Thursday, March 26, 2015

KANSAI:Kyoto-Karasuma Nanajo & Fushimi Inari Shrine


11 January 2015

Villa Court Karasuma Nanajo

   Kami tiba di Kyoto Station lebih kurang pukul 1pm,sebelum keluar kami singgah ke tourist info untuk dapatkan pamplet dan jugak map bas serta train.Masih blur dengan orientation station Kyoto yang sangat besar ni kami keluar ikut Hachijo(South) exit sebab nampak signboard taxi kat situ.

  Bila tiba turn nak naik teksi aku pun hulurkan map accomodation kami Villa Court Karasuma Nanajo pada driver tu.Dia pun telek-telek map,kami teragak-agak nak cakap sebab takut dia tak paham,rupanya pakcik boleh speaking English.Bila dia dah tau destinasi kami katanya tak payah naik teksi,boleh jalan kaki je ke sana.Pakcik suruh kami masuk semula station dan keluar ikut Karasuma (North) exit,dari situ dia pun terangkan direction ikut map tu.

  Oklah pakcik,kami tau tempat tu within walking distance,tapi sebenarnya malas nak jalan dengan luggage berat ni.Tapi since pakcik teksi tu dah reject kami maka turutkan ajelah suggestion dia.Belah north exit pun ada taxi stop jugak tapi kami malas dah nak tanya.

   Bayaran accomodation kena settlekan sebulan sebelum tarikh check in untuk secure booking.Kami dapat harga RM363 per pax untuk 4malam,memang berbaloi rasanya.Bila dah terima payment mereka akan e-mail details tentang proses check in dan juga map.Map yang diberi memang clear,tak susah pun nak cari.Jalan pun rata je,takdalah kena mendaki ke apa,so still oklah berjalan dengan beg troli tu,dalam 15minit macam tu dah sampai.



  Villa court ni konsepnya ialah apartment style accomodation,jadi everything ada dalam unit yang kita sewa tu.Masa sampai tu ada sorang lelaki yang jaga kat kaunter reception..waktu check in ialah pukul 4pm,jadi time tu kami settlekan dulu registration,kunci pun diberi.Kami drop luggage di situ,bangunan tiga tingkat ni takda lif,tangga pun agak steep,syukurlah abang kaunter tu kata nnt dia akan tolong angkat dan letakkan beg-beg kami ke dalam bilik.

entrance
 Ini gambar-gambar dalam apartment tu,boleh kata serba lengkap,cuma kalau nak guna dryer untuk baju kena ke tingkat bawah dan dikenakan sedikit bayaran,tapi kami tak guna pun sebab lepas basuh ada tempat sidai di bilik,boleh kering dengan kepanasan heater bilik.Dapur pulak takda kelengkapan masak,hanya disediakan whistling kettle dan paper cup.Aku ada bawa periuk kecik,kira dah cukup sebab kami memang takda masak beria-ia pun.Setakat panaskan lauk instant je.Bilik air dan toilet asing,dekat bathroom ada bath tab dan juga ada screen monitor kecik kalau nak tengok tv sambil berendam.

buka pintu nampak ruang ni dulu

ruang bilik
3 katil
almari
                                           
kitchen
idea menarik paip untuk refill tank terletak diluar,boleh basuh tangan sekali
ada skrin monitor kecik kalau nak tengok tv
 laundry area

Fushimi Inari Shrine

   Kami pun mulakan langkah menjelajah Kyoto,white holiday  dah abis so kita start pulak colourful journey,first destination ke tempat yang vibrant warnanya mana lagi kalau bukan Fushimi Inari shrine yang terkenal dengan deretan torii gate berwarna oren tu.Mudah saja dengan JR Pass boleh naik JR Nara line dan berhenti di Inari station,5minit je dari Kyoto station,exit terus nampak shrine ni depan mata.Temple ni dibuka setiap hari dan sepanjang masa dan tiada admission fee.

keluar JR Inari station terus nampak torii gate
popular site!


Romon gate untuk entrance ke shrine diderma oleh pembesar terkenal Toyotomi Hideyoshi pada rahun 1589

plak kayu untuk tulis wishes
kertas omikuji fortune-kalau good luck simpan bawak balik,bad luck gantung kat sini

purification water-penganut shinto  membasuh tangan di sini sebelum masuk shrine
pengunjung bertali arus
  Dalam kepercayaan Shinto,Inari adalah Dewa kepada beras,sake dan prosperity,Fushimi adalah nama tempat tersebut,Fushimi Inari shrine mula dibina pada tahun 711 dan merupakan headquarters kepada 40 000 Inari shrine yang terdapat di serata Jepun.Terdapat 5 shrine dalam kompleks yang luas ini.

  Terdapat lebih kurang 10 000  torii (shrine gates) di sini,deretan gate ini tersusun di hiking trail menuju ke puncak Mount Inari setinggi 233 meter.Lebih kurang 2-3 jam masa diperlukan untuk mendaki dan turun.Torii gate ini didermakan oleh company atau mana-mana individu sebagai menzahirkan kesyukuran mereka atas kekayaan yang diperolehi.Kos untuk torii yang kecik  around 400 000 yen,yang besar-besar tu memang juta-juta la harga dia.

small size torii

medium size

inscription di torii adalah maklumat nama dan alamat penderma

berjalan di bawah torii
Tak jauh pun kami jalan,selepas melalui Senbon torii (dua row torii yang selari )...rasa terperap dan agak lemas di laluan ni,sebab orang ramai dan torii tu rendah dan rapat,kami belok ke arah kiri dan lalu torii yang agak besar untuk laluan berpatah balik ke belakang.Dekat sini ada masa-masa orang kurang maka dapatlah bergambar dengan selesa.

Senbon torii pathway





Masa berjalan di sini ada nampak banyak statue serigala,haiwan ini dikatakan messenger kepada Dewa Inari,ada objek yang digigit dimulut serigala tersebut dan ianya simbolik kepada kunci kepuk padi.

Kitsune (fox )statues

Selesai lawatan torii gate,sekarang kena cari tempat nak solat.Pergi ke toilet depan nampaknya sesak pula dengan orang,takda pilihan lain kami berpatah balik hala ke Senbon torii tadi,tapi tak melalui gate tu,kami lalu di luar...ada kawasan lapang dan ada longgokan kayu agaknya lebihan dari pembuatan torii di sini.Hujung kawasan ni ada toilet dan tak ramai orang,dah berwuduk di situ kami pun solat di tepi timbunan kayu tadi.

kawasan timbunan kayu
  Usai solat kami pun beredar dari situ,kali ni kami tak naik JR train,sebaliknya berjalan belok kanan dari arah shrine mengikut tanda arah Fushimi Inari station,Keihan line.Jalan ke arah station ni agak sibuk dan meriah,banyak kedai-kedai souvenir di kiri-kanan jalan.Ternampak restoran kecil yang menjual grilled unagi...dalam kelaparan ni belut tu nampak menyelerakan sungguh.Tapi kami tak singgah sebab nak ke Gion,ada cultural show yang kami nak tengok petang ni.Lebih kurang 10minit berjalan sampai ke train station Keihan line,dari sini kami ke Gion station,tambang tiket ialah 210yen.

sesak!

laluan ke train station 

train station Keihan line

to next destination

Sambung

8 comments:

  1. Akak ingatkan mula2nya Ayda pi Japan cover Nagano & Takayama ajer, rupa2nya ada masuk sekali Kyoto dlm list, Tokyo tak pi singgah sekali ker ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak Nori..panjang lagi citer di Jepun ni,banyak juga tempat pergi since dah pakai JR pass tu kan,tp tokyo memang tak sempat cover,insyaAllah ada rezeki next time nak ke tokyo,hokkaido dan mount fuji pulak

      Delete
  2. kat sini takde snow...huhu..

    boleh jalan kaki je ke Keihan train station, best nampak suasananya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tema frozen dah abis...ada snow sikit tapi macam hujan je,tak lekat..

      haah stesen ke Keihan line tu pun tak jauh,lagi sesak arah tu berbanding ke arah JR station

      Delete
  3. blog travel blog travel !! CT sukaa hehehe.. CT singgah sini..
    follow sini.. tinggal jejak sekejap.. nanti jenguk lagi yee..

    hai hai =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai CT,

      Welcome,mekasih follow blog siput ni...hehe...xcited dapat jiran tetangga baru,bole kita berbalas kunjungan n share cerita ceriti nnt :-D

      Delete
  4. Kyoto lebih menarik dari Osaka..arghh..last trip rasa x puas jalan2 di Kyoto..ohh...nak pegi lagi tapi....tabung asyik susut je

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun rasa macam tu walaupun tak sempat explore sangat Osaka...lebih peaceful dan banyak attraction di Kyoto,shopping pun best...hehe..may be pasni instead of balik Korea kena repeat Jepun la pulak sis :-)

      Delete