Thursday, October 21, 2010

Folic Acid & Pregnancy


Hari ni folic acid yg saya order 2 hari lepas sampai,tengah key in dalam komputer teringat lak semalam ada patient datang..perempuan...dari simptom yang diberikan saya wat urine test and sah beliau mengandung dah 3 bulan lebih.
Dari pemerhatian saya tak ramai perempuan yang aware mereka pregnant sebelum kandungan mencecah 2 bulan,disebabkan simptom belum clear sangat.Jadi ramai yang miss oppurtunity untuk ambik supplement folic acid time nih,walhal tempoh awal pregnant ni sangat penting sebab pembentukan organ janin terjadi pada masa itu.So apa kaitan awal mengandung dengan folic acid?
Folic acid a.k.a folate/vitamin B9 walaupun ianya sejenis vitamin yang kurang popular tapi dah banyak fakta tentang kebaikannya untuk pregnant lady.Top folate food terdapat pada fortified cereal,avocados,sayuran hijau mcm asparagus,brussel sprouts,bayam.Sumber lain yg orait jugak antaranya kekacang,biji bunga matahari,,cendawan,buah-buahan citrus,kurma dan sayuran lain.Folate mudah musnah kalau terlebih masak,so better makan all those food as fresh as possible.
Kerana fisiologi ibu yang mengandung level folate ni menurun masa mengandung.Tetapi keperluan meningkat sebab 4 minggu yang pertama masa mengandung folic acid diperlukan untuk pembentukan otak,tengkorak dan tulang belakang yang sempurna,kekurangan folic acid meningkatkan risiko kecacatan pada organ2 tersebut yang dikenali sebagai Neural tube defects dan jugak kecacatan lain seperti pada jantung,anggota tangan dan kaki,bibir sumbing etc.
Sebab itulah wanita mengandung bila dah mendaftar di klinik akan diberi supplement folic acid bersama-sama dengan pil zat besi,vitamin C dan B-complex.Tapi waktu daftar tu biasanya dah agak terlajak dari d best time utk consume folate ni.Sebaiknya supplement folic acid ni dah diambil 3 bulan sebelum mengandung lagi sehinggalah minggu ke 12 pregnancy so time awal mengandung tu level folate dalam badan adalah mencukupi untuk mengurangkan risiko kecacatan janin.
So kepada all ladies yang sedang atau bakal pregnant,plan ahead agar dapat memberi yang terbaik buat bayi yang dikandung.Selain pemakanan fizikal yang baik,jangan lupa beri juga pemakanan rohani sedari dari alam rahim lagi mudah-mudahan beroleh zuriat bukan sahaja sempurna paras rupa tapi yang soleh dan solehah,insyaAllah.Saya share di sini satu video untuk sama kita renung2kan,selamat beramal....







No comments:

Post a Comment