Pages

Saturday, September 5, 2015

KANSAI : Shopping di Kyoto

14 January 2015

SHIJO KAWARAMACHI

  Bermula agenda penting dan aktiviti terakhir di Kyoto sebelum berangkat ke Nagoya esok.
Target utama shopping ni ialah untuk mencari souvenir,maklumlah dah jauh berjalan kenalah ada buah tangan untuk keluarga,kenalan dan juga diri sendiri untuk kenang-kenangan.

  Tempat utama nak terjah untuk shopping di Kyoto dah tentulah di area Shijo Kawaramachi.Di Shijo street terdapat department store yang besar macam Takshimaya,Daimaru dan Marui.kedai high end  pun banyak terdapat di sini.Di persimpangan Shijo dan Kawaramachi street letaknya Nishiki Market,Teramachi dan Shin kyogoku.Ni kira area yang lebih mesra budget berbanding kedai di Shijo street.Vibe kat area ni memang meriah,moden dan crowded dengan orang.

Shijo street

meriah!

  Kalau just nak shopping souvenirs dan feeling2 zaman retro Kyoto lebih sesuai ke area sekitar Kiyomizudera dan Higashiyama sebab di situ masih preserve suasana tradisional dengan bangunan kedai kayu dan stone paved streets.Souvenirs dan kraftangan tempatan lebih banyak di situ,sayang juga kami tak jelajah sepenuhnya area tersebut.

  Mode of transportation hari ni memang naik bas semata sebab dah beli 1 day bus pass.Dari Kyoto station boleh ambil bas bernombor 17,4,5 dan 205.Turun di Shijo Kawaramachi stop.

SHINKYOGOKU ARCADE





  Misi mencari souvenir pun bermula sebaik saja menjejak Shinkyogoku ,kami mencari sebuah kedai yang dikatakan agak murah.Arcade ni agak panjang,jadi jenuh kalau nak cari satu persatu.Kami bertanya pada seorang makcik,nampaknya dia pun kurang pasti..kemudian seorang akak  mencelah katanya dia tau kedai tu di mana,bukan setakat tunjuk arah tapi dihantarnya kami sampai depan kedai,agak jauh juga berjalan dari hujung sini ke hujung satu lagi....arigato gozaimas kak jepun,jasamu dikenang...kami tertunduk-tunduk berterima kasih yang amat sangat kepada warga yang helpful itu.

kak jepun menunjukkan kedai souvenir

arigato gozaimas!!

  Kedai ni memang agak bagus,barang boleh tahan banyak choice dan memang murah sikit banding dengan yang lain,kami jalan juga survey harga di kedai lain dan memang akhirnya banyak souvenir dibeli di sini.

panjang list nak beli ni...


   Tapi selain key chain dan fridge magnet barang lain agak susah nak jumpa yang tulis nama tempat macam Kyoto ke,Japan ke.T shirt agak pricey juga kalau nak beli yang best quality....mana taknya harga key chain pun kalau convert dah dekat rm10.Sementelah barangan berunsur japanese crafts macam kipas,seramik ,terompah jepun lebih lagi mahal harganya. Setelah membeli barangan macam key chain,fridge magnet,sapu tangan,mug dan t-shirt aku rasa macam masih ada yang tak cukup.Tapi dah habis belek takda apa lagi yang berkenan  jadi  target nak beli selebihnya di Nagoya nanti.Banyak juga  barangan souvenir di sini berupa barang makanan tempatan mcm kuih-kuih,green tea,snek dan sayur-sayur jeruk.

antara hasil belian di Shinkyogoku arcade

  Lepas dah settle hal souvenir kami pun berjalan melihat-lihat barangan lain terutamanya  clothing macam jaket,boot,stokin,sarung tangan etc...tapi tak beli apa-apa.Sambil tu bertembung juga dengan beberapa orang serumpun,bila dah banyak kali berselisih kami pun bertegur sapa,ingatkan dari Malaysia rupanya orang Acheh yang merupakan pelajar-pelajar PhD yang tengah buat research tentang tsunami.
  Tak jauh dari sini terletaknya Nishiki market yang popular tu, juga dikenali sebagai Kyoto's kitchen sebab semua barang dagangannya adalah makanan...dari seafood,sayur,buah,jeruk,kedai makan semua ada,tapi by 6pm dah tutup,jadi tak sempatlah ronda situ.

SHIJO STREET

   Dah habis round Shinkyogoku arcade kami pun keluar,waktu ni banyak juga kedai yang tengah sale.Tengok ada sale di kedai socks Tutu Anna...agak rambang mata kat sini sebab design yang kiut miut plus harga yang murah.3 barang nilainya tak sampai pun rm30,memang berbaloi. Lepas tu singgah pula GAP store....masa ni dah 7 lebih ,kurang 20minit lagi kedai nak tutup.Bila masuk dalam wow amaze dengan harga runtuh...on top of discounted price yang tertera di tag ada lagi 50% off dari harga tu...wah tetiba sangat menyesal sebab tak pergi round sini dulu.

Sempatlah member aku Sal tu beli bubble jaket yang sangat comfy... harga JPY3995,time tu kalau convert lebih kurang RM120 je.Aku pulak dapat beli mafla wool  dengan harga 495yen ,sengih lebar time bayar sebab just keluarkan syiling 500yen je,nilainya 15 ringgit duit kita.Azma pula terpaksa menahan rasa sebab dia dah sambar jaket di Osaka.Memang mood shopping hyper sangat time ni sebab dapat good quality material yang murah amat....tapi setakat tu jelah yang dapat kami explore sebab pukul 8 kedai dah banyak tutup...kerna terpaksa kami melangkah pergi meninggalkan Shijo street dengan sedikit ralat di hati.

belian di Tutu anna & Gap

  Kami pulang dan start packing untuk berangkat pagi-pagi esok...tak boleh lewat sebab dah beli discounted ticket untuk shinkansen Kodama...kalau miss memang menangis.Aku berwhtsapp dengan kenalan kami Dewi di Nagoya,ada perubahan rancangan sedikit setelah Dewi memaklumkan pada kami esok Nagoya hujan,ramalan cuaca kat sini sangat reliable jadi better plan sebaiknya.Dengan hati yang masih dalam mood hyper teruja bershopping maka ad hoc plan dibuat malam tu...ke mana kembara seterusnya,bersambung next entri.


Sambung









6 comments:

  1. banyak barang tangkapan..hehe..sales di sana memang best..discount on top of discount..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..takdala byk mana,masa suntuk sangat,grab mana yg sempat je...tapi tang souvenirs memang kna beli banyak...family member ramai

      Delete
  2. Di Japan nih kalau kita rajin jalan2 mmg boleh terjumpa tempat2 yg ada sales. Kadang2 tu dlm underground train station pun mcm2 kedai ada utk belek2 barang. Cuma masa ajer yg tak ada. Masa akak pi Akihabara, pi belek kat tempat phone casing section pun dah kat 1 jam.
    Coklat Meiji tu akak banyak beli semasa di Ikebukuro. Murah pun murah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. syok kan...nak-nak time winter sale,suma stok lama nak let go...setakat yang dpt kami ronda kt train station pun mmg best jugak harganya,khabarnya kalau end season lagilah drop,cuma tulah memang tak banyak masa sebab nk cover attractions...winter memang suntuk sangat time yang ada

      Delete
  3. kalau travel same to me mesti cari souviners utk kawan dan kenalan serta utk diri sendiri sbg kenangan...ye lah kan belum tentu bila nk repeat...duit RM jatuh...sedih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...tu agenda penting,yelah memang jarang nak repeat tempat sama...lagipun seronok tengok orang hepi dapat souvenirs wp murah2 je...d thought that counts,tulah mkin nipis ler duit duit asing bila g money changer pasni....huhu...apa pun travel msti dteruskan...fighting!!hehe...

      Delete