Kembali bersiaran...........
Monday 18 April 2016
Perkampungan Kecil di Sonamarg
Dari Thajiwas Glacier rombongan kami bergerak ke arah sebuah penempatan di Sonamarg ini.Di situ terdapat sebuah bangunan hotel baru yang masih belum beroperasi tetapi boleh menyediakan tempahan makanan.
|
Lunch thai food di hotel yang bakal dibuka |
|
kenyang perut suka hati |
Kerana chef orang Thailand maka menu di sini berbeza sikitlah dari hari-hari sebelumnya.Pada aku biasa-biasa sajalah rasanya,kurang kick sebab tiada lauk yang pedas.
Habis makan kami bergerak ke perkampungan kecil berhampiran hotel tersebut untuk menunaikan solat.Beberapa orang yang selesai awal makan termasuk SW dan aku berjalan kaki kurang 10minit sahaja ke situ.
|
berjalan ke surau di perkampungan berhampiran |
|
kellas bajunya |
Bangunan surau uzur sahaja tapi aku kira cukuplah untuk menampung keperluan penduduk setempat yang tak ramai mana.Lagipun mereka tinggal di sini sekitar 6 bulan sahaja,kemudian berpindah ke penempatan lain apabila musim sejuk bermula disebabkan salji tebal.
|
bangunan surau |
|
pintu masuk surau |
|
suasana di dalam |
Sambil singgah solat di situ sempat jugalah beramah mesra dengan penduduk kampung,Kami menghampiri kumpulan kanak-kanak yang agak ramai di situ,pada mulanya mereka agak malu-malu tapi lama-lama keadaan agak meriah kerana ramai yang belikan jajan dari sebuah kedai runcit di untuk diberikan kepada anak-anak tersebut.Walaupun susah anak-anak Kashmir tidak diajar untuk meminta-minta malah agak segan-segan menerima pemberian.
|
bersama anak-anak Kashmir |
|
laku keras barangan kedai runcit hari ni |
|
seronok dapat jajan |
|
perkampungan di lereng bukit |
|
bye beautiful Sonamarg... |
Riuh rendah suara anak-anak comel Kashmir terpaksa kami tinggalkan,moga mereka mempunyai masa depan yang cemerlang dan dianugerahkan kehidupan yang semakin membaik.Kami meninggalkan Sonamarg dengan seribu satu kenangan indah dan kembali ke Srinagar.
Tuesday 19 April 2016
Pergunungan Gulmarg
Hari ni kami ke satu lagi destinasi menarik di Kashmir iaitu Gulmarg.Berada pada altitude 2650m di atas paras laut,kawasan pergunungan ini terkenal dengan aktiviti winter sport dan merupakan lokasi ke 7 terbaik di Asia untuk berski.Gulmarg gondola juga antara yang tertinggi di dunia,mencecah ketinggian 3979 meter.
Perjalanan ke Gulmarg dari Srinagar adalah lebih kurang 56km melalui Tanmarg.Memang tak sabar nak sampai ke sana.Lebih kurang sejam perjalanan rombongan berhenti singgah di sebuah kedai textile sebab nak menumpang toilet.Seperti biasa beraturlah menuggu giliran,mujur hanya rombongan kami berada di situ.Sambil tu sebahagian besar daripada kami masuk ke kedai melihat barang dagangan.
Aku hanya menjenguk sebentar ke dalam kedai,malas nak membelek takut kelamaan,aku dan rakan-rakan yang tidak bershopping bergambar-gambar di kawasan sekitar,pemandangan di sini pun agak cantik.Di belakang bangunan ini terletak ladang canola yang sedang lebat berbunga kekuningan.Di jalan raya hadapan pula nampak suasana agak klasik dengan kereta kuda dan rakyat tempatan berbasikal di jalan raya.
|
tujhe dekha to ye janaa sanam... |
|
pemandangan biasa di Kashmir |
|
beramah mesra dengan penduduk tempatan,sabar jela bayya melayan.... |
|
bersama abang2 drebar bas....bayya iras wolverine yang tepi kanan sekali tulah yang bawa bas kami |
Agak lama juga kami berhenti di situ,memang bahaya perhentian yang ada serampang dua mata begini,mujurlah aku dah elakkan bertentang mata dengan fabrik yang melambai-lambai di situ sebab dah tak sabar nak main snow di Gulmarg.
Setibanya di Gulmarg kami berhenti dulu ke kedai yang menyewakan boot dan jaket,kami sewa boot sahaja untuk mengelakkan kebasahan kasut dan seluar.Penyelenggaraan barangan agak daif maka elokla pakai jaket sendiri sahaja.
|
kedai sewaan jaket & boot |
|
all set! |
Setelah mendapatkan boot masing-masing,kenderaan kami meneruskan perjalanan mendaki pergunungan Gulmarg,udara terasa bertambah segar dan nyaman,pemandangan lembah,pokok pine membuai perasaan.Kami berhenti seketika di view point untuk bergambar.
|
group photo di view point Gulmarg |
|
group B |
Bagi pelawat yang tidak menginap di resort atau hotel di Gulmarg kami dimaklumkan kenderaan tidak boleh berhenti hampir dengan gondola station.Kami perlu turun di gate yang agak jauh dan perlu berjalan kaki sekitar 20 minit.Kalau tak sanggup berjalan kaki boleh sewa pony untuk ke dalam.
Bagaimanapun tour leader kami Leez meminta Mr Farooq untuk berunding dengan pihak berkenaan agar melepaskan kenderaan kami memandangkan ada ahli rombongan yang kesukaran untuk berjalan jauh.Syukurlah akhirnya bas kami dilepaskan masuk.Bas berhenti di hadapan sebuah hotel untuk lunch dulu di situ,Alhamdulillah lauk-lauknya sedap belaka.
Rupanya gondola station memang sangat berhampiran,aku sangka akan naik bas semula,beg dan kameraku tinggal di dalam bas,malang sekali driver pula dah pergi lunch.Tak dapat nak tunggu memandangkan rombongan dah mula bergerak menuju ke gondola station.Terpaksa guna kamera handphone sajalah nampaknya.
Gulmarg gondola merupakan operating cable car yang kedua tertinggi dunia,ada dua fasa,yang fasa 1 naik dari base ke Kongdoori station setinggi 2600 meter.Fasa kedua naik lagi Kongdoori Mountain ke ketinggian 3747 meter.Hajat kami nak ke fasa kedua tak kesampaian dek cuaca yang tidak mengizinkan.
|
Gulmarg gondola |
|
berempat dengan kak Zah dan kak Jem semasa naik |
|
berenam dengan housemates semasa turun |
|
1st phase |
Waktu ini di fasa 1 pun salji masih tebal,jadi kami pun ambil kesempatan untuk bermain sledge,memang happening beramai-ramai meluncur naik sledge ni..kecoh dengan suara rombongan kami dan jugak penarik-penarik sledge yang turut sama memeriahkan suasana.
|
fun time! |
|
penuh tenaga bayya-bayya menarik sledge |
Selepas naik sledge (jangan lupa hulurkan tips pada penarik sledge masing-masing) kami sibuk bergambar dengan macam-macam aksi,sampai baring-baring nak berposing,tambah happy bila ada snow turun walaupun tak lebat mana.Tapi lepas tu rasa alamak menyesal pula baring-baring,basah seluar dan jaket yang tak waterproof.Tambah haru sebab lepas tu kami spot ada rakyat tempatan yang kencing merata di situ...pasrah dan berdoa ajelah tempat kami berguling tadi bukan sasaran business mereka...huhuhu...
|
bergolek sepuas hati... |
|
geng serumah! |
Kami pun turunlah semula ke bawah setelah masa yang diperuntukkan tamat.Waktu ni ada beberapa ahli rombongan yang tak sedap perut termasuklah aku.Rasanya sebab overdose dengan spices,bukan food poisoning.Jadi kena hati-hati juga ,jangan campur aduk segala macam lauk sebab boleh kata hampir semuanya berempah termasuklah sesetengah jenis minuman.Aku pula memang rajin nak taste segala yang pelik-pelik tu,tak sangka perut memberontak pula.
Sebelum beransur dari situ ramai ke tandas dulu melayankan perut yang meragam,ada yang ke public toilet(tandas berbayar jadi kebersihan agak memuaskan juga) dan ada yang menumpang tandas hotel tempat kami lunch tadi.Mujur banyak ubat extra yang dibawa bersama jadi dapatlah dikongsikan pada yang memerlukan.Selesai urusan yang berkenaan bas pun bergerak meninggalkan tanah tinggi Gulmarg.
Sambung