Misi Gagal JJCM
Plan malam ni sebenarnya nak pergi express bus terminal di Nopo station untuk book tiket ke Sokcho malam esok,maklumlah takut jugak kalau lambat beli tiba-tiba dah sold out ke memang kacau bilau plan dibuatnya.Tapi sebab terminal Nopo ni jauh kami bertanya dulu pada receptionist hotel.Bagusnya diorang terus contact office bus terminal tu untuk tolong tanya,tapi sayangnya tak berangkat.Then staff tu cadangkan pergi je sana pagi-pagi esok,tak perlu pergi malam ni.Fikir-fikir ok jugak cadangan tu,memang malas pun nak pergi malam ni sebab jauh,lebih kurang 40minit naik subway nak ke sana.
Oleh kerana dah cancel plan ke sana maka kami bercadang nak pergi makan dulu sebelum ronda-ronda tepi pantai.Ada terbaca website Visit Korea tentang sebuah Muslim Friendly restaurant Sokssiwonhan Daegutang yang menyediakan sup ikan cod,ikut artikel tu kena turun di station Jangsan exit 7.Kami pun follow je direction tu,dari Choryang ke Soemyeon,tukar ke Line 2 dan pergi ke stesen Jangsan yang terletak di hujung-hujung line 2.Jauh perjalanan,dekat 45 minit baru sampai.
dipetik dari website www.visitkorea.com |
Dah keluar exit 7 Jangsan station tu kami plan ambik teksi je ke restaurant tu,tapi driver taxi pulak cakap restoran ni area Haeundae,better ambik subway ke Haeundae station...pulak dah,Oklah...turun balik subway pegi Haeundae pulak.Dah keluar dari stesen Haeundae pergi lagi cari teksi,kena reject jugak sebab katanya restoran tu tak jauh dari subway,jalan kaki je.Teksi kat Korea or Jepun ni kadang pelik sikit,kalau dekat dan tempat tu boleh jalan kaki memang dia tak mau hantar,nak merayu rasanya tolonglah hantar walaupun dekat sebab kami memang tak tau nak cari..tak reti pulak nak cakap macam mana,sudahnya pasrah ajelah.
Pernah terbaca blog yang bagi direction ke situ,tapi tak berapa detail.Nak browse time tu takda internet pulak..dasar kedekut taknak sewa wifi...konon nak survive unplugged.Maka ikutkan ajelah kaki melangkah ke mana.
Ok dah ronda-ronda tapi memang blur ke mana hala kami pun mengalah,ada juga nampak seafood restaurant tapi ada serve pork juga,jadi angkat bendera putih,misi gagal ...mintak tolong dengan Bang Brahim jelah nanti.Jadi teruskan dengan jalan-jalan tepi pantai.
area Haeundae |
lintas jalan di sini dan berjalan arah Haeundae Beach |
Hasil carian lepas balik hotel rupanya restoran tu terletak berhampiran pelabuhan di Mipo lane,bangunan menghadap laut sederet dengan Navi Hotel.Dari Haeundae station exit 3 atau 5.Tu jelah info yang dapat,simpan untuk rujukan sendiri kot terpergi Busan lagi nanti.
Haeundae Beach
Kami pun berjalan arah pantai Haeundae yang sangat popular kat Busan ni.Malam pun meriah area sini,ramai juga yang bersantai tepi pantai.Ada yang buat street performance..orang main muzik,nyanyi...happening je.Nightscape di pantai ni memang sangat cantik,limpahan cahaya bangunan,pantai yang bersih,ombak yang memukul pantai,desir angin yang sejuk nyaman berteman bulan di langit..lama jugak kami bersantai dan layan blues situ.
Nightscape Haeundae Beach,Busan |
Haeundae Beach,Busan |
Haeundae Beach |
ombak manja memukul pantai |
street performance |
layan lagu jiwang |
persembahan mantap-berpotensi jadi artis K-pop |
Kami beredar dari pantai,sebelum naik subway singgah kedai jap beli minuman favourite kat sini,banana uyu plus kimchi buat tambah lauk makan nanti.
Gwangan Bridge
Naik subway dari Haeudae ke Gwangan station,sekejap je dah sampai,dari subway ni ambil exit 5 untuk ke Gwangalli beach.Masa ni dah agak lengang,lepas exit tu kami jalan straight je ikut arah signboard tapi lepas tu tak nampak dah direction arah ke mana.Nak bertanya takda pulak yang lalu dekat dengan kami.Kami pun cuba je belok simpang ke kiri dekat dengan sebuah petrol pump.Nampak sorang adik perempuan,tanya dia arah ke pantai ni,ok memang betul,cuma kena jalan beberapa blok bangunan..dalam 10minit nampaklah beach dan Gwangan bridge di hujung jalan tu.
Kat tepi pantai masih ada juga orang bersantai-santai jalan ambik angin malam.Tapi kami taklah bsantai sangat,laju je bergambar sebab takut nanti tak sempat kejar last train sebab agak jauh nak balik nanti.
Gwangan Bridge |
Gwangan Bridge |
bridge tema purple malam ni |
Gwangan bridge atau dikenali juga sebagai Diamond Bridge sepanjang 7.4km ni adalah salah satu mercu tanda di Busan,bila malam cantik sebab dilengkapi ribuan lampu LED yang artistik.Khabarnya warna lampu jambatan ni berubah setiap hari dan setiap musim.Ada light show selama 15 minit pada pukul 8 dan 10pm untuk hari Ahad-Khamis dan pukul 8pm,9pm dan 10pm hari Jumaat dan Sabtu.Masa datang ni kami tak tau pun tentang light show ni.
Di samping Gwangan bridge tu,di pantai ni jugak ada sesuatu yang unik.Ada pancaran spotlight ke arah pantainya berbentuk tulisan dalam English dan juga Hangul.Ada kata-kata puitis dan quote yang dipancarkan,kreatif sungguh diorang ni.Lebih kurang setengah jam kami pun beredar dari situ,kembali ke Gwangan station untuk ke Soemyeon station dan tukar ke line 2 untuk ke Choryang station.
Gwangalli Beach |
metro yang lengang |
Late dinner malam ni...mujur Bang Brahim ada,kami mengisi perut yang lapar dengan nasi segera biryani kambing beserta sambal bilis yang dibekalkan oleh emakku dan kimchi yang dibeli tadi,Alhamdulillah perut kenyang,pukul 2 lebih barulah mata melabuhkan tirai.End of Day 1.
Sambung
cantik bridge tu...takde rezeki mlm tu, mngkin malam lain pegi lagi kot..
ReplyDeleteitulah kalau dapat tengok light show tu lagi menarik,tp tak tau pulak masa tu,itulah takda rezeki ke restoran tu this time,nxt round punya trip lah kot..
DeleteBest ni !!
ReplyDeleteAlhamdulillah,mmg best berjalan time autumn ni :D
DeletePart sesat nih biasalah, tahun lepas akak pi HCM siap guna waze pun berpusing2 nak cari hotel. Bila dah sampai pintu hotel rupa2nya senang ajer location dia.
ReplyDeleteItulah kan,mmg tak sah kalau tak sesat,kdg ada internet pun tak reliable juga,mmg terkilan gak tak jumpa sbb tau sbnarnya dekat2 situ je
Deleteview di Heundae beach ni lebih cantik waktu malam!!! oh Busan...rindu sama kamu hihih
ReplyDeletecantikk n happening,best jalan lepak-lepak sini....next round bolehla g malam pulak ya
Delete