Saturday, February 28, 2015

FROZEN JAPAN-Hida Takayama (Part 2)

10 January 2015

Pagi yang segar,nikmat sungguh duduk melamun di tepi tingkap sambil memerhati salji yang turun lebat.
Awal pagi lagi Sal sudah bersiap dan turun ke dapur menyediakan sarapan,perut berkeroncong minta di isi,seharian semalam dek kesibukan perjalanan dan keletihan kami tak sempat bersantap dengan juadah yang sempurna.
Sarapan pagi ini kami pun makan nasi instant yang dimasak dengan microwave,berlaukkan kurma daging Brahim,serunding daging dan sambal ikan bilis.
Selesai makan kami naik ke bilik dan bersedia untuk keluar menjelajah pekan kecil Takayama.Sebelum keluar kami selesaikan urusan check in dulu,total bayaran untuk 2 malam bagi bilik bertiga ialah JPY22800.Kami bertanya direction ke Morning market,staff bagi kami peta Takayama dan explain direction ke sana dan juga tempat-tempat menarik yang lain.

Kami mengorak langkah menjelajah bandar yang memutih ini,rasa seronok pulak meredah salji yang turun lebat ketika ini walaupun kami kena hati-hati sebab jalan yang licin,sesetengah bangunan mereka letakkan paip air yang dilubangkan halus-halus,air yang mengalir dari paip tersebut menghalang laluan tersebut dari dilitupi salji,jadi mudahlah nak berjalan.

snowy morning

jom jalan
Takayama terletak dikawasan yang bergunung ganang di Hida region di Gifu prefecture,ada tempat lain  yang bernama Takayama juga,jadi untuk membezakannya maka bandar ini juga dikenali sebagai Hida-Takayama.Takayama digelar juga sebagai Little Kyoto in Hida region disebabkan kesamaannya dari segi bangunan lama,temple,shrines dan old streets tapi pada skala yang lebih kecil.Sambil berjalan sambil bergambar,dalam setengah hari tu inilah tempat-tempat yang kami singgah :-

Old Private Houses (Furui-Machi-Nmai)

 Di jalan lama ini ada deretan bangunan-bangunan klasik yang dah wujud dari zaman Edo period lagi (1600-1868).Bangunan ini masih tegap dan dipulihara dengan baik sekali,ada rumah persendirian,kedai,cafe dan sake breweries.Ada juga rumah yang open to public,tapi kami tak singgah dan actually tak tau pun mana satu,sekadar bergambar je di luar.






Morning Market

Takayama morning market adalah salah satu pasar pagi yang terbesar di Jepun.Ada dua lokasi market  ni,satu di Miyagawa River side dan satu lagi di hadapan Takayama Jinya.Yang besar ialah di Miyagawa,dikatakan ada lebih kurang 60 stalls dan kedai di sepanjang riverside dari Kajibashi bridge ke Yayoibashi bridge,jaraknya kira-kira 350meter.

Excited nak tengok morning market ni..kami decide pergi yang dekat Miyagawa River..lagi seronok banyak kedai.Tapi bila sampai kawasan tu lengang semacam.Rupanya bilangan gerai ni memang berkurangan sangat time winter atau hujan...tambah pulak  tengah snow lebat ni,rasanya tak sampai 10 pun gerai yang ada,alahai hampalah harapan.Jadi kami pun jalan jugalah tengok-tengok apa yang ada,stall kecik-kecik tu kebanyakan jual sayur,buah,pickles dan ada juga kraftangan.Aku beli cucumber pickle kat gerai sorang makcik ni...boleh test mana yang berkenan.Balik Malaysia cepat je habis,sedap makan nasi berulamkan pickle cucumber ni.

signboard Miyagawa Morning market di Kajibashi Bridge

area Miyagawa morning market yang lengang

along Miyagawa River
Sebab tak banyak gerai jadi kami pun masuk ke kedai-kedai.Kebanyakan kedai jual souvenirs dan produk makanan tempatan macam manisan,kuih,crackers,dried fruits,pickles,tea.Sambil tengok-tengok barang bole minum hot tea yang diberi percuma.Tak banyak pun beli souvenirs,harga agak mahal di sini.Sampai ke hujung area morning market di Yayoibashi bridge tu kami belok  arah kanan dan berjalan menyusuri walking trail menuju ke arah temple area.

Higashiyama Temple Area

Sambil menuju ke arah temple area ni kami berhenti bergambar-gambar di sana sini.Cantik sungguh pekan yang dilimpahi salji ni.









Dari walking trail biasa tadi kami mendaki tangga dan kini berada di Higashiyama walking course.Trail ini adalah sepanjang 3.5km dan di sepanjang laluan ini akan jumpa banyak shrines dan temple yang terletak di kawasan yang sedikit berbukit...course ni juga akan membawa ke Shiroyama Park dan di situ terletaknya Shiroyama Castle ruins.


tangga untuk ke Higashiyama walking course

Takayama mempunyai sejarah yang sangat panjang bermula dari Jomon period (300BC) sehinggalah ke Meiji Restoration Era(1868),remains dari Jomon period tu masih ada sehingga sekarang.Kanamori Nagachika telah menjadi Lord of Hida pada tahun 1586.Enam generasi Kanamori clan telah menguasai  region ni selama 107 tahun.

Lord Kanamori Nagachika telah mula membina Takayama castle pada 1588 dan mengambil masa hampir 16 tahun untuk disiapkan.Beliau juga telah membina castle town,rumah-rumah samurai dibina di kawasan agak tinggi di sekeliling castle manakala kawasan rendah untuk penempatan rakyat biasa.Beliau jugalah yang menempatkan deretan temple di kawasan berbukit di bahagian timur.Boleh dikatakan asas pada bandar Takayama yang ada pada hari ini dibina pada era tersebut.Peminat sejarah mungkin boleh spend masa berhari-hari untuk mengkaji dan menyelami kisah silam bandar bersejarah ini.

Kami tak teruskan follow Higashiyama walking trail ni, leka bergambar di dua kawasan temple iaitu Unryuji dan Daioji Temple,cukuplah kan.Kena spend around 2 jam kot kalau bercadang nak habiskan trail ni.Sepanjang berjalan dalam temple area kami tak jumpa pun sesiapa...sunyi sepi takda kelibat sami or sesiapa di situ.Dah puas bergambar kami pun beredar dan sambung perjalanan dengan menyusuri jalan besar Yasugawa street.


Unryuji (Cloud Dragon Temple)-terletak pada starting point Higashiyama trail


Unryuji Temple area

Unryuji Temple area




Daioji Temple

Daioji Temple Gate-pandangan sisi


Antara Bell Tower tertua di Hida region


Yasugawa street
Kami singgah di kedai souvenir seorang nenek yang sangat baik ...dia cuba beramah mesra walaupun bercakap macam ayam itik,kami  beli beberapa barang...masa nak bayar nenek tu bagi free sorang satu heat pad,bila kami beredar dia pun keluar sekali dan tak henti-henti tunduk berterima kasih dan melambai kami...hihi,sayonara obaasan.Budaya Jepun sangat menghormati orang dan menghargai pelanggan,alangkah bagusnya kalau kita boleh adopt culture yang sebegini.

Nakabashi Bridge & Old Town Takayama (Sanmachi-suji)

Kami berjalan lagi menjelajah bandar Takayama,singgah sebentar di 7-11 untuk top up bekal makanan.Kemudian sampai di Nakabashi Red Bridge,jambatan merah ni landmark yang  popular di Takayama.Bridge ni adalah laluan perarakan semasa Takayama Festival pada musim spring dan autumn.

Takayama Spring Festival (Sanno Matsuri 14-15April annually) dan Autumn Festival ( Hachiman Matsuri 9-10 October annually) adalah antara festival yang sangat popular di Jepun.Waktu tu Takayama akan sangat padat dengan pengunjung ,jadi kalau nak ke sini pada waktu tersebut kena make sure book accomodation awal-awal...seriously rasanya seawal 1 year before.

Di sini juga terletaknya area Old town Takayama (Sanmachi-suji),terdapat 3 old streets di kawasan ni(Ichino-machi,Nino-machi dan Sanno-machi).Kawasan ini dipenuhi bangunan kayu gelap dari zaman Edo period,bolehlah feeling-feeling macam travel back ke zaman shogun dulu.Ada banyak kedai kraf,sake breweries dan restoran di kawasan ni.Kami tak sempat pun nak ronda area ni sebab kekangan masa.
Sanmachi-Suji area

Nakabashi Bridge

Takayama Jinya (Historical Government House)

Selepas jambatan kami berjalan ke bangunan Takayama Jinya,ini ialah bangunan pejabat kerajaan di zaman Edo period dan digunakan dari tahun 1692 hingga 1969.Sejarahnya generasi ke-6 Kanamori clan iaitu Lord Kanamori Yoritaki telah dipindahkan ke Kaminoyama pada tahun 1692.Selepas itu Takayama yang kaya dengan hasil bumi termasuklah emas dan perak itu berada di bawah penguasaan Tokugawa shogunate government sehinggalah Meiji Restoration Era pada tahun 1868.

Bangunan yang asalnya adalah kediaman Kanamori itu telah diubahsuai menjadi pejabat kerajaan.Dulu ada sebanyak 60 bangunan begini di Jepun tapi hanya Takayama Jinya je yang wujud sehingga hari ini.Bangunan yang ada sekarang adalah hasil dari pembinaan semula pada tahun 1816.

Musim winter dibuka pada 8.45am-4.30pm,admission 430yen

Tokugawa shogunate crest pada lantern dan bidai purple 
Bayaran masuk adalah JPY430,kami  bergambar di luar je..tak sempat nak round masuk.Kompleks Jinya ini menempatkan ruang pejabat,grand hall untuk keraian dan mesyuarat dan interrogation chamber.Di sebelah main building ada traditional rice storehouse terbesar di Jepun yang untuk menempatkan beras yang dikutip sebagai cukai.Asalnya ia terletak di Takayama Castle tapi dipindahkan ke kawasan ini pada tahun 1695 apabila Takayama Jinya telah berfungsi sebagai pejabat kerajaan.
Selesai di Takayama Jinya dah pun pukul 12 lebih,kami pulang semula ke hostel,lebih kurang 5minit jalan kaki dah sampai.Masuk je Zuhur kami pun segera solat jamak zuhur dan asar dan kemudian bersiap-siap untuk menyertai tour ke Shirakawago petang ini.


Sambung


Tuesday, February 17, 2015

FROZEN JAPAN 5 : Hida-Takayama (Part 1)

9 January 2015

Sambung kisah tentang perjalanan dari Nagano ke Takayama.

NAGANO - NAGOYA

Di JR station Nagano kami pun ke ticket office untuk reserved tiket,perlu naik 2 train,yang pertama perjalanan dari Nagano ke Nagoya,train kedua dari Nagoya ke Takayama.Perjalanan ni makan masa yang agak lama,dari Nagano ke Nagoya saja dah 3jam,dari Nagoya ke Takayama pula lebih kurang 2.5jam.

Sebenarnya ada cara yang lebih cepat nak ke Takayama dari Nagano,dari Nagano boleh berhenti di station Matsumoto (1 jam),dan dari Matsumoto ada Nohi Express bus direct ke Takayama (2.5jam),tapi memandangkan tiket bas pun dekat rm100 gak harganya,demi penjimatan kami stick to JR train jelah..alang-alang dah ada JR pass kan.

Kami bertolak dari Nagano pukul 4pm dan tiba di Nagoya pukul 7.05pm,next train ke Takayama ialah pukul 7.43pm.Kami akan stay di K's House Takayama,masa booking aku dah inform yang kami akan tiba lewat memandangkan reception desk tutup pukul 9pm.So pihak guesthouse minta untuk contact semula pada hari check in supaya diorang boleh bagi no pin code dan tinggalkan kunci di reception desk.

NAGOYA-HIDA TAKAYAMA

Nagoya Station

Sampai Nagoya aku pun dengan confident buka fail cari kertas booking confirmation yang di print,details tentang guesthouse ada dlm tu...alamak,terkedu jap sebab takda phone number  kat situ,ishh macam mana bole takda,belek-belek lagi...sah takda jugak,aduiii.Tourist info dah tutup pulak,mula gelabah time ni sebab tak banyak masa tinggal sebelum next train,once dah naik train memang sampai pukul 10lebih...kalau tak dapat pin code macam mana nak masuk guesthouse,ada yang kejung sejukk tido kat train station ni karang.

Kami pun pergi kat office Tokai travel agent yang ada kat situ,try tanya one of staff dia yang berlegar kat luar,sama ada dia tak faham atau tak keen sangat nak menolong...hanya dapat direction ke public phone,cubaan untuk mintak tolong dia carikan no phone guesthouse gagal.Kami pergi ke arah public phone yang berhampiran dengan JR Info centre...Sal pulak cuba tanya somebody di JR info tu...gagal jugak,sambil tu aku dan Azma try godek phone,cari kot2 ada free wifi,Alhamdulillah ada wifi JR station,free untuk 30minit...apsal la tak terfikir dari tadi kan,gelabah punya pasal,walaupun ambik masa sikit sebab kena register e-mail la bagai tapi berjaya jugak google no phone K's House tu.

Cepat-cepat dail pakai public phone tu...berkali-kali tak dapat-dapat...annoying betul,dh macam-macam cara try..masuk kod,tak pakai kod smuanya gagal. Sebenarnya handphone aku dan Sal ada roaming,tapi sebab gatal-gatal tukar network lain seminggu sebelum fly dan network tu pulak activated masa dh sampai Jepun,so automatic line lama disconnected and hilangla roaming service tu...huhuuu.Kami dah takda masa nak try lagi...kena bergegas ke platform...Azma cadangkan nanti dalam train mintak tolonglah sesapa call kan guesthouse tu,ok doa,usaha,tawakkal....ganbatte!

Sampai di platform masih ada sikit masa lagi..ternampak ada public phone di situ,cuba lagi..tetap sama tak dapat.Cuba nak call melalui viber tapi kat platform dah tak dapat wifi.Dalam pada aku tengah mendail no phone hostel tu Azma approach seorang lelaki Jepun yang sedang menunggu train,walaupun payah juga nak explain masalah kami syukurlah akhirnya dia mengerti juga dan sudi pinjamkan handphone..sekali dail je terus dapat bercakap dengan staf K's House,kami diberi pin code untuk pintu masuk manakala kunci bilik akan ditinggalkan atas reception desk,..aduii cemas banget...berkali-kali tertunduk-tunduk ucap arigato gozaimas kat Japanese guy tu...Alhamdulillah settle masalah.

K's HOUSE TAKAYAMA

Hampir jam 10.30pm kami pun tibalah di Takayama.Singgah Family Mart berseberang dengan JR station,kami beli instant rice,roti,susu dan jus di situ.Selesai beli barang kami pun berjalan ke K's House Takayama.

K's House Takayama


jalan ke arah JR station

K's House ni memang dekat je dengan JR Station,keluar je station terus ke arah kanan,jumpa traffic light  melintas jalan and masuk simpang kiri,jalan ke depan sikit nampaklah guest house tu sebelah kanan.Kalau jalan melenggang tak sampai 5minit pun,tapi sebab bawak beg plus kaki lima jalan banyak yang diselaputi snow tebal  kurang 10minit  baru kami sampai ke situ.

Masuk guest house ni kena tanggal kasut dan simpan di almari kasut yang disediakan.Ada selipar disediakan untuk dipakai.Kunci dan dan sekeping note dalam sampul surat bertulis namaku terletak di atas reception desk.Dalam note tersebut dinyatakan nombor bilik dan kami diminta untuk check in selepas jam 8 pagi esok.Tingkat bawah ni ada ruang tamu,dining hall,kitchen dan laundry area,nampak cosy dan sangat bersih.

reception area

living room

ruang tengok tv 

kitchen dan laundry room

kitchen area

Ada lif untuk ke tingkat atas,bilik ada 1 katil single dan 1 double decker,bathroom attached dan ada wifi.Yang tak best katil belah atas tu dekat sangat dengan heater kat siling,jadi memang kepanasan orang yang tidur kat situ so esoknya kenalah tidur kat bawah.
Oleh sebab dah tengah malam dan kami pun penat sangat maka malam tu just dinner roti dengan cili tuna je,lepas makan masing-masing pun terus melayar mimpi....zzzz.

End of Day 3

Sambung

Tuesday, February 10, 2015

FROZEN JAPAN 4 : Jigokudani Monkey Park

9 January 2015

Sayonara Shiga Kogen

Kami check out pukul 8.15am dan menyelesaikan total payment hotel  sebanyak 34 212yen dan fee untuk ski lesson 15 500yen.Kali ini kami usung je beg menuruni tangga yang dah jadi slope disebabkan timbunan salji tu,dengan penuh hati-hati semua selamat turun tanpa terjatuh.

Family room

tunggu bas
Kami tunggu bas pukul 8.50am,kali ni kena naik dua bas sebab kena transfer di Hasuike.Hasuike ni kiranya kawasan terminal bas untuk area Shiga Kogen ni.Bas direct dari Prince hotel ke Yudanaka station macam masa kami datang dulu hanya ada lepas pukul 10am.Actually bagus juga transfer di Hasuike sebab dari hotel ke Hasuike free saja.

Terminal bas di Hasuike

public bus

bus interior

Bagus betul ketepatan masa di Jepun ni,walaupun dalam keadaan salji tebal bas tetap punctual,tepat pada waktu 8.50am kami naik bas,lebih kurang 15min sampai ke Hasuike.Dari sini kami beli tiket di kaunter untuk bas ke Yudanaka pukul 9.25am berharga 770yen.Di siang hari ni barulah nampak pemandangan sekitar Shiga Kogen ini...putih salju  mendominasi suasana...tenang dan mendamaikan.




ada snow monkey di atas pokok



Sebenarnya destinasi kami iaitu Jigokudani Monkey Park adalah dalam laluan bas sebelum tiba Yudanaka station.Tapi kami terpaksa ke train station dulu untuk simpan beg di locker,lepas tu baru patah balik ke Jigokudani,renyah sikit tapi hanya tu option yang ada.
Actually aku ada terbaca ada cafe di area Jigokudani tu yang menyediakan pekhidmatan simpan beg,tapi tak berani nak terus pergi sebab luggage kami memang banyak dan gedabak,tambahan staff di hotel pun memang bagitau tempat simpan beg di train station,takda pulak dia sebut tentang cafe tu.Better safe than sorry,ternyata keputusan tu memang tepat...nanti diceritakan kenapa..

Kanbayashi Onsen

Lebih kurang pukul 10am tiba di Yudanaka station,kami bergegas simpan beg di locker,harga 500yen locker yang paling besar.Kemudian naik bas semula untuk ke Jigokudani,rupanya bas yang kami naik tadi juga yang akan berpatah balik untuk laluan ke Shiga Kogen,pakcik driver senyum je tengok kami.

Bus stop untuk ke Jigokudani Monkey Park  ialah Kanbayashi Onsen.Tambang 310yen dan perjalanan lebih kurang 15minit.Takda problem untuk turun bas sebab ada announcement in English untuk setiap stop,bila sebut je next stop yang kita nak berhenti terus tekan loceng.

Jigokudani Monkey Park

Dari Kanbayashi onsen stop,kami pun follow sign board untuk ke Monkey Park,kena mendaki jalan berbukit dan masa ni kami nampak cafe yang ada servis untuk simpankan beg tu,memang mujur tak decide simpan beg kat situ sebab seksa nak heret beg mendaki tambahan pulak sebahagian jalan memang licin sebab snow dah jadi lapisan ice yang melitupi jalan...tambahan pulak cafe tu nampak kecil je,rasanya tak sesuai untuk tinggalkan luggage yang banyak dan besar.

jalan berbukit ke Jigokudani


Dari jalan berbukit tu nanti akan jumpa entrance bertangga,sambung mendaki lagi..mujur tak jauh mana,lepas tangga tu akan lalu  footpath dalam hutan yang rata je...kat sini dah tak mencungap mendaki tapi cabaran getirnya ialah jalan tu licin sebab snow yang kerap dipijak  dah jadi lapisan ais yang tebal,dengan kasut kami yang tak berapa mencengkam tu maka banyak kalilah episod nyaris tergelicik dan memang at least sekali ketiga-tiga kami merasalah tergolek kat laluan tu.Jadi terpaksa extra careful kat sini maka agak melambatkan perjalanan.

1.6km yang mencabar





icy footpath yang licin

Lepas lalu forest tu sampailah kami ke Yokoyu River Valley...pemandangan pokok-pokok bersalji memang cantik.Dari sini kena daki tangga sikit,sebelum masuk ke kawasan snow monkey tu ada kaunter tiket,admission fee ialah 500 yen.




Jigokudani Monkey Park ni terletak pada altitud 850meter di lembah Yokoyu River.Tempat ini menjadi habitat kepada wild Japanese macaque.Monyet yang juga digelar Snow Monkey ini unik sebab mampu hidup dalam extreme cold weather dan hanya terdapat di Jepun.

Sejak tempat ini dibuka pada tahun 1964 ianya menjadi antara winter attraction yang sangat popular untuk menyaksikan snow monkey.Untuk attract snow monkey liar ni lepak di situ pihak Jigokudani park  mengambil inisiatif untuk memberi makan dan menyediakan onsen buatan khas untuk monyet tu  mandi,berendam dan bersantai-santai..waktu winter adalah masa paling ideal untuk berkunjung ke sini.

Dah bayar tiket kami pun berjalan turun tangga dan terus ke hujung hingga bertemu onsen..ada segerombolan pelancong time ni,so kena tunggu turn nak ambik gambar.Memang berbaloi perjalanan ke sini,walaupun dah biasa tengok monyet ternyata snow monkey ni unik...muka merah,ekor kontot,relax je berendam dalam onsen...tak heran pun dengan pelancong yang berkerumun kat situ,tapi kita kena ikut juga peraturan ,jangan bagi makan,jangan sentuh,jangan stare dan jangan dekat sangat,maklumlah haiwan liar...tindakannya unpredictable.


Hi!






Dah puas bergambar-gambar kami pun beredar,dah tengahari,suhu masa ni -3.Kami cuba bergerak sepantas mungkin,by pukul 1pm kami dah berada di bus stop tadi.Tengok jadual eh terkejut tengok next bus pukul 3pm,tapi di jadual tu ada tulis bus stop A dan B...ada bas pukul 1.30pm di bus stop A.Actually bus stop A ialah Kanbayashi onsen dan bus stop B ialah Kanbayashi Onsen-guchi,kami berada di bus stop B yang berada di tepi jalan besar menuju ke Shiga Kogen.Manakala Bus stop A rupanya atas bukit dan lebih hampir dengan kawasan monkey park tu.Jadi kami mendaki semula..nampak ada beberapa mat salleh yang menunggu di situ.

lokasi bus stop B-Kanbayashi Onsen-guchi

Bas tiba pukul 1.30pm dan kami kembali ke Yudanaka train station.Setelah ambil beg di locker perjalanan diteruskan,dah ada train yang nak bertolak ke Nagano.Tiket dibeli di mesin dengan harga 1160yen,yang ni murah sikit dari masa datang hari tu sebab banyak stop.Transfer train di Shin Nakano,dalam perjalanan ada sekumpulan murid  yang baru pulang sekolah naik train.riuh suasana dengan kehadiran adik-adik comel ni,dalam hati rasa kagum juga sebab budak-budak kecik safe nak travel sana sini dengan public transport je,di Malaysia masa zamanku kanak-kanak dulu ok lagi nak merayau sana sini,tapi sekarang agak berbeza keadaannya.Sejam lebih perjalanan akhirnya kami tiba di Nagano station jam 3.15pm.

Yudanaka train station

budak-budak balik sekolah

Dari Dentetsu train station kami pun berjalan semula ke Nagano JR station,kali ni kami masuk pintu yang takda lif,terpaksa mengusung beg menaiki tangga yang agak tinggi,dalam pada terkial-kial dengan beg berat tu tetiba ada seorang pakcik mat salleh menawarkan pertolongan,sekali dua beg besar aku dan Azma diangkatnya,gagah betul...syukur pada Allah.
Destinasi kami ialah  Hida-Takayama,perjalanan masih jauh lagi...ada sedikit kesulitan yang menyebabkan kami agak desperate dan terpaksa minta tolong dengan warga tempatan...ceritanya dalam next entri.

Sambung