Pages

Tuesday, January 28, 2014

SOUTH KOREA 12 :SOKCHO :Mount Seorak

Wednesday 3rd April 2013

SEORAKSAN NATIONAL PARK




             Hari ni kami bergerak awal,tapau aje roti yang disediakan kat dapur guest house dan bawak tuna sebagai bekal.Untuk ke Mount Seorak kena naik bas ke Sokcho terlebih dahulu.Kalau nak mudah boleh ajer book pakej tapi option ni agak mahal.Untuk ambil bas ke Sokcho kena ke terminal bas express...ada 2 terminal,Seoul Express Bus Terminal atau Dong Seoul Bus Terminal.Agak confuse nak pilih mana satu,hos di Namsan Guest House recommend  Dong Seoul Bus Terminal.

         Untuk ke Dong Seoul Bus Terminal kena ambik line 2 ke Gangbyeon Station,keluar melalui exit no 4 dan Dong Seoul terminal terletak  seberang jalan.
Mujur dapat tiket bas yang dah nak berlepas...tiket berharga KRW17 300 untuk perjalanan sehala,perjalanan lancar dengan pemandangan indah &tidur yang indah juga.
Syukur perjalanan kami agak pantas...pernah terbaca masa diambil range 2.5-3jam,tp perjalanan kami dalam 2 jam dah sampai.

          Keluar saja pintu terminal di sebelah kiri terdapat booth tourist info centre...kami ke sana untuk dapatkan maklumat tentang Mount Sorak dan attraction lain di Sokcho.Dah gather pamplet apa yang patut dan bertanya tempat untuk menunggu bas ke Mount Seorak,kami pun menuju ke bus stop berhampiran untuk tunggu local bas nombor 7-1.Dalam setengah jam sampailah kami ke kaki gunung Seorak.
Cuaca cerah tapi agak sejuk...tapi taklah sesejuk yang kami jangkakan.Kami lepak-lepak dulu makan sandwich di kaki Gunung..memang indah pemandangan kat sini,tenang dan damai.










      Untuk benar-benar menghayati keindahan pergunungan ni option terbaik adalah hiking dan bermalam di Sokcho.Tapi bagi yang tak cukup masa dan tak cukup rajin nak hiking bagai macam kami ni..maka option lain adalah naik kereta kabel.Tambang untuk return tiket ialah KRW9000




         Khabarnya kalau peak season (summer &autumn) mau 2-3 jam kena beratur untuk naik kereta kabel ni.Mujur time ni ok..so taklah lama tunggu turn untuk naik.Tak sampai 10min ride dah sampai ke Gwongeumseong Fortress(860m above sea level).Dari stesen kabel car tu kena hiking dalam 20-30 min lagi ke atas untuk menikmati view yang sangat magnificent.Tapi kami tak naik pun sampai betul-betul ke puncak...kalau rajin dalam 10min je lagi dah sampai ke puncak...rasa terkilan la pulak sebab tak naik,beria-beria guide yang ada kat puncak time tu ajak semua tourist yang ada time tu untuk naik sampai ke atas...pemandangan memang lebih superb dari situ,Alhamdulillah memang berbaloi-baloi  pergi ke kawasan pergunungan tercantik di Korea ni.















Ada banyak hiking trail untuk yang berminat....ada yang senang,ada yang mencabar,range masa  diperlukan untuk mendaki antara 1.5-7jam bergantung pada trail yang dipilih.rasanya kalau time autumn memang sangat berbaloi untuk hiking dari bawah dan menikmati lukisan alam di Mount Seorak ni.Sepanjang perjalanan ramai juga warga tempatan yang datang berkunjung ke sini...antaranya ada warga emas,parents dengan anak-anak kecil,semuanya gigih berjalan dan mendaki sampai ke atas...satu budaya sihat warga Korea yang patut dicontohi.

Ada part kat atas gunung ni yang masih ada  snow lagi...satu sebab gunung ni bernama Mount Seorak...'Seol' maknanya salji dan Ak maksudnya Big Mountain,disebabkan suhu yang sentiasa sejuk,snow memang lambat cair dan menyebabkan  gunung ni in permanent state of white...suci je nampak..







Selesai sakan bergambar kami pun turun balik ke stesen kereta kabel,nikmatnya dapat menghirup secawan kopi panas dalam kedinginan cuaca pergunungan ni.





Sampai masa untuk meninggalkan Mount Seorak,ada rezeki teringin nak datang time autumn pulak...dari sini kami nak ke Teddy Bear Farm,tak susah nak dapat transport sebab ada je teksi-teksi kosong yang menunggu penumpang...Anyeong Seoraksan....




Sambung...

Thursday, January 9, 2014

SOUTH KOREA 11 : SEOUL-Namsan


2 April 2013

NAMSAN  3 GUEST HOUSE

Accomodation terakhir kami,review tentang guest house ni di trip advisor agak bagus,location memang tip top,sangat dekat dengan subway station dan pusat beli belah,facility pun lengkap.
Review kami....hmmm,mungkin setelah tinggal di Yeha guest house dan hanok,Namsan 3 pada kami agak menghampakan.

Check in di office di tingkat bawah,semasa keluar dari lif ada bau kurang menyenangkan kerana tempat pengumpulan sampah adalah di depan lif tersebut.Check in smooth,staff ok-ok saja,dapur juga terletak di sini.Dapat bilik di tingkat satu,satu bilik 2 orang...jadi kami dapat 2 bilik sebelah menyebelah.Seperti gambar di website,bilik agak sempit dengan 2 tilam,lcd tv dan meja panjang.Ruang penyimpanan memang sangat terhad,jadi bila dah letak beg memang jadi crowded.Bilik air memang sangat-sangat sempit,shower dan toilet berkongsi ruang yang sama,agak payah nak bergerak di dalamnya.

Breakfast basic disediakan...roti beserta jam,butter...tea &coffee ada je sepanjang masa.Tapi sepanjang tinggal di sini penggunaan dapur kami agak minima.Entah kenapa dapurnya sering dilihat agak kurang terurus dan tidak bersih.Di sinki sering ada pingan mangkuk,cawan or sudu yang tak berbasuh.Ada bau sisa makanan di tong sampah etc.Agak kurang yakin dengan peralatan dapurnya,kami mengelak dari menggunakannya.

Pengalaman di sini agak kurang indah...selain lokasi yang strategik,aspek lain bagi kami amat average...kalau ada next trip to Seoul memang tempat ni tak menjadi pilihan.Tidak pula kami bergambar sepanjang berada di sini...mugkin faktor kurang ummph nya menyebabkan tak teringat pun untuk snap barang sekeping dua gambar di sini.

Sumber gambar internet ..

Namsan 3 Guest House

exactly rupa gini bilik yang kitaorang stay

MYEONGDONG

Petang itu selepas solat &rehat sebentar di bilik kami keluar ke Myeongdong....salah satu tempat paling sibuk di Seoul ni kerana ia merupakan salah satu destinasi shopping utama di sini.Padat dengan deretan kedai dan 2 shopping mall utama iaitu Lotte & Shinsegae,tempat ni memang crowded,memang rambang mata tapi ini bukan masanya untuk masuk kedai lagi,fokus utama adalah untuk refill tank perut kami yang benar-benar terasa empty kala ini.
Aku lupa untuk buat research tempat-tempat makan yang boleh kami terjah di area ni.Puaslah berlegar-legar dan susah payah kami bertanya sana sini tapi tidak berhasil menemukan tempat makan yang sesuai,setelah menapak agak jauh,langkah kaki membawa kami ke sebuah restoran seafood yang terletak di tingkat satu.Segera kami ke atas...mujur makanan cepat sampai,perut yang lapar segera diisi..tidak mengecewakan kerana lauknya fresh belaka walaupun agak mahal sedikit.



NAMSAN TOWER

Destinasi seterusnya ialah ke Namsan Tower.Untuk itu kami perlu berjalan semula ke arah guest house,mendaki sedikit jalan yang berbukit di situ,dalam 15 mins sampailah ke cable car platform.Untuk return tiket harga adalah KRW8000.



Terletak di puncak Mount Namsan (262m),Namsan tower siap dibina pada tahun 1969.Mulanya berfungsi sebagai menara komunikasi ,Namsan tower dibuka sebagai tempat rekreasi pada tahun 1980,menara setinggi 236.7m (total height above sea level :479.7m)menawarkan pemandangan indah bandar Seoul dan sekitarnya.Ketika cuaca baik dan cerah view dari observatory tower boleh sampai as far as Incheon dan even North Korea.



Cuaca yang kelam saja sebab hujan sepanjang hari tak memungkinkan kami untuk tengok sunset di tower.By the time sampai ke area tower hari pun dah senja.Namun pemandangan dari tempat tinggi tetap cantik juga.








Aku dan Farah menyambung eksplorasi dengan naik ke observatory tower,admission ticket berharga KRW9000.Dalam tower ada gift shop,eateries,teddy bear museum,exhibition area.Tak banyak yang boleh dilihat malam2 macam ni...cuma layan kerlipan lampu2 dan beli souvenir di gift shop ajelah.Sementelah Sal &Azma pula hanya berjalan-jalan dan bergambar di sekitar bawah tower sahaja.

mmg ramai btul couple berdating

feeling2 Boys over Flower 

By the time kami turun ke bawah rupanya Azma &Sal dah pulang semula ke guest house.Kami pulak jalan-jalan dan bergambar di perkarangan tower dan  di wooden deck tempat terletaknya ribuan 'Locks of Love' ..konon2 simbol of undying affection la tu...hehe,macam2 la idea orang Korea ni.Bermacam lah rupa bentuk lock yg terletak kat situ...kalau aku letak mangga tak boleh ler lock gamaknya...huhuuhu...







Bermula pukul 8pm hingga 11pm,setiap jam akan ada laser show selama 10minit,kami catch show pukul 9pm...hanya perlu melepak di perkarangan tower dan laser show akan menggunakan building tower tersebut sebagai layarnya...syok sungguh layan show ni yang menggunakan kombinasi cahaya,music,mist dan space dengan sangat awesome.Selesai laser show kami  pun pulanglah  untuk merehatkan diri...kena tidur awal ni sebab journey esok agak jauh dan perlukan tenaga....zzzz

Sambung