Friday, June 25, 2010

PETUA BONDA....

Kali ni nak share petua kesihatandari bondaku yang tercinta...

Dok dengan mak macam-macam keistimewaannya,satu dari hal yang paling best ialah dapat makan masakan mak,tapi hari ni bukan nak citer pasal mak masak apa tapi amalan minuman kesihatan yang mak rajin sediakan.
Sebelum citer pasal petua nak war-warkan dulu betapa beruntungnya berbudi pada tanah...berkat kerajinan mak ber 'farmville" secara real keliling rumah maka banyaklah hasil tanaman organik dan bebas kimia yang dapat kitaorang nikmati bersama.Antara hasil tanaman mak...kelapa,pisang,pucuk dan ubi kayu,rambutan,betik,delima,limau nipis,limau kasturi,ciku,nangka,pinang,pelbagai jenis sayuran yang ditanam berganti-ganti...sawi,kangkung,kacang panjang,peria,timun,bendi..yang lain macam serai cili api,daun pandan,kunyit,daun kesum,bunga kantan,pegaga,inai,sirih tu memang sentiasa ada supply...dasat betul mak,tu belum campur ternakan ayam kampung dan tanaman flora yang indah dan pelbagai rupa...orkid,bunga raya,bunga kertas,kesidang,kenanga,ros,melur dan macam-macam lagi...bunyi macam luas benar tanah tu ye padahal kecik aje kawasannya.
Mari kita tengok antara hasil yang di harvest dari kebun mak:-






Best kan tengok hasil tanaman dan ternakan sendiri...aku bangga dengan mak dan tumpang gembira sebab selalu dapat merasa sama rezeki yang Allah kurniakan untuk hambaNya yang berusaha.

So berbalik pada petua minuman sihat tadi...ada 3 minuman sihat yang mak buat and galakkan kitaorang untuk amalkan...

1.AIR HALIA

Air halia mak memang best kaw-kaw....mak kata bagus untuk perut,buang angin dan panaskan badan,sagat sesuai kiranya diminum tatkala musim hujan.Rebusan halia tua campur gula anau membuahkan rasa yang begitu nikmat tatkala air yang sedang suam-suam kuku mencecah ke anak tekak..segar dan begitu mesra sekali dengan sistem pencernaan.

Istimewanya halia dalam quran pun di sebutkan ianya antara minuman yang terdapat di syurga..dalam surah al Insan ayat 17 Allah berfirman maksudnya 'Dan mereka di dalam syurga itu diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil (halia)".

Jadi dah tentu besar manfaatnya halia ni ye..memang halia banyak digunakan dalam ramuan ubat-ubatan.Mainly halia bagus untuk membantu sistem pencernaan dan boleh jadi penawar racun seperti bisa ular.Secara tradisinya halia digunakan untuk rawatan kembung perut,muntah,cirit birit,kurang nafsu makan,pening,kebas,batuk,gatal dan juga aplikasi luaran untuk mengurangkan bengkak,lenguh badan dan sebagainya.

So minumlah air halia untuk kesihatan perut anda.....


2.AIR INAI

Ha ni memang jarang la orang buat..biasanya inai pakai nak buat kaler kuku,jari and rambut especially bila nak kawin.Rupanya inai bagus jugak untuk diminum...tapi rasanya alahai..macam mana bau inai yang ditumbuk lumat tu macam tu jugaklah rasanya bila melintasi tekak ni.

Daun inai direbus begitu saja dan diminum bila dah sejuk...payau.Mak kata bagus untuk naikkan seri wajah...menyerlahkan inner shine la kira-kiranya..Inai juga bagus untuk mengurangkan sakit perut dan sebagai penyejuk badan...maka sangat sesuai diminum tatkala cuaca panas.

Pokok inai memang mempunyai nilai perubatan yang tinggi terutama pada daunnya.Air daun inai dikatakan boleh merawat masalah wanita seperti haid berlebihan dan keputihan.Orang India menggunakan air inai sebagai penyegar untuk mengecutkan tisu-tisu badan dan seterusnya mengurangkan pendarahan berlebihan. Mereka juga percaya bahawa dengan berkumur air inai dapat melegakan sakit tekak.

Jadi apa kata lepas ni sambil menepek jari dengan inai bagi tujuan kecantikan kita minum air daun inai untuk kesihatan dalaman sekali.



pokok inai di kebun mak

3.AIR PEGAGA

Suatu hari mak letak satu tupperware plastik bekas nata d coco tu dalam peti ais...dalam tu ada air kaler hijau pekat...ingat air pandan campur inci kaler hijau untuk buat kuih lapis ke,onde2 ke, seri muka ke...sekali adik aku tanya dah minum ke air pegaga dalam peti ais....la minuman rupanya.Sekali tengok ish takut aku nak minum...pekat klorofil nya,nnt tumbuh pokok lak atas kepala...hehe...lawak budak kecik.
Anyway sebab air mak buat memang selalu penuh dengan khasiat aku pun try la jugak....seteguk..dua teguk..gluk,gluk terus abis satu gelas...wow sedapnya...fresh,segar,nyaman....napa la selama ni aku tak tau yang air pegaga ni sedap macam ni...rugi betul.
Mak kata air pegaga untuk sejukkan badan,tambah darah dan kesihatan dalaman.Di India pegaga ni diguna sebagai tonik untuk menguatkan daya ingatan dan mencegah nyanyuk.Dalam perubatan tradisional Cina pulak diguna untuk merawat selsema,penawar racun dan sakit kuning.Orang mengandung yang kurang darah dan tak berapa suka sangat makan sumber zat besi dari haiwan macam hati,kerang,daging dan sebagainya elok makan pegaga banyak-banyak sebab ianya sumber zat besi paling tinggi dari tumbuhan .Secara umumnya khasiat pegaga bolehla disimpulkan seperti berikut:-

  • penawar alahan
  • anti kanser
  • melawaskan air kencing
  • penawar batu karang
  • penawar kencing berdarah
  • penawar ulser
  • merangsang peredaran darah
  • merawat cirit birit
  • menurunkan tekanan darah



kehijauan air pegaga yang penuh khasiat


Jadi memang besar sangatlah manfaat pegaga ni...patut dijadikan menu kat restoran,mesti dapat sambutan,jadi minuman time berbuka puasa pun bagus juga.Bersama-samalah kita manfaatkan khazanah alam untuk kesihatan badan dan hidup yang sejahtera hendaknya...ameen

No comments:

Post a Comment