Pages

Tuesday, January 20, 2015

PERTH HOLIDAY 11 : Fremantle Prison

Happy New Year 2015!!

Agak lewat untuk wish happy new year,awal bulan agak sibuk dengan trip yang terbaru,tapi takpalah memandangkan masih Januari....sekejap saja setahun berlalu,entri pertama tahun baru tentang Perth yang tak habis ni pun dah jadi cerita basi tahun lepas.
2014 berlalu dengan berbagai warna...dah tentu musibah-musibah besar yang melanda negara meninggalkan kesan yang meruntun hati.Tabahlah wahai jiwa-jiwa yang diuji,mudah-mudahan lembaran tahun baru 2015 membawa limpahan rahmat dan kebahagiaan buat kita semua.

Sambung cerita-cerita di penghujung trip Perth.

31 August 2014

Selepas beredar dari Caversham Wildlife kami pun lalu semula ke central Perth untuk ambil beg di hotel Rendezvous.Sambil tu singgah sebentar di Swan Bell Tower untuk bergambar-gambar.Alhamdulillah event marathon tu dah selesai dan trafik kembali lancar.


SWAN BELL TOWER

Cuaca sangat baik hari ni...Swan Bell Tower terletak di Barrack Square menghadap Swan River.Tower berbentuk unik yang setinggi 82.5meter ni menempatkan 18 set of bells.12 darinya merupakan set of royal bells dari kurun ke 14.Bells tersebut asalnya terletak di St-Martin-in-the-fields church di Trafalgar Square London.Loceng di gereja tersebut telah diganti dengan set yang baru pada tahun 1988 dan Church of England telah menghadiahkan set loceng lama yang bersejarah  tersebut kepada City of Perth.

Sejarahnya Bells of St Martin telah dibunyikan untuk historic occasions sejak  600 tahun dahulu.Antara event penting tersebut termasuklah kekalahan England kepada Spain pada tahun 1588,kepulangan Kapten James Cook's ke England pada tahun 1771 dan kemenangan England dalam Perang Dunia ke-2.Selain dari itu ia juga dibunyikan setiap kali kedatangan tahun baru selama lebih 275 tahun dan juga semasa tragedi 9-11 dan Bali bombing.Tak hairanlah pihak kerajaan Australia membina menara khas untuk menempatkan loceng antik yang dah berkurun usianya.

Masa kami datang ni ada renovation di area tersebut,kami taklah berhajat nak naik sampai ke atas,cukuplah dengan bergambar-gambar di luar dan sekitar Barrack Jetty tu dan kemudian rush untuk ke Fremantle.











FREMANTLE PRISON




Kami tiba di Fremantle prison sekitar pukul 2pm.Yang tak bestnya parking kat sini berbayar...manalah kita tau berapa lama nak ada dalam tu kan.Kami anggarkan tour dalam setengah jam,jadi kami pun letak tiket anggaran dalam sejam kat situ.Bila masuk nak beli tiket untuk tour agak terkejut jugak bila diberitahu Doing Time Tour yang kami nak join tu ambil masa sejam setengah gitu,next tour ialah pukul 2.30pm.Alamak sempat ke nak ke E-shed nanti,bila fikir-fikir balik rasanya sempat,lagipun dah 2 round ke Fremantle takkan nak miss lagi..setakat compound prison tu memang takda apa yang nak ditengok.

Jadi kami pun kembali ke kaunter dan beli tiket tour tu yang berharga $20...bila bertanya macam mana nak extend masa parking,staff tu bagitau just tambah lagi tiket,walaupun ada pertindihan masa tapi kalau ada yang cek diorang akan fahamla.Punyala cuak kan takut kena fine....tak mau la buang duit sia-sia.

Fremantle Prison ialah satu-satunya World's Heritage building di Western Australia.Pada tahun 1827 Captain James Stirling dari England tiba di Swan Valley,oleh kerana area tersebut mempunya great natural attractions ianya telah membawa kepada pembukaan penempatan di situ pada tahun 1829...tiga pekan telah dibina iaitu Perth,Fremantle dan Guildford.



Kerana kekurangan tenaga buruh untuk pembangunan penempatan baru ini maka British telah menghantar banduan ke Western Australia antara tahun 1850 hingga 1868.9721 banduan telah dibawa dalam 43 pelayaran.

So Fremantle Prison adalah antara bangunan yang dibina oleh convicts tersebut pada tahun 1850.Penjara ini  berfungsi selama 136 tahun dan ditutup pada tahun 1991.Penjara ni boleh masuk hanya dengan guided tour.


Memang berbaloi join tour ni,dari mula seseorang convict tu menjejak kaki ke penjara,sampailah ke kehidupan seharian,aktiviti,kerja,type of cells,huru hara akibat kebakaran hingga hukuman mati ke tali gantung semuanya diceritakan dengan detail dan menarik sekali.Aku rasa tour macam ni memang bagus untuk educate public tentang buruknya akibat kalau jadi penjenayah dan betapa sengsaranya duduk dalam prison.
Marilah tengok gambar-gambar ketika kami 'dipenjara'.....


bangunan penjara

jadual harian

bilik penjara tiga tingkat

bilik sempit

hasil karya banduan yang berbakat melukis

karya banduan

compound belakang

pintu double layer

bilik hukuman gantung

bilik-bilik penjara
Jadi tercapailah jua hasrat nak ke prison.Selesai di sini kami pun beredar untuk menyelesaikan misi-misi lain pula.


Sambung........

No comments:

Post a Comment