Thursday, February 5, 2015

FROZEN JAPAN 3 : Shiga Kogen Ski Resort

8 January 2015

Shiga Kogen Ski Resort



Ohaiyo gozaimas...di pagi yang cerah ni barulah kami dapat menikmati pandangan sekitar,melalui jendela luas di bilik segalanya terbentang putih,suci...damainya perasaan tengok light snowfall di hari yang indah ini.
Shiga Kogen ni terletak di Joshinetsu -kogen National Park,iaitu higlands di Yamanouchi,Nagano.Ada 21ski resorts di sini dan menjadikan ianya antara ski area yang terbesar di Jepun.Ada several ski events dalam sukan Olimpik 1998 yang berlangsung di sini.





Prince Hotel yang kami stay ni terletak dalam area Yakebitaiyama ski resort,kami pilih tempat ni sebab resort ni antara yang terbesar,jadi ada banyak facility dan sesuai untuk pelancong luar.Paling penting sebab ada ski lesson in English,maklumlah first timer yang tak tau apa-apa ,at least nak juga belajar  basic tentang ski.

Lepas light breakfast dengan bekalan cereal,horlicks dan milo kami pun turun ke ski rental shop di lobi hotel.Ada ski school reception desk kat sini,staff kedai tu tolong contact instructor melalui telefon dan aku bercakap direct untuk urusan booking,rate ski school ni ikut jam dan up to 4 people untuk private lesson,so coach tu advice ambik lesson at least 2jam...sejam memang suntuk sangat.Kami pun agree,harga untuk 2 jam ialah 15500 yen,bayar masa check out hotel nanti.Boleh refer link ni untuk detail.Kami berjanji untuk bertemu dengan coach di lobi hotel pukul 9.30am.

Ski School Lesson
Tepat 9.30am seseorang menyapa di lobi dan memperkenalkan diri sebagai Luciano,warga Argentina yang ditugaskan untuk jadi coach kami.Jadi perkara pertama kena buat ialah menyewa peralatan dan pakaian untuk ski.Luciano membantu kami untuk isi form,yang diperlukan ialah standard ski gear yang terdiri dari skis,poles dan boots dan juga snow wear set iaitu jaket dan pants.Boleh pilih sendiri jaket dan pants yang berkenan di hati,walaupun rental tapi semuanya nampak baru dan cantik lagi.Total kos untuk rental ni ialah 9000yen,kena return sebelum 5pm.

ski board,poles and boots


ready to ski
Ski jaket &pant ni sangat selesa,fabric ringan tapi memang power untuk retain heat dan kalis air.Cuma ski boots memang seksa sikit nak pakai,nak bukak pun payah jugak,kenalah coach tolong kami pakai boot tu,bila dah pakai memang terasa berat dan ada teknik nak jalan yang menyebabkan aku rasa macam robocop pulak.Sambil bersiap tu datang 2 orang lagi instructor dari ski school,sorang muda dan kacak and sorang dah veteran...yang muda tulah bercakap di telefon denganku sebentar tadi,dah beramah tamah seketika kami pun continue session bersama Luciano.

Luciano (kiri) dan rakannya

ski area di perkarangan Prince Hotel

Keluar hotel memang dah terbentang ski slopes,jadi sesi pembelajaran kami di perkarangan tu aje.Luciano memang coach yang bagus,banyak ajelah dia bersabar dengan first timer yang terkial-kial ni..Rasanya semua basic dia cover dari alignment,balancing,posisi,nak bergerak,nak brek,nak lompat,nak mendaki,nak bangun dari tergolek,...rasa padat sungguh sesi 2 jam tu.Aku sampai boleh berpeluh-peluh,rasa menyesal pulak pakai sweater sebab ski jaket tu memang dah cukup warm.










11.30am lesson pun tamat,sebelum Luciano beredar kami pun bergambar-gambar dulu dan ucapkan berbanyak terima kasih.Kami sambung main-main sendiri ski kat situ,tak berani lagi naik gondola dan turun dari atas,tambahan slope tu bukan untuk beginner macam kami....ada je beginner slope kat area lain tapi sebab dah keletihan kami teruskan aje kat situ.Penat berski kami lepak-lepak je main snow sambil buat snowman dan bergambar puas-puas...by 2pm kami pun naik ke bilik sebab kelaparan melanda.

kepenatan



let it go...




do you want to build a snowman....

snow angel 


Ada restoran di sini tapi kami tak pergi pun,beli roti saja di small shop dalam hotel...harga memang mahal kat highland ni.Jadi naik bilik makan bekal maggi ajelah.Lepas solat around 3pm kami bercadang nak naik gondola di Okushiga Kogen resort tapi menurut staff hotel tak sempat sebab by 4pm dah tutup...Okushiga kogen tu dalam 5km dari Yakebitaiyama dan kena naik bas untuk ke situ.Esok pun memang tak sempat sebab gondola hanya beroperasi lepas pukul 10am.Takdalah rezeki kami nak naik gondola tu.

So petang tu kami keluar juga sebab kata staff tu ada hotspring di Takamagahara resort,saja jela nak tinjau-tinjau.Untuk transport naik je public bas macam semalam,yang bestnya shuttle ni percuma je kalau kita hop on off dalam kawasan Shiga Kogen ni.Tak jauh pun Takamagahara resort tu,dalam 2km je...turun bas kami terpinga-pinga...di ski slope memang ramai orang,tapi macam tak nampak bayang hotspring pun.Ada bangunan coffe shop berhampiran..bila pergi situ rupanya tutup sebab ada group reservation.

Takamagahara Resort




Masa ni sejuk mencengkam yang amat sangat,mungkin sebab dah petang...suhu kat sini memang negatif bila malam,kami tak tahan berlama-lama kat situ,nak mencari hotspring pun tak larat dah,dalam 500m nampak ada  bas,terus kami decide nak balik semula ke hotel dan berkejar naik bas tu.

So aktiviti petang ni just melepak jela berwifi kat lobi,memang tak cukup sebenarnya sehari je kat sini,kalau nak puas explore dan main ski at least perlu 3hari.Anyway pengalaman ni memang cukup unik dan menarik,insyaAllah ada rezeki in future nak pegi lagi ski vacation yang lebih panjang dan di tempat lain pulak.

Malam santapan kami nasi instant biryani ayam Brahim dan lauk-lauk segera yang lain,selesai makan kami siap-siap packing barang,pagi-pagi nak check out untuk another long journey esok.
End of  Day 2


Sambung

8 comments:

  1. cantik view winter time..pengalaman tu yg priceless.

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul..indah dan damai je time winter and setiap musim pun mmg ada tarikan tersendiri,tmbah cantik sebab kebersihan pun dijaga sekali

      Delete
  2. wow!bestnya..tak pernah sampai sana lg =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh plan trip untuk next winter la Ibu Zarith...mmg berbaloi-baloi :)

      Delete
  3. kiranya berbaloi2 kan smlm naik tren turun tren dgn luggage berat dan berjam2 dalam tren kemudian di hidangkan view begini mmg hilang rasa penat.

    ishh..jelesnya tgk korang main salji...ishh...dh pernah merasai winter season...x sabarnya nk pegi next trip on winter nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi...betul bila bwinter sonata kat sini mcm terbang segala problem,penat,stress etc...keluar segala inner child beriang ria main salji,kalaulah dpt extend lagi ms kat sana lg syok....go go sis JM,have fun in winter!

      Delete
  4. Walau ini Ayda tulis nih dah agak lama, akak nak bagi komen sketlah sebelum akak masukkan cerita akak sendiri di ski resort di Nagano. Ski boots tu memang keras sungguh. Hasben akak pakai nak masuk kaki dalam boot punya lah seksa, nak tanggal lagi satu seksa. kemudian nak clip boot tu pun kena tekan kuat2 dgn dua tangan. Kelakaq pun ada...tapi pengalaman yang tak boleh lupa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah betul tu kak Nori,sengsara sungguh nak pakai n bukak kasut tu...silap teknik mau terseliuh kaki dibuatnya,saya pakai n bukak pun kena ada orang tolong...hihi,mmg kelakar.

      Delete