Pages

Sunday, September 20, 2015

Nabana No Sato Winter Illumination

15 January 2015

Nabana No Sato,Nagashima



  Nabana No Sato adalah botanical garden yang merupakan sebahagian dari Nagashima resort.Park ni dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga,dengan setiap musim menampilkan jenis bunga yang berbeza.

  Taman ini juga merupakan antara lokasi terbaik winter illumination di Jepun.Ada lebih dari 8.5 juta colourful light bulbs digunakan untuk tujuan tersebut.Winter illumination bermula dari November sehingga Mac dan kadangkala dipanjangkan sehingga Mei.

  Perjalanan dengan bas dari Mitsui outlet park mengambil masa kira-kira 15minit.Admission ticket semasa winter ialah JPY2100,agak mahal tapi tu termasuk kupon bernilai JPY1000 yang boleh digunakan di restoran atau kedai souvenirs yang berada dalam park.

  Bila masuk je wah memang terpana dengan keindahan lanskap berjuta-juta lampu yang berwarna warni di sini,siap ada background instrumental music buatkan ambiance di sini cukup romantik.Sebelum melangkah lebih jauh kami terus aje singgah ke restoran pertama yang kami nampak untuk mengisi perut yang dah lama berdendang.

japanese restaurant


makan duluuu...
   Kami pilih menu seafood salad,potato wedges dan casserole(cheesy seafood rice),okla boleh tahan sedap,cuma tang cheesy rice tu memang jenuh jugak nak habiskan,maklumla tekak cili api ni bukan boleh telan makanan gitu bebanyak.Kami gunakan sepenuhnya kupon 1000 yen tadi untuk bayar makan.

  Selesai menjamu selera kami pun beredar untuk explore park ni.Ada lebih kurang sejam je lagi sebelum bas terakhir bertolak ke Nagoya.Aktiviti snap gambar berkali-kali adalah agenda utama di sini,maklumlah malam..gambar mudah gegar.Ada observation deck yang naik setinggi 45 meter dan rotate 360 degree kalau nak tengok bird eye view of the park,tapi sebab kena bayar lagi 500yen maka tak jadilah naik,lagipun masa kami agak suntuk.Rasanya best juga kalau dapat tengok colourful illuminations seluruh park ni dari atas.

a dazzling place i never knew





observation deck




Antara lokasi yang best ialah  light tunnel, bulbs mostly berbentuk yellow field mustard flower disulami dengan lampu bentuk bintang pelbagai warna.


200 meters  long tunnel of lights

  Selepas lalu light tunnel tu kami pun tiba ke area hujung garden,di sini terletaknya flower field yang sangat luas,kebiasaannya dipenuhi spesis bunga hydrangeas,irisis,cosmos atau tulip.Semasa winter ianya dipenuhi berjuta lampu-lampu kecil.Di sinilah huge scale animated light show setinggi 20 meter dan selebar 120 meter diadakan.

  Show ni akan memaparkan tema  yang berbeza setiap tahun,tahun ni bertemakan Niagara Falls,tahun lepas tema Nature dan memaparkan Mount Fuji sebagai highlight.Shining,shimmering splendid...memang enjoyable show ni walaupun kami tengok dah separuh jalan,nak menunggu next show masa pula tak mengizinkan.

animated light show

awesome show!

 glittering flower field

Untuk berpatah balik  lalu pula Kawazu Sakura light tunnel  kira-kira 100 meter panjang...tunnel ni tona warna dia bertukar-tukar dari hijau ke warna hijau+pink.

Kawazu Sakura tunnel




chapel and central pond
  Sedar tak sedar dah dekat pukul 9pm,sempatlah cover main attractions kat park ni.Kami bergegas keluar menuju ke bus stop di hadapan park.Lebih kurang 10 minit kemudian kami dah berada dalam perut bas untuk kembali semula ke Nagoya.


tiba di Nagoya
   Di Nagoya kami menggunakan wifi di JR station untuk menghubungi Dewi.Kami tak pernah berjumpa,aku mengenalinya melalui seorang rakan yang dulu pernah tinggal di Jepun.Dia mencadangkan agar aku bertanya info yang diperlukan dari Dewi yang dah bertahun-tahun menetap di Jepun.Dari perkenalan maya tersebut Dewi mempelawa kami tinggal di rumahnya semasa berada di Nagoya.Agak segan juga  tapi disebabkan sungguh-sungguh dia menjemput maka akhirnya kami pun bersetuju.

   Kami menaiki train untuk ke station yang paling hampir dengan rumah Dewi,kira-kira 15minit dari main station.Sampai di station tersebut Dewi dan suaminya datang menjemput kami.Memang seronok dan excited pertama kali bertemu dengan Dewi yang sangat friendly dan peramah,suaminya pula seorang warga Jepun lebih banyak senyum sahaja kerana language barrier.Terima kasih tak terhingga pada beliau kerana tolong angkut beg sarat kami ke tingkat atas rumahnya malam tu.

   Sebelum tidur kami berbincang tentang plan esok hari.Mereka berdua memang dah siap-siap ambil cuti nak bawa kami jalan-jalan.Selain Nagoya castle,tempat lain lebih merupakan industrial attractions macam Noritake garden,Toyota museum,railway museum,science museum...hmm takpalah boleh skip kot.Akhirnya sekali lagi kami putuskan untuk berjalan luar dari Nagoya....ke mana destinasi seterusnya..sambung di entri selanjutnya.


Sambung

8 comments:

  1. cantikk..suka dua2 tunnel tu..dlm masa sejam dapat cover main attraction pun ok jg,.mcm Alice in the Wonderland..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul macam di fairyland bila ada dalam taman ni especially tunnel tu,sambil jalan lagu tema aladdin pun terngiang-ngiang di telinga..hehe

      Delete
  2. suka dgn light tunnel tuh! cantik sgt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah mmg best kan jln dlm tunnel ni...dengan background muziknya,bahagia je rasanya :-D

      Delete
  3. Ehh mmg cantik sangat tempat nih. Kalau tak silap ada termasuk dlm article "Top 10 places you should visit when in Japan".
    Japan nih setiap tempat ada attraction dia yg tersendiri. Kena pi lagi kalau cam nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. o dlm top 10 list ke,mmg sesuai la tu sbb mmg betul sgt cantik...sejuk2 winter pun syok jalan sini,diorang ni kreatif betul..ada je idea nak tarik orang datang,okla tu kak..bole masuk list utk next trip

      Delete
  4. saya lagi. maaf nak tny, tempat makan sis pergi di nabana no sato ni, boleh order macam biasa atau ada specific instructions?
    ticket bas balik Nagoya, memang beli di Nagoya Station atau beli masa nak naik bus tu?
    sorry banyak tanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. order macam biasa je,masa nak bayar boleh guna kupon diskaun yang dpat masa purchase admission tiket ke park ni

      tiket bas beli return tic ke nagoya masa di meitetsu station,tiket tu macam day pass,simpan baik2 jangan hilang

      Delete