anak punya flight dgn Malindo Air pun kerap delay. Cuma advantage dia flight boleh naik dari Subang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi yeke k nori,tk pernah naik yg local lagi..harap ada improvement la nnt,ni entri advertorial untuk traveloka,dpt artikel pasal malindo,so edit sikit ikut experience sendiri

      Delete
  3. Setuju! Setuju dgn Ayda..JM pun pertama kali naik malindo ni time pergi new delhi tu laaa..luas dan selesa..ada free 30kg luggage lagi..kalau la dia luaskan destinasi mmg bye bye la air asia yg byk sgt charge sana sini..skrin tv pun x de

    ReplyDelete
    Replies
    1. wp entri ni kiranya berunsur advertorial sbb cooperate dengan traveloka tapi mmg betul pengalaman best naik malindo ms g delhi,lagipun AA skrg takla semurah dulu lagi...

      Delete
  4. Like mcm ayda ckp la kena rajin compare harga dgn AA sbb kadang campur tolak malindo lebih murah sbb termasuk luggage tp kalau local domestic tu kena naik dari subang..part tu leceh sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. domestik mmg tak best la nak kena g subang unless org yg dekat kt situ..hrp bykla lg international destination pasni

      Delete
  5. Malindo air ni ok sebab harga sekali dengan luggage. Tapi sekarang dengar selalu jugak delay. tu yang tak best tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga..byk juga dengar macam tu especially untuk domestik,hrpnya akan improve la nnt sebab ramai yg suka naik flight Malindo ni

      Delete
  6. best kan Malindo Air ? hehe tengah riki riki jugak mana lagi Malindo fly yang menarik hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni mmg menarikla experience dengan malindo,hopefully ditambah lagi international destinations,ada promo grab cecepat Siti

      Delete
  7. Dah bole usha tiket malindo air la lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah skrg mmg prefer malindo klau dpt promo,senang smua seat,baggage,makan dah all in

      Delete
  8. As salam...boleh sy tau flight malindo air ni di klia atau klia 2 yer? t.kasih

    ReplyDelete
  9. belum pernah naik Malindo...maybe nak try one fine day..

    ReplyDelete