Saturday, November 16, 2013

SOUTH KOREA 9 :SEOUL-Nami Island




1 APRIL 2013
Hari kedua di Seoul.
Setelah kekenyangan dengan heavy traditional Korean breakfast,kami pun bertolak ke Nami island.

NAMI ISLAND







Ada 2 option untuk ke Nami Island,yg pertama dengan shuttle bus yang bertolak dari Tapgol Park,Insadong,tapi kami tak pilih mode ni walaupun hanok tak jauh dari Insadong sebab kena ikut pick up time yang dijadualkan iaitu 9.30am bertolak dan 4pm untuk balik,dan kena buat reservation dulu.

So kami pilih option kedua iaitu dengan train sebab lebih bebas ikut time sendiri.

Dari hanok kami berjalan kaki ke subway-perjalanan seperti berikut:
Anguk station-->Jogno 3 st-change to line 1-->Cheongnyangni st-dari sini kena ambik train  (ITX) untuk ke Gapyeong dan kena beli tiket berasingan.

Servis ITX Cheongchun line ni agak baru dan sangat menjimatkan masa berbanding dengan laluan train biasa KORAIL yg memakan masa sehingga sejam lebih Tiket ni boleh purchase di mesin yang disediakan,tambang berharga KRW4000 sehala.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40minit.


Gapyeong Station

ITX train
Sampai di Gapyeong st ambil teksi untuk ke Nami Dock lebih kurang 5minit je,tambang teksi KRW2800.
Di Nami dock beli tiket untuk ferry +admission ke Nami Island berharga KRW8000.


Nami Dock


Feri to Nami Island



Namiseom Island  memang sinonim dengan drama popular Winter Sonata,pulau ini terbentuk kesan pembinaan Empangan Cheonpyeongdam.



welcome signboard untuk pelancong Malaysia,Indonesia & Singapura



Nama pulau diambil sempena nama General Nami,seorang panglima tentera yang terkenal di era pemerintahan King Sejo semasa Joseon Dynasty.Pada usia 26 tahun beliau telah dilantik sebagai Minister of War.Bagaimanapun 2 tahun selepas itu terdapat konspirasi untuk menjatuhkannya dan beliau telah dituduh sebagai pembelot semasa pemerintahan King Yejong dan dihukum bunuh,lokasi sebenar kuburnya tidak diketahui bagaimanapun terdapat legendary stone mound di Nami Island yang dipercayai tempat beliau dikebumikan.400 tahun selepas kematiannya seorang menteri pada masa itu mengusulkan agar namanya dibersihkan dan title dikembalikan.



Nami Island  jadi sangat famous selepas penggambaran drama Winter Sonata,tree lane yang merupakan simbolik site pada pulau ini adalah terdiri dari deretan pokok Metasequoia.Pokok ini dibawa dari Kolej Agrikultur Seoul National University pada tahun 1977.Pokok yang membesar dan tumbuh meninggi dengan pantas ini membentuk walking path yang cantik dengan menampilkan pemandangan indah dan unik mengikut musim.Masa kami datang ni dah spring season tapi pokok -pokok ni masih botak tak berdaun...still sangat osemm lagi.





Sebagai tempat rekreasi Nami Island sangat sesuai untuk bersantai-santai sama ada berseorangan,berkawan atau bersama family untuk menghayati keindahan alam,mencari erti kehidupan  atau saja lepak-lepak.Dari awal aku dah target untuk berbasikal di sini.Antara pilihan lain untuk meronda adalah dengan electronic car tour,skybike dan unicef train.Kami sewa 2 basikal biasa harga KRW5000/sejam dan 1 tandem bike KRW10000/sejam.Jadi boleh tukar-tukar nanti.Cuaca yang sejuk dan nyaman menjadikan aktiviti berbasikal sangatlah menyeronokkan.Itulah pengalaman first time bawak tandem bike,dua-dua kena synchronised mengayuh,baru jadi.Orang depan kena pandai kemudi,sebab basikal panjang dan senang jatuh kalau tak pandai corner.Mula-mula cuak jugak,tapi dah biasa memang fun...rasa sekejap sangat pulak sewa 1jam.
Wajah-wajah riang beraksi..............






Selesai berbasikal kami pun cari tempat solat...ada musolla disediakan di sini,masa kami datang dalam bangunan tu masih dalam renovation,tapi still boleh solat di ruang musolla yang disediakan.
Kemudian kami berpusing-pusing mencari restaurant halal yang ada di situ,simple aje menu untuk halal lunchbox ni,terdiri dari nasi +kimci +telur,kita akan dapat sarung tangan untuk pegang aluminium box panas yang bertutup dan kena kocak dulu,simple dish tapi cukuplah untuk kami yang kelaparan ni makan dengan berselera sekali,oh tambahan ada bawak bekal serunding dan order seafood pancake,tulah jadi lagi sedap.Lunchbox ni berharga KRW4000.





Selesai makan kami sambung ronda-ronda pulau sambil snap gambar sana sini...







Sekejap je hari pun dah beransur petang dan orang pun semakin kurang,sampai jeti kebetulan feri dah nak jalan,terus aje kami naik dan beransur tinggalkan Naminara Republic ni.Di Nami dock dah takda orang,time nilah syok bergambar sebab lengang je.Pulang dengan route yang sama juga..ambil teksi ke Gapyeong station,naik train ke Cheongyangni station,tukar ambik subway ke Anguk station.Dari Anguk station jalan sikit ke bus stop berhampiran dan terus naik minibus no 1 dan berhenti betul-betul depan hanok.Fooh selesai sudah misi sonata Nami Island hari ni.



Sayonara Nami Island







2 comments:

  1. aha...view spring..pokok semua togel ehh...time summer baru daun2 menghijau

    ReplyDelete
  2. tula lmbat pulak pokok tu nk berdaun...1 day nnt nk kena visit musim2 lain jugak la kot

    ReplyDelete