Pagi ni kami segera bersiap sebab nak meronda di area Gapyeong,perjalanan agak jauh,jadi kenalah bertolak awal supaya sempat nak buat segala aktiviti yang dirancang.Sebelum bertolak kami tapau instant nasi goreng dan buat sandwich tuna dgn roti yang disediakan di guest house ni.
Garden of Morning Calm
Destinasi pertama hari ni ialah ke Garden of Morning Calm,taman ini dibuka sepanjang tahun.Pembinaan taman ini diilhamkan oleh Professor Han Sang-kyung dari Sahmyook University pada tahun 1996.Nama taman ini diinspirasikan daripada puisi Sir Tagore iaitu seorang penyair India yang menggambarkan Korea pada era Joseon Dynasty sebagai 'The Land of Morning Calm'.
Untuk ke sini cara paling mudah adalah dengan menaiki subway ke Cheongpyeong station dan kemudian ambil Gapyeong city tour bus.
Gapyeong city tour bus-gambar ihsan google |
Untuk perjalanan ke Cheongpyeong station kami memilih untuk naik regular subway,ada penyesalan di situ sebab perjalanan agak lama lebih kurang 1 jam 45 minit,ini termasuk masa menunggu sebab frekuensi train di Gyeongchun line ni sangat kurang berbanding subway biasa di tengah bandar Seoul.Lebih meletihkan sebab terpaksa berdiri sepanjang perjalanan,tempat duduk full...kombinasi autumn dan hari ahad memang menyebabkan berbondong-bondong manusia keluar walaupun cuaca sejuk pagi ni.Mujur ada ahjussi dalam train yang begitu ramah berbual-bual dengan kami walaupun dengan vocab yang sangat terbatas.
ahjussi yang ramah |
gaya hidup sihat rakyat korea-pagi-pagi dah keluar untuk rekreasi |
Untuk menjimatkan masa dan perjalanan yang lebih selesa sebab terjamin ada tempat duduk eloklah naik speed train ITX, dari Cheongnyangni ke Cheongpyeong station yang hanya memakan masa sekitar 40minit.
Pukul 10am kami pun tiba di Cheongpyeong station.Dari situ keluar ikut #exit 2 untuk naik Gapyeong city bus tour.Tak lama pun kami berlegar di situ bas pun tiba.Tiket berharga KRW6000 untuk 1 day pass,boleh hop on off di kebanyakan attraction di Gapyeong,ini termasuk Nami Island dan Petite France selain daripada Garden of Morning Calm.Tepat 10.20am bas bertolak dan kami tiba di garden pukul 11 pagi.
Tiket masuk berharga KRW9000,Garden ni ternyata sangat tenang seperti namanya,patut jalan santai-santai menikmati keindahan alam di sini,tapi kami terpaksa stroll laju-laju sebab tak banyak masa.
Welcome to The Garden of Morning Calm |
pagi yang indah dan damai |
berbagai spesis chrysanthemum |
Setiap musim mempunyai tarikan tersendiri di taman ini...musim bunga ada spring festival dari pertengahan April ke hujung Mei,musim yang sangat cantik dan penuh warna warni sebab banyak spesies bunga yang mekar masa ni...magnolia,azalea dan yang paling penting ada cherry blossom.
Musim summer juga sangat meriah..ada iris,hydrangea dan roses festival pada musim panas.Musim luruh bunga dah kurang tapi tetap menawan dengan panorama daun-daun pokok yang bertukar warna,ada maple festival dan juga chrysanthemum exhibition masa ni.Winter pula walaupun dah takda bunga tapi tetap hebat dengan lighting festival,kena datang bila dah gelap untuk menikmati winter illumination di sini,kalau ada salji dah tentu pemandangan lebih menarik lagi.
autumn foliage |
Millenium Juniper tree |
Rasanya 2 jam adalah waktu yang ideal untuk explore seluruh taman yang menerapkan kosep ying & yang ni dengan penuh santai dan tenang.Selesai meronda setakat mana yang sempat dalam sejam tu kami pun bergegas keluar,nak kejar bas.Ngam-ngam je naik atas bas pukul 12,tak lama lepas duduk bas pun berlepas meninggalkan Garden of Morning Calm.
Gangchon Rail Bike
Kami turun di Cheongpyeong station,hanya setakat tu sajalah penggunaan tiket Gapyeong city bus tour,agak rugi jugak memandangkan banyak lagi tempat boleh pergi dengan tiket tu.Destinasi seterusnya tak termasuk dalam route bas tersebut.
Dari Cheongpyeong station kami ambil train untuk ke Gimyujeong station dan tiba pukul 1 petang.Suka sangat binaan bangunan station Gimyujeong yang klasik dan comel ni.Keluar dari situ kami berjalan arah Gangchon Rail Park yang terletak di sebelah kanan stesen.
Gimyujeong station |
Gangchon Rail Park entrance |
Kami kena on time sampai sini sebab dah book dan bayar online voucher untuk naik Gangchon Rail Bike.Tiket adalah non refundable kalau kita lewat tiba dari masa yang ditetapkan.Kami booking melalui website funtastickorea,link di sini.Tiket berharga KRW28000 untuk 2 seater bike.
Route untuk rail bike ni sebenarnya baru dipinda,khabarnya course yang dulu agak mencabar,tapi sekarang dah jadi santai je.Course rail bike ni bermula di Gimyujeong dan berakhir di Gangchon,jadi jangan terkeliru stesen pula,walaupun namanya Gangchon Rail Bike tapi untuk permulaan kena turun di stesen Gimyujeong.
imej dari website funtastickorea.com |
Sampai di rail park kami pun ke ticket booth untuk tukar voucher pada tiket,masa untuk rail biking pada pukul 2 petang.Ada setengah jam lagi jadi kami pun duduk dulu sambil isi perut makan tengahari.Sedap sangat menikmati kopi panas,ginger bread dan buka bekal nasi goreng dan sandwich yang dibawa tadi.
ticket booth |
makan dulu... |
Pukul 2pm semua peserta rail bike pun berkumpul di starting point,ada taklimat diberi tapi dalam bahasa Korea.Tak perlu risau sebab tak susah pun nak handle rail bike ni,bila dah naik akan ada staff datang dan tunjuk macam mana nak pedal dan brake semua.
deretan rail bike |
sesi taklimat,peserta sangat ramai hari ni |
posing dulu sebelum mengayuh |
Semua ready atas bike maka berlepaslah kami ...memang best sangat aktiviti ni,kebanyakan masa track memang rata atau menurun bukit,jadi memang tak payah nak berhempas pulas pun,santai saja mengayuh sambil menikmati alam.
sesi rail biking |
Kami lalu beberapa terowong,jangan gusar sebab di dalam tu sangat happening dengan alunan muzik dan soroton lampu yang berwarna warni.
Rasa tak puas pula berkayuh hanya sekitar 40minit,tiba di transfer station semua orang pun turun dari rail bike dan diberi masa untuk berehat seketika di sini.
dah sampai ke transfer station |
take 5 dulu.... |
mission accomplished...best! |
Tak lama lepas tu romantic train pun sampai...tips untuk seat yang best silalah ke open coach di bahagia depan dekat kepala keretapi.Mulanya kami duduk di coach belakang tapi penuh pula dengan murid-murid sekolah sampai tak nampak pemandangan luar.Kami pun berjalan ke open air coach di depan untuk menghayati panorama,walaupun dah takda seat kosong tapi kami berdiri saja situ,ada background lagu french klasik sekali diputarkan ketika itu.
pemandangan terhalang |
beralih ke open air coach di depan |
tiba di Gangchon |
Kami tiba di Gangchon pukul 3.30pm,dari situ perlu berjalan lebih kurang 15 minit ke train station Gangchon.Stesen ni pun agak menarik sebab tangga untuk mendaki ke arah stesen ni dijadikan propose stairs pula,macam-macamlah idea orang Korea ni.
berjalan merentasi pekan kecil Gangchon |
propose stair ke arah ke station Gangchon |
YES sebelah kiri dan NO sebelah kanan...ada berani? |
Gangchon station |
Kami solat di luar stesen Gangchon dan kemudian naik train untuk kembali semula ke Seoul.Malang betul hari ni sebab train memang penuh ,lebih sejam jugak berdiri baru dapat tempat duduk.Sekali lagi kami ke Itaewon untuk dinner di sana.
Dinner di Makan Halal Korean Restaurant,Itaewon
Hari ni barulah tenang nak jalan-jalan di Itaewon,tiada lagi kesesakan melampau macam semalam.Trip kali ni kami nak cuba Korean cuisine di restoran Eid tetapi tutup pula,lalu kami ke Makan Halal Korean yang baru sahaja beroperasi awal tahun ini.Restoran ni terletak beberapa meter ke depan selepas melepasi entrance Seoul Mosque.
Tiada pelanggan lain masa kami sampai,layanan owner restaurant ni yang merupakan seorang Korean Muslim memang sangat bagus,seboleh mungkin dia pastikan kami selesa di situ.Ada juga seorang pekerja perempuan Indonesia yang melayani kami,mungkin student di sana.
Makanan di sini pada aku oklah tapi tak sesedap Murree,mungkin lain menu lain pula rasanya.Harga untuk dishes yang ku pilih ialah KRW8000.
terharu sangat jumpa nasi agaknya... |
Dongdaemun Design Plaza
Selesai makan kami pun beredar dan ambil subway ke Dongdaemun History&Culture station.Sampai Dongdaemun kami tak terus balik guest house sebaliknya menyinggah ke Dongdaemun Design Plaza,keluar ikut #exit 1.
Bangunan futuristik ni sangat unik dan nampak outstanding bila malam.Senibina DDP adalah hasil rekaan arkitek terkemuka iaitu almarhumah Dame Zaha Hadid yang baru sahaja meninggal dunia pada bulan Mac tahun ini.,beliau adalah seorang wanita keturunan Arab yang dilahirkan di Iraq dan dibesarkan di Britain.Rekaan bangunan hasil sentuhan beliau terletak di serata bandar ternama dunia.Tumpang bangga dengan pencapaian cemerlang wanita Muslim sepertinya.
Tujuan ke sini sebab nak pergi ke LED rose garden,tapi puas kami memusing tak jumpa,barangkali entrance ke arah garden tu dah tutup memandangkan dah lebih 9pm time tu.
Dongdaemun Design Plaza |
Sambung
p/s Selamat hari raya buat pembaca Muslim yang budiman,mohon ampun maaf andai ada khilaf dalam penulisan atau bicara di laman maya ini,Salam Aidilftri 1437H.