Pages

Wednesday, November 10, 2010

BALI PART 1- Kuta



Lama juga tak berjalan ke luar negara,last pun tahun 2008 masa pegi LA dulu.Tahun ni dapat peluang utk fly lagi,best part is FOC...sponsored vacation by pharmacy company.So everything organized,kita just prepare diri and follow aje schedule yg ditetapkan.
So teringin la pulak tulis travel journal kali ni,byk interesting experience bila berjalan tmpat org nih...

Rabu 27/10
malamnya aku dah sibuk packing itu ini,aku ni jenis banyak barang punya orang,satu benda pn tak boleh miss,pening jugak nak padan2kan baju,seluar and tudung apa nak pakai..nasib baik aku bukan gila pesen nak padan2 kasut dgn handbag segala,kalau tak lagi jenuh nak packing

Khamis 28/10
balik kerja aku sibuk packing lagi,tak siap2...jenuh uruskan itu ini sbb malam ni akan btolak ke nilai tdo rumah ateh sbb esok pepagi dah kena g airport,mujur mak aku pn ikut sekali ke nilai..so adala teman aku travel malam ni,pkul 10mlm baru kitaorg btolak.Malam ni mata payah tul nak lelap...excited sgt nak berjalan agaknya.

Jumaat 29/10
The day finally arrived,dalam keadaan tak cukup tido tu aku bersemangat bangun,pkul 4.45 dah terjaga,5 lebih dah start bersiap,solat..pkul 6 lebih abang dengan kakak ipar aku yang akan pergi sama ke Bali sampai dari rumah along tak jauh dari rumah ateh aku.Banglong dengan mak antar kitaorang and 6.45am reached KLIA.

Kat KLIA officer dari travel agent dah tunggu untuk uruskan group check in ke Bali.We just hand in d passport and baggage and lepas tu melepak pergi breakfast sambil2 melayan internet.7.45am dapat boarding pass and booklet utk trip ni and we move to departure gate.Best jugak evrything been arranged and managed by org lain..mmg bawak badan aje.

Flight MAS ke Bali bergerak sharp pukul 8.50am...aku dok seat 44A,tepi tingkap and sebelah aku empty je,Alhamdulillah perjalanan smooth,lepas branch aku tdo sebab masih mengantuk yang amat sangat kesan tak cukup tido malam tadi.Tau2 dah 11.30am and tak lama pastu selamat landed in Bali..yihaaa..


Selesai urusan imigresen kitaorang bergerak ke luar dan disambut pula oleh kalungan bunga kemboja atau frangipani oleh gadis-gadis bali.Hehe terasamacam kat hawaii pulak,cuma tak bestnya kemboja ni kalau orang kita lebih sinonim dengan bunga kubur kan...hesh,tapi lawa pulak bunga nya kemboja dia berwarna warni sekali pandang macam orkid pun ada. Ada 2 coach pelancong yang disediakan,bas pelancong di sini di kenali sebaga bas pariwisata.Kami pun split into group A&B dan bergerak meninggalkan airport.



Ada candi batu berukir di kiri kanan jalan yang simetri,dikenali sebagai candi bentar.Candi ni adalah split gate atau pintu terbelah sebagai tanda entrance ke satu-satu tempat,lebih kurang macam gerbang cuma ianya terletak dikiri kanan jalan dan tak bersambung.Dipercayai gerbang semacam ini wujud dari zaman Kerajaan Majapahit.Menurut kata tourist guide candi ni berbentuk gunung yang terbelah dua sebab masyarakat di sini memang menganggap gunung suatu tempat suci yang ada dewa-dewa yang mereka puja.Jadi bila melalui candi bentar ni seolah-olah macam purification of d soul lah bagi diorang.Candi bentar terdapat pada kebanyakan entrance untukdistrict,town,temple,building,universiti etc.



Destinasi pertama ialah lunch kat restoran padang..namanya Restoran Sederhana,humble je bunyinya...sesuai dengan nama food kat situ pun so-so jugalah..plus dah kenyang breakfast pagi dengan tuna baguette and branch dlm flight dengan beef lasagne,so tak berialah aku makan kat situ.
Lepas makan kitaorang bergerak ke Kuta Paradiso Hotel,terletak ditengah bandar yang sibuk and center of tourist attraction dengan beach,shopping malls,spas and night life activities..lebih kurang macam area bukit bintang.


Proses check in makan masa gak,semuanya again diuruskan oleh travel agent,kitaorang dok tunggu je sambil mnum welcome drink dari pihak hotel and bergambar sana sini di lobi.Depan pintu masuk je ada 2 patung di kiri kanan,dekat lobi tengah fountain ada patung orang in group yang tengah perform Kecak Dance.Di kiri lobi ada patung berhala hindu yang besar menjulang kat situ.Dalam 40minit menunggu,lebih kurang 3pm kitaorang pun dapat bilik masing-masing,syukur dapat bilik yang bersebelahan dengan abang and kakak ipar aku.


Masuk bilik je dah ada patung kecik menyambut kat tepi pintu tu..ish aku mngeluh,obses tul diorang ni ngan patung,buat seram aku je,terus aku cover patung tu ngan towel hotel.Unpack barang,solat and rest kejap sambil nonton rancangan-rancangan Indonesia sementara tunggu pukul 5 untuk memulakan Bali tour,destinasi pertama...Uluwatu
Temple kat tebing laut....

to be continued....




No comments:

Post a Comment