Pages

Tuesday, October 21, 2014

PERTH HOLIDAY 5 - Augusta & Bunbury

Thursday 28 August 2014

Masih di hari ketiga
Hujan,mendung,reda,hujan lagi....
Biarpun cuaca sendu namun syukur perjalanan lancar seperti dirancang.

JOURNEY TO AUGUSTA

Dari Harmans Mill Road kami teruskan lagi perjalanan...further south untuk ke Augusta.
Masih menggunakan Bussel Highway.. pekan kecil Margaret River terletak kira-kira 20minit dari Chocolate Factory tadi.


Margaret River







Lebih kurang sejam perjalanan kami pun tiba ke Augusta






Welcome to Augusta



CAPE LEEUWIN LIGHTHOUSE

Kami tiba hampir pukul 4,waktu ni hujan renyai, angin kencang dan laut bergelora.,tapi pemandangan masih sangat cantik...saujana dengan kehijauan flora dan pemandangan lautan yang nampak biru kehijauan.





 Cape Leeuwin Lighthouse dari kejauhan



Cuaca sebegini tak mematahkan hajat kami memanjat tower tersebut,harga untuk guided tour adalah $20,masih ada tour terakhir pada pukul 4.20pm.Bagaimanapun tatkala nak beli tiket kami dimaklumkan last tour tu dah ada tour group yg book,memang ada limit berapa orang yang boleh join at one time,dan memang takda can pun kami nak menyelit sekali.
Mungkin kesian dengan kehampaan kami staff tersebut bagi diskaun untuk entrance sekitar precinct lighthouse,so byr $5 instead $8..okla happy sikit.

Kami dibekalkan dengan audio player.Audio guide mengandungi semua informasi tentang sejarah,geografi dan environment di sini,bagaimanapun tak sempat pun nak dengar semua sebab faktor cuaca dan nak kejar masa...tempat ni tutup pukul 5,dan agenda wajib bergambar kenalah diselesaikan dulu.




audio player




Cape Leeuwin adalah antara most dangerous coastline di dunia disebabkan treacherous reefs,batu-batuan dan cuaca.Lighthouse di sini dibina pada tahun 1895,bertujuan membantu kapal-kapal belayar dan mendarat dengan selamat. Menara setinggi 39meter ini mempunyai sistem lampu dengan intensiti sejuta lilin dan cahayanya boleh dilihat sejauh 26 batu nautika atau 48km.










Di sini juga adalah point pertemuan Indian Ocean dan Southern Ocean









Selesai tour kami di sekitar precinct lighthouse,pukul 5 kami pun keluar...  audio player dipulangkan dalam bekas yang disediakan.Kami singgah di pekan kecil Augusta untuk isi petrol dan tumpang toilet untuk berwuduk.Mencabar nak cari port solat dalam keadaan cuaca basah, akhirnya kami solat di parkir supermarket Iga.
Usai solat Sal yang dah kelaparan makan bekal spagheti dalam kereta,aku pula ke supermarket nak tambah sikit stok makanan..roti,jus,susu,telur.Selesai urusan kami pun meninggalkan Augusta,kali ni bergerak kembali arah utara menuju ke Bunbury...tempat bermalam hari ini.

Perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam untuk jarak lebih kurang 150km.Memandangkan kami berdua sahaja maka aku sengaja memilih untuk bermalam di Bunbury sebab takut lewat sangat dan kepenatan sekiranya memandu terus ke Perth yang memakan masa lebih 3.5jam.




Kami tiba di Bunbury hampir jam 9pm.Penginapan di The Clifton &Grittleton Lodge telah ditempah melalu Expedia.com.Motel ni menarik minat kami sebab  Grittleton lodge adalah building lama yang ini dibina around 1885,masih tegap dan nampak sangat klasik,berkonsepkan heritage style boutique accomodation...letaknya tak jauh dari beach.
Setelah check in,bilik kami terletak di tingkat 2...mujurlah bilik tepi tangga je.Sebelum angkut barang dan naik ke bilik kami bergambar-gambar dulu depan motel.

The Clifton &Grittleton Lodge


.Lepas tu sambung bergambar lagi dalam bilik.Bilik standard,agak luas serta ada balkoni....memang agak retro setting tapi bersih dan selesa.
Ada microwave disediakan,dapatlah panaskan bekal spagheti pagi tadi dan masak telur sekali.

standard room


balcony

Berakhir kembara hari ketiga dan malam itu aku pun belayar lena di alam mimpi bertemankan deruan ombak dari pantai yang berhampiran.....zzzzzz.


Sambung

Tuesday, October 14, 2014

PERTH HOLIDAY 4 - South Western Australia

Thursday,28 August 2014

Hari ketiga bermula..

QUEST MANDURAH

Pagi ni Sal sediakan sarapan special,spagheti salmon yang di masak guna microwave.Ada mangkuk kaca pyrex disediakan,jadi spagheti yang direndam air panas bolehlah di masak dalam microwave,lebih kurang 15mins dah masak.Untuk kuah pula,sos spagheti dituang dalam pyrex tadi dicampur bersama salmon dalam tin dan juga mushroom yang dipotong-potong,dimasak lebih kurang 10mins dan wallah breakfast yang delicious ready untuk dimakan.Sebahagiannya kami tapau untuk bekal dalam perjalanan nanti.






Selesai sarapan dan berkemas,kami pun keluar sekitar area resort untuk bergambar-gambar.Cuaca tak secerah semalam...mendung sikit pagi ni. Facilities kat resort agak best jugak...ada gym,swimming pool,garden,bbq area dan canal di belakangnya...tenang dan damai je suasana kat sini.Selesai bergambar jam 8.45am kami pun check out dan bersedia meneruskan perjalanan hari ini.

















JOURNEY TO SOUTH WA

Bercadang nak mengisi minyak di pekan Mandurah pagi ni...tapi ya Ampun mahalnya,harga lebih kurang 1.57/l...malam tadi harganya serendah 1.37/l,kami nak isi tapi dah habis..tinggal yang premium.Rupanya pagi ni harga dah melompat naik,malam tadi kami ada isi masa di Indian Ocean drive dengan harga 1.47..cuma isi $20 je,jadi pagi ni nak kena top up.

Oleh sebab di Mandurah mahal kami teruskan dulu perjalanan dan cari yang rendah sikit harganya.Semakin jauh dari Perth memang kebiasaanya harga petrol lebih mahal,jadi kami decide untuk isi sikit-sikit dan tak terus full tank.Actually kita boleh survey harga terendah secara online,ada  apps yang boleh install antaranya FuelWatch,WA Fuel finder etc.Masa ni aku masih tak teringat nak install app tu lagi.Jadi on the way ke Busselton kami isi $20 masa jumpa petrol station dengan harga lebih kurang 1.52//l.

Hari mendung..perjalanan ke Busselton Jetty lebih kurang 158km dari Mandurah dengan menggunakan Forrest Highway dan Bussel Highway.Ternyata jalan ke South lebih cantik berbanding ke arah north,maklumla highway...lebar dan selesa jalannya.

Bussel Highway


custom plate...interesting

Welcome to Busselton


Busselton town




BUSSELTON JETTY

Kami sampai lebih kurang 11am...masa ni hari dah bertambah mendung dan dah start hujan plus angin agak kencang juga.Istimewanya jeti ni sebab ianya merupakan timber piled jetty yang terpanjang di Hemisfera Selatan terletak di Geographe Bay.Mula dibina pada tahun 1865 dan ditutup secara rasminya pada tahun 1973.





Di sini kita boleh sekadar berjalan-jalan sepanjang jeti berukuran 1.8km tu dengan bayaran jetty pass sebanyak $3,atau kalau tak rajin jalan boleh naik jetty train untuk reach sampai ke hujung.Kalau berminat boleh juga turun sedalam 8meter ke bawah laut menggunakan tangga khas untuk ke Underwater Observatory.Building unik ini dibina dalam laut,boleh direct observe corals dan various marine species yang berada di bawah jeti tersebut.Ini adalah antara artificial reefs yang terbaik di Australia.Harga untuk tour ke observatory ni adalah $29.50..sekali pakej dengan jetty day pass dan harga train ride.Malangnya tour tu tak available time ni memandangkan cuaca yang buruk.
Agak hampa juga tak dapat pergi underwater observatory ,mujur jetty train masih beroperasi,harga untuk train ride adalah $12 inclusive dengan jetty pass,next ride adalah pukul 12.Jadi sementara menunggu kami bergambar dulu di sekitar jeti dan jenguk-jenguk souvenir yang ada.











Pukul 12 train pun dah kembali ke main platform dari hujung jetty,agak ramai juga yang naik ride sebelum kami.Tapi untuk trip seterusnya hanya kami berdua je yang naik...mungkin sebab hari dah hujan dan underwater observatory pun tak boleh masuk,jadi takda sapalah  yang nak merentas India Ocean tu...tapi takpalah dah jauh-jauh datang gigih jugalah nak merasa sampai ke hujung jeti tu.







Train pun mula bergerak..slow and steady je,langit mendung,angin beserta sedikit hujan dan kesepian laut lepas Indian Ocean menggamit kesayuan...nun jauh di sudut hati mendoakan Allah takdirkan yang terbaik untuk mangsa tragedi MH370,misteri yang masih kekal sehingga ke hari ini.






Sampai ke penghujung jeti kami pun bergambar-gambar seketika,alangkah indahnya kalau cuaca cantik dan cerah,takpalah takda rezeki kami.Lebih kurang 15mins train pun mula bergerak semula ke pangkal jeti,kali ni ada sepasang couple menyertai kami,mungkin mereka  spent lebih masa kat sini tadi dan tak naik yang previous ride.









Sampai pangkal jeti dah start nak hujan lebat,sempatlah singgah dua kedai souvenir yang ada di sini.Sudah dapat yang dihajati kami meredah hujan menuju kereta untuk ke destinasi seterusnya.

MARGARET RIVER CHOCOLATE FACTORY

Kami meneruskan lagi perjalanan turun selatan...destinasi kali ni adalah Margaret River Chocolate Company di Harmans Mill Road,menggunakan Bussel Highway perjalanan mengambil masa lebih kurang 40min,hujan lebat ketika kami meninggalkan Busselton,mujur agak reda menjelang sampai ke destinasi.



Margaret River Chocolate merupakan premium brand, award winning chocolate products .Factory coklat ni terletak di sini dan satu lagi di Swan Valley yang tak jauh dari central Perth.Bagaimanapun tempat ni bukanlah lawatan kilang sebaliknya lebih merupakan kedai dan cafe,pembuatan coklat katanya boleh dihat melalui viewing glass window,tapi masa pergi ni tak perasan pun kat mana window tu.






Di kedai coklat ni ada free choc pastilles tasting..bolehla nak merasa white,milk and dark choc..produk lain kenalah beli.Harga memang expensive,so aku just beli satu pek kecik white choc pastilles dan honey product.
Dah habis pusing kedai kami pun duduk di cafe minum hot choc dan makan scone.,,nikmat dapat minum panas dalam kesejukan hujan,tapi rasa terlampau manis pulak perasa milk chocolate,may be kalau ambik dark choc lagi sedap kot.




Selesai minum kami pun beredar,bergambar seketika di laman bangunan.Area ni famous dengan pengeluaran wine,jadi ada banyak ladang anggur di Harmans Mill Road ni.Ada juga fudge factory,Nuts &cereal produce,cheese factory tapi tak berkesempatan nak pergi plus cuaca yang hujan on off memang agak mengurangkan desire untuk singgah sana sini.Kami pun meneruskan lagi perjalanan turun lagi ke arah selatan,kali ni ke Augusta..lebih kurang 73km perjalanan melalui Bussel Highway.Sempatkah nak memanjat lighthouse dan mengejar tour...kisah selanjutnya di next entri...

Sambung