Friday, August 3, 2012

Journey to Bandung -Finale

16 December 2011

Belum abis lagi aktiviti arini

Sambung jalan-jalan Factory outlet pulak.First stop Jalan  Dago...banyak betul outlet kat sini.Tapi aku dan azma je masih berstamina nak berjalan,orang lain surrender dok melepak je kat dalam keta.Ikutkan perut meragam dan badan yang agak lembik sekarang memang kalau boleh nak melepek sama,tapi rugila la pulak rasanya,lagipun keta ni hire sampai malam,so senangla nak ke sana sini.

Macam mana pun mood shopping tu terjejas juga,tak dapat nak fokus sebab nak mencari toilet aje,kalau tak terpaksa memang tak sanggup nak menyinggah ke public toilet sedemikian rupa.Azma bersemangat jalan dari satu kedai ke kedai lain..dia ada misi mencari beg dan kasut.Aku pula sekadar melawat tapak...scan tru macam tu aje.

                             

tempat azma sambar kasut-House of Donatello

Heritage FO-colonial building di Jalan Riau


Selesai lawatan di jalan Dago kami bergerak ke jalan Riau pulak...hari pun dah gelap,aku beli brownies dan kek kat small bakery outlet.Tak sempat nak ke Kartika Sari,esok balik awal pagi.Takda apa yang aku beli kat FO rasanya,bagus jugakla shopping time tak boleh fokus,jimat gak belanja.

Akhirnya kami pun bergerak pulang,dalam kepala tergambar satu agenda lagi,apa pun antar mak,nurul &d gang balik ke hotel dulu,kesian diorang dah jenuh menunggu dalam kereta dari petang tadi.Lepas ke hotel Kenangan,kami bergerak ke Aston Tropicana..agenda baru dibincangkan,azma pun setuju.

Agenda baru ialah merehatkan diri yang dah lenguh and sengal2 di spa,minta driver hantarkan kami ke spa Bali Heaven tak jauh dari situ.Bali Heaven actually FO jugak,shopping mall complex yang ada restaurant and spa sekali berkonsepkan Bali.Memang puas hati massage kat sini,lepas massage badan memang segar dan semua pegal2 hilang.

Nak balik hotel terpaksa la cari public transport sebab  deal dengan driver tadi servis last dia cuma hantar time nak pergi je.Keluar dari spa tempat tu dah lengang,lebih kurang 11pm time tu,tak nampak pulak teksi di perkarangan mall tu.Kami pun berjalan arah jalan raya,rasa cuak juga time tu sebab persekitaran dah lengang.Kami tunggu teksi depan sebuah bank yang ada security guard.Malangnya takda pulak teksi yang lalu,last-last ada van angkot yang lalu.Tanya pergi Aston Tropicana tak dia jawab ya,fuuh lega rasanya.

Angkot terus jalan,tapi terasa macam jauh pulak tak sampai-sampai,pergi tadi rasa kejap je.Akhirnya angkot tu berhenti depan sebuah hotel yang tak familiar,katanya Aston....eh ni bukan hotel kami.O rupanya ada 2 hotel Aston,satu Aston Braga dan satu lagi Aston Tropicana.Aah sudah...ada penumpang lain bagitau kami dah salah naik angkot,van ni tak lalu kat hotel kami tu.Akak tu offer untuk tunjukkan kat mana nak ambik angkot yang betul,katanya nanti ikut time dia turun,kami setuju.

Sampai masa akak tu turun,tiba-tiba driver angkot tu kata takpa nanti dia tolong hantar kitaorang,takut nanti salah lagi,kami pun terpinga-pinga kejap and tak jadi turun.Akak tu pelik kami tak ikut dia,kami bagitau takpalah nanti driver ni tolong hantar.Penumpang pun dah tak banyak.Angkot pun teruskan perjalanan,dalam pada tu semakin ramai penumpang naik,last-last sampai dah bersesak-sesakmacam tin sardin kat dalam tu,dengan badan yang tak berapa sedap sekarang rasa pening dan nak termuntah je kat situ.Aku rasa angkot tu masih berjalan dengan route yang sama,tak pulak dihantarnya kitaorang.Azma bertanya juga pada driver tu,bila nak hantar kitaorang ni,dah capek berpusing2 tak sampai2.

Aku dah tak sedap hati,driver ni saja nak kenakan kitaorang ke apa,atau ada niat yang tak baik??hati dah berdebar semacam..nak bercakap dengan azma dia dok jauh pulak,kami terpisah hujung sana dan sini.Tapi dari pandangan mata aku tau instinct kami sama.Dalam kepala terfikir nak turun je dan ambik teksi,tapi sebab kan dah malam buta macam ni takut juga nak main turun je.Syukurlah ada 3 orang lelaki Melayu Malaysia naik angkot tu(dapat dikenalpasti bila diorang bercakap).Mujur jugak azma ringan mulut nak bertanya,diorang nak balik hotel,azma bagitau nanti kitaorang nak ikut turun sekali dan nak ambik teksi dari hotel mereka.Sampai ke destinasi guys bertiga tu turun kami pun turun sekali,driver tu menolak duit tambang yang azma hulur & cuba jugak yakinkan kami supaya terus ikut angkot dia...nanti dihantarin,nanti dihantarin...banyak la kau punya hantarin,dah sejam tak sampai-sampai.

Azma  letak je duit tambang tu dan segera turun...akhirnya angkot tu berlalu.Kami rasa lega,pemuda tadi minta tolong pada security hotel tu untuk tahankan teksi yang lalu.Tak lama lepas tu angkot hampeh tu lalu lagi dan melambai-lambai panggil lagi kitaorang naik angkot dia...ish tak paham bahasa pulak tu,kami tegas menolak.Tak lama lepas tu dapat juga teksi,alangkah leganya.Sangat-sangat berterima kasih pada Malaysian guys yang kami jumpa tu,sambil melambai-lambai kami pun berlalu pulang.Tak sampai 10 min dah sampai pun sampai ke hotel kami...arrgggh geram betul dengan angkot ngeng tu,dahla letih free2 je buang masa.Nak kena packing lagi,esok seawal 6 pagi dah kena check out.

Tak berapa lama tidur masa berangkat pulang pun tiba.Rupanya ahli rombongan mostly kena food poisoning jugak.Pucat and tak bertenaga je masing-masing pagi tu,syukur simptom aku dah reda.Perut orang kita memang kurang toleran dengan food kat sini,aspek hygiene tu mungkin kurang sikit,maka kena hati-hati pilih  makanan & minuman dan bersedia dengan ubat untuk food poisoning.And janganla ngada-ngada nak balik lewat malam kalau jalan sesama perempuan je...scary betul pengalaman semalam,syukur Allah pelihara keselamatan kami.

So tamatla coretan trip ke Bandung tahun lepas,tahun ni insyaAllah pergi lagi,kali ni trip arrange sendiri and solely untuk shopping purpose kot....hehe.



No comments:

Post a Comment