Monday, October 7, 2013

SOUTH KOREA 8 :SEOUL-Bukchon Hanok Village


1 April 2013

Ready untuk  episod jelajah Seoul yang seterusnya

Bermula dengan tempat kami stay, Bukchon Hanok Village adalah salah satu tourist attraction di Seoul.





Bukchon Hanok Village ialah perkampungan lebih dari 900 rumah traditional Korea yang dipanggil hanok dan ada sebilangan kecil darinya  wujud since Joseon Dynasty lagi...sebab tu letaknya pun di antara historical sites ie Gyeongbokgung Palace,Changdeokgung palace and Jongmyo shrine.Bukchon hanok dalam sejarahnya merupakan high-end residential disrict bagi royal family member dan high ranking palace officials di zaman Chosen Dynasty.

Tipikal Hanok adalah rumah setingkat diperbuat dari tanah liat,batu dan kayu dilengkapi dengan sistem pemanasan lantai yang dipanggil ondol dan bumbung yang melengkung.
Bukchon bermakna nothern village,disebabkan kedudukannya terletak di bahagian utara bagi 2 landmark utama Seoul iaitu Cheonggyecheon stream dan Jogno.Kini sebahagian hanok merupakan private residential area,sebahagian lagi hanok pula beroperasi sebagai cultural centers,craft shops,guesthouses,restoran dan tea houses.

Pagi ni kami akan dihidangkan traditional korean breakfast,oleh kerana ahjumma masik sibuk memasak di dapur kami pun meronda Bukchon Village.Bukchon Maru adalah nama guesthouse yg kami stay ni,rumah ni 2 tingkat ,family tuan rumah tinggal di tingkat bawah,di tingkat atas ada dapur dan 3 bilik tetamu, 1 deluxe wt attached bathroom dan 2 standard room with shared bathroom.Kami tinggal di bilik deluxe yang agak besar dan sesuai untuk 4 orang.Pada masa yang sama ada family dari Jepun yang stay di 2 bilik yang lain.Rate bilik deluxe lebih kurang Rm971 untuk 2 malam,jd sorang bayar lebih kurang RM240.Memang tiada katil disediakan,kita akan tidur cara tradisi korea dengan bentang tilam atas lantai.













Berpandukan peta Bukchon Hanok Village kami mula berjalan keliling kampung dan pergi ke viewpoint seperti yang terdapat dalam peta tu.Oleh kerana masih awal belum ada apa-apa kedai atau cultural centers yang dibuka lagi.Seluruh kawasan pun agak lengang,hanya ada beberapa murid-murid sekolah yang kelewatan berlari-lari menuju ke sekolah di kawasan tersebut.Ahjumma bagitau kami sekolah tu tempat penggambaran drama popular Winter Sonata,padanlah di luar pagar sekolah tersebut ada gerai kecil yang jual poster,majalah dan barangan berkaitan drama tersebut.



shooting location Winter Sonata-entrance ke sekolah




Kepenatan dibuatnya meronda village ni sebab berbukit-bukit,sampai di BukchonMaru kami betul-betul dah kelaparan.Hidangan pun dah ready,ahjumma berpakaian tradisi korea dan dibantu oleh anak buahnya,semua hidangan adalah sesuai untuk vegetarian sebab kami dah bagitau awal-awal.Ahjumma breakfastbersama kami dan explain tentang hidangan yang disediakan serta cara nak makan,serta cara guna chopstick.
Barulah tahu macam mana nak makan kepingan seaweed yang perlu digulung bersama nasi dan side dishes lain..memang sedap.Bila dah pandai makan macam tak boleh berhenti pulak sampai ahjumma kena top up seaweed tu dua kali,melampau kebulur kitaorang ni.Tapi masakan ahjumma memang superb,tenggelam dalam indulgence with korean dishes.

Memang seronok bersembang dengan ahjumma yang peramah dan kelakar,walaupun bahasa berbeza tapi kami tetap dapat berkomunikasi dengan efektif.Sedikit sebanyak beberapa kerat vocab yang dipelajari melalui drama Korea dan jugak apps Learn korean sangat membantu,dalam bab ni Azma penonton setia channel Korea yang paling advance vocab nya berbanding kami yang lain..memang besar manfaatnya bila travel ke sini.Selain tu ahjumma pun memang pandai buat isyarat dan gaya tentang apa yang nak disampaikan.







Selepas bersarapan kami bergerak ke Nami Island.Entry Nami Island akan ditulis berasingan.Sambung cerita tentang hanok,selepas pulang dari Nami Island kami terus pulang sebab dah janji dengan ahjumma nak berposing dengan baju tradisional korea yang dipanggil Hanbok.

Malam tu memang meriah hanok ni dengan sesi berhanbok,ahjumma memang sporting..bersungguh-sungguh ajar kami berhanbok dan ambikkan gambar.Siap send lagi gambar kami pada anaknya yang menelefon dari Beijing ketika itu.Ahjumma memang excited sebab sebelum ni tak pernah ada Malay n Muslim ladies yang stay di hanok tu.Dia minta kami war-war kan pasal hanoknya pada orang lain...sudi-sudilah stay di sana,walaupun rate hanok ni mahal sikit  tapi memang berbaloi untuk merasai dan menyelami  Korean culture,apalagi tuan rumahnya memang sangat peramah dan helpful.






Selesai sesi berhanbok...masing-masing dah perasan jadi ala-ala princess korea dari zaman silam,kami pun beradu dengan nyenyaknya berteman mimpi nan  indah....zzzzzz


Sambung

6 comments:

  1. waktu sis je Bukchon hanok village tu..susah tul nak dpt view clear dari x de org huhuh...sedih!!!

    ReplyDelete
  2. yeke...time kami jalan pagi2 sangat,memang lengang takda orang,tapi boring jgakla tak dapat nak visit kedai-kedai kraft or culture diorang,teringin gak nak belajar buat kimchi

    ReplyDelete
  3. Salam Sis.. Ada tak contact no atau email Ahjumma ?? Boleh minta tolong Email kan saya qurisya@gmail.com.. Terima kasih..

    ReplyDelete
  4. Salam She...sis dah mail,nnt cek inbox ok

    ReplyDelete
  5. Assalam...sis stay kat sana book dulu atau walk in?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkmsalam Badrah,
      sis book dulu,sebab nak bilik yang ada private bathroom...kalau tak kisah yg shared bathroom ok je walk in,memang banyak homestay hanok area ni

      Delete