Wednesday, June 17, 2015

KANSAI :Kyoto -Toie Kyoto Studio Park

13 January 2015

Toie Kyoto Studio Park

  Theme park ni terletak di area Uzumasa,nama Jepun tempat ni ialah Toie Uzumasa Eigamura,kalau di kalangan pelancong dikenali juga sebagai Kyoto Studio Park atau Movie land.
Mode of transportation boleh naik bas,train atau subway.Rasanya option train adalah paling pantas dan mudah,bas stop yang terhampir tak pasti pula lokasinya di mana,subway pula agak jauh berbanding train station

1.JR Train (Sagano line) - JR Uzumasa station- 5 mins walk

2.Randen Train (Arashiyama line)- Uzumasa Koryuji station or Katabiranotsuji station - 7 mins walk

3.Kyoto bus- Kyoto station --> Uzumasa Eigamuramichi-   No 75

  Entrance fee ialah JPY2200,boleh tahan mahal jugak dan yang tak best ada additional fee lagi kalau nak masuk beberapa attraction yang agak menarik.Masuk ke area studio ni terasa dibawa ke era zaman silam....setting semua ancient.Lokasi ni memang set yang digunakan untuk actual filming,kalau nasib baik dapatla tengok diorang buat penggambaran.Tapi masa ni macam takda je apa-apa shooting,park pun lengang je.




   Di tangan kami dah ada schedule untuk show hari ni,first show yang kami tuju ialah Samurai sword fighting lesson,sampai je elok show dah nak mula.Kami yang paling awal tiba situ,dapatlah duduk kat bangku...lepas tu makin ramailah yang datang.Show ni best,happening dan kelakar...tiba part melibatkan audience Azma yang duduk di hujung bangku terpilih untuk join the show,haha memang seronok tengok samurai muslimah bermain pedang...kena pulak dengan tudung dan jaket hitam yang dipakainya hari tu.


show baru mula

demo sword fighting


sword fighting lesson

action time!!

peace no war!

bersama crew-crew

  Dah habis tu kami pergi pulak ke show Street performance re-enactment di sebuah dewan,masa ni show dah separuh jalan,ada sorang je yang perform as street vendor...show ni banyak bercakap jadi tak enjoy sangatlah sebab tak faham.


street performance

  Next show Jidaigeki,Behind the Scenes pun indoor jugak,yang ni pun menarik sebab kita dapat tengok teknik pembikinan drama samurai,last sekali diorang pun perform drama pendek hasil dari teknik-teknik yang diorang dah tunjuk sebelum tu.


behind the scene

sketsa pendek period drama

show dah abiss...

   Last sekali kami tengok Ninja show...yang ni memang drama pentas,sangat best dan meriah...full of action dan kelakar,tak paham japan pun memang terhibur tengok.

action drama





  Dah habis tengok show tu semua barulah kami jalan explore keliling park,tak besar pun tempat ni.Staff Toie yang pakai costume memang ada je berlegar keliling park tu,so jangan lepaskan peluang bergambar dengan mereka.








  Dengar kata haunted house dan ninja mystery house best,tapi ada additional charge...jadi kami tak masuklah,kalau ada banyak masa teringin gak rasanya nak masuk mystery house tu.Haunted house yang khabarnya scariest di Jepun tu kalau free pun tak berminat la rasanya nak pump adrenalin dengan cara tu.Selain tu with additional fee ada attraction 3d theatre,anime museum,art museum,costume rental shop dan costume photo shop.Harga tak pasti sebab kami memang tak pergilah semua tu...yang pastinya costume2 tu memang sangat mahal.

  Sebelum keluar kami solat dulu...dah selesai kami pun jalan kaki ke JR Uzumasa yang untuk ke Arashiyama pulak lewat petang ni.Memang dekat sangatlah JR station dengan Toei studio ni.Kalau dari station ni keluar je terus jalan arah kanan,jalan sepanjang walking path sampai hujung lepas tu belok kanan lagi....akan melintas railway keretapi kat situ,direction lepas tu agak lupa macam mana tapi memang tak jauh dah...tak silap ada signboard tunjuk arah.


dari JR Uzumasa belok kanan dan jalan sepanjang kaki lima ni sampai hujung dan belok kanan lagi

menghala ke JR Uzumasa


       Destinasi seterusnya ke Arashiyama....sempat ke sampai ke Bamboo grove sebelum gelap?...sambung di next entri.


p/s Salam Ramadhan Kareem....selamat berpuasa buat semua umat Islam,mudah-mudahan dilimpahkan maghfirah dan barakahnya.
  
Sambung........