Pages

Sunday, January 23, 2011

asal usul simbol IT


share dr fwd mail...interesting gak cter pasal sejarah asal usul nih....


Asal usul simbol IT
selatanonline
1- Butang power ON/OFF
Simbol ini pada mulanya digunakan pada perang dunia 2 sebagai isyarat.Garisan menegak melambangkan angka “1″ yang ertinya hidup atau on, dan bulatan melambangkan angka “0″ yang ertinya mati atau off. Sementara bulatan yang tidak sempurna melambangkan keadaan standby.


2. Simbol Bluetooth
Simbol yang satu ini sudah tidak asing lagi buat mereka yang hobinya transfer data dari satu peranti ke peranti yang lain. Oleh kerana suka buah blueberry, raja Denmark ke-10, Harald Blatand mewarnakan salah satu giginya dengan warna biru.

Dan oleh kerana bluetooth yang pertama bentuknya seakan dengan gigi raja tersebut, ia digunakan yang melambangkan Raja Harald sebagai simbolnya.
3. Simbol ‘Play’
Belum ada kisah yang jelas kenapa segitiga digunakan sebagai lambang ‘play’.Yang pastinya, segitiga dianggap menjadi simbol penunjuk arah yang paling mudah dibaca. Keadaannya yang mengarah ke kanan mengingatkan kita pada arah jalan pita rakaman (kaset).4. Simbol USB.
Lambang tongkat sakti menginspirasi simbol USB sebagai connector yang boleh menghubungkan dengan apa pun. Tiga hujung tongkatnya yang terbentuk dari tiga bidang, kotak, segitiga, dan bulatan seperti menegaskan USB adalah connector yang serba boleh.5. Simbol @ (at)
Sebelum ada mesin cetak, penerbit perlu menulis tangan setiap naskah yang diterbitkan. Mereka menyingkatkan perkataan “at”, dengan simbol “t” yang melilit “a”. Maka jadilah simbol ini.


Sekian..harap maklum,hehe..

Friday, January 21, 2011

Bali Finale -Ubud & Tanah Lot









Lama tak menyambung story...
Part last untuk tour bali.....

Sunday 31 Oktober

Pagi ni ada teknikal trip ke Hospital Sanglah di daerah Denpasar yang mana kami akan melawat pusat rawatan methadone di sini untuk bertukar pengalaman.



Seperti biasa trip bermula lepas sarapan pada pukul 9 gitu,kami sampai ke daerah Denpasar,kawasan penempatan yang agak ramai muslim di Bali ini.Dari perkarangan hospital kami berjalan ke pusat rawatan methadone yang letaknya agak jauh dari main building hospital tersebut.Bangunan rawatan berbentuk rumah tersebut dinamakan Klinik Napza Sandat..napza maksudnya dadah..dan sandat lupa pulak nak tanya apa maksudnya...


Kedatangan disambut oleh team staf perawatan yang terdiri daripada doktor,pharmacist,nurses dan kaunselor.Setiap sorang daripada kami diberikan kotak berisi kuih-kuih tempatan.Meeting diadakan di bilik seminar,disebabkan gerombolan kami yang besar dibandingkan dengan bilik yang kecik maka ramailah terpaksa berdiri saja termasuklah aku.Perbincangan dua hala secara santai sahaja diadakan.Kami bertukar pengalaman tentang corak rawatan di negara masing-masing.Nampaknya rawatan methadone kat sini hanya dijalankan di hospital-hospital kerajaan dan pesakit di sana masih perlu membayar sejumlah wang untuk rawatan.Berbeza di Malaysia yang mana pesakit boleh mendapatkan rawatan percuma di klinik kerajaan atau berbayar di klinik-klinik swasta.Selain dari itu other aspect of treatment tu memang lebih kurang samalah.Lepas hampir sejam bual bicara berlangsung maka majlis pun bersurailah..dah bergambar lebih kurang kami pun bergerak untuk lunch.







Lunch di restoran Padang di area......,makanan memang sedap jugalah berbanding lunch di restoran padang masa hari first sampai dulu.Restoran ni agak special sikit sebab siap ada pelamin gaya minang display kat dalam tu.Ada surau juga disediakan,tp macam biasalah kat sini memang ruang solat tu satu je takda pembahagian untuk muslimin or muslimat.Aku dan kak ela bersegeralah lunch laju-laju supaya boleh solat cepat-cepat dan tak bersesak dengan orang lelaki nanti.Selesai solat kami pun bergambar-gambarlah kat pelamin minang tu.







Perjalanan diteruskan lagi Ubud,kat situ adalah satu lagi tourism centre yang ada pasar kraftangan.Tempat bagus untuk bershopping especially untuk orang yang pandai bargain.Tapi on the way ke Ubud bas rombongan kami ni berhenti pulak di kedai souvenir macam yang kami singgah semalam.Macam semalam hari ni pun ada diskaun 40%...hm ni dah sah company bas ni kawtim dgn kedai souvenir nih.Agak sejam jugaklah di situ..ish restless la jugak menunggu sebab dah aim nak shopping kat Ubud.Ada 2 tempat lagi nak pergi ni,sampaiUbud maklumla hari minggu jalan punya sesak,lama jugalah sangkut last-last 3.30pm baru dapat turun bas dan yang geramnya masa lebih kurang setengah jam je boleh spend kat situ sebab ikut plannya by 4pm kami kena bergerak ke Tanah Lot pulak.Ada la jugak yang bising patutnya tak payah berhenti pun kat kedai souvenir tadi,lama masa terbuang kat situ.





Kami pun bergegas-gegasla shopping apa yang patut,ish tak syok betul..mana nak survey lagi,bargain lagi dlam setengah jam tu.Tak bolehlah nak bersaing dengan abang dan kak ela sebab masing-masing ada preference lain,so aku merayap la sorang,dapat la beli 3 helai kain batik dan beg,tu pun sebab rush2 1st kedai aku gi dah mark up harga giler2 berbanding kedai lain and dah terbeli lak kain batik yang mahal kat situ...isk..isk...Lepas tu times up and aku pun carilah abang and kak ela and kitaorang menuju ke tempat menunggu bas.Sebabkan kesesakan tempat tu bas kami mmang tak dpat nak parking and kenalah menunggu lagi,pulak tu sorang ahli bas kitaorang missing entah ke mana,akhirnya group dari 3 bas lain dah selamat bertolak kitaorang masih menunggu di situ.Dekat 4.30pm baru dapat naik bas...haish kalau shpping sure byk lagi souvenir aku boleh beli.

Tiba di Tanah Lot awan mendung aje nak hujan..apa harapan nak tengok sunset,ni pun dah dekat pukul 6,kami di bagi masa sejam kat situ,cepat-cepat ke pantai and bgambar dgn berlatar belakang kan temple yang merupakan salah satu landmark and tourist attraction yang popular kat Bali ni.Tanah Lot means 'land in d sea',temple di sini terletak di atas large offshore rock yang di asaskan oleh seorang sami bernama Nirartha pada kurun ke 15.Dekat base rocky island dikatakan ada poisonous sea snakes yang mereka percayai mengawal temple tersebut dari roh jahat dan penceroboh.Actually 1/3 of the rock adalah artificial hasil dari conservation project yang dibuat pada tahun 1980 sebab pada masa tu area temple tu dah tak selamat dan hampir crumble di sebabkan hakisan.





Kak ela cepat2 bgambar and rush untuk sambung shopping kat gerai2 souvenir yang berderet macam pasar malam kat situ.Aku nak juga sambung shopping tapi belum abis tour lagi kawasan tu,so aku round berdua dengan abang,hasil hakisan memang menyebabkan bentuk yang unik pada batu-batuan besar yang terdapat dipinggiran pantai.Hujan dah start turun dengan lebat and kitaorang terpaksa berlindung bawah pokok besar supaya tak basah kuyup,bila dah reda sikit kitaorang berlari je meredah hujan yang still turun,sempat la jugak aku singgah gerai-gerai tu untuk last minit shopping memandangkan banyak souvenir tak sempat beli lagi,lepas ni mmg takda can dah.




Dalam 7 lebih tu kitaorang dah naik atas bas...ada 2 lagi person missing so tpaksa la tunggu lagi,yang 3 bas dah jalan sebab dah cukup korum,bengang la jugak dengan orang yang tak punctual ni padahal group kitaorang ni la yang paling sikit.Yang member cicir kat Ubud tadi terpaksa balik hotel sendiri disebabkan kecuaian sendiri yang kurang peka dengan masa.Akhirnya 7.3opm baru kitaorang bergerak pulang ke Kuta dan dijadualkan dinner di restoran yang terletak dalam Bali Galleria (duty free) shopping mall kat sana.


Kami sampai dekat pukul 9pm,mujurlah dinner belum siap lagi..yang muslim makan di restoran halal bernama Restoran Jali-Jali dan non muslim makan di chinese restoran next door.Makanan so-so lah...sedap lagi masa makan lunch di restoran Padang siang tadi.Lepas dinner kami pun menunggu bas,tak tertarik pun nak bshopping kat situ walaupun duty free tapi harga mahal berkali ganda berbanding kedai biasa.10 lbh sampai di hotel,seperti biasa aku,abang dan k ela keluar balik..k ela still tak cukup lagi souvenir nak dibelinya,maklumla networking ramai...aku pun ada jugaklah nak beli-beli lagi tapi tak banyak choice yang ada memandangkan kebanyakan kedai dah tutup time tu.Last-last kitaorang singgah spa yang masih dibuka sampai midnight,ada sejam lagi sblum ttup,kali ni aku buat urutan kaki yang dah pegal sebab banyak berjalan,abang dan k ela buat massage and hair spa.Last chance spa treatment in Bali la kiranya ni...

Isnin 1 November 2011




Tiba masa untuk mengucapkan selamat tinggal Bali......after breakfast sempat juga kami menjengah pantai Kuta di belakang hotel,tak sempatlah nak bersantai-santai di tepian laut,just ambik gambar kenangan.Finally ambik gambar d whole touring group depan hotel sebelum bergerak menuju ke airport.



Check in process semua ok walaupun agak lama menunggu,kali ni ambik seat tengah supaya dapat duduk saing k ela and abang,masuk departure hall kena tunggu lama jugak sebab flight tengahari,ada lebih kurang sejam extra time,sempatla minum2 kopi dulu.Flight departed as scheduled..kami tinggalkan keunikan Bali dengan berbagai kenangan yang terakam dalam ingatan dan jugak di lensa kamera semestinya...thank you CCM for the great tour dan syukur pada Allah atas perjalanan yang aman dan selamat.





Tamat