New Delhi-Srinagar
Pagi lepas sarapan semua ahli rombongan pun naik bas dan bertolak ke domestic airport.Sampai airport bermulalah prosedur yang sangat renyah.Seawal masuk pintu airport lagi dah kena beratur tunggu giliran sebab hanya yang ada tiket flight je dibenarkan masuk.Akur jelah kan,dah undang-undang macam tu..demi faktor keselamatan jugak.
Jadi sebaiknya walaupun naik domestic flight pastikan tiba at least 2 jam awal dan bawa E-ticket print siap-siap.Untuk group kami Leez dah prepare semua,bila nama dipanggil officer akan cek paspot untuk pengesahan dan baru dibenarkan masuk.Dah masuk dalam beratur lagi untuk urusan check in pula,sempat bergambar bagai sementara menunggu tu.
ahli rombongan riang ria bergambar di Delhi airport sementara menunggu check in |
Bagi sesiapa yang dah setel check in terus menuju ke departure gate,kena lalu pemeriksaan kastam pula.Kat sini semua orang akan di scan badan untuk detect metal object.Untuk perempuan kena masuk ruang kecil yang bertutup.Rasa macam bahaya pula sebab selalunya beg jalan dulu kat scan machine dan kita kena tunggu giliran untuk scan.Kalau group besar dan ada kawan ok sikit sebab yang dah selesai boleh tengokkan beg..kalau sorang tawakkal jela barang selamat.
Selesai semua urusan,kami pun naik shuttle bus ke area berlepas,flight Indigo air dah menunggu.Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam setengah.Sempat tidur seround,dah nak sampai semua orang semakin excited,mana taknya..dari atas flight lagi dah nampak keindahan Kashmir dengan puncak gunung ganang dilitupi salji.
boarding flight ke Kashmir |
Banjaran dan snow capped mountains di bumi Kashmir |
Srinagar merupakan bandar terbesar di negeri Jammu&Kashmir dan ia merupakan ibu negeri pada musim panas.Waktu winter pula capital berpindah ke Jammu. Walaupun keadaan stabil pada ketika itu di Srinagar,kawalan keselamatan adalah ketat,askar bersenjata boleh dilihat di mana-mana.
tiba di Srinagar International Airport |
Masa kami sampai hujan turun dengan lebatnya,maka ada delay sedikit menunggu airport transfer ke tempat penginapan.Di sini kami dipecahkan kepada 3 kumpulan iaitu group A,B,C untuk menaiki 3 van berbeza,kami akan kekal dalam group yang sama sepanjang trip di Kashmir ini.
Ahli group B seramai 12 orang |
Bila transport dah ready dan porter-porter di airport dah tolong masukkan beg kami pun berlarian meredah hujan ke van masing-masing.Dalam setengah jam kami tiba ke jeti no 13 di pinggir tasik Dal.Dari sini kena naik water taxi atau perahu kecil yang dikenali sebagai shikara untuk pergi ke penginapan houseboat di tengah tasik tersebut.Kalut jugalah nak menguruskan group yang besar dengan keadaan hujan sebegini.Setiap shikara membawa 3 orang,tak perlu risau kebasahan sebab perahunya berbumbung.Beg-beg kami pula diangkut dengan shikara berasingan.
deretan shikara(water taxi) di tepi jeti |
hujan lebat di Srinagar semasa hari ketibaan |
Houseboat,Dal Lake
Houseboat Continental |
Ada 6 houseboat yang telah ditempah untuk penginapan kami.Aku dan SW akan duduk bersama 4 lagi ahli rombongan yang lain.Seronok dapat tahu rupanya JM,Yan,Shim dan rakannya M yang akan menginap di houseboat yang sama dengan kami.
Ada 3 bilik di houseboat yang bernama Continental ini,jadi semuanya duduk sebilik berdua dengan rakan travel masing-masing.Tak lama lepas check in lunch pun dah ready.Houseboat ni ada penjaganya,semua hal berkaitan penginapan ni diuruskan oleh beliau.Oleh sebab guardian kami ni nampak agak berumur maka kami panggil uncle saja.Bila lunch dah ready kami semua pun dipanggil untuk lunch...sedap sangat menjamu selera dengan hidangan panas dalam kedinginan hujan hari ni.
houseboat interior |
masing-masing cewi ambik gambar makanan |
Kashmiri cuisine |
Di houseboat ni kita kena bersedia dengan kedatangan berbagai seller.macam-macam barangan yang kan dipromosikan.Tengahari tu ada fotografer datang mempromosi pakej bergambar dengan baju kashmiri sambil naik shikara..menarik juga tapi kami minta mereka datang pagi esoknya memandangkan cuaca mendung dan hujan masih turun renyai-renyai,tambahan pula kami pun nak bersiap keluar untuk menyertai aturcara trip yang selanjutnya.
promo photoshoot dengan baju Kashmiri berlatarbelakangkan Dal Lake |
hujan mula reda,bersedia untuk menjelajah Srinagar |
Indira Ghandi Memorial Tulip Garden
Petang tu kami dibawa ke ladang tulip,sebenarnya ladang ni dah ditutup sebab tahun ni tulip mekar awal,kira dah habis musim sekarang.Namun tour guide kami yang bernama Mr Farooq gigih merayu kat penjaga ladang tu supaya benarkan group kami masuk sekejap untuk melihat saki baki tulip yang ada...lama juga proses nego,agak kebasahan dek hujan aku dan SW kembali atas bas..kami tak kisah sangat kalau tak dapat masuk,sebab dah pernah ke taman tulip masa di Perth,masa tu hujan juga..dah nasib..kami,tulip dan hujan berpisah tiada.
hanya sebaris tulip yang tinggal...huhuhu... |
Tak lama duduk atas bas kami dipanggil semula..dah boleh masuk ke dalam,oklah kita redah je hujan tengok apa yang ada,sayang sekali hanya sebaris aje tulip mekar yang tinggal..sendu jugalah menengoknya,kalau penuh satu ladang mau guling-guling hindustan dah kat situ.Tapi takpalah kita feeling2 Kajol bergambar dalam hujan.
Carpet Factory
Destinasi seterusnya ialah ke kilang carpet...bukan carpet biasa-biasa tapi handmade.Karpet buatan tangan ni dibuat dari pure wool atau pure silk,atau mix kedua-duanya.Makan bulan nak siapkan sehelai,lepas bagi penerangan dan demo pembuatan karpet tauke kedai pun promote karpet yang dah siap untuk dijual,ada yang bersaiz kecil juga untuk dibuat sejadah...harga memang woww,high end maklumlah bukan sekadar karpet biasa...mahal bukan sahaja sebab material yang diguna tapi jugak sebab nilai seninya.Tapi kata orang masih jauh lebih murah berbanding karpet handmade di Turki.Ada beberapa ahli rombongan yang beli termasuk SW juga..aku tengok jelah, rasa tak sanggup pula letak barang mahal untuk dipijak dilantai..taste aku karpet murah Nilai 3 je..hehe.
silky smooth |
Kemudian gerak lagi ke destinasi selanjutnya,sebelum tu bas berhenti sekejap di kawasan kedai-kedai sebab ada yang beli simcard.Ada gerai jual buah-buahan dan gorengan panas...ramailah ahli rombongan berkerumun di situ.Aku dan SW pula menemankan Yan ke sebuah farmasi,matanya dah mula berair dan merah sejak tengahari tadi.Selesai beli ubat kami pun join d crowd dan beli buah limau serta delima.
roti gergasi... |
Heritage Garden Mughal Nishat
Destinasi seterusnya ke Heritage Garden Mughal Nishat,sebuah taman bertingkat tinggalan kerajaan Mughal yang dibina pada 1633 oleh Asif Khan,seorang menteri kerajaan Moghul yang juga merupakan bapa kepada Mumtaz Mahal merangkap bapa mertua Sultan Shah Jahan.Memang cantik taman yang menghadap tasik Dal dan berlatarkan gunung Zabarwan.
pemandangan Dal Lake di hadapan taman |
gunung Zabarwan di bahagian belakang taman |
bunga yang baru berkembang mekar |
Boleh juga bergambar dengan pakaian Kashmiri di sini,ramai jugalah ahli rombongan yang ambil gambar di situ.Ada sedikit kekecohan berlaku sebab fotografer demand bayaran untuk semua foto yang diambil tanpa bagi peluang untuk customer pilih dulu mana yang berkenan.Mujur juga kami dah decide nak shoot nanti,jadi pengajaran jugak insiden tu,lepas ni sebelum setuju apa-apa deal kena bagi clear term &condition so diorang tak ambil kesempatan.
Dengan bantuan Mr Farooq hal gambar tu pun dapat diselesaikan.Kami pun beredar ke sebuah kedai textile untuk sesi bershopping.Ada yang teruja sampai berebut-rebut beli shawl dan alas meja yang dijual murah,ada yang browse around,ada yang duduk-duduk saja....terpulang pada preference masing-masing.Masa ni mood shopping aku belum bersemi lagi sebab masih di awal trip...jadi tengok pun lebih kurang sebab banyak lagi sesi shopping ni nanti.Aku beli kekacang untuk kudapan di sebuah kedai kecil yang bersambung dengan kedai textile tadi.
tour leader dan ahli rombongan dengan aktiviti masing-masing |
banyak pilihan kurti yang cantik-cantik di Kashmir |
Selesai program hari ni,kami pun dibawa pulang ke houseboat masing-masing dengan menaiki shikara dari jeti.Uncle dah menunggu dengan setia,pukul 9pm kami pun bersantap dengan hidangan biryani kari kambing,memang mantap rasanya.
saudagar permata |
Lepas makan ada peniaga datang ke houseboat,ni memang perkara biasa di sini.Malam tu ada peniaga jewelleries yang datang.Kami tengok-tengok sahaja,takda yang minat nak beli sebab kebetulan semua yang kat situ bukan jenis pengumpul aksesori.Hampa penjual tu...tapi sekurang-kurangnya ahli houseboat yang lain ramai juga yang membeli.Penjual dah beredar kami pun masuk ke bilik untuk beradu...dingin betul malam ni kesan hujan sepanjang siang tadi.Sebab bukan musim winter tiada heater yang dipasang cuma ada elektrik blanket,tarik je selimut memang terus berhibernasi sampai ke pagi.
Sambung
bestnya..Kashmir..ramai pulak peniaga yg datang..
ReplyDeletememang best,teringin nak repeat lagi...peniaga mmg ramai yang berdagang,di houseboat,di jeti,masa tengah naik shikara pun ada...tapi baik-baik je mereka,tak pushy
DeletePuas hati bacs ni.
ReplyDeleteLetaklah nama perserta kat foto tu.
Baru tau, shikara tu teksi air.
terima kasih...
Deletehehe nama pserta sy tak letak,ada yg dh pesan taknak dikenali
Ayda yg mana satu?
ReplyDeletesy yg btudung pink..
DeleteFoto yg ke 17 & 18 tu siapa. Macam pernah tengok. Mungkin ia atau tidak, pelanduk banyak yg serupa,
ReplyDeleteThanks.
o ada kenalan ke yang pergi tu..klau 17 sy,kak Haslinda &Lia,18 tu kak Zuraida,kwn sy SW dan blogger Mazuriah
DeleteBerapa harga carket yg kawan Ayda beli tu ? Ada kena tax tak bawak balik M'sia.
ReplyDeleteCarpet yg high quality nih mmg cantik, kita boleh rasa dan tau bandingkan dgn carpet2 biasa
harga around 1k tak silap,size kecik,diorang siap pack bg compact..so senang nak bwak,tkda kena tax,klau yg besar2 tu diorang shipping terus ke address Malaysia,memang berkualiti tinggi,padanla dengan harganya
DeleteWah! Dah kuar cite kashmir..kalau JM kan dah lupa nak tulis apa ahaaha..nampak nya kena refer sini utk refeesh balik...memori dah lost..byk entri tertunggak..adeh
ReplyDeleteni pun jenuh gak memerah otak..dhla malas nak catit apa-apa masa tu,mentang ikut pakej kn,intai2 gak blog leez nak ingat balik...JM serula semangat memblog tu bangkit segera eh..rindu tau tgu entri baru
DeleteUrusan check in nk masuk srinagar tu mmg merumitkan sgt rumit..adeh! Sib bsik pergi berkumpulan..tu x cite lagi checking semasa nk blk nk kuar dari srinagar..adeh! Pengalaman
ReplyDeletepart tu mmg bertabahla hati...mujur reramai takla kalut n cuak sgt kan..adoii
Delete