Pages

Friday, February 3, 2017

COLOURS OF INDIA 2-Delhi

16 April 2016

KL-New Delhi

       Tiba hari yang dinanti-nantikan...berdebar dan teruja nak berombongan ke India.Pagi-pagi sebelum subuh dah berkumpul di KLIA,mana yg sampai dulu terus ke surau untuk menunaikan solat.Kemudian SW dan aku ke tempat pertemuan ahli rombongan,meriah sesi taaruf kami.Aku dan SW pun memperkenalkan diri pada Leez,tour leader trip ini dan bersalaman dengan beberapa peserta rombongan yang berhampiran.

   Kemudian aku menuju ke seseorang yang selama ini aku kenali di alam maya,terus menegur,kenal saya tak?Beliau terpinga-pinga sebentar kerana tiba-tiba disapa begitu,cuba mengingat sebab muka  nampak familiar katanya..Ayda lah,kawan blog,aku tersengih-sengih lagi.Barulah mukaku dapat di cam,kami sama-sama teruja dapat bersua muka malah bakal travel bersama.Itulah detik pertemuan dengan JM,sahabat blog yang famous amos itu..hehe.JM memperkenalkan rakan travelnya,Yan,aku pula memperkenalkan SW pada mereka.

Leez memberi taklimat sebelum boarding

sedia untuk berlepas

   Urusan check in berjalan lancar,walaupun ada ahli rombongan yang tiba agak lewat kerana perkhidmatan ERL tergendala pagi itu namun masih sampai on time dengan menaiki teksi.Seat diberi secara random,jadi kena pandai-pandailah tukar suka sama suka.SW dan aku tak dapat duduk sekali,aku berkenalan dengan Shim yang duduk di sebelahku,Shim juga terpisah dari rakannya.Baru saja nak rancak bersembang tiba-tiba SW dah panggil,dia dah dapatkan seat di satu row yang kosong di depan.Ok Shim gerak dulu ya..nanti kta sembang lagi.

meal vege biryani dalam flight

   Lebih kurang 5 jam setengah di atas flight kami pun tibalah di Indira Ghandi International Airport,New Delhi.Selesai urusan immigration kami  pun keluar,tour guide sudah sedia menunggu rombongan kami.Setelah menunggu beberapa ketika bas pun sedia untuk dinaiki.Atas bas ada kalungan bunga selamat datang untuk setiap orang.Oleh sebab SW dan aku antara yang awal naik bas maka SW pun mengedarkannya bunga tersebut pada setiap peserta yang menaiki bas selepas kami.Leez dan suaminya serta tour guide masih sibuk di bawah menguruskan loading bagasi ke perut bas.

Delhi yang padat dan berdebu

Indira Ghandi International Airport

menuju ke kaunter immigration

Welcome to India

   Acara pertama di tengahari ni semestinya mengisi perut yang dah berkeroncong.Walaupun jarak tak jauh tapi trafik yang sentiasa sibuk dan sesak di India ini melambatkan perjalanan.Macam-macam kerenah pemandu India,yang menentang arus pun ada.Inilah warna-warni yang perlu kita rasai di sini.Akhirnya sampai jugalah ke restoran yang terletak di sebuah hotel.Alhamdulillah food sangat sedap dengan pelbagai pilihan.. sakan masing-masing menjamu selera.

mural Mahatma Ghandi pada bangunan Delhi Police Headquarters

*                                                auto rickshaw-pengangkutan awam paling popular di India


jalan sesak ke restoran

makan time!!

  Selesai makan kami solat  di ruang lobi hotel berkenaan.Acara selepas tu ialah sightseeing bandar Delhi,kami sempat berhenti melawat Jamia Mosque dan India gate.Tak banyak tempat dapat singgah memandangkan kesesakan teruk bandar Delhi ini.

tumpang solat di lobi hotel

OLD DELHI

   Old Delhi merupakan walled city yang diasaskan oleh Maharaja Mughal yang ke-5,Shah Jahan.Beliau merupakan penaung kepada kesenian dan reka bentuk bangunan yang terkenal. Taj Mahal,Red Fort dan Jamia Mosque merupakan antara legasi hebat tinggalan baginda.Tidak hairanlah zaman pemerintahannya dikenali sebagai Zaman Keagungan Kesenian Islam.

Shahjahanbad (kini dikenali sebagai Old Delhi)



   Old Delhi yang dulu dikenali sebagai bandar Shahjahanbad merupakan Mughal Empire capital sehinggalah ke penghujung pemerintahan dinasti tersebut (1638-1857).Selepas British mengambil alih tampuk pemerintahan,capital city beralih ke Bengal,Calcutta dan kemudian berpindah ke area New Delhi sekarang,dan selepas itu Shanjahabad dikenali sebagai Old Delhi.

   Shahjahanbad dahulu adalah bandar yang sangat cantik dan terancang,dikelilingi tembok sepanjang 6.1km dengan 14 pintu gerbang.Ia merupakan penempatan bangsawan,dipenuhi taman dan bangunan yang gah.Sebahagian besar bangunan tembok telah pun musnah bagaimanapun kebanyakan pintu gerbang masih ada.Bangunan tembok yang masih bersisa inilah yang menjadi tanda sempadan antara Old dan New Delhi.

   Kini keadaan berubah 180 darjah..sedih melihat persekitaran yang sesak,kotor dengan bangunan usang dan tidak terjaga.Tak terjangkau difikiran bagaimanalah agaknya keindahan lanskapnya di zaman kegemilangan pemerintahan Islam pada masa lampau.

*                                                                       sesak dan padat di Old Delhi area


wayar kusut dan berselirat

terdapat banyak bengkel di sekitar Old Delhi


ramai muslim di area ni

JAMIA MOSQUE




   Bangunan masjid yang bersejarah ini terletak di central Old Delhi,berseberangan dengan sebuah lagi attraction yang popular  iaitu Red Fort.Masjid i-Jahan-Numa  ini lebih dikenali sebagai Jamia Mosque dibina pada era pemerintahan Shah Jahan bermula dari tahun 1644 dan siap 12 tahun kemudian pada tahun 1656.Ia merupakan masjid yang terbesar dan terbilang di seluruh India ketika itu.

   Masjid ini mempunyai 3 gerbang,kami masuk melalu gate 3.Kasut kena tinggalkan di luar,ada yang jaga tapi kena bagi tips sikitlah,dah budaya di sini.Bawa masuk kamera pun perlu bayar juga,tak teringat pula berapa jumlahnya.

Gate 3

gerbang masjid dari luar


*                                                          bergambar dengan sebahagian ahli rombongan

gerbang masjid dari dalam

   Kami pun berlegar-legar di sekeliling masjid,menghayati senibina hebat tinggalan kerajaan Mughal. Kapasiti masjid ini ialah 25000,masih kekal masjid yang berkapasiti paling besar di India.Red sandstone yang digunakan untuk membina masjid ini memang mantap..binaannya masih sangat teguh sehingga kini walaupun keseluruhan kompleks ini agak usang.


*                                       dinding masjid penuh dengan tulisan khat ayat-ayat quran dan ukiran bunga





     *                                                                         kolam besar  untuk ambil wuduk

    Selesai lawatan di masjid kami menaiki bas semula dan berdepan cabaran melalui kawasan yang sangat crowded dengan jalan kecil di area ini.Banyak tinggalan sejarah penting di sini,salah satunya adalah Red Fort,tapi tak sempat menyinggah di situ,hanya memerhati dari atas bas.

laluan sesak & sempit yang sangat mencabar untuk bas 



RED FORT


   Red Fort merupakan kompleks istana di zaman silam dan adalah fokal point bagi bandar Shahjahanbad.Ia menjadi pusat pentadbiran dan tempat kediaman Maharaja Shah Jahan.Ianya terus menjadi kediaman bagi raja Mughal hampir 200 tahun lamanya.Bangunan utuh yang diperbuat dari red sandstone ini dibina pada tahun 1639 dan menampilkan senibina yang sangat halus diinspirasikan dari fusion antara budaya Mughal,Persian,Timurid dan Hindu.Red fort diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage site pada tahun 2007.


INDIA GATE




   Selepas mengharungi kawasan crowded tadi bas bergerak lancar dan kami singgah ke destinasi selanjutnya iaitu India Gate.

   Terletak di tengah New Delhi,India gate merupakan struktur gerbang setinggi 42 meter.Binaannya hampir sama dengan Arc de Triomphe yang terletak di Paris.Ia dibina sebagai memorial mengingati 70000 askar yang terkorban semasa menentang British di dalam perang Dunia pertama.
Di memorial ini juga terukir nama 13 516 nama askar British dan India yang terkorban semasa Afghan war tahun 1919.




nama-nama askar yang terkoban diabadikan pada monumen ini
   Kawasan yang menjadi tumpuan pelancong ini juga menjadi tumpuan penduduk tempatan untuk dtang bersantai dan berehat di taman yang ada di sekelilingnya.Terdapat banyak penjaja yang menjual pelbagai barangan seperti mkanan,kraftangan,souvenir dan mainan kanak-kanak

*                                                                                    penjaja di sekitar India Gate

   Selepas lawatan ke India gate hari pun dah beransur senja.Kami terus dibawa ke restoran untuk makan malam.Waktu inilah nak beramah mesra dan berkenal-kenal dengan peserta rombongan terutama yang duduk semeja.

*                                                                                      dinner time!

teman semeja



   Selesai dinner kami pun dibawa ke Welcome hotel,tight juga security di sini,sebelum masuk kena scan beg dulu.Kami menunggu di lobi untuk urusan check in,dah dapat kunci masing-masing pun bergegas ke bilik,tak sabar nak berehat selepas hari yang panjang.Bilik hotel memang sangat selesa cuma yang tak bestnya hotel ni kedekut wifi..kena bayar dulu barulah diberikan password untuk akses internet.

Welcome Hotel


ada shopping complex dalam kawasan hotel

bilik luas,tilam empuk..beradu lena diulit mimpi indah

Selesai hari pertama di bumi India..penat tapi seronok,tak sabar menanti hari esok untuk terbang menjejak Kashmir.


(* credit pada kak Aini kerana meyumbangkan gambar-gambar terutama street photos yang awesome sepanjang trip)

Sambung

15 comments:

  1. wahh..JM pun ada sekali..hihi..ramai tul umat manusia...jem yg tak tahan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..seronok jmpa kawan blog,ada blogger lain juga yg join.
      Itulah tak suka sangat suasana Delhi,panas,bdebu dan sesak..tapi bab sejarahnya agak menarik juga

      Delete
  2. Gambaq kat tangga yg ramai2 tu, yg pakai pink kat depan tu akak kenal, waktu dia pi Tokyo dulu dia penah tanya dan ikut itinerary yg mcm akak buat. Dia lagi dasyat merata tempat dia dah pusing hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh kak Nori kenal kak Jem ke...haha,mmg sporting akak ni...betul tu banyak sungguh tempat dia dah pegi,sakan travel sana sini

      Delete
  3. Seronoknya dah sampai India. Namaste. 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Namaste syieda...hehe,mmg best..unik feeling g India ni

      Delete
  4. Replies
    1. haah SS...1st time jumpa kawan alam maya face to face

      Delete
  5. Saya tunggu sambungan cerita di kashmir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih tuan kerana follow crita Kashmir,sedang dlm pembikinan..insyaAllah will publish soon

      Delete
    2. Lahore di Pakistan dalam perancangan saya ke sana. Masjid lama kat sana cantik2 Maybe kali ni saya nak buat travelog yg betul2. Selalunya travelling saya tak buat travelog. Sebab utama malas.

      Delete
    3. Sebab ke dua, baru je berbelogging.

      Delete
    4. Saya suka menulis tapi agak slow sebab kekangan masa,mmg bagus & sangat dialu-alukan tuan tulis pengalaman travel apalagi ke tempat yang rare,sangat berguna untuk rujukan pencari info dan untuk kenangan diri sendiri juga

      Delete
  6. Ahakssss...muka familiar sbb tgk dlm blog je

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan di laut,asam di darat..dekat epot bertemua jua...boleh gituu..haha

      Delete