31 March 2013
Tiba masa untuk tinggalkan Jeju yang indah permai.
|
bersama Sky-host yg sporting n friendly |
Flight ke Seoul dijadual berlepas 8.35am,ada slight delay,pukul 9 lebih baru berlepas.
Sampai di Gimpo airport terus ambik train ke Seoul station.
Sampai Seoul station kami ambil teksi untuk ke accomodation di Hanok Village,terpaksa ambil 2 taxi biasa sebab takda teksi jumbo di exit yang kami keluar tu.Setelah menelefon owner BukchonMaru Hanok barulah ahjussi teksi tu tau lokasi nak pergi,even kita bagi map pun payah juga kalau map tu in English,sebab kebanyakan warga Korea especially yg berumur tak faham English,jadi lebih senang difahami kalau map tu ada tulisan Korea.Bila sampai di hanok village fahamlah kami kenapa susah nak cari,hanok ni rupa bentuk dia sepesen je,letaknya di kawasan berbukit dengan lorong-lorong jalan yang agak sempit.Tambang teksi adalah KRW9700(pakai meter).
Kami sampai around 12pm,Joshua anak kepada tuan rumah yg boleh cakap English sambut kedatangan kami,oleh kerana bilik belum ready kami pun letak beg dulu dan keluar balik untuk ke destinasi pertama di Seoul iaitu Gyeongbokgung Palace,within walking distance,dalam 20mins jalan sampailah kami ke Gyeongbokgung.Kami beli Integrated ticket of palaces yang membolehkan kita masuk 4 palaces n Jongmyo shrine,harga KRW10000.Bukanlah nak pergi semua tempat tu,tapi bila calculate kalau beli asing tiket untuk ke palaces yg kami nak pergi i.e Gyeongbokgung dan Changdeokgung (+secret garden tour),harge dia lebih mahal lagi.
GYEONGBOKGUNG PALACE
Untuk menghayati tour ke historical site macam ni adalah sangat penting untuk follow guided tour,kalau tak mesti boring tengok barang n building lama tanpa memahami sejarah sebaliknya.So dr awal lagi memang kena plan ahead betul-betul sebab English tour tak frequent,jadi kena catch time yang dah dijadualkan dan jugak jgn miss untuk tengok changing of guard ceremony sebab tu adalah tarikan utama kat palace ni...rasanya ada 3x ceremony ni ie pukul 10am,1pm n 3pm.Palace ni tutup pada hari Selasa.
Gyeongbokgung ni dibina pada tahun 1395,3 tahun selepas penubuhan Joseon Dynasty.Gyeongbok bermakna the new dynasty will be greatly blessed and prosperous dan 'Gung' tu maknanya palace.Lepas visit ni tengok historical korean drama memang lebih 'feel' sebab banyak pencerahan bila dengar cerita tentang sejarah istana dan dinasti dahulukala.
|
Gyeongbokgung Palace |
|
Gyeongharu Pavilion |
Gwanghwamun square terletak di hadapan main entrance Gyeongbokgung palace.Di sinilah terletaknya statue King Sejong.King Sejong seorang raja yang sangat bijak,ada banyak barangan rekaan baginda antaranya celestial globe,rain gauge,sundial dan achievement yang paling penting ialah mencipta korean alphabet (Hanguel).Sebelum dari itu Korea menggunakan tulisan China dalam persuratannya.
Bersebelahan palace ni jugak ada National Folk Museum of Korea..free admission,sesiapa nak mendalami sejarah Korea bolehlah visit museum ni.Kami tak pergi pun kedua-dua tempat ni sebab kesuntukan masa dan dah lapar sangat (faktor utama).
|
National Folk Museum |
ITAEWON
Setelah berbincang tempat nak makan akhirnya kami sepakat untuk terus ke Itaewon petang tu,senang nak cari makanan halal dan boleh terus visit Seoul Mosque di situ.Itaewon adalah multicultural district,banyak expat dan foreigners dari pelbagai negara menetap kat situ,US army base juga terletak di Itaewon.Pelbagai kedai makan antarabangsa bertumpu di kawasan ni,so bagi Muslim tempat ni kira must list untuk pergi bila travel ke Seoul.
Kami bergerak ke subway Gyeongbokgung station,t-money card akan aktif dipakai mulai hari ni.Penting untuk ada map subway di tangan,better ada 2 satu bcetak dan satu yg download pada smartphone atau tab.Apps subway ni mmg sgt informative... boleh search station,boleh cr shortest route,fewest station,masa diambil dan anggaran tambang,kbnyakan masa mmg aku pakai apps subway ni kcuali klau bateri dh out.Dari map ni kta boleh plan line mana nak ambik,station mana nak turun untuk tukar line atau kluar.Cuma kebanyakan subway ada banyak pintu exit mengikut arah berbeza,yang ni kena buat homework exit yang tepat untuk keluar bagi memudahkan sampai destinasi,silap exit memang meraban cari arah.
Dari Gyeongbokgung sttn ke Itaewon ada skali turun untuk tukar line di Yaksu sttn,lepas tu terus ke Itaewon sttn,travel time lebih kurang 20mins. Kami bercadang nak ke restoran yang ada serve halal korean dishes recommended by blogger2 yang dah pernah ke sana.Pencarian restoran dimulakan..
Restoran Murree Korea Muslim Food
-Dari subway ambik Exit 3,bila kluar jalan terus hingga ke hujung blok bangunan kedai ,belok ke 1st simpang kanan (agak mendaki),teruskan jalan mendaki bukit tu sampai ke persimpangan jalan yg agak besar dan terus belok ke kiri ,mula-mula kami silap belok kiri kat lorong kecik antara blok (area yg agak dodgy)..so cepat-cepat keluar balik dari lorong tu,daki sikit lagi ke atas n baru jumpa simpang kiri yang betul..Dari sini terus ke depan sikit dan akan nampak restoran Murree Korea Muslim Food ni di sebelah kanan.
Restoran ni foreigner punya jugak..Pakistan kot,khabarnya berkahwin dengan orang Korea,jadi sebab tu ada serve Korean dishes selain menu biasa pakistan macam biryani,nan etc.Walaupun lama sikit nak tunggu tapi penantian tu berbaloi jugalah,not bad korean dishes yang dihidangkan,aku mkn bulgogi (mince beef yang digoreng),Sal order kalbi thang (sup tulang),Farah order Dak do ri thang (braised chicken) tapi yang notably sedap ialah kimchi chijjigae yang di order oleh Azma.Main dish dihidangkan bersama nasi n few side dishes yang lain.
|
ats kiri-Bulgogi /ats kanan-kalbi thang/bawah-kimchi chijjigae |
|
side dishes |
Seoul Central Mosque
Alhamdulillah lepas kenyang menjamu selera kami ke Seoul Central mosque...dekat je dengan restoran tu,terus jalan ke depan lagi sampai nampak halal butcher belah kiri,belok kiri dan nampak entrance ke mosque.Termengah-mengah jugak mendaki jalan yg steep ke atas sebab mosque ni kat tempat berbukit...apalagi dengan perut yang kekenyangan...semputt.
Seoul mosque ni dibuka pada thun 1976,tanah diberikan oleh Korea government n funding untuk pembinaan mosque dari islamic countries mainly dari Arab Saudi.Masjid ni 3 tingkat,kat ground floor ada bilik seminar,bilik meeting n ofis,1st floor ruang solat untuk jemaah lelaki dan 3rd floor untuk jemaah perempuan.Jemaah solat Jumaat ada lebih kurang 800 orang,pack jugaklah sebab nilah satu-satunya mosque di Seoul.
Main Muslim population kat sini didominasi oleh orang Arab,Pakistan,Bangladesh dan Turki.Dengan jumlah immigran Muslim yang semakin ramai di Korea,populasi warga Korea yang memeluk Islam pun bertambah,dari lebih kurang 120-130 000 total Muslims population di South Korea,around 35 000 adalah Korean Muslim.
Selesai solat dan bergambar-gambar,cuaca sangat sejuk time ni,kami move on dan next stop adalah Dongdaemun.Kami sampai Dongdaemun dlm pukul 7 lebih...hari dah gelap dan sejuk menggigit sampai ke tulang rasanya.Memandangkan kebanyakan kedai dah tutup maka kami hanya singgah di satu kedai dan beli banyak koleksi stokin yg murah tapi berkualiti dan design pun unik n comel2.Lepas tu hanya meninjau-ninjau dan survey harga souvenirs di kedai yg belum tutup.
Cadangnya nak mnyusuri Cheonggyecheon stream tapi sebab kesejukan dan kepenatan kami pun terus balik jelah ke hanok dengan naik subway,hanya few mins untuk ke Anguk station dari Dongdaemun.Dari Anguk station kami menapak ke hanok,actually boleh naik mini bus yang akan berhenti betul-betul depan Bukchon Maru hanok ni,tp sebab tak pandai lagi kami pun berjalan jelah,letih jugak sebab mendaki bukit lagi...gamaknya bumi Korea ni memang banyak bukit,itulah susah nampak orang obese kat sini...plus subway yang bermata-mata tangganya itu..memang boleh slim kalau lama kat sini.
Emak pada Joshua greet kami malam tu,dia bahasakan diri Ahjumma aje,tak pasti namanya apa,Ahjumma tak pandai cakap English,tp dalam pada tu kami paham jugaklah briefing dia pasal hanok ni.Kt mana bilik air,kt mana dapur,breakfast pukul berapa,mcm mana nak control heater,nak kunci bilik,bagi extra bantal lagi,pasword wifi etc...dah lengkap penerangan Ahjumma pun minta diri,selesai hari pertama di Seoul...berlabuhlah mata,istirehatlah mengumpul tenaga untuk sambung kembara esok hari......zzzzzz.
Sambung......