Monday, October 7, 2013

SOUTH KOREA 8 :SEOUL-Bukchon Hanok Village


1 April 2013

Ready untuk  episod jelajah Seoul yang seterusnya

Bermula dengan tempat kami stay, Bukchon Hanok Village adalah salah satu tourist attraction di Seoul.





Bukchon Hanok Village ialah perkampungan lebih dari 900 rumah traditional Korea yang dipanggil hanok dan ada sebilangan kecil darinya  wujud since Joseon Dynasty lagi...sebab tu letaknya pun di antara historical sites ie Gyeongbokgung Palace,Changdeokgung palace and Jongmyo shrine.Bukchon hanok dalam sejarahnya merupakan high-end residential disrict bagi royal family member dan high ranking palace officials di zaman Chosen Dynasty.

Tipikal Hanok adalah rumah setingkat diperbuat dari tanah liat,batu dan kayu dilengkapi dengan sistem pemanasan lantai yang dipanggil ondol dan bumbung yang melengkung.
Bukchon bermakna nothern village,disebabkan kedudukannya terletak di bahagian utara bagi 2 landmark utama Seoul iaitu Cheonggyecheon stream dan Jogno.Kini sebahagian hanok merupakan private residential area,sebahagian lagi hanok pula beroperasi sebagai cultural centers,craft shops,guesthouses,restoran dan tea houses.

Pagi ni kami akan dihidangkan traditional korean breakfast,oleh kerana ahjumma masik sibuk memasak di dapur kami pun meronda Bukchon Village.Bukchon Maru adalah nama guesthouse yg kami stay ni,rumah ni 2 tingkat ,family tuan rumah tinggal di tingkat bawah,di tingkat atas ada dapur dan 3 bilik tetamu, 1 deluxe wt attached bathroom dan 2 standard room with shared bathroom.Kami tinggal di bilik deluxe yang agak besar dan sesuai untuk 4 orang.Pada masa yang sama ada family dari Jepun yang stay di 2 bilik yang lain.Rate bilik deluxe lebih kurang Rm971 untuk 2 malam,jd sorang bayar lebih kurang RM240.Memang tiada katil disediakan,kita akan tidur cara tradisi korea dengan bentang tilam atas lantai.













Berpandukan peta Bukchon Hanok Village kami mula berjalan keliling kampung dan pergi ke viewpoint seperti yang terdapat dalam peta tu.Oleh kerana masih awal belum ada apa-apa kedai atau cultural centers yang dibuka lagi.Seluruh kawasan pun agak lengang,hanya ada beberapa murid-murid sekolah yang kelewatan berlari-lari menuju ke sekolah di kawasan tersebut.Ahjumma bagitau kami sekolah tu tempat penggambaran drama popular Winter Sonata,padanlah di luar pagar sekolah tersebut ada gerai kecil yang jual poster,majalah dan barangan berkaitan drama tersebut.



shooting location Winter Sonata-entrance ke sekolah




Kepenatan dibuatnya meronda village ni sebab berbukit-bukit,sampai di BukchonMaru kami betul-betul dah kelaparan.Hidangan pun dah ready,ahjumma berpakaian tradisi korea dan dibantu oleh anak buahnya,semua hidangan adalah sesuai untuk vegetarian sebab kami dah bagitau awal-awal.Ahjumma breakfastbersama kami dan explain tentang hidangan yang disediakan serta cara nak makan,serta cara guna chopstick.
Barulah tahu macam mana nak makan kepingan seaweed yang perlu digulung bersama nasi dan side dishes lain..memang sedap.Bila dah pandai makan macam tak boleh berhenti pulak sampai ahjumma kena top up seaweed tu dua kali,melampau kebulur kitaorang ni.Tapi masakan ahjumma memang superb,tenggelam dalam indulgence with korean dishes.

Memang seronok bersembang dengan ahjumma yang peramah dan kelakar,walaupun bahasa berbeza tapi kami tetap dapat berkomunikasi dengan efektif.Sedikit sebanyak beberapa kerat vocab yang dipelajari melalui drama Korea dan jugak apps Learn korean sangat membantu,dalam bab ni Azma penonton setia channel Korea yang paling advance vocab nya berbanding kami yang lain..memang besar manfaatnya bila travel ke sini.Selain tu ahjumma pun memang pandai buat isyarat dan gaya tentang apa yang nak disampaikan.







Selepas bersarapan kami bergerak ke Nami Island.Entry Nami Island akan ditulis berasingan.Sambung cerita tentang hanok,selepas pulang dari Nami Island kami terus pulang sebab dah janji dengan ahjumma nak berposing dengan baju tradisional korea yang dipanggil Hanbok.

Malam tu memang meriah hanok ni dengan sesi berhanbok,ahjumma memang sporting..bersungguh-sungguh ajar kami berhanbok dan ambikkan gambar.Siap send lagi gambar kami pada anaknya yang menelefon dari Beijing ketika itu.Ahjumma memang excited sebab sebelum ni tak pernah ada Malay n Muslim ladies yang stay di hanok tu.Dia minta kami war-war kan pasal hanoknya pada orang lain...sudi-sudilah stay di sana,walaupun rate hanok ni mahal sikit  tapi memang berbaloi untuk merasai dan menyelami  Korean culture,apalagi tuan rumahnya memang sangat peramah dan helpful.






Selesai sesi berhanbok...masing-masing dah perasan jadi ala-ala princess korea dari zaman silam,kami pun beradu dengan nyenyaknya berteman mimpi nan  indah....zzzzzz


Sambung

Thursday, October 3, 2013

SOUTH KOREA 7: SEOUL-Gyeongbokgung & Itaewon


31 March 2013

Tiba masa untuk tinggalkan Jeju yang indah permai.

bersama Sky-host yg sporting n friendly

Flight ke Seoul dijadual berlepas 8.35am,ada slight delay,pukul 9 lebih baru berlepas.
Sampai di Gimpo airport terus ambik train ke Seoul station.


Sampai Seoul station kami ambil teksi untuk ke accomodation di Hanok Village,terpaksa ambil 2 taxi biasa sebab takda teksi jumbo di exit yang kami keluar tu.Setelah menelefon owner BukchonMaru Hanok barulah ahjussi teksi tu tau lokasi nak pergi,even kita bagi map pun payah juga kalau map tu in English,sebab kebanyakan warga Korea especially yg berumur tak faham English,jadi lebih senang difahami kalau map tu ada tulisan Korea.Bila sampai di hanok village fahamlah kami kenapa susah nak cari,hanok ni rupa bentuk dia sepesen je,letaknya di kawasan berbukit dengan lorong-lorong jalan yang agak sempit.Tambang teksi adalah KRW9700(pakai meter).

Kami sampai around 12pm,Joshua anak kepada tuan rumah yg boleh cakap English sambut kedatangan kami,oleh kerana bilik belum ready kami pun letak beg dulu dan keluar balik untuk ke destinasi pertama  di Seoul iaitu Gyeongbokgung Palace,within walking distance,dalam 20mins jalan sampailah kami ke Gyeongbokgung.Kami beli Integrated ticket of palaces yang membolehkan kita masuk 4 palaces n Jongmyo shrine,harga KRW10000.Bukanlah nak pergi semua tempat tu,tapi bila calculate kalau beli asing tiket untuk ke palaces yg kami nak pergi i.e Gyeongbokgung dan Changdeokgung (+secret garden tour),harge dia lebih mahal lagi.

GYEONGBOKGUNG PALACE

Untuk menghayati tour ke historical site macam ni adalah sangat penting untuk follow guided tour,kalau tak mesti boring tengok barang n building lama tanpa memahami sejarah sebaliknya.So dr awal lagi memang kena plan ahead betul-betul sebab English tour tak frequent,jadi kena catch time yang dah dijadualkan dan jugak jgn miss untuk tengok changing of guard ceremony sebab tu adalah tarikan utama kat palace ni...rasanya ada 3x ceremony ni ie pukul 10am,1pm n 3pm.Palace ni tutup pada hari Selasa.

 Gyeongbokgung ni dibina pada tahun 1395,3 tahun selepas penubuhan Joseon Dynasty.Gyeongbok bermakna the new dynasty will be greatly blessed and prosperous dan 'Gung' tu maknanya palace.Lepas visit ni tengok historical korean drama memang lebih 'feel' sebab banyak pencerahan bila dengar cerita tentang sejarah istana dan dinasti dahulukala.

Gyeongbokgung Palace







Gyeongharu Pavilion




Gwanghwamun square terletak di hadapan main entrance Gyeongbokgung palace.Di sinilah terletaknya statue King Sejong.King Sejong seorang raja yang sangat bijak,ada banyak barangan rekaan baginda antaranya celestial globe,rain gauge,sundial dan achievement yang paling penting ialah mencipta  korean alphabet (Hanguel).Sebelum dari itu Korea menggunakan tulisan China dalam persuratannya.
Bersebelahan palace ni jugak ada National Folk Museum of Korea..free admission,sesiapa nak mendalami sejarah Korea bolehlah visit museum ni.Kami tak pergi pun kedua-dua tempat ni sebab kesuntukan masa dan dah lapar sangat (faktor utama).

National Folk Museum


ITAEWON
Setelah berbincang tempat nak makan akhirnya kami sepakat untuk terus ke Itaewon petang tu,senang nak cari makanan halal dan  boleh terus visit Seoul Mosque di situ.Itaewon adalah multicultural district,banyak expat dan foreigners dari pelbagai negara menetap kat situ,US army base juga terletak di Itaewon.Pelbagai kedai makan antarabangsa bertumpu di kawasan ni,so bagi Muslim tempat ni kira must list untuk pergi bila travel ke Seoul.

Kami bergerak ke subway Gyeongbokgung station,t-money card akan aktif dipakai mulai hari ni.Penting untuk ada map subway di tangan,better ada 2 satu bcetak dan satu yg download pada smartphone atau tab.Apps subway  ni mmg sgt informative...  boleh search station,boleh cr shortest route,fewest station,masa diambil dan  anggaran tambang,kbnyakan masa mmg aku pakai apps subway ni kcuali klau bateri dh out.Dari map ni kta boleh plan line mana nak ambik,station mana nak turun untuk tukar line atau kluar.Cuma kebanyakan subway ada banyak pintu exit  mengikut arah berbeza,yang ni kena buat homework exit yang tepat untuk keluar bagi memudahkan  sampai destinasi,silap exit memang meraban cari arah.

Dari Gyeongbokgung sttn ke Itaewon ada skali turun untuk tukar line di Yaksu sttn,lepas tu terus ke Itaewon sttn,travel time lebih kurang 20mins. Kami bercadang nak ke restoran yang ada serve halal korean dishes recommended by blogger2 yang dah pernah ke sana.Pencarian restoran dimulakan..

Restoran Murree Korea Muslim Food
-Dari subway ambik Exit 3,bila kluar jalan terus hingga ke hujung blok bangunan kedai ,belok ke 1st simpang  kanan (agak mendaki),teruskan jalan mendaki bukit tu sampai ke persimpangan jalan yg agak besar dan  terus belok ke kiri   ,mula-mula kami silap belok kiri kat lorong kecik  antara blok (area yg agak dodgy)..so cepat-cepat keluar balik dari lorong tu,daki sikit lagi ke atas n baru jumpa simpang kiri yang betul..Dari sini terus ke depan sikit dan akan nampak restoran Murree Korea Muslim Food ni di sebelah kanan.

Restoran ni foreigner punya jugak..Pakistan kot,khabarnya berkahwin dengan orang Korea,jadi sebab tu ada serve Korean dishes  selain menu biasa pakistan macam biryani,nan etc.Walaupun lama sikit nak tunggu tapi penantian tu berbaloi jugalah,not bad korean dishes yang dihidangkan,aku mkn bulgogi (mince beef yang digoreng),Sal order kalbi thang (sup tulang),Farah order Dak do ri thang (braised chicken) tapi yang notably sedap ialah kimchi chijjigae yang di order oleh Azma.Main dish dihidangkan bersama nasi n few side dishes yang lain.



ats kiri-Bulgogi /ats kanan-kalbi thang/bawah-kimchi chijjigae

side dishes

Seoul Central Mosque

Alhamdulillah lepas kenyang menjamu selera kami ke Seoul Central mosque...dekat je dengan restoran tu,terus jalan ke depan lagi sampai nampak halal butcher belah kiri,belok kiri  dan nampak entrance ke mosque.Termengah-mengah jugak mendaki jalan yg steep ke atas sebab mosque ni kat tempat berbukit...apalagi dengan perut yang kekenyangan...semputt.

Seoul mosque ni dibuka pada thun 1976,tanah diberikan oleh Korea government n funding untuk pembinaan mosque dari islamic countries mainly dari Arab Saudi.Masjid ni 3 tingkat,kat ground floor ada bilik seminar,bilik meeting n ofis,1st floor ruang solat untuk jemaah lelaki dan 3rd floor untuk jemaah perempuan.Jemaah solat Jumaat ada lebih kurang 800 orang,pack jugaklah sebab nilah satu-satunya mosque di Seoul.
Main Muslim population kat sini didominasi oleh orang Arab,Pakistan,Bangladesh dan Turki.Dengan jumlah immigran Muslim yang semakin ramai di Korea,populasi warga  Korea yang memeluk Islam pun bertambah,dari lebih kurang 120-130 000 total Muslims population di South Korea,around 35 000 adalah Korean Muslim.



Selesai solat dan bergambar-gambar,cuaca sangat sejuk time ni,kami move on dan next stop adalah Dongdaemun.Kami sampai Dongdaemun dlm pukul 7 lebih...hari dah gelap dan sejuk menggigit sampai ke tulang rasanya.Memandangkan kebanyakan kedai dah tutup maka kami hanya singgah di satu kedai dan beli banyak koleksi stokin yg murah tapi berkualiti dan design pun unik n comel2.Lepas tu hanya meninjau-ninjau dan survey harga souvenirs di kedai yg belum tutup.

Cadangnya nak mnyusuri Cheonggyecheon stream tapi sebab kesejukan dan kepenatan kami pun terus balik jelah ke hanok dengan naik subway,hanya few mins untuk ke Anguk station dari Dongdaemun.Dari Anguk station kami menapak ke hanok,actually boleh naik mini bus yang akan berhenti betul-betul depan Bukchon Maru hanok ni,tp sebab tak pandai lagi kami pun berjalan jelah,letih jugak sebab mendaki bukit lagi...gamaknya bumi Korea ni memang banyak bukit,itulah susah nampak orang obese kat sini...plus subway yang bermata-mata tangganya itu..memang boleh slim kalau lama kat sini.

Emak pada Joshua greet kami malam tu,dia bahasakan diri Ahjumma aje,tak pasti namanya apa,Ahjumma tak pandai cakap English,tp dalam pada tu kami paham jugaklah briefing dia pasal hanok ni.Kt mana bilik air,kt mana dapur,breakfast pukul berapa,mcm mana nak control heater,nak kunci bilik,bagi extra bantal lagi,pasword wifi etc...dah lengkap penerangan Ahjumma pun minta diri,selesai hari pertama di Seoul...berlabuhlah mata,istirehatlah mengumpul tenaga untuk sambung kembara esok hari......zzzzzz.

Sambung......