Tuesday, February 17, 2015

FROZEN JAPAN 5 : Hida-Takayama (Part 1)

9 January 2015

Sambung kisah tentang perjalanan dari Nagano ke Takayama.

NAGANO - NAGOYA

Di JR station Nagano kami pun ke ticket office untuk reserved tiket,perlu naik 2 train,yang pertama perjalanan dari Nagano ke Nagoya,train kedua dari Nagoya ke Takayama.Perjalanan ni makan masa yang agak lama,dari Nagano ke Nagoya saja dah 3jam,dari Nagoya ke Takayama pula lebih kurang 2.5jam.

Sebenarnya ada cara yang lebih cepat nak ke Takayama dari Nagano,dari Nagano boleh berhenti di station Matsumoto (1 jam),dan dari Matsumoto ada Nohi Express bus direct ke Takayama (2.5jam),tapi memandangkan tiket bas pun dekat rm100 gak harganya,demi penjimatan kami stick to JR train jelah..alang-alang dah ada JR pass kan.

Kami bertolak dari Nagano pukul 4pm dan tiba di Nagoya pukul 7.05pm,next train ke Takayama ialah pukul 7.43pm.Kami akan stay di K's House Takayama,masa booking aku dah inform yang kami akan tiba lewat memandangkan reception desk tutup pukul 9pm.So pihak guesthouse minta untuk contact semula pada hari check in supaya diorang boleh bagi no pin code dan tinggalkan kunci di reception desk.

NAGOYA-HIDA TAKAYAMA

Nagoya Station

Sampai Nagoya aku pun dengan confident buka fail cari kertas booking confirmation yang di print,details tentang guesthouse ada dlm tu...alamak,terkedu jap sebab takda phone number  kat situ,ishh macam mana bole takda,belek-belek lagi...sah takda jugak,aduiii.Tourist info dah tutup pulak,mula gelabah time ni sebab tak banyak masa tinggal sebelum next train,once dah naik train memang sampai pukul 10lebih...kalau tak dapat pin code macam mana nak masuk guesthouse,ada yang kejung sejukk tido kat train station ni karang.

Kami pun pergi kat office Tokai travel agent yang ada kat situ,try tanya one of staff dia yang berlegar kat luar,sama ada dia tak faham atau tak keen sangat nak menolong...hanya dapat direction ke public phone,cubaan untuk mintak tolong dia carikan no phone guesthouse gagal.Kami pergi ke arah public phone yang berhampiran dengan JR Info centre...Sal pulak cuba tanya somebody di JR info tu...gagal jugak,sambil tu aku dan Azma try godek phone,cari kot2 ada free wifi,Alhamdulillah ada wifi JR station,free untuk 30minit...apsal la tak terfikir dari tadi kan,gelabah punya pasal,walaupun ambik masa sikit sebab kena register e-mail la bagai tapi berjaya jugak google no phone K's House tu.

Cepat-cepat dail pakai public phone tu...berkali-kali tak dapat-dapat...annoying betul,dh macam-macam cara try..masuk kod,tak pakai kod smuanya gagal. Sebenarnya handphone aku dan Sal ada roaming,tapi sebab gatal-gatal tukar network lain seminggu sebelum fly dan network tu pulak activated masa dh sampai Jepun,so automatic line lama disconnected and hilangla roaming service tu...huhuuu.Kami dah takda masa nak try lagi...kena bergegas ke platform...Azma cadangkan nanti dalam train mintak tolonglah sesapa call kan guesthouse tu,ok doa,usaha,tawakkal....ganbatte!

Sampai di platform masih ada sikit masa lagi..ternampak ada public phone di situ,cuba lagi..tetap sama tak dapat.Cuba nak call melalui viber tapi kat platform dah tak dapat wifi.Dalam pada aku tengah mendail no phone hostel tu Azma approach seorang lelaki Jepun yang sedang menunggu train,walaupun payah juga nak explain masalah kami syukurlah akhirnya dia mengerti juga dan sudi pinjamkan handphone..sekali dail je terus dapat bercakap dengan staf K's House,kami diberi pin code untuk pintu masuk manakala kunci bilik akan ditinggalkan atas reception desk,..aduii cemas banget...berkali-kali tertunduk-tunduk ucap arigato gozaimas kat Japanese guy tu...Alhamdulillah settle masalah.

K's HOUSE TAKAYAMA

Hampir jam 10.30pm kami pun tibalah di Takayama.Singgah Family Mart berseberang dengan JR station,kami beli instant rice,roti,susu dan jus di situ.Selesai beli barang kami pun berjalan ke K's House Takayama.

K's House Takayama


jalan ke arah JR station

K's House ni memang dekat je dengan JR Station,keluar je station terus ke arah kanan,jumpa traffic light  melintas jalan and masuk simpang kiri,jalan ke depan sikit nampaklah guest house tu sebelah kanan.Kalau jalan melenggang tak sampai 5minit pun,tapi sebab bawak beg plus kaki lima jalan banyak yang diselaputi snow tebal  kurang 10minit  baru kami sampai ke situ.

Masuk guest house ni kena tanggal kasut dan simpan di almari kasut yang disediakan.Ada selipar disediakan untuk dipakai.Kunci dan dan sekeping note dalam sampul surat bertulis namaku terletak di atas reception desk.Dalam note tersebut dinyatakan nombor bilik dan kami diminta untuk check in selepas jam 8 pagi esok.Tingkat bawah ni ada ruang tamu,dining hall,kitchen dan laundry area,nampak cosy dan sangat bersih.

reception area

living room

ruang tengok tv 

kitchen dan laundry room

kitchen area

Ada lif untuk ke tingkat atas,bilik ada 1 katil single dan 1 double decker,bathroom attached dan ada wifi.Yang tak best katil belah atas tu dekat sangat dengan heater kat siling,jadi memang kepanasan orang yang tidur kat situ so esoknya kenalah tidur kat bawah.
Oleh sebab dah tengah malam dan kami pun penat sangat maka malam tu just dinner roti dengan cili tuna je,lepas makan masing-masing pun terus melayar mimpi....zzzz.

End of Day 3

Sambung

11 comments:

  1. Sama la hostel kita time kat takayama. Tapi masa tu jln x berapa byk snow lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. o yeke syieda..best gak hostel ni kan,time ni mmg tengah snow lebat kat takayama

      Delete
  2. Bestnya dapat g Jepun..salah satu wishlist saya ni...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah aishah...one fine day nnt sampai ke sana,mmg best:-)

      Delete
  3. Alhamdulillah..settle masalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup syukur amat tapi tpaksala tebalkan muka...hehe

      Delete
  4. kalau jenjalan macam ni memang terpaksa mintak tolong ke sana ke mari kan... kalau tak sama ada senang kena tipu atau tersangkut macam tu... bahaya nya... nasib baik lah dapat lepas...

    ReplyDelete
  5. mengembara macam ni pandai-pandai la nak survive kan,mujur jugak diorang ni helpful and generally boleh dipercayai,cuma problem tang bahasa tu je,tapi kalau saya sendiri di tempat kita cuak jugak kalau tetiba ada stranger mintak tolong nak pakai handphone,sebab ada banyak kes orang yang tak bertanggungjawab ambik kesempatan atas kebaikan orang lain,kesian pada yang betul-betul perlukan pertolongan....harap-harap keadaan ni berubah lah suatu masa nanti.

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Zarith dulu kaki jalan gak kan...bole resume balik hobi tu...msti sronok travel wt kids :-)

      Delete