Pages

Sunday, September 13, 2015

CHUBU :Nagoya & Mitsui Outlet Park Nagashima

15 January 2015

Kyoto - Nagoya

  Pagi ni sambil bersiap sempatlah breakfast dan kami cuba menghabiskan stok makanan  sebab nak mengurangkan load yang ada.Aku makan last bekalan maggi cup...tapi pagi ni memang tekak tak boleh nak terima makan mee segera,jadi memang tak dapatlah nak menghabiskan.Selesai sarapan ala kadar tu tanpa berlengah lagi  kami pun check out.

  Kyoto menangis mengiringi langkah kaki kami yang berlalu meninggalkannya.......cewaah kot iya jela,kami yang rasa nak nangis sebab  kena bertabah redah hujan yang turun sedari awal pagi lagi, tangan and bahu fully occupied,nak tarik beg,nak sandang beg,beg kamera,pegang payung lagi...perjalanan dekat pun rasa sangat mencabar sekali.

shinkansen tiba

sayonara Kyoto
  Sampai station sempatlah redeem air dari voucher minuman yang diberi semasa purchase tiket puratto Kodama tu.Terpulang pada citarasa sendiri nak air apa,nak ngopi,nak ngeteh,ngejus semua pun boleh.Tepat masa shinkansen Kodama pun tiba dan kami pun bertolak ke Nagoya,kopi yang di redeem tadi aku tak minum,simpan dalam knapsack dulu.

Nagoya - Nagashima


Sendu di Nagoya

  Kurang sejam kami pun tiba di Nagoya,tepat seperti yang diberitahu oleh Dewi sememangnya di sini pun hujan,lebih lebat dari Kyoto.Plan asal pagi ni nak ronda-ronda bandar Nagoya dibatalkan,kami dah plan nak ke winter illumination park Nabana No Sato di Nagashima pada sebelah petang,kebetulan Mitsui outlet park iaitu sebuah factory outlet terletak tak jauh dari situ.Sebelum meneruskan misi kami pun simpan dulu beg di locker room Nagoya station.

  Dari train station kami berjalan ke Meitetsu bus center yang terletak di bangunan bersebelahan.Kena naik tingkat atas untuk beli tiket bas,mudah sebab bas ni memang direct pergi ke attraction di Nagashima termasuk factory outlet tersebut.Kami beli return ticket berharga JPY2000 merangkumi semua destinasi yang nak dituju:-

Nagoya --> Nagashima Onsen --> Nabano No Sato-->Nagoya

   Nagashima ialah sebuah pekan yang terletak di daerah Kuwana,Mie prefecture yang merupakan area di bawah Kansai region.Nagashima Resort adalah rangkuman 5 major attractions iaitu Nagashima Spaland (amusement park),Joyful waterpark,Nagashima Spa Yuami no Shima (hot spring complex),Mitsui Outlet Park Jazz Dream(outlet shopping mall) dan Nabana no Sato (flower park).Dari Nagoya boleh ambil bas bound to Nagashima Onsen dan bas ini akan cover semua attractions tersebut.Actually hanya flower park tu je yang jauh sikit,yang lain tu memang terletak dalam area yang sama.

  Bas memang frequent (setengah jam sekali) dan kami dapat tiket untuk naik bas pukul 12pm.Platform bas juga letak di tingkat atas.Sekitar nampak lengang je,bus station ni nampak sangat organized ,tak hectic pun dengan bas keluar masuk seperti kebiasaan pemandangan terminal bas yang kita lihat di tempat lain.

platform bas


  Tak lama menunggu di platform 22 bas yang dijadualkan bertolak pukul 12 pun tiba.Cuaca memang sendu sepanjang jalan,banyak tempat hujan hari ni,lebih kurang sejam perjalanan kami pun tiba di Nagashima dan turun di hentian terakhir.

hujan sepanjang jalan

dah nak sampai


tiba di Nagashima resort


Mitsui Outlet Park Jazz Dream,Nagashima


Mitsu Outlet Park Jazz Dream,Nagashima

  Hujan agak reda masa ni.Mitsui outlet park terletak bersebelahan dengan theme park Nagashima Spaland,memang saja dibuat begitu supaya para suami boleh bawak anak-anak pergi main kat theme park sementara menunggu para isteri shopping berjam-jam....eh jangan percaya,teori agaknya semata-mata.

  Jadi kami pun sambung aktiviti tertangguh di Kyoto semalam...explore lah sehabis mahu mana-mana kedai yang berkenan di hati...boleh cover semua kalau tak berlama-lama sangat di setiap kedai.Agak lama terhenti di Coach...takda plan pun nak beli kat sini,tapi tumpas juga dengan godaan setelah bertanya harga,selain dari discounted price harga akan slash lagi untuk tourist setelah ditolak tax,tapi kena tunjuk passport masa nak bayar.Sememangnya brand ni takkan dibeli kat Malaysia sebab harga melambung tinggi...so dah dapat good bargain why not kan...maka masing-masing pun sengih sambil menjinjit handbag ke kaunter check out.



suasana dalam outlet mall
  Lepas tu leka lagi keluar masuk kedai sampai kami semua terpisah ikut haluan dan preference masing-masing.Aku singgah kedai sport dan beli beg balik kampung adidas,tak ingat harganya yang pasti sangat murah...nak buat beg spare isi souvenirs.Setelah puas meronda baru nak cari member,jenuh jugak terjenguk sana sini ,finally jumpa juga dekat area toilet...kami solat dekat baby changing room..open space je,tapi ruang tu memang selesa.

mall di malam hari

sudah-sudahla tu bshopping
   Hampir pukul 7 jugak baru kami beredar meninggalkan Mitsui Outlet Park.Kembali ke tempat turun tadi untuk  tunggu bas ke Nabana no Sato.Sangat sejuk masa ni..mujurlah hujan dah berhenti sepenuhnya.Lebih kurang 15minit dicengkam kesejukan bas pun tiba,sambung kisah selanjutnya next entri.



Sambung



11 comments:

  1. memang boleh tumpas di outlet park, termasuklah saya..discountnya berhantu...sbb harga barang akan jadi lebih murah dari di M'sia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah heran juga napala kat sini harga melambung-lambung even kt duty free pun sama...so alang-alang travel memang mncari good deal macam ni

      Delete
  2. Aisyehh sakan menyoping. Kat Japan nih kalau kita masuk mana2 kedai dari Lawson kpd kedai yg jual branded goods dorang greet kita dgn penuh sopan. Nak belek lama2 sampai tak beli apa pun dorang tak kesah. Kalau kat Malaysia ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang layan tip top masuk kedai apa pun,sronok bila beli souvenirs siap dapat sampul-sampul untuk isi gift.Memang tak tahan godaan kak masuk time2 sale ni,maklumla kat Malaysia kalau kedai branded ni intai-intai dari luar je...hehe

      Delete
  3. Memang murah sesangat2 ke di Mitsui Outlet Park tu? Macam tergoda je nak pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bgntung pd brg yg dicari,winter clothing mmg definitely murah dr mlysia,brg lain klau ada sale mmg bbaloi gak bli,ms tu coach ada sale,n utk tourist tax free,rasanya price dia almost 70% murah dr sini...klau dari Nagoya mmg tk jauh dah nk ke outlet ni

      Delete
    2. Bgntung pd brg yg dicari,winter clothing mmg definitely murah dr mlysia,brg lain klau ada sale mmg bbaloi gak bli,ms tu coach ada sale,n utk tourist tax free,rasanya price dia almost 70% murah dr sini...klau dari Nagoya mmg tk jauh dah nk ke outlet ni

      Delete
  4. Assalam. Ada pergi makan tak kat area mitsui ni? saya pun nak pergi lagi 5 hari, jejakjepunjihan punya pasal. ;-P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkmsalam Hazwani,
      tq singgah sini.......wah berwinter ke jepun,best2...mmg syok jalan ke sana

      kami tak makan masa di mitsui ni,sibuk bershopping...hehe

      Delete
  5. maaf, saya lagi. ok dah baca betul2 pasal ticket. sy mmg nak ikut mcm sis punya itinerary. so masa di kaunter bas Meitetsu bus center, beli 3 ticket yang berlainan ke?
    1. Nagoya ke Nagashima Onsen
    2. Nagashima Onsen ke Nabana No Sato
    3. Nabana No Sato ke Nagoya
    macam tu ke? semua ticket ni ada masa yang telah ditentukan masa beli ticket ya?

    terima kasih sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok masa di kaunter tu Hazwani cuma bagitau je nak beli return tiket bas ke Nagashima onsen,tiket ni macam day pass untuk visit semua attraction di Nagashima,macam hop on hop off ...dengan pass ni kita boleh turun dan naik semula ikut masa kita,cuma pastikan jangan terlepas last bus untuk balik ke Nagoya.

      Delete